Cadangan Khalid Ibrahim Berbaur Politik

Beberapa ahli akademik dan pemimpin persatuan belia hari ini menyifatkan cadangan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim supaya 10 peratus kuota kemasukan ke Universiti Teknologi Mara (UiTM) dibuka kepada bukan Bumiputera dan pelajar asing berbaur politik.

Ketua Satu Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Gapena), Profesor Emeritus Tan Sri Dr Ismail Hussein berpendapat cadangan itu sangat “relevan” dengan sikap Pakatan Rakyat yang tidak mempedulikan masalah yang dihadapi orang Melayu.

“Pihak pemerintah Selangor perlu selesaikan masalah perkauman yang semakin meningkat dan bukan menambahkan lagi kecurangan ekonomi, sosial dan pendidikan antara kaum,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, Selasa.

Abdul Khalid ketika mencadangkan perkara itu dua hari lepas berkata, langkah itu akan dapat mempertingkatkan kualiti pendidikan dan persaingan di kalangan pelajar institusi pengajian tinggi itu.

Dr Ismail berkata semua pihak perlu sedar UiTM dibina untuk menyelesaikan sebahagian daripada kecurangan yang wujud di kalangan orang Melayu dan kaum Bumiputera.

Presiden Majlis Belia Malaysia Datuk Shamsul Anuar Nasarah pula berkata, kenyataan Abdul Khalid itu umpama ingin meraih sokongan daripada kaum bukan Melayu dalam Pakatan Rakyat.

“Kenyataannya berbaur politik. Bukan untuk menjaga kepentingan dan kualiti kaum Melayu. Mereka perlu faham matlamat penubuhan UiTM, iaitu untuk memberi kemahiran kepada pelajar Bumiputera sejak dari awal penubuhannya,” katanya.

Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung Datuk Reezal Merican Naina Merican pula dalam SMS beliau kepada Bernama menyifatkan perbuatan Abdul Khalid seperti mengkhianat amanah teras orang Melayu.

“Seharusnya orang Melayu membuka mata dengan kenyataan Tan Sri Abdul Khalid. Saya juga percaya UiTM tidak pernah berkompromi soal merit dan pencapaian para pelajarnya walaupun ia diwujudkan khusus untuk kaum Bumiputera,” katanya.

Reezal berkata dakwaan Abdul Khalid bahawa langkah membuka peluang kepada kaum bukan Bumiputera memasuki UiTM itu sebagai satu usaha untuk wujudkan persaingan yang sihat adalah cadangan tidak berasas.

Tokoh sejarah Profesor Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim berkata cadangan Abdul Khalid itu sepatutnya tidak menjadi isu kerana perkara itu pernah dibangkitkan dan cuba dilaksanakan beberapa tahun lalu.

Bagaimanapun menurut Dr Khoo, cadangan itu tidak mendapat sambutan daripada kaum bukan Bumiputera kerana mereka kurang senang berada dalam universiti yang didominasi oleh satu kaum sahaja.

Sejarah UiTM bermula sebagai Dewan Latehan Lembaga Kemajuan Perusahaan dan Kampung (Rida) yang beroperasi mulai November 1956 di Petaling Jaya sebagai pusat percubaan menawarkan kursus persediaan untuk remaja luar bandar aliran Inggeris.

Kemudian pada Jun 1965, Dewan Latehan Rida diletakkan di bawah Majlis Amanah Rakyat (Mara), dan namanya ditukar kepada Maktab Mara. Pada tahun 1967, ia bertukar menjadi Institut Teknologi Mara (ITM) dan dinaik taraf sebagai universiti pada tahun 1996 dan ditukar nama kepada UiTM pada tahun 1999.

Walaupun beberapa kali bertukar nama namun objektif dan matlamat penubuhannya masih kekal ke hari ini iaitu untuk mempertingkat dan menjamin keutuhan status sosio ekonomi Bumiputera. BERNAMA

24 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

24 responses to “Cadangan Khalid Ibrahim Berbaur Politik

  1. AbangTuah

    Salam..

    Hoii puak PKR, apele kene Uncle kau orang ni…orang cina pun tak suka masuk UiTM di pula yang sibok-sibok…heee jangan-jangan ada udang sebalik batu….

  2. pemerhati

    bagus juga semua pelajar dah celik.. zaman Tun M senyap je.. apa dah jadi dgn MRSM?

  3. Kuntakinte

    Salam, satu lagi matlamat menghalal kan cara kroni si anwar ni ha… nak tarik undi bangsa lain sanggup hati korban kan bangsa sendiri. ish…ish..ish.. tak sedar lagi tak tahu le. gelak dik cina je tonton opera diaorang ni.

