Selepas kontrak sosial…kini Memeluk Islam

Difahamkan bahawa Majlis Peguam akan menganjurkan satu forum bertajuk Memeluk Islam. Forum ini dianjurkan selepas satu forum mengenai kontrak sosial telah dianjurkan oleh pihak yang sama. Penulis amat hairan dengan Majlis Peguam di bawah pimpinan Peguam Ambiga yang penulis melihat mutakhir ini agak ‘berminat’ utk menganjurkan forum-forum yang berkaitan dengan isu-isu sensitif seperti Kontrak Sosial dan kini mengenai Memeluk Islam.

Forum atau debat mengenai sesuatu perkara amat elok dan bagus sekiranya isu yang dikupaskan tidak sensitif. Kegagalan untuk menguruskan sensitiviti di kalangan rakyat bakal mengundang bencana kepada rakyat tersebut.

Forum Memeluk Islam ini juga dijangka akan menyentuh Artikel 121 (1A) Perlembagaan Malaysia dan akan membincangan keperluan utk mengkaji semula beberapa kes pertukaran agama di Malaysia. Harus diingatkan bahawa ramai individu di dalam Majlis Peguam ini mendukung dan meyokong Inter Faith Commission (IFC) di negara kita.

Penulis amat berharap agar sebarang forum yang berkait dengan isu-isu sensitif sekiranya hendak dianjurkan, hendaklah diadakan secara tertutup. Janganlah kita menggunakan dasar keterbukaan kepimpinan Pak Lah hari ini secara membabi buta. Bak kata pepatah terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruh padahnya.

Perlu diingatkan bahawa kebebasan bersuara datang bersama tanggungjawab. Kebebasan bersuara bukanlah satu kebebasan mutlak terutama di dalam membahas isu-isu sensitif.

1 Comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

One response to “Selepas kontrak sosial…kini Memeluk Islam

  1. Adakah usaha kita akan mencapai kegagalan? Kenapa kita dituduh tidak cukup ilmu? Kata mereka itu bukan disrespect; tetapi sign of distress.. Apa yang mereka distresskan sangat? Adakah pada tahun ke-51 merdeka mereka memanggil penjajah kembali?

    Ramai yang saya lihat menerima dakyah mereka; tetapi ramai yang kita kenal mendiam diri. Adakah diam diri tanda sokongan? Atau kita sudah malu dengan bendera kita sendiri? Semuanya kerana politik; rakyat sudah berpecah belah..

    SELAMATKAN MARUAH JALUR GEMILANG. KIBARKANLAH DI BLOG ANDA DENGAN PENUH HORMAT.

    Permintaan ikhlas,
    Che Eduardo

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s