Anwar: Pejabat PM dan Polis Terlibat

dari malaysiakini

Datuk Seri Anwar Ibrahim menyalahkan perdana menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berhubung pertuduhan liwat yang akan dihadapkan kepada penasihat PKR itu di mahkamah sesyen esok.

“Saya minta perdana menteri bertanggungjawab bagi kerosakan yang bakal dilakukan kepada negara ini dan integriti dan kehormatan orang Melayu,” katanya di sidang media khas tentang kes mahkamahnya.

Polis tengah hari tadi menyerahkan notis bertulis di rumah Anwar memintanya hadir di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, Jalan Duta pada pukul 10 pagi esok untuk mendakwanya bawah kesalahan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Penasihat PKR itu juga mendakwa beberapa individu di keliling perdana menteri bertegas mahu beliau dituduh di mahkamah, selain pegawai-pegawai polis walaupun pandangan profesional di pejabat Peguam Negara berbeza.

“Esok saya akan didakwa dengan satu jenayah yang saya tidak lakukan.

“Penjenayah-penjenayah sebenarnya, dalam usaha mereka menghina saya dan mengalihkan hasrat orang ramai menyaksikan perubahan, bersembunyi di belakang tabir yang dicipta oleh media arus perdana,” katanya.

“Ia akan berlaku dengan sokongan aktif dan pembabitan berunsur jenayah peringkat tertinggi pasukan polis dan ahli politik – termasuk pejabat perdana menteri.”

Anwar menuduh Abdullah berbuat demikian kepadanya demi menyelamatkan imejnya yang merosot teruk, termasuk gagal memajukan ekonomi Malaysia.

“Beliau sekarang membakar seluruh hutan demi menyelamatkan sebatang pokoknya sendiri,” katanya.

Mantan timbalan perdana menteri malah menyifatkan Abdullah sebagai “penasihat ulung” kepada “jaksa negara” ketika menjawab soalan seorang pemberita daripada media Indonesia.

Diminta mengulas gesaan Mohd Saiful agar beliau bersumpah untuk membuktikannya tidak bersalah, Anwar berkata persoalan sumpah bukanlah isu politik, tetapi jenayah.

Daripada segi Islam, tambahnya, tuduhan yang dibuat mesti dikemukakan dengan bukti.

Mengulas lanjut soalan seorang wartawan Agendadaily.com berhubung perkara itu, Anwar berkata:

“Sumpah hanya cadangan Putera Umno yang patut belajar baca al-Fatihah supaya betul. Sebab itu saya tanya, apa motif saudara bertanya, kalau nak bincang soal politik atau budaya Melayu, kita sumpah demi angin dan lautan dan jembalang, saya bersumpah.”

“Tetapi kalau hendak sebut (sumpah) guna nama Allah, jangan politikkan hal ini,” katanya lagi, menyebabkan kumpulan wartawan ketawa.

Mengulas kesediaan bekas setiausaha politiknya Mohamad Ezam Mohd Nor mendedahkan “rahsianya” jika dikaitkan dengan konspirasi terhadapnya, Anwar enggan mengulas.

Tidak mengapa, itu (isu Mohamad Ezam) pun macam sumpah juga,” katanya.

Pada 12 Julai lalu, Mohamad Ezam berkata beliau akan membongkar segala keaiban Anwar jika pemimpin PKR itu dan isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengaitkan bekas ketua Pemuda PKR itu dengan konspirasi politik berhubung kes liwat.

Ditanya bagaimana beliau akan membuktikan dirinya tidak bersalah di mahkamah, Anwar berkata:

“Rakyat umum sudah tahu. Kamu buat tuduhan jahat tentang sodomi, sudah diperiksa duburnya (Mohd Saiful) tidak ada kesan (diliwat).

“Bagaimanapun, saya hendak katakan, doktor itu (dari Hospital Pusrawi) didera berhari-hari (supaya) menukar keterangannya. Ini negara apa? Ini hukum rimba namanya.”

Cara Anwar menjawab soalan pemberita Indonesia menggunakan telo republik itu menyebabkan pemberita tempatan ketawa kecil.