  4. Apai Ngelai

    Salam semua,

    Inilah salah satu bukti nyata PKR tidak mementingkan hak-hak Melayu dan tidak sedikitpun memikirkan nasib anak bangsa sendiri… Jika begitu ramai melayu dan bumiputra yang menentang, malah tidak sedikitpun mendapat sambutan dari kaum bukan bumiputra, mengapa pula beliau beriya-iya hendak membuat sesuatu yang sia-sia? Bukankah itu mengakibatkan beliau terperangkap dengan sendirinya kepada persoalan dan pertikaian dari pelbagai pihak terutama oleh orang-orang melayu? Berani buat, beranilah jawab.. Teruskanlah, tunjukkan keprihatinan diri sebagai MB PKR yang tidak kisah dengan apa saja ‘hak-hak melayu’ WALAUPUN CUMA SEKADAR CADANGAN, kerana kata itu berasal dari kata hatinya. Mudah-mudahan diri tu kecundang kepada orang yang lebih berhak lagi jujur satu hari kelak, insyaAllah.

    Tanyalah kepada rakan-rakan bukan melayu tu dulu, jika hendak memansuhkan dominasi melayu dan bumiputra dalam UITM sanggupkah mereka memansuhkan terus Sekolah Jenis Kebangsaan mereka dan menetapkan hanya sekolah-sekolah tajaan kerajaan sahaja yang diiktiraf oleh Kementerian Pelajaran? Dapatkah kita semua menerimanya? Maaf kepada PKR, kita berkata tentang sesuatu yang nyata..sila perbetulkan.
    Wassalam.

  5. keris silau

    Salam buat semua sahabat,

    rase terpanggil juga utk berkata-kata dlm hal ni. namun 10 jari disusun pohon kemaafan andai kata ada bicara aku yg tidak disenangi sebilangan sahabat. ku cuba berbicara seikhlas boleh dari pelbagai aspek tanpa dipengaruhi ideologi politik.
    berikut adalah hujah-hujah yg dapat aku fikirkan sekiranya aku;

    1- tidak bersetuju
    seperti juga bicara2 drpd AbangTuah, kuntakinte dan apai, aku rasakan hak keistimewaan orang melayu dan bumi mula diabaikan sedikit demi sedikit oleh pimpinan PKR. walaupun peratusan yg dicadangkan hanyalah 10%, tidak mustahil lama kelamaan ia akan meningkat. ini jelasnya telah mengurangkan 10% siswa2 MELAYU dan BUMI di IPT. secara tidak langsung, ia mungkin menjadi faktor kpd sejumlah 10% ini menjadi MELAYU atau BUMI yg GAGAL. namun, GAGAL tidak bererti tiada masa depan yg cerah bagi kumpulan 10% ini, sebaliknya hanya jika mereka tidak terus berusaha, barulah dikatakan GAGAL. seperti ianya berbaur politik, dalam memancing undi yg lebih drpd golongan bukan bumi bagi menyokong perjuangan mereka yg lebih bersifat terbuka dan utk semua kaum.
    selain itu, jika kita fahami akan tujuan tertubuhnya MARA adalah bagi menggalakkan pembangunan golongan Bumiputera dan bukannya utk bukan bumi. maka aku rasa kurang sesuai lah cadangan itu.

