Daily Archives: August 12, 2008

Debat Khas Koh Tsu Koon – Lim Guan Eng – 20 Ogos 2008

Program Siri Debat Agendadaily yang akan mempertemukan dua orang kuat Pulau Pinang, secara rasminya akan berlangsung pada 20 Ogos depan.

Agendadaily selaku penganjur debat berkenaan telah mendapat pengesahan daripada kedua-dua belah pihak untuk menjayakan debat berkenaan.

Kedua-dua pihak juga telah bersetuju debat berkenaan akan dijalankan atas tajuk “Kisah Benar Kontroversi Tanah di Pulau Pinang”.

Ini adalah debat kedua dianjurkan oleh Agendadaily. debat pertama antara Menteri Penerangan, datuk Ahmad Shabery Cheek dan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim telah diadakan pada 15 Julai 2008.

Debat antara Tsu Koon dan Guan Eng ini akan disiarkan secara langsung oleh salah sebuah stesen televisyen Media Prima.

Format debat yang antara kedua-dua mereka akan dijalankan sama seperti format debat yang pertama dahulu.

Debat ini juga akan dikendalikan oleh moderatornya, Pengerusi Lembaga Pengelola DBP, Datuk Johan Jaaffar.

nota: mungkin sahabat maya ‘mamak penang’ boleh memberi sedikit ulasan mengenai tajuk debat yang akan diadakan nanti

2 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Tahniah dan Syabas !!

Pemuda Jalan Enggang ingin merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada perwira-perwira yang menyertai Protes Forum Memeluk Islam anjuran Majlis Peguam. Kebiadapan mana-mana badan yang ingin mencabar atau mempersoalkan hak Islam dan orang Melayu di Malaysia harus ditentang. Tahniah juga kepada ahli-ahli PAS dan PKR sepertu YB Zulkifli Noordin dan Badrul Amin dari PKR yang berani menyertai protes ini tatkala pemimpin PKR yang lain nampak berlembut dengan kehendak supaya forum ini diteruskan.

17 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

PRU 2004: UMNO Di Arah Bayar RM218juta

dari malaysiakini

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengarahkan Umno membayar tuntutan lebih RM218 juta daripada Elegant Advisory Sdn Bhd berhubung penyediaan bahan kempen pilihanraya umum Mac 2004.

Dalam pilihanraya itu, Umno menerima bahan kempen termasuk poster, lencana, kain rentang, air mineral, bendera dan topi tetapi ia menolak untuk membayarnya.

Keputusan penghakiman itu telah disampaikan oleh timbalan pendaftar Mahkamah Tinggi, Ahmad Faizadh Yahaya pada 17 Julai lalu.

Sebagai reaksinya, Presiden Umno Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini berkata parti itu akan mencabar keputusan mahkamah itu.

Sambil menyatakan rasa tidak percaya dengan keputusan mahkamah tersebut, beliau berkata “Umno sudah tentu akan merayu.”

nota: Agak memeranjatkan kerana UMNO di arah supaya membayar RM218juta bagi penyediaan bahan kempen pilihanraya umum 2008 sedangkan bahan2 kempen berkenaan dibuat berdasarkan Barisan Nasional dan tidak spesifik kepada mana-mana parti komponen BN. Walaubagaimanapun, tuntutan seperti ini jelas menunjukkan bahawa penyediaan bahan-bahan kempen PRU 2004 dahulu bukanlah disediakan oleh kroni-kroni(individu2) seperti yang dicanang2kan oleh pihak tidak bertanggungjawab satu ketika dahulu.

7 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda