ADUN BN Seberang Jaya calon BN di Permatang Pauh

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Jaya, Datuk Arif Shah Omar Shah (gambar) dipilih untuk mewakili Barisan Nasional (BN) bertanding dalam pilihan raya kecil kerusi Parlimen Permatang Pauh 26 Ogos ini.

Ia diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebentar tadi di sini.

Menurut Najib, pemilihan Ariff Shah, 52, dibuat setelah mengambil kira pelbagai aspek termasuk faktor tempatan dan semasa.

Katanya, beliau adalah calon terbaik menentang Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk merebut kerusi kawasan parlimen berkenaan.

Najib mengumumkan demikian di hadapan kirakira lebih 3,000 penyokong BN di Pusat Konvensyen Sunway Carnival di sini malam ini.

Beliau turut melancarkan jentera BN bagi pilihan raya kecil itu malam ini di Pusat Konvensyen Sunway Carnival.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan pengunduran penyandangnya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang juga Presiden PKR pada 31 Julai lepas bagi memberi laluan kepada suaminya yang juga penasihat parti itu.

Penamaan calon ialah pada Sabtu ini.

Kerusi Parlimen Permatang pauh meliputi tiga kawasan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang iaitu Seberang Jaya yang diwakili oleh Arif Shah, Permatang Pasir (diwakili Hamdan Abd Rahman dari PAS) dan DUN Penanti, yang diwakili oleh Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang Mohammad Fairus Khairuddin dari PKR. – mstar

22 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

22 responses to “ADUN BN Seberang Jaya calon BN di Permatang Pauh

  1. Kuntakinte

    Salam, wah… mamak sekapal nampak, hansome macam mamak jugak, rambut boleh tahan macam Sultan teman pulak, itu fungshui baik tu, dari jauh orang dah kenal, benda2 jenis putih bersih ni anwar takut dan kecut.

    Doa mengiringi YB Dato Ariff Shah, agar dapat membuat perubahan di Permatang Pauh. InsyaAllah teman mungkin nak pergi jugak lihat2 kempen di Permatang Pauh, saja2 cari ilmu sikit.

  2. ikankecil

    salam….
    dah lame rasenya ikankecil x menulis disini….
    maaf kerana ikankecil sibuk dgn tugasan yg diberi oleh pensyarah…
    baru harini ada kelapangan untk ikankecil memberikan pandangan ikankecil yg x seberapa ini….

    dah 10 tahun PKR memerintah di p.pauh….tp xbyk kemajuaan yg dpt dilihat….berbanding kawasan2 len yg sebelum ini dikuasai BN….smalam ikan kecil terbaca artikel mengenai kaum india merungut berkenaan kaum india kurang mendapat perhatian berbanding kaum2 len…ini menunjukkan ahli parlimen seperti memilih bulu dalam melaksanakan tugasa yg diamanahkan kepada mereka….

    ikankecil kurang paham dgn pendirian DSAI ni…sesama beliau menjadi menteri kabinet dlu bukankah beliau yg bermati2an untk membina tol di p.pauh tp sekarang beliau jg bermati2an nk memansuhkan tol tersebut….

    adoi nk wat mcm ne da xde idea len la 2….
    apa2 pown LAYANNNNNNNNNNNNN…..

    ikankecil berenang bebas….

    salam…

  3. penangkia

    Dear pals,
    UMNO is really desperate.The first time in the history UMNO had put the selected assemblyman as a Parliament candidate.Wallah hu ‘Alam bis sawaf.

  4. AbangTuah

    PenangKia..

    What do you mean by really desperate…was it’s against any local or international laws or rules, yet on the contrarily, many Malaysia still think it was a wise decision made based on candidate excellent calibre such as, highly educated, fellow-feeling, sympathetic, extensive political experience, courageous political fighter, Chinese conversant and good support from local resident regardless race. With these qualities, he sure will gives a hell of troubles to your beloved Anwar.

    Ha..ha..I don’t know why the only person so puzzle in this world is you. My suggestion to you bro, remove the fanaticism-tumor from your brain…then you can think clearly. Come and join us, then your mind are yours and free, no more belonging to political party’s leaders.