    2- boleh menerima
    aku cuba melihat cadangan ini dari perspektif yg lebih jauh. bukan niat aku dgn hujah ini utk menidakkan hak org Melayu dan Bumi di Malaysia, namun aku cuba memikirkan akan konteks Melayu dan Bumi yg lebih berdaya saing. pada pandangan aku, ada baik juga dibukakan kpd bukan bumi dlm peratusan yg kecil. aku berkata demikian kerana pada pemikiran aku, dgn kehadiran golongan bukan Bumi ini, akan secara langsungnya dapat meningkatkan kualiti siswa yg lebih berdaya saing. umum sedia maklum akan peratusan siswa di IPTA yg mempunyai keputusan yg cemerlang adalah terdiri drpd golongan bukan bumi, terutama dalam bidang undang2, perubatan, ekonomi, sains dan juga kejuruteraan. manakala golongan bumi hanya boleh bersandarkan kpd bidang kesusasteraan, psikologi dan syariah. dgn adanya golongan bukan Bumi ini, dilihat mampu meningkatkan kesedaran dan daya saing dalam golongan Bumi. bukan menidakkan daya saing sesama Melayu tetapi sedar atau tidak, aku cuma dapat melihat hasad dengki sesama Melayu dan bukannya persaingan sesama Melayu. hasad dengki ini tidaklah menguntungkan mana2 pihak sebaliknya memberi keburukan. lain halnya dlm persaingan antara kaum, kerana mereka merasakan tercabar dgn kejayaan kaum lain (golongan minoriti) dan akan berusaha menyaingi mereka2 ini. walaupun pahit utk aku akui dan katakan, namun memang sudah terbukti walau di IPTA yg majoritinya golongan Bumi, kualiti dan tahap pendidikan antara Bumi dan bukan Bumi adalah masih jauh. dgn adanya penyertaan golongan bukan bumi ini, kita dapat mengukur tahap antara kedua2 golongan ini. dan secara tidak langsung cuba mewujudkan satu persaingan yg sihat yg aku yakin dapat memberi kebaikan kpd golongan Melayu juga. seperti mana dalam tulisan aku sblm ini dlm perihal MELAYU, jika Melayu itu sudah cukup selesa dgn ‘title’ atau keistimewaan atau kemudahan yg tersedia sejak sekian lama utk Melayu, aku pasti Melayu tidak akan mampu menyaingi bangsa lain dan silap haribulan akan dipintas oleh kaum dibawah.
    jika kita kaji sejarah dalam UMNO juga, pengasas Dato’ Onn Jaafar juga pernah mengutarakan idea agar UMNO membuka pintu kpd bangsa lain jika mahukan kemerdekaan terlaksana. sedia maklum, pada saat itu semangat perkauman mmg tebal dlm diri Melayu dan mentah2 idea itu telah ditolak. akhirnya Dato’ Onn, membawa diri dan menubuhkan parti yg terdiri drpd berbilang kaum dan tatkala itu barulah pucuk pimpinan UMNO dapat melihat kebenaran akan idea Dato’ Onn itu. selepas itu tercetuslah Parti Perikatan yg terdiri drpd UMNO, MCA dan MIC.
    bukanlah aku nak kata TS Khalid Ibrahim mempunyai pandangan yg jauh seperti Dato’ Onn, cuma aku cuba meletakkan diri aku seperti mana pemikiran Dato’ Onn yg cuba melihat lebih jauh kehadapan.

    aku pasti aku akan mendapat pelbagai reaksi drpd tulisan aku ini. namun percayalah, aku tidak menilai sesuatu itu dari sudut ideologi kepolitikan, sebaliknya hanya luahan ikhlas dgn harapan agar mampu memacu Melayu ke arah Melayu yg gemilang, cemerlang dan terbilang.

    wassalam…

  6. ikankecil

    salam……
    ikankecil tidak bersetuju samam skali dgn cadangan khalid ni…….
    ini betul2 nk mencabar kedaulatan bangsa melayu….egat melayu jgn dicabar…..hamba kecil bukan sebarang kecil..kecil hamba berisi didada….sedarlah wahai bangsa2 anwar hoi….melayu sedikit demi sedikit ditidakkan oleh bangsamu sendiri…..fikirlah dgn mata hati dimana anak2 anda nanti dimasa dpn jika cadangan ini menjadi????10% mmg dirasa kecil tp jika dikira 10% anak melayu akan hilang tempat di ipta….dan anak anda didalam kelompok 10% itu…
    apa perasaan anda sebagai ibu bapa???gembira???hah fikir2lah sendiri…
    lepas ini x tahu la ape plak cadangannye…babi dah,la ni nk bkk uitm untk non bumi,lpas ni apa????

    sedih ikankecil……

    ikankecil berenang sugul……..

  7. anti_aktivis

    Semalam aku ke kedai kopi bersama sama rakan ku yang seorang pucuk pimpinan PAS negeri yang aku diami.

    Di kedai kopi (restoran) tersebut kami duduk semeja dengan beberapa pakcik (hardcore UMNO).

    Dalam duk sembang isu tempatan , berita Bernama di TV menayangkan Demo Bantahan Cadangan (suggestion) MB Selangor tentang UITM. Beberapa student diteruramah.

    Antara isi teruramah

    Bla bla bla , dam dim dam , bla bla bla , dum dim dem , UITM benteng terakhir melayu . Bla bla bla , MRSM , Biasiswa dan bla bla non bumi sudah boleh masuk.

    Pengkhianat Bangsa , bla bla

    *Dalam hati aku teringat KJ kata orang berdemo ni beruk jalanan.

    Anyhow nak jadi cerita one of the pakcik tu kata “tengok tu baru memerintah negeri dah mengkhianat negara, Camni nak jadi pemerintah , habis melayu tergadai”

    Aku terdiam , aku lihat muka member aku , dia angguk (bagi signal) , so aku angguk balik.

    Aku tanya pakcik tu , “apa maksud benteng terakhir”

    Dia jawab ” tu la ko ni tak ikut perkembangan semasa , benteng terakhir yakni UITM tulah yang tinggal utk melayu”

    Aku tanya balik ” habis mana pi benteng benteng lain”

    Member aku (pucuk pinpinan PAS) mencelah ” la ko ni “bengap” betul , benteng lain semua dah pecah cam bebudak UITM tu kata , semua gara gara BN , Kan BN pemerintah Malaysia sejak 50 tahun dahulu”

    Semua terdiam.

    Aku senyum , member aku senyum , kami dua saling angguk mengangguk.

    P/s – nasihat aku kat adik adik aku kat UITM , depa bagi duit suruh demo , ambil aja , abang sebagai pembayar cukai , redha duit kami tersebut utk adik adik. Bukan apa kami faham klu adik adik tak ikut arahan mereka , susah nanti. Cuma time klu dah boleh mengundi , undilah ikut akal .

  8. hidup melayu

    salam,
    hidup melayu,takkan melayu hilang di dunia.
    dah 50 thn merdeka.jiwa melayu masih belum melayu.

  9. Big8

    Salam semua,

    Nampaknya politik kita telah sekali lagi digemparkan. Adakah ianya sengaja diadakan bagi mewarnai lagi pentas politik negara. Semua ini, kita tidak pasti. Yg pasti rakyat semakin keliru, tertanya2, ternanti2. Ntahlah. Semakin hari, apa yg dapat kita lihat, para pemimpin tidak lagi menunaikan tanggungjawab/janji2 manis sebelum PRU, yg nyata kita semakin diheret ke dlm kekalutan politik. Tidak dinafikan, rakyat sudah semakin bosan(mungkin) dgn permainan yg dimainkan oleh barisan2 pemimpin.

    Baru2 ini, MB selangor dgn beraninya membuat kenyataan. Diakui beliau memang seorg yg bijak dan berani. Tetapi kenapa beliau hanya berani menyentuh hal2 sebangsanya. Adakah kita yg sebangsa dgnnya sudah tidak lg mempunyai kepentingan, atau mungkin kita sudah tiada taring, atau mungkin kita adalah bangsa yg pandai/berani berteriak. Kita hanya berteriak di jalanan. Kemudian, lama kelamaan berhenti kerana keletihan. Adakah kita ini hanya anak2 yg mudah diperkotak-katikkan.

    Saya secara peribadi berasa sangsi apakah tujuan sebenar saudara MB itu. Kekadang saya terfikir juga, adakah beliau boleh diibaratkatkan sebagai lilin. Ini kerana beliau seolah2 membakar diri. Maksud saya beliau cuba menaikan kemarahan org Melayu agar membenci PKR. Mungkin beliau menyedari perjuangan PKR tidak membela Melayu. maka beliau mengeluarkan kenyataan yg bakal mengguris perasaan Melayu. Secara tidak langsung pihak Melayu membenci parti itu. Walaupun MB itu dibenci, dia tidak kisah kerana hanya dia seorang yg rosak tetapi beliau dapat menyelamatkan kaumnya. Adakah beliau semurni itu. Ntah..

    Dari sudut yg lain pula, saya merasakan beliau mungkin terdesak menunaikan janji2 yg terhutang. Tapi mengapa hanya hutang kpd bukan bumi sahaja yg ingin dibayar. Bagaimana pula dgn pengundi2 Melayu.

    Sebenarnya saudara MB kita itu sedang meniti detik popular sekarang ini. Beliau berjaya menarik perhatian seluruh rakyat Malaysia walaupun kita di dlm kekalutan dgn isu2 besar yg lain.

    Setelah memberi 20 air percuma, memberi projek 100j. Kini memberi 10% pula. Esok berapa pula. Lusa berapa pula. Ternyata ianya tidak banyak, hanya angka 1 dan 2 sahaja. Apa yg kita perlu risaukan. Kita semua kurang jelas/pasti apakah tujuan sebenar setiap tindakan MB kita itu. Yg pasti beliau adalah adalah seorg yg berani dgn pendirian. Tetap pendirian(hehe,,,munkin kurang setuju kot). Kita akan dpt lihat beliau akan memperjuangkan/mempertahankan kenyataannya. Itulah sikap beliau semenjak bergelar MB ini. Beliau akan turun memberi ceramah bg menjelaskan kenyataannya. Maka bertepuklah melayu2 sekalian. Tiada lagi rasa marah. Sama-samalah kita lihat.