Ditanya lagi tentang bukti berbentuk dokumen, beliau berkata:

“Dokumen itu bukan sekadar kuat. Sudah sah, ‘nggak boleh dipertikai lagi. Sudah terlalu kuat. Sebab itu, mereka punya masalah tatkala mendapatkan pengesahan jaksa negara untuk memerintah supaya pendakwaan berlaku.

“Kalau begitu, apa motif mereka meneruskan pendakwaan? Motifnya politik, (ia bertujuan) untuk mengalihkan pandangan (awam) bahawa Pak Abdullah gagal mentadbir negara dan tahap popularitasnya merudum jatuh.”

Selain Dr Wan Azizah, timbalannya Dr Syed Husin Ali dan para pemimpin kanan PKR, kelihatan di sidang media itu peguam- peguamnya Sulaiman Abdullah dan Sankara Nair.

nota: Laporan polis dibuat, kertas siasatan pun siap. Setelah dikaji maka laporan liwat ini harus dibawa ke mahkamah. Soal dakwaan ke mahkamah bukanlah satu soal yang boleh dibuat secara membuta-tuli. Ia harus dikemukakan dengan fakta. Kredibiliti badan kehakiman hanya dipertikaikan oleh DSAI semasa dakwaan dibuat keatas beliau. Bagaimana persepsi beliau dengan badan kehakiman semasa beliau dibebaskan tempohari?? Apabila ada bukti dan dakwaan terhadap DSAI, semua ‘fabrication’ dan bukti itu diada-adakan. Adakah DSAI seorang individu yang sememangnya bebas dari melakukan kesilapan atau pendek kata maksum???

Penulis tidak menafikan kehebatan ‘aura’ DSAI. Penulis pernah duduk satu pesawat dengan beliau sambil berborak tanpa menyentuh isu politik. Cara beliau menyampaikan hujah dalam satu perkara amat ‘convincing’ . Arwah ayahanda penulis pernah berkhidmat bersama-sama DSAI semasa beliau menjadi Ketua Pemuda UMNO Malaysia di mana Dato’ Najib Naib Ketua. Ketika itu arwah ayahanda penulis merupakan Timbalan Pengerusi Tetap Pemuda UMNO Malaysia. Agak terkejut beliau apabila penulis menunjukkan gambar lama beliau bersama Dato Najib dan arwah ayahanda yang penulis simpan di dalam telefon bimbit. Gambar persidangan agung Pemuda UMNO Malaysia. Tersipu-sipu DSAI melihat gambar tersebut.

Bukanlah tujuan penulis ingin menulis sejarah lama di sini, cuma penulis ingin tekankan bahawa ‘aura’ DSAI berjaya mempengaruhi rakyat. Segala hujah yang beliau berikan sekiranya tidak dikaji dan diterima bulat-bulat, pasti ramai yang percaya. Janganlah kita terlalu percaya atau yakin dengan apa yang dikata tanpa mengkaji setiap sudut fakta yang ada. Biarlah JPM atau polis yang terlibat, tunggulah sehingga prosiding mahkamah selesai.

20 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

20 responses to “Anwar: Pejabat PM dan Polis Terlibat

  1. natural

    Persoalan yang utama di sini ialah kenapa pertuduhan kepada DSAI sahaja kerana tuduhan di mahkamah mengatakan kejadian sodomi itu sukarela dan boleh diikatjamin.Bukan soal auranya yang boleh buat orang percaya atau tidak tapi fakta dan buat pengetahuan anda, majoriti rakyat boleh berfikir dengan waras tanpa dipengaruhi oleh aura sesiapa kerana ini zaman globalisasi dan dalam tahun 2008 bukannya 1968. Selain laporan perubatan Pusrawi yang mengesahkan tiada kesan liwat, proses pendakwaan yang mengambil masa yang lama agak meragukan masyarakat.Anwar memang bukan seorang yang sempurna, tetapi cara memerangkap beliau sebegini sukar diterima akal walau kebanyakan ahli UMNO sekalipun.Cara mengaibkan orang sebegini bukan caranya, bayangkanlah kita berada di tempat anak, isteri dan seluruh ahli keluarganya atau bagaimana rasanya kalau kita atau bapak kita atau ahli keluarga kita dituduh seperti itu. Kalau nak bercakap soal salah laku seksual dan maksiat, bukan setakat Anwar tetapi ramai tokoh utama UMNO yang ada rekod seperti hubungan seks haram dan pernah red handed ditangkap khalwat dalam bilik hotel dan penagih arak tegar yang semuanya merupakan anggota kabinet kerajaan hari ini, tetapi tiada siapa yang sanggup mengaib mereka di mahkamah atau di muka depan akhbar arus perdana.Saya bukanlah taksub pada Anwar dan beliau ada kelemahannya sebagai manusia, tapi saya bercakap soal kewajaran dalam nilai kemanusiaan.