  5. Salam,
    Memamang Datuk ariff shah adalah orang yang tepat untuk permatang pauh.Siapa tak kenal dengan Datuk Arif Shah ini!.Seorang yang berjiwa rak yat dan simple orangnya.Seorang yang berpendidikan Sekolah tinggi Berbahasa Cina dan berpetah bahasa Mandrin.Mamak memang kenal rapat dengannya.Datuk ini tak kira penat membantu rakyat seberang perai walaupun beliau hanya wakili adun seberang Jaya dan sedia bantu apa jua masalah rakyat tak kira kawasan undi!,Beliau amat rapat dengan penduduk sekitar Permatang pauh walaupun wakil rakyatnya dari PKR tetapi beliau ini berfungsi sebagai wakil rakyat Kawasan Permatang Pauh!.Yang wakil rakyat PKR ini batang hidung pun tak nampak kerana duk di KL!.Beliau ini amat rapat dengan kaum India dan juga kaum Tionghwa kerana beliau boleh bertutur dalam dua bahasa ini.Nak tahu sumbangannya melawat sajalah Bandar seberang Jaya anda boleh saksikan sendiri kemajuan dan anda melawatlah Permatang pauh anda boleh saksikan sendiri kemundurannya.Memang tepat orangnya untuk Wakil Permatang pauh…kami sokong Datuk 100%!.Memileh beliau bermakna memileh kemajuan untuk Permatang Pauh…terkuburlah cita-cita politik DSAI yang memporak-perandakan orang Melayu Pulau Pinang!.Sila melawat website beliau

  6. Salam,
    Renungkanlah dasar pemikiran YB Datuk Arif Shah:

    Ucapan Penggulungan (9) oleh Y.A.B. Lim Guan Eng dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri pada hari Isnin, 28 Julai 2008:

    Yang Berhormat Tuan Speaker,

    Ahli-ahli Yang Berhormat,

    Urus Tadbir Yang Baik

    Y.B. ADUN Seberang Jaya telah memberikan beberapa cadangan untuk mempertingkatkan lagi urus tadbir yang baik dalam bidang pentadbiran tanah. Saya mengucapkan terima kasih di atas cadangan yang diberikan, dan cadangan tersebut akan dikaji mengikut kesesuaian. Ingin saya tegaskan di sini bahawa kerajaan baru akan berusaha bersungguh-sungguh untuk meningkatkan kecekapan dalam pentadbiran tanah dan mengelak sebarang bentuk penyelewengan. Memang benar Kerajaan Negeri yang baru telah menubuhkan satu jawatankuasa untuk menyiasat kes penyelewengan. Walau bagaimanapun, memandangkan siasatan belum lagi selesai, maka hasil penemuan siasatan belum lagi dapat diumumkan.

    Y.B. berkenaan juga telah mencadangkan supaya disediakan sebidang tanah untuk digunakan sebagai tempat pembakaran dan penyimpanan mayat orang bukan Islam. Saya berpendapat ini satu cadangan yang baik, walau bagaimanapun saya perlu melihat semula pelan pembangunan keseluruhan Bandar Seberang Jaya yang disediakan oleh PDC, samada masih terdapat tanah yang belum dimajukan di kawasan tersebut, dan sesuai untuk maksud berkenaan. Setahu saya, PDC telah menyediakan beberapa tapak Rumah Ibadat Bukan Islam (RIBI) di kawasan yang berhampiran dengan Taman Burung Seberang Jaya iaitu rumah ibadat untuk kaum Cina, Hindu dan Sikh. Lembaga PDC dalam mesyuaratnya pada 24 Mei 1993 telah meluluskan penjualan sebidang tanah seluas satu ekar di kawasan RIBI Seberang Jaya kepada Gurdwara Sahib Butterworth (GSB) dengan kadar RM5.60 / kaki persegi. Surat perjanjian jual beli telah ditandatangani pada 29 September 1993. Antara syarat yang terkandung dalam S&P adalah bahawa pihak GSB perlu memulakan kerja pembinaan dalam tempoh dua tahun dari tarikh permohonan pemberian milik tanah diluluskan oleh pihak Berkuasa Negeri. Walau bagaimanapun, sehingga hari ini pihak GSB masih belum memulakan kerja pembinaan Gurdwara berkenaan. Dalam perkara ini PDC tidak bertanggungjawab / terlibat dalam pembinaannya.

    Y.B. ADUN Seberang Jaya melalui surat bertarikh 6 Mei 2004 telah menyokong permohonan Pertubuhan Perayaan Yee Lan kepada Y.A.B. Tan Sri Ketua Menteri Pulau Pinang supaya plot 11 di kawasan RIBI Seberang Jaya dijadikan sebagai tapak dewan menyimpan mayat (funeral parlour). PDC melalui memo kepada YAB Pengerusi Perbadanan telah memaklum balas seperti berikut:

    i. Pertubuhan Perayaan Yee Lan adalah merupakan satu bertubuhan keagamaan cina yang menyelaras upacara keagamaan ’penyembahan hantu’ di kawasan perumahan dan kebanyakan pertubuhan sebegini tidak berdaftar dengan pendaftar Pertubuhan.

    ii. Berdasarkan kepada ini, kesahihannya di dalam mewakili penduduk Cina di kawasan Seberang Jaya diragui dan perlu diteliti.

    iii. PDC pernah merancang dewan menyimpan mayat di kawasan RIBI Seberang Jaya sebelum ini dan cadangan berkenaan tidak diterima dengan alasan ia jauh dari kawasan perumahan serta letak bersebelahan dengan tapak rumah ibadat yang lain.

    iv. Tapak yang dipohon adalah merupakan tapak yang digunakan sebagai tempat letak kereta untuk kegunaan pengunjung keagamaan rumah ibadat bukan Islam.

    Pertubuhan Perayaan Yee Lan baru-baru ini pada 21 April 2008 telah meminta status permohonan yang dikemukakan sebelum ini melalui Y.B. ADUN Seberang Jaya. Kerajaan Negeri melalui PDC telah memaklumkan kepada pihak berkenaan bahawa plot tersebut telah dikenal pasti sebagai tempat letak kenderaan untuk diguna bersama oleh seluruh RIBI di kawasan tersebut. Oleh yang demikian pihak pemohon dinasihatkan untuk berbincang bersama bagi mendapatkan persetujuan semua RIBI di kawasan tersebut terlebih dahulu. Sebarang persetujuan bertulis yang diperolehi hendaklah dikemukakan kepada PDC.

    Isu mengenai bilangan mesyuarat Lembaga PDC yang telah diadakan dan perkara yang dibincangkan dalam mesyuarat

    Mesyuarat Lembaga PDC telah diadakan sekali pada tahun ini iaitu pada 17 Julai 2008 baru-baru ini. Antara perkara yang dibincangkan ialah yang berkaitan aktiviti utama PDC iaitu pembangunan tanah dan pelaburan serta cara untuk membantu menarik pelabur serta untuk membangunkan ekonomi Negeri secara amnya dari aspek PDC.

    Y.B. ADUN Seberang Jaya juga telah mencadangkan supaya kawasan yang diduduki oleh penduduk di kawasan perkampungan di Tanjung Tokong diambil alih untuk dibuat penyusunan semula yang lebih teratur. Perkara ini memang telah lama dirancang oleh UDA kerana tanah yang berkenaan adalah tanah milik UDA. Walaupun pelan perancangan telah disedikan oleh UDA tetapi pelaksanaanya tidak mudah kerana ia melibatkan bilangan rumah yang banyak, serta timbul pelbagai bantahan dan tuntutan oleh penduduk sendiri. Walau bagaimanapun, projek tersebut akan diteruskan dan proses perundingan sedang dijalankan antara UDA dengan penduduk Tanjong To’kong.

    ——————————————————————————–

    * Lim Guan Eng, Ketua Menteri Negeri Pulau Pinang dan Setiausaha Agung DAP

  7. Salam penagkia,

    a lebih baik sengaja bertanding dan sengaja melepaskan jawatan untuk kroni dan sengaja membazirkan wang rakyat!.Datuk ariff shah adalah anak tempatan yang disanjungi tiada salahnya beliau dipileh sebagai Wakil Rakyat yang boleh memberi perkhidmatan yang luas untuk masyarakat disini.Oleh kerana Wakil rakyat yang berkhidmat lama ini asyik menyertai kempen reformasi segala masalah rakyat disini diselesaikan oleh Datuk Ariff Shah walu pun bukan tugasnya.Adulah apa jua masalah di pusat khidmat yang bertaraf ISO tetap dapat layanan dan tanpa mengira parti politik dan juga kaum!.Jemputlah kenduri kendara beliau tetap hadirinya tanpa mengira kaya atau miskin!.Dia adalah seorang yang kuat berkerja unuk masyarakat tak salahnya UMNO pileh orang seperti ini untuk memberi peluang untuk berkhidmat lebih luas.Pengundi disini ramai yang makan budi beliau.Persoalan sekarang ini adalah”Orang Gila kuasa lawan dengan orang betul-betul menolong Orang kampung!.
    Wassalam.

  8. Salam Kuntakinte,
    Untuk pengetahuan saudara beliau adalah Adik kepada tokoh korperat “Tan Sri Amin Shah”(taukeh Limbungan Naval Dockyard di Lumut).!!!.T.Q for your support..hang nak mai sini Mamak belanja Nasi kandar Pulau Pinang!.Call me anytime…mamak ada singgah kat weblog hang!.Check alamat e-mail Mamak!.Wassalam.

  9. Untuk moderator blog ini tolong linkan website datuk Ariff Shah untuk pengunjung blog ini untuk mengetahui lebih dekat profail beliau.Mohon semua blog-blog UMNO linkkan weblog Y.B arifshah.Wassalam.

  10. Compa Penang

    Datuk Arif Shah Omar Shah mrupakan calon yg terbaik utk bertanding dgn DSAI..sapa x kenal Datuk Arif Shah kt area seberang jaya mahupun di kawasan pulau..pantang ada org jumpa dia ngadu masalah..dgn sedaya upaya dia, dia akan tolong x kira kaum dan fahaman politik…penah kawan bgtau..Datuk Arif Shah ikut smpai ke kubur masa ada seorang hamba Allah nie meninggal…walaupun dia org PAS..penah juga diceritakan yg ada seorg hamba Allah di sbrg jaya meninggal..bkn esoknya dia pg ziarah, tgh malam tu gak dia turun..org mcm nie yg kita mau..even Datuk Arif Shah disukai oleh pelbagai bangsa dan agama…semoga perjuangan Datuk Arif Shah berjaya di Permatang Pauh…

  11. penangkia

    My dearest Abg Tuah,
    I’m not fanatic.God awards me a critical minded.I didn’t say it is against the law, but I wonder the party which claimed had more than 3 million membership lack of capable candidate for the by-election.Even he is a good “wakil rakyat”, I’m in the state of shock because the first time in the history UMNO indirectly admit that they are having a leadership crisis such as a capable candidate.Mamak Penang was just helped me, by stated that he is the brother of Amin Shah.Besides, Azman Syah also his brother and all of them are businessmen whose always got their contract through the back door.That is what we call cronysm and not the housewife whose sacrificed her normal life for the sake of her beloved husband whose the conspiracy’s victim. Wassalam

  12. penangkia

    My dear Mamak Penang@Mamak PUDUKANG,
    Tell me, was it true or not, Amin Shah had contributed to spoil the image of your beloved Najib.As far as i knew, the PSC had failed to deliver the six patrol naval ship and the PSC poor performance drive to the lost and wasted.

