KENYATAAN MEDIA PEGUAM SAIFUL, SAIFUL BERSYUKUR

dari mstar
1) Anak guam saya Mohd Saiful Bukhari Bin Azlan bersyukur ke hadrat Allah S.W.T bahawa suspek sebagaimana laporan polis yang dibuat oleh beliau pada 28.6.2008 akhirnya akan dibawa ke muka pengadilan untuk diadili.

2) Mohd Saiful Bukhari Bin Azlan juga akan memberikan kerjasama yang sepenuhnya bagi memastikan proses keadilan berjalan lancar di Mahkamah kelak.

3) Mohd Saiful juga berharap semua rakyat Malaysia berdoa agar proses undang-undang dapat berjalan dengan lancar agar kebenaran dapat dibuktikan dengan seadilnya.

Kenyataan media bertarikh pada 6 Ogos 2008 ini telah ditandatangani oleh peguam Saiful, Zamri Idrus.

Peguamnya, Zamri Idrus berkata, Saiful bersyukur kerana Anwar akhirnya dihadapkan ke mahkamah untuk diadili.

“Anak guam saya memberi jaminan bahawa beliau akan memberi kerjasama yang sepenuhnya bagi memastikan proses keadilan dapat berjalan lancar,” kata beliau dalam kenyataan dikeluarkan hari ini.

Saiful juga meminta semua rakyat Malaysia membiarkan proses perundangan berjalan dengan lancar agar kebenaran dapat dibuktikan.

Sementara itu, ketika ditanya, sama ada Saiful akan hadir di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok, Zamri berkata, anak guamnya tidak akan hadir atas sebab keselamatan.

“Saiful tidak perlu datang esok ke mahkamah dan beliau hanya akan datang sebagai saksi kelak.

“Sebagaimana yang dijanjikan Saiful akan buat akuan bersumpah di hadapan al-Quran dalam masa terdekat, tarikhnya sedang diteliti,” katanya.

Pada 28 Jun lalu, Mohd Saiful membuat laporan polis mendakwa Anwar yang merupakan bekas majikannya meliwatnya beberapa kali, termasuk kali terakhir di sebuah kondominium di Damansara dua hari sebelum laporan polis itu dibuat.

nota: penulis berharap agar orang ramai tidak menjadi ‘hakim’ dalam kes ini. biarlah mahkamah bersidang. sesungguhnya sekiranya Allah Maha Adil. Pihak yang benar pasti menang dalam kes liwat ini. Jangan kita cuba menjadi ‘hakim’ ketika perbicaraan sedang berjalan. Biarlah apa DSAI dan Saiful kata konspirasi lah, bersumpah lah dan sebagainya. Yang paling mengetahui hanyalah Allah SWT.

23 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

23 responses to “KENYATAAN MEDIA PEGUAM SAIFUL, SAIFUL BERSYUKUR

  1. maw

    umno dan saiful makanlah duit haram.bn /umno hiduplah dengan bergelumangan dosa menipu rakyat

  2. paloi

    memang betoi kita biar court tentukan. tapi kalau ada hakim clone agustine paul yg hanya membacakan keptusan penghakiman yg ditulis oleh lingam korek korek korek dlm mahkamah kangaroo apa hal?

    selagi kaum kerabat kita tidak di adili oleh mahkamah kangaroo memg kita kata biar mahkamah adili mereka. kalau seratus tahun nanti anak cucu kita yang terkena..amacam?

  3. natural

    saiful sepatutnya dirujuk kepada mahkamah syariah. Saya pasti akan terdapat tekanan agar dia turut sama didakwa kerana pertuduhan mengatakan ia berlaku secara sengaja atau sukarela.Kalu benar2 nak tegakkan undang2 dakwa kedua2 sekali, tepuk sebelah tangan takkan berbunyi, nak kata kena paksa tak logik sama sekali lelaki yang sakit belakang berusia 61 thn mempunyai kudrat superman memaksa anak muda yang tinggi lampai berusia 23 tahun yang sihat dan tegap.

  4. penyapoo

    “nota: penulis berharap agar orang ramai tidak menjadi ‘hakim’ dalam kes ini. biarlah mahkamah bersidang. sesungguhnya ‘sekiranya’ Allah Maha Adil. Pihak yang benar pasti menang dalam kes liwat ini. Jangan kita cuba menjadi ‘hakim’ ketika perbicaraan sedang berjalan. Biarlah apa DSAI dan Saiful kata konspirasi lah, bersumpah lah dan sebagainya. Yang paling mengetahui hanyalah Allah SWT. ”

    Kenape laa penulis menggunakan perkataan ‘Sekiranya’ Allah Maha Adil. perkataan ‘sekiranya’ tu tak patut digunakan dalam ayat tersebut

    Sekian Wasalam

  5. kuntakinte

    Salam, ish…ish…ish, sia2 je sedara buat amal ibadat selama ni, tak pasal2 si saiful yang dapat pahala.

  6. neutralman

    kita x bleh nk judge sape salah sape btul saudara maw…hanya Allah yg maha mengetahui.saudara mengatakan umno makan duit haram,saudara ada bukti ke?kalo btul ada pun,xpyh la kita nk tuduh2..biar Allah yg menghakiminya nnt janji negara kita aman damai dan kita boleh mencari rezeki dgn tenang dan aman.saudara percaya or x,sesiapa pun yg terlibat dlm politik ni mmg bnyk akan menjadi hipokrit..walaupun dia ulama skalipun,once terlibat dlm politik,kalo tanpa keikhlasan kerana Allah dan bukan sbb2 tertentu,hipokrasi ttp akan berlaku.bukti di depan mata saudara..dahulunya pas menyatakan kerjasama politik dgn non muslim adalah salah dan ada dikalangan ekstremis dlm parti itu yg tlh mengkafirkan umno sbb bekerjasama dgn non mca n mic..sampai ada yg x mau solat berimamkan org umno.skrg, cuba tgk pas.kenapa dia bekerjasama dgn dap sdgkan parti itu mmg terang2 musuh islam dan menolak penubuhan kerajaan islam yg dilaungkan oleh pemimpin pas selama ini?kemana perginya prinsip dan perjuangan pas?saya dahulu amat menyanjungi pas terutama nik aziz n hadi awang ttp sekarang ni mereka ini dpt saya kategorikan sebagai ulama politik yg sanggup buat apa skalipun demi kepentingan diri dan parti shj, bukan agama lg.saya x kata umno itu bagus,bnyk salahnya juga,tetapi apa yg pas kutuk umno selama ini telah pun ditiru sendiri olehnya..bak kata pepatah,seperti menjilat ludah sendiri pulak..saya harap pas kembali le kpd perjuangan asal..martabatkan la islam,tinggalkan la dap laknatullah.

  7. PUTERA UMNO 90

    maw…ang tau dak dosa fitnah lagi besaq dari membunuh?ang da bukti kukuh UMNO & SAIFUL makan duit haram???xdak kan….kalo ada…tolong paste kan kat sini….lagi 1..kalo kail pnjg sjngkal…nak pi ukoq laut…x padan la noh….pi tambah ilmu dulu kot…..

  8. Aku tak percaya Saiful diliwat.Saiful kalau kau diliwat pergilah ke mahkamah syariat. Bawa empat orang saksi!

  9. AbangTuah

    Salam..

    Ape nak jadi dengan rakyat malaysia ni….dah tahu kejadian tu tertutup..tak ada orang nampak mana nak cari saksi..oiii…DNA tak boleh pakai ke?????

  10. hampeh

    tuah…

    kau ni pun serupa macam KJ tu…dok mintak anwar bagi DNA. ikut suka dia lah dia nak bagi ker tak. Eh kau dah baca ker akuan bersumpah Dr. Osman pusrawi tu. Eh nak tanya skit yek….naper citer pasal akuan sumpah dr osman ni tak heboh kluar dalam paper ngan tv. Naper plak aku baca akuan ni akan disiasat atas sbb ia blh mencemarkan imej polis dan mengelirukan rakyat. Sepatut nya akuan ni disiasat utk mencari kebenaran bukan utk menutup kebenaran. pls la jgn la nak suruh Dr. tu ubah balik akuan dia tu….tanak la jadi macam bala tu.

    * tuah…..eh betul ker kau bertuah….tak pun kau ni “bertuah punya budak!”.