  2. keris silau

    Salam buat natural,

    pendapat aku berkenaan hal ini, biarkanlah Proses undang2 menentukan kebenaran kes ini. pastinya perbicaraan kes ini akan menjadi tatapan umum yg mungkin sama2 boleh menilai sejauh mana ketepatan dan kesahihan bukti2 yg akan ditunjukkan. biarkanlah mereka2 yg berwajib melaksanakan tugas mereka tanpa tekanan demi memastikan keputusan yg adil dapat dibuat. walau apa pun keputusannya di akhir nanti, dapatlah kiranya, semua menerima kerna pastinya yg memutuskan itu tahu akan tanggungjawab yg dipikul, dan apa yg bakal menantinya. seyakin mana pun kau akan anwar difitnah, janganlah kau pula menfitnah org lain melakukan fitnah tanpa bukti yg selain daripada pendapat umum atau teori2 konspirasi politik. semoga kita sama2 terpelihara daripada menjadi org munafik.
    wassalam….

  3. kuntakinte

    Salam, sedara ada masalah ke antara tuduhan suka sama suka dengan meliwat, apa beza nya, dia kata kenapa dia sorang yang kena…ai..ai.. macam jealous je seorang yang kena seorang lagi tak kena.ish..ish..ish…

    apa pun relax natural, lebih2 sangat sedara risau kenapa, yang hebuh2 kan sapa bukan ke dia yang buat press statement merata2. pergi sana sini, turki le, Jawi le, seberang jaya le sampai wartawan kena pukul ish..ish… binggung teman cerita sedara ni.

    ish..ish..kira mak bapak anak bini dia je ke, keluarga si saiful tu macam mana…

    ish..ish..ish.. sedara dah melarat2 pulak ngata menteri lain dengan macam2 cerita baru pulak, ish..ish. bertulis lah dalam buku di bahu kiri sedara, tak pasal2.ish…ish.. sabar sedara oi, mana nilai kemanusiaan sedara ni.

  4. sekolah atap

    Ada betulnya kata Natural tu.. tapi entahlah saya pun tak dapat nak komen panjang-panjang… bab ramai yang terlibat dengan benda-benda tak elok ni memang ramai… tak kiralah orang kerajaan mahupun rakyat biasa… itu maknanya kita semua sudah mula lupa diri… tanya lah diri sendiri…. sama ada DSAI buat ke tak benda tu.. kita semua tak tahu.. hanya Tuhan, DSAI dan Saiful je yang tahu. Kalau Saiful menfitnah DSAI dia akan menerima laknat di dunia dan akhirat dan teramat lah besar dosanya… Kalau DSAI betul buat benda tu tetapi tidak mengaku, dia munafik orangnya.. hanya Allah Yang Tahu………

  5. Salam,
    Natural Mamak amat teliti setiap komen saudara dan buat prepsi terhadap pendirian saudara adalah amat berat sebelah.Walau pun hujah saudara mamak akui bahawa “Don’t judge the book by the cover”.Hujah disini adakah wajar mempersalahkan setiap kali DSAI lakukan kesalahan acara kanun jenayah stiap kali itu kita mempersalahkan pihak polis atau pun pihak kerajaan.Cuba fikir sejenak adakah seluruh anggota polis yang berkhidmat untuk negara ini sentiasa tidak adil kepada DSAI!.Tuduhan pihak polis tidak lari dari etika profelisma mereka seperti menyiasat terperinci semua fakta dan akhir sekali masih memberi ruang dan keadilan pada tertuduh.Adakah semua orang yang terlibat dalam proses perundangan ini menipu,mereka-reka cerita nak jatuhkan DSAI.Seperti mereka ini terlalu zalim dan tiada pegangan agama.Bagi kaum yang menyokong DSAI ini kenapa mereka jadi hipokrit?taksub tak mahu langgsung buka minda dan terima apa yang sedang berlaku.

    Isu kes DSAI adalah kes Homoseksual yang terlarang oleh agama Islam dan juga undang-undang negara!.Bagi orang barat kes ini adalah terpencil tapi bagi Rakyat negara ini apakah akan terjadi pada negara ini kalau diperintah oleh seorang Homoseksual.Inilah persoalan yang harus kita memikirkan.Cuba kita renungkan hanya satu “adakah DSAI ini seorang Homoseksual?.Jangan kita fikirkan berkenaan kredibiliti beliau atau pun kehebatan beliau.Dan lupakan zaman Mahatirsm.Mungkin kita kata TDM ini zalimi DSAI!.Tapi kenapa kes ini timbul lagi pada pemerintahan Pak lah dan boleh dikatakan semua penguatkuasa undang-undng negara adalah orang lain.Termasuk hakim,menteri undang-undang!.kenapa ia tidak berlaku pada induvidu lain.Mangsanya pulak seorang pemandu dan juga Coffee Boy!.Kalau mereka ini disogok dengan wang ringgit oleh kerajaan ada siapa-siapa mempunyai bukti?.Adakah pemandu yang dituduh dulu dah jadi jutawan dengan sogokan wang kerajaan?.Tak ada bukan?.Jadi apa sebabnya mereka tuduh DSAI lakukan perbuatan terkutuk ini pada diri mereka?. Kenapa mereka hebahkan perkara ini..walhal mereka boleh ‘blackmail’DSAI untuk sejumlah wang.Mungkin mereka ini adalah golongan yang tak mahu seorang homo jadi pemimpin negara ini.Mungkin sayangkan bangsanya bukan?.Manalah tau jiwa mereka?.Atau pun DSAI sengaja lakukan perkara ini dan ingin publisiti rakyat menjadi keseronakan.Tabiatnya begitu?.

    Kita perlu rujukan pakar saikologi untuk menerangkan kenapa seseorang dijangkiti perkara buruk ini!.Dengar ceritanya “Alexander The Great”yang menakluk seluruh Eropah,India dan negara-negara Afrika utara juga seorang Homoseksual atau pun gay!.Raja Rome yang gila bakar bandar Rome..Nero seorang Incest!.Perkara Homoseksual ini dah lama seperti Dalam Al-Quran sendiri diceritakan tentang Kaum Lut!.Kenapa?.Apa iktibarnya Allah sendiri menceritakan perkara ini?.Bukankah satu kes yang serious?.Kenapa para Ulmak di negara sukar nak terima hakikat Homoseksual ini yang menjatuhkan sesuatu kaum di muka bumi ini.Walau pun DSAI tak buat kenapa dia tak ambil langkah-langkah selamat dari di fitnah?.Tanyalah diri sendiri kenapa Coffee boy boleh ke-keluar negara dan membawanya seorang diri ke Kondo..kenapa tak ambil langkah berjaga-jaga?.Kadangkala fikirkan DSAI ini mengamalkn Ilmu Hitam ke?.Harap dan yakinlah undang-undang Negara ini akan mengambil arahnya sendiri.Kita perlu tunjukan satu contoh yang terbaik kepada negara barat dan Amerika bahawa ‘Sistem Perundangan Negara’ini adalah salah satu yang terbaik.Supaya mereka akan hormati kita.Kenakanlah hukuman siapa jua tanpa belas kasihan rakyat negara ini tanpa memileh bulu!.Dengan ini Mamak ucapkan terima kasih pada pihak polis yang telah menjalankan penyiasatan ini dengan penuh profelisma!.
    “It’s no use crying over spilt milk”.
    “One man’s meat another man’s poison”.
    “Still waters run deep:DSAI private life,ideas etc.,are not openely displayed!!!wassalam.

