BPR akan siasat dakwaan rasuah terhadap pemimpin UMNO

Badan Pencegah Rasuah (BPR) sedang meneliti dan menyiasat laporan terhadap pucuk pimpinan tertinggi Umno yang didakwa melakukan rasuah dan salah guna kuasa dalam pemilihan parti.

Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Ahmad Said Hamdan, berkata setiap laporan yang diterima akan disiasat dengan teliti sebelum memanggil mana-mana pihak untuk memberi keterangan.

“Bagilah kita peluang untuk melakukan kerja kita. Ketika ini sesiapa sahaja yang membuat laporan mesti mempunyai bukti yang kukuh dan tiada elemen-elemen jahat,” katanya kepada pemberita selepas menyertai pertandingan menembak Piala Yang Dipertua Negeri, Tun Abdul Rahman Abbas di sini hari ini.
Beliau diminta mengulas laporan veteran Umno, Datuk Mazlan Harun kepada BPR terhadap pucuk pimpinan tertinggi Umno yang didakwa melakukan rasuah dan salah guna kuasa dalam pemilihan parti semalam.

Laporan itu dibuat berdasarkan dakwaan Ketua Umno Bahagian Petaling Jaya Selatan, Kapt (B) Datuk Zahar Hashim dalam sepucuk suratnya kepada Setiausaha Agung Umno yang mendakwa bahawa pucuk pimpinan parti telah melakukan rasuah politik.

Ditanya sama ada pemimpin berkenaan akan diambil kenyataan mereka, Ahmad Said berkata: “Siapapun kita akan ambil kenyataan”.

Dalam perkembangan lain, Ahmad Said berkata pihaknya akan bekerjasama dengan kementerian berkenaan bagi menyiasat punca sebenar keretakan jejambat Lingkaran Tengah 2 (MRR2) yang menghubungkan Kepong dengan Selayang, di Kuala Lumpur.

“Kita akan tengok dulu apa yang sebenarnya berlaku dan kita juga bekerjasama dengan beberapa kementerian berkaitan berhubung masalah keretakan MRR2 itu”.

Ahad lalu, jejambat sepanjang 1.7 kilometer bernilai RM238 juta itu terpaksa ditutup selepas sebatang tiangnya dikesan mengalami rekahan.

Penutupan itu kali ketiga dalam tempoh empat tahun – kali pertama pada Ogos 2004 dan kedua, Februari 2006. MRR2 itu mula dibuka pada 1999.

Ditanya mengenai perkembangan siasatan laporan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan Peguam Negara, Datuk Gani Patail, Ahmad Said berkata; “Siasatan kes itu sedang dijalankan, beri ruang kepada BPR untuk menjalankan tugas dan menyiasat”. — Bernama

nota: Syabas kepada BPR !!! Kembalikanlah integriti di dalam negara ini. Mana yang salah harus dibetulkan, mana yang betul harus diperbaiki lagi supaya ia dapat meningkatkan lagi integriti pentadbiran negara kita.

2 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

2 responses to “BPR akan siasat dakwaan rasuah terhadap pemimpin UMNO

  1. tak boleh siasat. ini kerana kerajaan dipihak umno dan polis serta bpr umno yang bayar gaji. oleh yang demikian kita memerlukan seorg salahudin al-ayubi untuk menyiasat. ini kerana beliau sanggup menentang kristian untuk membela baitulmaqdis. cuba lah bangun para tentera sekalian. salahudin bukannya orang arab, tetapi mengapa beliau sanggup membebaskan baitulmaqdis ini kerana ornga yang beriman itu bersaudara. apa yang penting, mestilah taqwa kepada Allah. jika pemimpin menggunakan undang-undang thaghut, maka rakyatnya wajib mengubahnya. cuba kamu lihat umar abdul aziz, seoarang khalifah yang sanggup menggadaikan harta kerana islam. wang yag dimiliki oleh beliau dimasukkan kedalam baitulmall. wahai tentera Allah sekalian, adakah jika kamu mati dimedan perng itu dikatakan syahid??? benar jika kamu mati dalam mempertahankan agama Allah. tapi jika kamu mati kerana ingin menangkap orang yang memperjuangkan Islam, fikirlah kembali. wahai tentera Allah!!!!!!!! mengapa kamu semua menjadi tentera????? adakah kerana wang atau kerana inginkan syahid dimedan pertempuran dengan kerajaan thaghut disebabkan kemu memperjuangkan Islam. wahai tentera Allah, kita semua akan berhadapan dengan Allah. apakah yang kamu inginkan syurga ataupun neraka. jika kamu bertindak kerana mengikut arahan daripada pemerintah, kamu perlu mengubahnya kepada bertindak kerana taqwa kapada Allah. firman Allah:
    Alif, Laam, Miim. Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang Yang (hendak) bertaqwa; Iaitu orang-orang Yang beriman kepada perkara-perkara Yang ghaib, dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki Yang Kami berikan kepada mereka. dan juga orang-orang Yang beriman kepada Kitab “Al-Quran” Yang diturunkan kepadamu (Wahai Muhammad), dan Kitab-kitab Yang diturunkan dahulu daripadamu, serta mereka yakin akan (adanya) hari akhirat (dengan sepenuhnya). mereka itulah Yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka, dan merekalah orang-orang Yang berjaya.
    [2:1-5]
    wahai pihak berkuasa sekalian, bagaimanakah taqwa kamu terhadap Allah. jika kamu takut kepada pemerintah, maka letaklah jawatan kamu. jika kamu takut kerana Allah, maka teruslah berjuang demi Islam sehingga kamu menimpa syahid dimedan pertempuran.

  2. AbangTuah

    fursanun addin..

    Aku rasa PAS yang mengunakan setiap lembar dari Al-Koran untuk kepentingan politik sempit PAS..dan untuk membela PKR dan DAP. Walau salah sebesar gunung sekali pun PAS dan sekutunya..tak apa PAS ada hulalamak boleh diperbetulkan yang tak betul…

    Pada aku PAS ni bukan jadi pembela agama tapi lebih elok rasanya menjadi gembala babi..

    Jadi najis PAS hilang kelayakkan menyeru kearah kebaikan ummah..pergi jahanam semua kamu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s