  11. keris silau

    Assalamualaikum semua…

    rasanya, tak perlulah kita berhujah akan perkara2 yg tiada kuasa ke atas kita. hakikatnya, walau betul mana pun fakta yg kita hujahkan, ianya tetap tak akan menunjukkan siapa yg benar atau salah. mungkin yg fanatik anwar boleh mengatakan ianya konspirasi pihak tertentu dan bg fanatik BN, pastinya sekeras-kerasnya mengatakan anwar peliwat. namun, tiada apa yg akan kita perolehi di sini melainkan mungkin mencetus amarah dan byk lagi fitnah tak berasas yg bisa menjatuhkan sesama Islam.
    persoalan seperti mengapa saiful tak kemukakan 4 saksi atau pergi ke mahkamah syariah ataupun mengapa di pihak anwar tidak mahu memberikan DNA kpd polis, atau kesahihan laporan perubatan ke atas saiful, pastinya akan ada jawapan pelbagai versi keluar drpd kedua-dua pihak. sudahnya, adakah kita akan dapat jawaban pasti akan siapa yg benar di sini? tidak sama sekali. jawapan hanya akan didapati hanya di mahkamah. dan kala ini, mahkamah sedang bicarakan kes ini dan harap semua sabar mengikutinya. jangan la adanya lagi tohmahan2 atau unsur2 fitnah yg timbul angkara hal liwat ini.
    Umara, kerana tiada saksilah, saiful mengadukan hal ini ke pihak polis agar polis dapat menyiasat kesahihan dan pemeriksaan perubatan mungkin boleh membantu penyiasatan kes ini. tidak kira ke mana kes ini di bawa, jika kita percaya akan kuasa Allah, pasti kebenaran akan ditunjukkanNya.
    AbangTuah, mengikut pengatahuan aku yg dangkal hal berkaitan DNA sepatutnya tidak menjadi isu dlm perkara ini. pastinya pihak polis mempunyai sistem yg canggih dalam menyimpan data2 mengenai pesalah baik rekod2 jenayah hingga ke DNA (sekiranya telah diambil sekali walau dlm tempoh yg lama). pastinya segala data atau rekod2 berkaitan anwar ada di dalam simpanan pihak polis, jika dikira akan kes yg berlaku pada 1998. dan sekiranya terdapat kesan DNA pelaku (yg meliwat) dalam pemeriksaan kesihatan saiful, aku rasa tiada masalah untuk pihak polis membandingkan DNA yg ditemui dgn milik Anwar bagi mengesahkan pelaku yg sebenar. dan sekiranya pihak polis mengatakan kehilangan data atau rekod2 tersebut adalah amat memalukan bagi satu organisasi yg dikatakan antara polis paling efisien di dunia.
    apa pun, bukan niat aku ingin membuat apa2 pertuduhan dalam hal ini apatah lagi mengeruhkan suasana. cuma berharap agar, biarlah kes ini dibicarakan seadilnya di mahkamah tanpa ada yg mengganggu. baik pihak anwar mahupun kerajaan BN, hormatilah mahkamah yg sedang membicarakan kes ini tanpa kita perlu berhujah yg tidak perlu di luar sini.
    wassalam…

  12. kuntakinte

    Salam, abangtuah, sebab tu mat sabu pun lepas seba dia bijak buat projek tak bawa 4 saksi, cuba keluar iklan sapa nak jadi saksi, teman salah sorang setuju terima jawatan saksi kah..kah..kah…

  13. AbangTuah

    Salam..

    Hampeh ooo hampeh..bukankah laporan PUSRAWI tu orang dah kata laporan kesihatan am sahaja. Memanglah Dr. Othman tu buat pengakuan bersumpah yang dia ada membuat pemeriksaan dan melalui cara pemeriksaan biasa didapati tiada kesan dan dia sarankan agar dirujuk ke HKL untuk pemeriksaan lanjut.

    Mahkamah tentu akan gunakan laporan dari HKL kerana ianya LAPORAN PAKAR PERUBATAN OLEH PARA PAKAR-PAKAR PERUBATAN dan aku pun tak tahu apa didalam laporan tersebut.

    Engkau ni bukan macam Hampeh yang aku kenal tu…pandai..tapi sekarang selalu buat-buat bodoh fasal ape. Bukalah otak tu untuk berfikir..jangan ikutkan sangat berita yang tak tentu kesahihannya ok.