  10. AbangTuah

    Salam..anti aktivis

    Betullah kata Pak Cik itu, dan kawan tak rasa Pak Cik seorang yang finatik..kawan rasa dia amat perihatin terhadap nasib bangsanya iaitu Melayu. Kawan rasa awak dan kawan awaklah yang sebenarnya finatik kerana sanggup menjatuhkan air muka seorang tua demi mempertahankan idelogi politik awak.

    Dimana letak kewarasan berfikir awak..kerana walaupun kawan UMNO tetapi kawan tak sanggup menyanggah pendapat orang tua PAS kerana hanya mempertahankan idelogi kawan. Kawan akan beralah dan membiarkan sahaja dia dengan pendapatnya.

    Memang benar kata-kata Pak Cik tu..UiTM adalah benteng terakhir melayu…sekiranya UiTM sewenag-wenangnya dibuka kepada Non Bumi maka tempat yang sepatutnya diisi bagi meramaikan cerdik pandai melayu akan semakin lama semakin berkurangan dan keupayaan daya saing bangsa melayu lama-kelamaan akan lemah.

    Awak kena faham, institusi pelajaran tinggi adalah tempat melahirkan intelek-intelek melayu untuk berjaya dalam kehidupan yang lebih baik dari segi mentalitinya, ekonominya dan kelak akan mewarisi kerajaan ini dimasa hadapan. Sekiranya kita terlalu leka berpolitik sempit..maka kita akan terkeliru didalam menterjemahkan apakah itu perjuangan sebenarnya dan apa yang perlu kita pertahankan.

    Kerana perjuangan dan usaha UMNOlah awak dan pucuk pimpinan awak tu jadi orang, berjaya dan mewah. Saya pasti awak dan pucuk pimpinan awak tu telah berjaya kerana pendapatan awak telah bercukai..setahu kawan pendapatan orang yang membayar cukai adalah tinggi. Jadi awak dan kawan awak tu telah menikmati apa yang diperjuangankan oleh UMNO selama ini. Jadi sekurang-kurangnya seimbanglah dalam menghujahkan pendapat dan hargailah juga usaha dan pergorbanan mereka itu.

    Sekiranya awak telah berjaya keluar dari kelompok melayu mundur, kenapa tidak berusaha pula mempertahankan benteng terakhir ini sebagamana yang dikatakan oleh Pak Cik yang waras tu. Pertahankanlah..lupakan sementara perbezaan politik..pertahankan agama…pertahankan hak-hak bangsa kita yang menjadi penduduk asal negara ini…belalah nasib adik-adik awak di Malaysia ini yang masih memerlukan pembelaan dari kerajaan.

    Jadi sebagai penutup bicara, kawan tak kisah apa idelogi awak, tetapi kena ingat juga untuk kepentingan kita bersama sepatutnya kita bersatu mempertahankannya..iaitu hak-hak bangsa Melayu dan martabat agama Islam untuk diwariskan kepada generasi melayu yang akan datang.

    Wassalam…

  11. Apai Ngelai

    Salam anti-aktivis,

    Rase terhibur plak dengar cerita hikayat korang berdua ni. Dalam diam-diam sempat jugak mempromotekan PAS dengan kebijasanaan korang yang tak seberapa tu! Tu dengan pakcik tua yang dok kat kampung tu, bolehlah korang ulam. Orang tua tak suka bertelagah nak begaduh macam bebudak, tu pasal diorang diam je! Chobalah pulak dengan kaum penyindir setaraf awak dan yang keras sikit.. Tak payahlah rase awak tu handai sangat.

    Kalau parti awak tu elok serba-serbi, tak lah dia nak bergabung dengan orang kafir tu untuk menjatuhkan kerajaan Islam yang ada sekarang. Kalau mampu sangat, pasai apa tak nak berjuang sorang-sorang? Rakyat melayu islam kat malaysia ni dah tak yakin dengan korang ke? Kesian, awak buat fitnah lagi kata ‘depa’ bagi duit suruh buat demonstrasi.. Sapa ‘depa’ tu? PAS keh?

    Mengata dulang paku serpih, #!%$^$FTGF.

  12. Big8

    Salam anti_aktivis,

    Mungkin betul, mungkin tidak kenyataan yg diutarakan oleh saudara. Sebagai pembaca saya menghargai kesudian saudara utk menyumbang pendapat. Terima kasih.