  6. hanturaya57

    MAMAK PENANG NI AKTIF BETUL. DOK DI PENANG KA DOK KL? MAI BLOG HANTURAYA57 MAI.

  7. Lelaki yang disifatkan sebagai teragong didunia…tetapi mempunyai tabiat Homseksual:

    1.Socrates – Ahli Fasafah Greek.
    2.Aristotle – Ahli Falsafah Greek.
    3.Alexander The Great – Raja Macadonia.
    4.Emperor Hadrian – Maharaja Rom.
    5.Richard The Lion Hearted – Raja British.
    6.Richard II – Raja British.
    7.Leonordo davincci – Pelukis dan Saintis.
    8.King James I -Raja British.
    9.Frederick The Great – Raja Prussia.
    10.King Gustav III – Raja Sweden.

    Maka fahamilah walau bagaimana hebatnya orang-orang ini tapi mereka ini adalah seorang Homoseksual…!!!

  8. kunta-kunte

    pelik tapi benar. Akuan bersumpah raja petra tak selesai lagi dah pegi siasat anwar. dulu. Patut ikut turn. Keadilan di malaysia memang elik bila berdepan dengan jenayah orang politik. Siasat dulu kes najib…

  9. Ini mana punya klon pulak si Kunta-kunte bukan Sahabat Mamak KUNTA-KINTE!.Macam-macam cara hampa no…ialah kalau kuah nasi kandar itu tak tumpah ke nasi mana pulak lagi?…Satu specisis ketua kamulah itu…suka berupa-rupa!.

  10. AbangTuah

    Salam..

    Kahkahkah..pecah perut aku tergelak..dari menyamar jadi sang kelembai, jembalang, anuar ibrahim, astora jabatt sampailah ke Kunta-Kinte klon..ish..ish..ish..tenat rupanya depa ni ye..tak keruan dah nampak gayanya…

    Tapi Mamak Haji dont worry..kunta-kite klon ni senang dibezakan dari yang ori..fasal yang klon ni tulisannya nampak tak bijak….

    Mamak Haji…cantik senarai homo tu..tapi patut yang kesebelas kena ada, tinggalkan vacant..kehkehkeh…

  11. kuntakinte

    Salam, eh…eh… aku ngigau ke, eh..eh… aku tulis dalam mimpi ke..pelik je tulisannya.

  12. yeat86

    Salam Ukhwah Semua.

    Saya sokong apa yang ditulis oleh Natural.Setiap orang Mesti ada kredibiliti masing-masing.Jadi janganlah kita terlalu mempercayai kata2 Orang2 BN ni.semuanya Dusta belaka.

    Jangan Marah ha……..
    ni dari pemerhatian saya je….

  13. tubir

    Apa kata kalau benarlah anuar tu suka dan memang main bontot dengan si saiful tu ,adakah orang PKR dan penyokong penyokong nya akan percaya .atau anuar terbukti menerima rasuah,adakah penyokong nya masih mengatakan ianya berniat jahat terhadap anuar,Andainya si anuar ni telah melangar atau membunuh orang dengan suka suka dan apabila ditangkap dan didakwa dimakamah maka penyokongnya masih mengatakan ada unsur unsur jahat keatas kerer politiknya .Disini akan berlaku ketaksuban terhadap anuar.INI bahaya kepada rayaat dan kedaulatan undang undang.
    dilihat dari apa yang berlaku buat masa ini kearah itu lah halanya .sekiranya anuar ini mejadi pm kita beri dia masa 10 hari untuk menunaikan janjinya ,sekiranya gagal kita ludah jika berjumpa dengan nya atau semua angota kebenit nya .
    Kita buat apa yang beliau buat sebelum ini ..kita lihat apa tindakannya ……….sebab dia ni pandai cakap dan buat janji…….cadangan ini hanya untuk rayaat malaysia yang berkecuali tak ada parti,………kepada penyokong beliau tak payah lah merika tu taksub……terutama orang pematang pauh…………..bangan………………………g