  14. hampeh

    tuah oooo tuah….kau ni memang bertuah punya budak. kau ni dah baca tak akuan bersumpah Dr. osman tu. dari apa yg kau tulis aku rasa kau tak baca lagi akuan tu. Aku ni semua berita aku baca….akhbar pro korang dan berita yang pro PR….dan lepas tu aku ambil mana yang aku rasa betul. tu la perlu ditekankan media2 utama perlu lebih seimbang di malaysia ni. baru org2 macam korang ni celik pemikiran skit.

  15. AbangTuah

    Salam…

    Keris Silau dan neutralman…kawan suka baca awak punya komen…rational, logik dan seimbang. Tak kisahlah awak sokong mana pun, teruskan bersama weblog ni ya…baru seronok ada cx and balancenya.

  16. atasinchi

    Assalamualaikum semua,

    teman menyokong benar akan apa yg dikatakan Keris silau. janganlah kiranya hanya kerana kes liwat ini, kita sesama Islam saling tuduh menuduh dan fitnah menfitnah. adalah tidak BIJAK bagi kita yg hanya mengambil kira fakta2 org lain tanpa kita sendiri MENGKAJI, TELITI dan MEMAHAMI akan fakta2 itu. kelak nanti akibat keJAHILan kita dalam menilai akan sesuatu, dosa yg menanti. NAUZUBILLAH… minta dijauhkan…
    harap semua dapat bersabar dan menyerahkan hal ini kpd Allah yg Maha Mengetahui daripada Anwar, Saiful, Pak Lah, teman, AbangTuah, kuntakinte, Hampeh, keris silau dll. pasti kebenaran jua yg akan muncul dan sesungguhnya itulah janji Allah. wallahualam…

    wassalam….

  17. keris silau

    Salam…

    AbangTuah, terima kasih atas kata2 kau itu. masih banyak yg aku hendak belajar drpd AbangTuah dan rakan2. terima kasih atas kesudian terima ORANG macam aku di sini. cuba sedaya upaya utk memberi yg terbaik walaupun aku bukan lah orang yg TERBAIK.
    wassalam…

  18. keris silau

    Salam sekali lagi…

    ingin di sini aku mengulaskan akan apa yg sibuk diperkatakan oleh hampeh agar AbangTuah membaca akuan bersumpah oleh Dr Osman.
    melalui pembacaan aku akan akuan bersumpah tersebut, “Dr.Osman mengatakan beliau telah didatangi oleh saiful yg mengadu sakit di kemaluan belakangnya. beliau kemudian membuat pemeriksaan terhadap saiful sambil dibantu oleh seorang jururawat. pemeriksaan menggunakan satu alat yg aku lupa namanya (maaf atas daya ingatan yg lemah, mungkin sbb byk makan kari kepala ikan…hehe). yg pasti alat itu sejenis alat untuk memeriksa samada ada kesan kemasukan atau koyakan dlm kemaluan dan merupakan sejenis alat pakai buang. hasil pemeriksaan, Dr.Osman dapati tiada kesan koyakan atau tusukan di dalam kemaluan saiful. dan kemudian membuang alat pemeriksaan itu. setelah pemeriksaan, saiful memberitahu bhw, dia telah diliwat oleh DSAI dan Dr.Osman menasihatkan saiful membuat laporan polis dan membuat pemeriksaan susulan di mana2 hospital kerajaan kerana kes itu melibatkan org kenamaan. dan Dr.Osman mengatakan dia tidak ada mengeluarkan apa2 preskripsi ubat utk saiful.”
    aku rasa, itulah kandungan akuan bersumpah Dr.Osman, andaikata ada yg tersilap, maaf kerana daya ingatan aku akhir2 ini agak lemah. tetapi aku yakin sebahagian besar apa yg aku tulis, adalah apa yg aku baca.
    jadi, dalam hal ini, ingin aku tanya kepada Hampeh, apakah fakta2 kukuh yg boleh digunakan utk menidakkan dakwaan liwat ini. memang benar pemeriksaan kesan koyakan dan tusukan telah dilakukan pada kemaluan belakang saiful, namun prosedur yg telah dilakukan oleh Dr.Osman hanyalah satu prosedur asas yg tidak menyeluruh dan beliau sendiri menyarankan saiful agar membuat susulan kemana-mana hosp kerajaan. hujah ini belum cukup kuat utk menidakkan dakwaan liwat.
    namun, aku tertarik juga utk mengulas akan tindakan polis utk menyiasat akuan tersebut yg dikatakan mencemarkan imej polis. apa yg cuba disampaikan di sini ialah, pihak polis merasakan tercabar dgn wujudnya akuan bersumpah drpd Dr.Osman. adakah benar akuan itu? adakah benar polis masih kekurangan bukti2 kukuh bagi mensabitkan DSAI terhadap pertuduhan liwat? adakah DSAI telah MENGUPAH Dr.Osman utk membuat akuan sumpah? adakah akan ada akuan sumpah ke-2 yg menidakkan akuan sumpah pertama? adakah Dr.Osman juga akan GHAIB selepas itu sepertimana PA Subramaniam?
    wallahualam, tiada jawaban yg dapat aku berikan atas setiap persoalan2 ku itu. hanya berharap agar kekeruhan yg tidak menguntungkan rakyat ini tidak menjadi virus yg bisa mengakibatkan MELAYU semakin jatuh, semakin jauh drpd nikmat yg Allah berikan.

