Program Siri Debat Agendadaily yang akan mempertemukan dua orang kuat Pulau Pinang, secara rasminya akan berlangsung pada 20 Ogos depan.
Agendadaily selaku penganjur debat berkenaan telah mendapat pengesahan daripada kedua-dua belah pihak untuk menjayakan debat berkenaan.
Kedua-dua pihak juga telah bersetuju debat berkenaan akan dijalankan atas tajuk “Kisah Benar Kontroversi Tanah di Pulau Pinang”.
Ini adalah debat kedua dianjurkan oleh Agendadaily. debat pertama antara Menteri Penerangan, datuk Ahmad Shabery Cheek dan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim telah diadakan pada 15 Julai 2008.
Debat antara Tsu Koon dan Guan Eng ini akan disiarkan secara langsung oleh salah sebuah stesen televisyen Media Prima.
Format debat yang antara kedua-dua mereka akan dijalankan sama seperti format debat yang pertama dahulu.
Debat ini juga akan dikendalikan oleh moderatornya, Pengerusi Lembaga Pengelola DBP, Datuk Johan Jaaffar.
nota: mungkin sahabat maya ‘mamak penang’ boleh memberi sedikit ulasan mengenai tajuk debat yang akan diadakan nanti
MAMAK DEPA NI HOMOSEX JUGAK KA. NAK BEDEBAT SAMA JANTAN. KOH DENGAN LIM. BAIK MEREKA NI DEBAT DENGAN NG YEN YEN ,,,, BETINA.
Salam,
ada baik juga debat ini diadakan. sekurang-kurangnya, rakyat dapat mengetahui segala apa kontroversi disebalik sesuatu isu itu. aku yakin, rakyat Malaysia semakin hari semakin bijak dalam menilai akan sesuatu itu. dan pastinya apabila kedua-dua pihak sudah bersetuju, maka ada hujah2 yg kuat dlm menyokong kedua-dua pihak. sama2 lah kita saksikan debat yg mungkin akan memberi manafaat kpd kita sbg rakyat. ambil yg jernih buang yg keruh, yg baik dijadikan teladan yg tak elok kita jadikan kekuatan utk merubah kearah kebaikan. barulah MELAYU takkan mudah diperkotak katekkan oleh bangsa lain.
wassalam…