  13. Salam,
    Saudara penang kia kalau nak cerita pasai adik beradik ,DSAI lagi malu…kamu orang Penang taakan tak tahu pasai adik beradik DSAI?.Tak payahlah kamu cerita pasai projek OPV itu…sepatutnya kita megah dengan Tan Sri itu kerana anak melayu pertama yang berkecimpung dalam pembinaan kapal perang yang sophicated!.Hang kena faham pasaran harga besi..kuali roti canai pun dah naik harga lima kali ganda…kita ini bukan pengeluar besi…yang lambat pun kerana disebabkan rundingan kenaikan kos binaan…yang satu lagi Tan Sri itu jadi ahli koperat bukan disebabkan Kroni kerajaan…kalau ada masa kamu rujuklah List Kroni DSAI yang dapat projek kerajaan yang dikeluarkan oleh TDM dulu!.Hang orang penang tak akan tahu tahu kot projek kroni DSAI..yang geng motor besak itu!adik-beradik dan ayahandanya,mertuanya?.Sebenarnya Tan Sri itu majukan perniagaan dari dasar Ekonomi baru kerajaan dan UMNO!.Beribu orang berjaya itu semuanya bukan kroni tetapi dasar UMNO yang tolong Melayu melalui DEB!.Wassalam.

    p/s:Abg Tuah depa kata kroni..kalau abg.tuah atau moderator masih simpan list kroni DSAI yang dikeluarkan oleh TDM semasa pemilihan UMNO tolong publishkan di weblog ini.

  14. john ramboo

    woi mamak penang, asyik2 hang ja dok komen..
    p balik buat roti canai lg bgus.. hang kna sedar…. tanah melayu@mamak di penang dah dpt dkt cina..!!!
    hang buta kayu ka..??? mamak2 penang @boria punya geng pun lari dok kedah bnyk dah…
    awat hampa bodoh sgt.. ada akai pkirlah skit… jgn jd bengap.
    aku nk tanya hang mana dia melayu penang yg dok riuh2..??? p mana habis..??

  15. john ramboo

    aku katakan ini bukan kerana DSAI atau Dato ariff shah..tp aku kata di mana pemikiran yg matang hampa..?? di mana dasar perjuangan hampa.??
    sapa nk jawab kes masalah melayu di penang yg selama ni tertindas..??
    jgn jd bodoh..!!! setakat ckap sj x payah.. la hang tunjukkan bukti untuk bela nasib melayu penang dan usahakan untuk panggil balik melayu penang yg dok di negeri lain , balik mai dok kembali di penang.
    hang bleh buat yg ni, br aku mau sembang. kalu x bleh buat, hang p balik lah.

  16. Kuntakinte

    Salam, mamak penang kasi panggang ini John Ramboo bikin BBQ kasi Taiko Melaka makan.. punya ramai keturunan mamak dengan melayu kat penang dia boleh tak nampak he..he….

  17. Salam,kuntakinte,bagi mamak ini, macam john rambo ini macam illusi filem syvestar sloone…nak naikan semangat rakyat Amerika yang malu , kalah dan lari dari peperangan vietnam itu.Maka ujudlah filem yang khayalan orang Amerika “John Rambo”!.Yang spesis john ini jenis pil ‘up-john’ sentiasa khayal dalam mimpian parti pembangkang!.Susah nak memahami kedudukan geography dan sosio-ekonomi.Walau pun mamak pernah tulis atikel mengenai “Nasib Melayu Pulau Pinang”diblog ini.Rasa mamak loya nak jawab spesisi macam ini yang seringkali ubah identiti untuk berseronok blogging dan macam Nasi kandak yang basi!!.

    p/s:
    “Hak orang bersuara perlu dihormati

  18. Salam kuntakinte!

    Spesisi ‘John Rambo’ kita ini cuma penyokong yang kecewa dengan fenomena 16-sept!.Macam cerita sylvester sloone dalam filem Rambo!.Buat filem untuk tutup malu kalah perang dengan vietnam!.jadi hero vietnam konon!.Samalah dengan kawan kita ini yang datang kembali dengan identiti lain menebus maruah pembangkang.Cerita baru nak pujuk MP Sarawak lompat parti!he..he…sabar jelah rambo ya…!.Bacalah atikel-atikel mamak tentang Melayu Pulau Pinang diblog ini…Malas nak komen orang yang berfikiran berambu dan fikir mcm orang paih!.Orang Pulau ori bukan mcm negeri kelantan chek!!!!.Ramai minah kelante yang berkerja sambilan di Singapura!.Wassalam.

    p/s:Mamak buka tiga cawangan nasi kandaq di Kedah dan di Perak..bukan lari tapi membesarkan perniagaan.