  14. Saya rasa blog ini diwujudkan untuk berbincang dan menyelesaikan permasalahan antara kita…Tuan punya blog kena terangkan apa yang diperjuangkan bukannya kutuk dan maki hamun begitu jugak dengan tetamu….walaupun berbeza parti,sebagai orang islam warna kain kapan kita tetap sama…Yang kita tulis adalah yang keluar dari hati kita….Jangan anggap kita terlalu bijak sebab orang lain ada yang lebih bijak….kita takan mampu bela nasib bangsa kalau dalam hati terlalu ego………

  15. asssallamauakum semua
    teman setuju dgn miker.. memang kapan yang sama .. kata orang UMNOler .. kata PKR lain yop.. kapan dema sama dikongsi dengan ugama lain…hindraf tu apa pulak… perjuangkan bangsa ker… sorryler kalau miker ni keling.. tuntutan kaum cina satu lagi hal… di perak 60,000 lot untuk tempoh 999tahun untuk dema …abih tu PKR da PAS lantang sangat ke perjuangkan bangsa.. sampai negok jer, idak ker nak melompat mintak 60,000 lot pulak!

    memang betui orang-orang bercakap pandai itu ego… contoh terbaik mikerler…..

    sekupang dua paham sangat kalau jenis ego ni dia tak kata dia ego tapi dia kata dia lantang dan cerdik… contohnya..lihatlah AZHAR ARSAT

  16. asssallamauakum semua

    MEMANG BETUI MAMAK, TUAH…. macam tu ler taktik dema guna nama orang ….. kat permatang pauh pun acam tu.. sampai org-org tua kononya nak bagi bantuan..dema guna nama BN serawak… walhal Perak yang sepatutnya…kesian…. semua kena tipu..motifnya supaya org tua ni akan kutuk BN kerana menipu…….. lepas tu dema sms program BN dibatalkan kepada semua pengundi setia bn supaya tidak hadir…masaallahnya mamak .. tidakkah yg ditipu tu sebaya mak bapak dema …atau termasuk mak bapak dema sekali …. macamana nak buat kalau org kampung teman gelor dema ni tak mandang telor…. he he he

    sekupang dua tengah tunggu kot ada org yg tak ada telor ni nak guna nama teman….. mana gayanya dia cakap telor perak

  17. Hai yob…
    Jadi MCA,MIC tu tak ngam dengan UMNO la ye….Ingat le dalam PKR ade macam macam bangse tapi depa boleh bersatukan???kalau tidak takan majoriti lebih 15000kan….mike ade ke bukti parti mike masih kuat????

  18. AbangTuah

    Azhar Arsat.

    Kau ni naive, cakap umpama cow-dung. 51 tahun UMNO, MCA, MIC dan lain-lain bersatu dalam BN dengan harmoninya. Tapi yang masalah sekarang ujud pula puak yang sakit sangat hati dan jiwa melihat kejayaan BN, maka ni gunakan isu-isu sensitif perkauman bagi merosakan perpaduan di Malaysia. Maklum, taktik pecah dan perintah, tak malu betul.

    Kau jangan risau, masalah MCA dan UMNO tu kecil aje, yang memperbesar-besarkan sehingga jadi isu adalah puak dajal lahanat.

  19. Salam,
    “Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana Agama(kamu),dan tidak mengusir kamu dari kampung halaman kamu;Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil”.
    Surah Al-Mumtahanah.ayat 8.

    “SesungguhNya Allah hanyalah melarang kamu daripada menjadikan teman rapat orang-orang yang memerangi kamu kerana Agama kamu dan mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu serta membantu(orang lain)untuk mengusir kamu.Dan(ingatlah)sesiapa yang menjadikan mereka teman rapat maka mereka itulah orang-orang yang zalim”.
    Surah Mumtahanah.ayat 9.

    Kepada saudara-saudara PKR dan PAS fikirkanlah tentang DSAI yang terlalu baik dengan Amerika Syarikat dan Yahudi itu.Adakah UMNO atau DSAI yang zalim.Wassalam.

  20. AbangTuah

    Azhar Asraf,

    Setelah baca balik ulasan abangtuah diatas terlalu sacastic pula rasanya. Abangtuah ni memang begini, selalu terkasar, jadi maaf ajelah ya ambil sahaja yang baik yang terkasar tu just let go ok.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s