  19. penangkia

    Dear keris silau,
    Your point was exactly clear, but no point 4 them such as abg Tuah, Hampeh and Kunta-kinte because they already set their mind which are rusty. Maybe they don’t even read the SD made byDr.MohdOsman
    and they had made allegation against the 30 years practicing medical officer was not a sodomist speacialist, may be in the future our local university will provide a sodomy expert as one of the medical course.Wow! That will be recognize in Guiness World Record…..

  20. AbangTuah

    Hei..PenangKia

    Better careful with your word..who’s actually rusted..me or you..I think it your brain blocked…consider this;

    Can you really thrust SD..what about stupid King and the stupid Log SD…tell me now!!!

    What is a statement by 1 doctor to compare with a groups of specialists…From your writting I guess you dont even pass your tertiary grade…stupid ass-hole!!!

  21. AbangTuah

    HILANG KISAH ANTANTUYA….
    HE..HE.. BAGUS2

  22. gagakhitam

    gagak bingung sikit kes saiful yang hensem ni macamana saiful di liwat secara paksa?
    x faham lah,gagak pun nak tau juga .klu betul dia diliwat kenapa memek muka macam bangga ja diliwat x sedih pun.. sedap kot atau nak tunjukkan muka macho.. soalan saya masa anwar nak liwat saiful ni, x melawan ke ?orang nak liwat secara paksa .. maksudnya ”rogol ”saiful ni muda lagi kenapa x terajang je si anwar ni, atau dasar lembeh, nak merogol bukan senang tau, perlu kekerasaan.
    ada kesan lebam ke saiful ketika di paksa liwat, x de? hairan oh sorry mungkin beri ubat kot supaya saiful x sedarkan diri.. logik jugakan tapi x de pula saiful kata dia x sedarkan diri heiran.. dalam fikiran gagak jalan ceritanya macam ni anwar kata buka, saiful pun buka, bukan kah begitu? cuba kamu renungan2kan .darahpahlawan, macam uncle pet tapi kenapa x melawan bila nak di liwat.
    heiran bin ajaib lah tu.tolong jawap?

  23. hey paguam, kau perlu pastikan anak guam kau bersalah ataupun tidak terlebih dahulu. janganlah engkau nyakin dengannya sewenang-wenangnya. ini kerana firman Allah:

    Wahai orang-orang Yang beriman, janganlah kamu ingat halal membuat sesuka hati mengenai syiar-syiar ugama Allah, dan mengenai bulan-bulan Yang dihormati, dan mengenai binatang-binatang Yang dihadiahkan (ke Makkah untuk korban), dan mengenai kalong-kalong binatang hadiah itu, dan mengenai orang-orang Yang menuju ke Baitullah Al-Haraam, Yang bertujuan mencari limpah kurnia dari Tuhan mereka (dengan jalan perniagaan) dan mencari keredaanNya (dengan mengerjakan Ibadat Haji di tanah Suci); dan apabila kamu telah selesai dari ihram maka bolehlah kamu berburu. dan jangan sekali-kali kebencian kamu kepada suatu kaum kerana mereka pernah menghalangi kamu dari Masjid Al-Haraam itu – mendorong kamu menceroboh. dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. dan bertaqwalah kepada Allah, kerana Sesungguhnya Allah Maha berat azab seksaNya (bagi sesiapa Yang melanggar perintahNya).
    [5:2]

    selagi aku kata pastikan dahulu, jangan tuduh aku sebarangan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s