    Ok, dari nada yg saudara tulis itu, saudara berasa puas dgn jwpn sahabat saudara itu. itu hak saudara. Tetapi kenapa saudara tidak mahu mempertahankan ‘benteng terakhir’ ini. Adakah betul semua benteng yg lain telah lebur dgn pemerintahan kerajaan sekarang? Diharap saudara boleh mengutarakan bukti untuk kepastian para pembaca. Semoga kenyataan saudara tidak menambah lg kekeliruan para pembaca.

    Baiklah, tujuan saya adalah untuk mengetahui kenapa saudara tidak mahu mempertahankannya. Adakah semangat kemelayuan sudah hilang dlm diri atau mungkin kerana saudara melihat ianya sebagai satu agenda politik yg dipimpin oleh kerajaan, maka saudara bertindak menentang kerana saudara bukan dipihak kerajaan. biarlah Melayu hilang keistimewaan, janji saudara tidak menyokong kerajaan. Anti kerajaan lah katakan. kita yg berketurunan ‘MALAY’ pun tiada semangat utk MALAYsia. Bagaimanakah dgn kaum CINA yg tiada CINAsia..INDIA yg tiada INDIAsia..Adakah mereka akan sayang MALAYsia..jauh sekali susah kerana MALAY sendiri tidak menjaganya..maaf.

  13. penangkia

    Dear buddies,
    How about the 10% in MRSM and how about approval of MCA university(From KTAR upgraded to UTAR).Tan Sri Khalid statement was the only optional suggestion to upgrade the quality of UiTM.Furthermore, the refusal of non-bumi to enroll the Bumi higher institution as the proved that the standard is low and social-ill in UiTM is quit worrying. WE SHOULD BE SHAME.

  14. cikgu cc

    dear penangkia…

    awak silap…non bumi tak mau masuk Bumi Higher Institution bukan membuktikan standard institusi yang rendah…

    depa ni sebenar…ada sikap berikut…

    1. prasangka yang kuat, sikap perkauman depa sangat kuat…
    2. dia selalu anggap dia bos dan perlu di hormati…kalau dia masuk kandang kita…dia yang kena hormati kita…jadi dia tak mahu
    3. dia tak dapat keuntungan…depa ni fikir nak untung saja…
    4. mengikut statistik graduan UiTM antara yang paling laku di pasaran kerja…

    sebagai melayu janganlah selalu menganggap bangsa sendiri teruk sangat berbanding bangsa lain…

    kita masing2 ada kekuatan dan kelemahan…apa kata kita sama-sama kuatkan yang lemah…

    aku paling tak suka…kalau orang kata melayu tak boleh bersaing…sebab akulah antara orang yang menjadikan anak2 bangsa lain tu score A dalam matematik dan fizik…

    cuma…macam aku kata tadi…kalau kita tak ada apa yang boleh untungkan depa…depa tak mau dekati kita…depa prasangka…depa tak tau kita pun dapat ‘kelas pertama’ di universiiti…

    cuma…beza yang paling besar antara depa dan melayu…walaupun tidak sebulu sesama sendiri…depa bersatu bila ujud konflik berkaitan bangsa depa…

    jadi…walaupun aku bukan graduan UiTM…biarlah UiTM tetap jadi hak mutlak melayu…tak payahlah baik hati sangat…ingat depa nak barbaik hati ka dengan kita kalau tak ada udang di balik mee…

    kalau betullah MB yang sorang tu nak jadi hero sangat…apakata beri cadangan mansuhkan sekolah rendah cina/tamil…lihat lah sama ada bangsa2 lain melompat ke tidak…

    melentur buluh biar dari rebungnya…mungkin dengan cara tu…prasangka, sikap perkauman akan berkurang dan peningkatan prestasi akedemik akan berlaku…program PLKN mungkin tidak perlu lagi…

    aku hanya berikan pendapat aku…sebab hidup aku dikelilingi bangsa2 lain setiap hari…aku melihat minda depa dari dekat…

    hidup melayu…

  15. anak melayu

    salam,

    anak melayu kta terlalu dmanjakan..Orang dlu ada org kampung dpt msuk universiti riuh..kebanggaan org kpg..skrg SPM takde A pn berduyun2 boleh masuk UiTM..di mana taraf universiti..??mcm nie ke cara nk tolong org bumiputera..??SPM skrg seumpama sijil yg tidak bernilai harganya..tidak menjanjikan apa2..cadangan MB selangor ada baiknya ditgk dr sudut pembangunan org melayu..rilek sgt budak2 melayu skrg..kta yg kt sini ‘melatah’ yg lebih..terus kait dgr politik2..cba tgk dr sudut tepi skit..xrugi pn..mmg pelajar UiTM dapat peluang kerja tinggi..tgk pula berapa dieorg hasil student tiap2 tahun..Tahun 2020 UiTM mensasarkan 200k pelajar di seluruh institut..skrg kalau tgk kelas xubah mcm sek men biase..satu kelas 40 lebih dlm kelas kecil..di mana taraf universiti..??semata2 nk jaga ‘benteng’ terakhir bumiputera ‘sampah’ yg terhasil..