  19. assa;amualaikum semua!

    jgn jd bodoh..!!! setakat ckap sj x payah.. la hang tunjukkan bukti untuk bela nasib melayu penang dan usahakan untuk panggil balik melayu penang yg dok di negeri lain , balik mai dok kembali di penang.

    john abih tu hang buat apa! takat sembang tinggi jer tak payah ler yop, hang sendiri cakap kalau cakap jer taka payah dan hang sendiri kata jadi boooodoooo,

    alo brader yang hang pikir nak bawak balik dari kl tu betul ler tapi berapa kerat yang hang boleh buat … pirahhh akai pendek , boleh tu boleh.. tapi wa rasa lu baik tune otak orang-prang yang selama hari ni becak kena kencing termasuk lu …. apa la lu mat lu kalau nak bangga pun pasal bangsa lu sendiri jangan guna nama john…. he he he…. john konon beranak kena kamat di telinga lu… john konon.. ramboo lagi, patutler kuat berangan sakan macam stalone kot, pirahhhh satu lagi lu kena kencing dengan mat salih… dia orang kalah lah beb!… wa kasi tau lu dia orang bungkus kat vietnam tapi bikin wayang tutup malu… beb lu tukar lah nama beb …nama melayu gua sokong 100% …. baru ler boleh cakap pasal bangsa MELAYU!…..

    sekupang dua terikut pulak wa lu…wa lu kacau,kacau maafkan hamba semua sahabat pejuang bangsa! hidup melayu penang! (mamak my best friend ever, you’re included!)

  20. salam sekupangduas!
    Wow idea lu gua cayala breder!hebat…lu kawan gue dunia akhirat!Thanks.

  21. moq

    bodoh punya dato’ pakatan rakyat baru dok sana xsampai 4 tahun, dh panas…isu rumah mesra rakyat …tapi masa si sukun(koh sukun) perintah bebrbelas tahun tak pula hangpa bising…sama bangsa gak cina…tapi hangpa tu bingai lembu ….tu rambut putih bangangnya punya org…..gampang

  22. hj mohd zakir ghazali

    Salam, Semuga Dato berada dalam sehat-sehat di beri Allah. Kami peniaga dalam Tesco Extra rasa tidak puas hati dengan mpsp yangmana
    datang pada 8/3/12 kompaum semua gerai food court dan kios. dari 2008 sampai la kami diarah supaya tidak mohon lesen sebab lesen pasaraya tesco telah cukup melindongi semua kecuali restoran dan lot kedai. Dulu mppp dan mpsp kata tak payah mohon, pehak tesco pun faham macam tu juga. Mpsp datang tak beri apa apa notis, terus kompaum semua, pegawai tersebut kata bos suruh mai kompaun, ada ke patut Dato. mpsp beri lah notis kapada tesco supaya kami di arah supaya memohon lesen, beri masa 14 hari atau lebih. Dah 4 tahun berlalu baru sekarang nak di kuat kuasakan.Sapatutnya bila ada undang-undang baru kena bagi tahu dahulu, kami tak tau apa-apa terus kena kompaun, kami mampu bayar kompaun kalau betul-betul bersalah, dulu kata ok, la kalau tak ok, bagi tahu dahulu. Ini lah kami nak beri tahu Dato supaya mungkin Dato nasehat mpsp supaya batalkan kompaun tersebut dan beri kami 14 hari untuk memohon. Masaalah nya food court 70% semua tesco punya, kerusi meja, pinggan mangkok, sudu garpu, cash register, poster dll. Kami hanya masak dan jual. Apabila nak mohon lesen semua detail nak kena kemukakan, yang di mintak nanti semua dari hak tesco, sebab itu lesen tesco dah cukup.
    Kerja sama dan budi baik Dato amat di perlukan. Terima kasih

    Pak Ngah 0174583367

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s