Anwar dibawa ke Mahkamah Majistret esok

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim akan dibawa ke Mahkamah Majistret Jalan Duta di sini, esok.
Peguamnya, Sankara N. Nair ketika ditemui pemberita di hadapan rumah Anwar di Segambut Dalam, di sini pada pukul 10.40 pagi ini, bagaimanapun enggan mengulas lanjut tujuan anak guamnya dibawa ke mahkamah.
Beberapa pegawai polis berpakaian preman kelihatan berada di hadapan rumah Anwar di Segambut Dalam, di sini sejak pukul 10 pagi. – utusan

4 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

4 responses to “Anwar dibawa ke Mahkamah Majistret esok

  1. Ng chia meng

    BN takut la… that y they dont u 2 b MP they oledi habis pokok

  2. eira

    apa pn kita tunggu je apa keputusan mahkamah…setiap kebenaran pasti akan terbongkar…yang penting berani dan jangan mencari alasan…

  3. kuntakinte

    Sedara Ng chia meng, kes liwat terdahulu dari kes kosong kan kerusi Permatang Pauh, relax le brother, sapa yang takut, dalam press statement anwar, dalam musim berkempen dia dituduh ke mahkamah, seperti menyalahkan kerajaan sedangkan kes kosong kan kerusi baru saja dibuat dan kenapa sibuk sangat hendak mengosong kan kerusi P/Pauh ketika ini sedangkan dia tahu kes tuduhan liwat sedang berlaku, kenapa mesti Wan azizah kosongkan kerusi, sakit ke, gila ke, strok ke, kenapa tak tunggu saja kerusi Kulim bandar Baru, atau selepas habis kes mahkamah baru kosongkan kerusi P/pauh. akhirnya apa pun kerajaan juga yang dipersalahkan, kerajaan juga yang berkonspirasi.

    Anwar memang bijak mengatur strategi sejak dulu lagi, tetapi dia terlupa strategi dia selama ini sudah mudah dibaca oleh orang lain malah di kampung2 di kedia2 kopi dah berlaku sembang2 dalam membaca strategi anwar, hanya yang terkejut kenapa kosong kan kerusi P/pauh, rupa2 nya kecut perut juga anwar untuk bertanding di kerusi2 lain di malaya ini, keyakinan tentang kekuatan dirinya dan parti nya selama ini seperti yang di uar2 kan meleset dan hanya cakap2 kosong yang keluar dari mulut dia sendiri. siapa yang takut sebenarnya?

    UMNO tidak rugi apa pun dalam pilihanraya ini, tahniah Pak Lah kerana mengumumkan UMNO tetap hormat dgn sistem demokrasi dan akan meletak calon di pilihnaraya P/Pauh, kalah sudah tentu tapi teruskan usaha menyakinkan pengundi bahawa UMNO tetap pilihan rakyat, anwar menang dalam tangan tetapi majoriti perlu dikekalkan atau ditambah, sekira berlaku kekurangan bermakna UMNO telah berjaya dalam pilihanraya ini.

    Rakyat bijak sebenarnya dalam menentukan wakil mereka, mungkin berlaku simpati terhadap Wan azizah diatas keputusan lalu, boleh kah rakyat menerima kempen Wan azizah kelak memberi alasan meletak jawatan kerana memberi laluan kepada suami tercinta diterima rakyat P/pauh, tidak kah ada yang merasa dipermain2 kan dapat kah rakyat menerima alasan wan azizah, mampukah wan azizah bermain kata2 semasa kempen, antara lain sentimen simpati dikalangan rakyat mungkin berbelah bagi kerana perasaan kewanitaan dan kelakian berbeza persepsinya, Kerajaan Negeri ketika ini dibawah DAP mungkin boleh menyumbang kepada kemarahan rakyat P/Pauh dengan tidak mengundi anwar, dasar2 DAP yang lebih kepada 2M mungkin mengoris hari pengundi melayu di P/Pauh.

    Apa pun UMNO memang sudah bersedia menerima kekalahan dan boleh tidur nyenyak, tetapi anwar dan PKR tidak dapat tidur nyenyak kerana mempertahan kan kerusi lebih susah dari merebut kerusi.

    Selamat mengundi rakyat P/pauh, jalan kan tanggungjawab dengan menzahirkan undian dengan sebenar2 mengikut kehendak demokrasi memilih wakil rakyat yang boleh menwakili kita untuk hidup, aman, makmur, sentosa dan bahagia. seperti yang dikecapi selama ini.

  4. keris silau

    Salam buat semua,

    Jika kes sudah dibawa ke mahkamah, pastinya pihak polis dan pendakwaraya sudah mempunyai bukti yg cukup dalam mensabitkan anwar meliwat saiful. tidak sabar rasanya membaca laporan2 perbicaraan kes ini bagi melihat bukti2 dan saksi yg akan didedahkan. apa pun, semoga proses undang2 ini berjalan dgn baik tanpa sebarang prejudis dan telus.
    buat calon2 yg akan bertanding dalam prk permatang pauh, berjuang dan berkempenlah demi memberi khidmat yg terbaik dan memastikan kemajuan, keamanan, kemakmuran dan kebahagian penduduk dapat diberikan, seperti yg dikecapi selama ini (meminjam kata2 drpd sdr kuntakinte).
    andai kata pengundi di permatang pauh merasakan semuanya telah dikecapi selama ini, tidak mustahil Anwar akan menang kerana sudah lebih 10 tahun kerusi itu diduduki oleh Anwar dan isterinya. namun, sekiranya pengundi merasakan kurang puas hati dan mahukan lebih drpd apa yg telah dikecapi, maka pastinya BN yg akan mewakili pengundi permatang pauh dlm parlimen kelak.
    selamat BERJUANG dan selamat BERJAYA.
    wassalam…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s