  16. wira

    salam semua.
    kalau itu hak kita kenapa nak bagi kat orang lain. Sepatutnya kita kena pertahankan. Kaum ni memang pandai, dia minta tak banyak, sikit-sikit. tapi bila itu dah jadi hak mereka kamu ingat dia nak bagi balik kat ke semula ke. Jangan harap. Cuba kamu tengao macamana dia orang bila nak beli tanah orang kita masa dulu. Mula-mula cuma minta tumpang duduk saja nak buka kedai. Kemudian bagi hutang kat tuan tanah jika tak de duit bila nak beli lebih-lebih lagi bila musim hujan. Orang kita pun puji melambung bangsa ni sebab kebaikan dia tu kat kaum sendiri.Bila hutang dah banyak tak mampu nak bayar bila di minta. kaum ni pun pandai bila dah banyak baru minta hutang. Sebelum tu “kasi angkatlah encik, banyak pun tak pe”. “encik apa susah, tanah kan ada, ini kasi jual sama sayalah, nanti saya bagi lagi duit, encik pun senang, tanah yang lain pun ada lagi, buka habis”. Maka terlepas lah tanah yang satu tu pada dia. lepas tu jual lagi yang lain. Lama-lama terjadilah macam hari ini banyak tanah org kita terlepas. Ingatkan ini perangai orang kita dulu-dulu yang tak sekolah tu tapi orang kita pada hari ni yang bersekolah tinggi dan pernah jawat jawatan tinggi pun sama, tak de sikit pun nak pertahan hak orang melayu.
    Ingatlah awak hidup tak lama, jangan sampai jenerasi akan datang menyumpah awak disebabkan keputusan awak hari ini.

  17. penangkia

    Dear cikgu cc,
    Suspicious amongst non-bumi towards the higher bumi institution proved that the standard was at the below par to be an established higher learning institution.UiTM should gain the trust amongst everyone because that was one of the criteria to be listed as the quality institution.The established top varsities such as Oxford, Berkelly, Iowa U and others able to attract the trust from student all over the world, even Malays from Malaysia.What were you tried to say, that the unity level between races/ethnics in this country quit loose.The cause was the continuation divide and rule policy ran by the gov.It is not the Selangor MB job to run the single type primary school in this country. The responsible goes to the current gov and should not be coward to do it BUT the gov seems like no ball at all.Now, we’re running this country by our own but we’re still talking about racist amongst the Malaysian citizen.Sometimes the tone by the Malays (especially during UMNO meeting) sounds like we will be able to send the Chinese and Indians back to their motherland.We have to be realistic.They will be forever in Malaysia.The separation of ethnics gave us no benefits and we have to proved that we’ll be able to compete with them in all aspects of life including education.I’ve no intention to downgrading the Malays but wish to see they could sit and stand as the same level with others or better….Hope you’ll get my points.
    WASSALAM.

  18. AbangTuah

    Penangkia..

    I reckon, you should confronts hundred of thousand UiTM and ex-UiTM student opinions…I guess you are on the loosing side my opposition friend, do ever think of winning, you won’t the because hundred of thousand against few of you…kahkahkah.

  19. Apai Ngelai

    Dear cikgu cc,

    Honestly speaking, I totally agree with you. Just take a company in our country for instance. You see, if the manager of the company is a chinese, how many bumiputra’s out of ten could have the possibility of being promoted for higher post? Can it be half of them? I don’t want to answer, we all knew that. Now, PenangShenChingkia want to optimise that if we obsolete the Melayu/bumiputra’s benefits over the immigrants we can be more competetive and more open minded like those in Singapore. I think he’s really doesn’t know what he is talking about..

    What melayu are you, punk? Don’t you realize that malays/bumiputra’s can’t compete them in any field except few of us only? You scared peoples with racism. Racism is not an issue here. There are no Chinese, Indian or PR foreign families being abused from their rights as malaysian citizen. The avantages of Malay/Bumi’s is only the rights of governing our country, farming subsidies, small business kuota’s and scheme, biasiswa for the poor families…. none of it harm other ethnics, as I can see. To prove that, here we say only 9 Malays/Bumiputra out of 40 people recognise as The Richest Man in Malaysia. The rest – Chinese and Indian. Go find out for yourself if you have any doubt on this.

    Back to our topic,
    How would it be if we follow all your expertise advice? Look, what happenned to Puchong, KampungBaru, Project CAR, Penternakan Khinzir Rakyat, Penang Road signs, etc.. All of those for Malays/Bumiputra’s? What exactly you try to voice up? You have no intention taking your own race one step further but to condemn the goverment. This is actually your goal. We’ve got your point, you’re a looser.. Don’t give up your rights, when you still have it. If the current goverment don’t control this, we all can only bow our head to whatsoever their claims.

    Wassalam..

  20. keris silau

    Assalamualaikum…

    saudara2 sekalian, sekadar menyatakan pendapat2 aku sahaja;

    1- cikgu cc
    sifat perkauman itu adalah perkara biasa bg rakyat malaysia dan pastinya melayu, cina, india dan lain2 bangsa juga ada sikap ini. tapi dalam soal pendidikan aku tak rasa isu ni timbul, jika tidak masakan org cina masih berminat mendaftarkan anak2 mereka IPTA2 di seluruh negara. mungkin mereka2 ini dari golongan kurang berkemampuan dan sebab itu mengharapkan menerima tawaran drpd IPTA2 ini. namun, percayalah, ianya bukan berdasarkan kpd sikap perkauman yg kuat, tetapi integriti sesuatu IPTA itu yg memainkan peranan. sudah pasti IPTA seperti UKM, UM, UTM dan UUM antara yg menjadi pilihan RAKYAT Malaysia utk menyambung pelajaran. kerana apa? pastinya kerana kredebiliti IPTA2 itu yg gah dlm melahirkan siswa yg cemerlang dan berkualiti. menjurus kepada soalan cikgu cc, siswa mana yg lebih ramai diterima utk berkerja? tidak dinafikan siswa UITM mmg laku, kerana UITM ialah IPT yg mengeluarkan berkali ganda siswa drpd IPT lain sebab byk cawangan. tetapi jika dinilai jumlah yg diterima berkerja dgn jumlah keseluruhan siswaUITM, peratusannya amat lah sikit. dan pastinya, sykt2 yg menerima siswa UITM adalah sykt2 yg mana milik bumi, atau sykt yg mana pengurusan sumber manusianya diterajui oleh Bumi dan pasti sebahagian diambil oleh kerajaan. jarang sekali dapat dilihat siswa UITM dpt menembusi sykt kongelemerat internasional, atau sykt milik bukan bumi, dan jika ada pun pastinya keputusannya baik atau ada ‘orang dalam’. bukan niat menidakkan kualiti siswa UITM, tetapi itulah faktanya. berbicara pula pasal cadangan agar dimansuhkan sekolah jenis cina/tamil, jgnlah kita terlalu taksub akan hal itu. amat tidak relevan utk kita buat perbandingan sebegitu. dlm hal UITM, peratusan yg dicadang cuma 10% dibuka, tetapi kita nak suruh dimansuhkan sekolah jenis mereka, pastilah mereka tak nak, sama hal seperti jika mereka suruh mansuhkan UITM, nak ke kita? dan jangan lupa, mereka tidak menyekat kemasukan pelajar melayu ke sekolah jenis mereka seperti mana YB Asri (calon BN Permatang Pauh) yg dulunya menerima pendidikan awal di sekolah Cina. dan pastinya tiada kuota. dan aku yakin, YB Asri pastinya antara pelajar Melayu yg cemerlang hasil drpd sistem keterbukaan ini. seperti yg cikgu katakan di akhir tulisan cikgu, “sebab hidup aku dikelilingi bangsa2 lain setiap hari…aku melihat minda depa dari dekat…”, jika kita lihat sudut positif minda diorang, pasti kita akan dapat kesan positif, dan begitu juga sebaliknya. kita sedia maklum akan nilai positif bangsa mereka ini yg lebih berdaya saing, bila kita sama2 dlm ruang lingkup mereka, kita akan turut sama berdaya saing. amat berbeza jika ruang lingkup kita yg tertutup satu bangsa shj, pasti tiada kemajuan dicapai.

    2- wira
    betul apa yg kau ceritakan, bansga mereka ini byk helahnya. tetapi helah itu takkan menjadi sekiranya Melayu itu lebih pandai, lebih bijak dan lebih berdaya saing. jika kita mudah diperdayakan, jgnkan dgn org cina, sesama Melayu pun kita akan ditipu. sedarlah lah wahai Melayu2 semua, bangsa kita ini terlalu leka dan lalai dgn nikmat yg telah kita perolehi. seakan-akan tiada apa yg perlu kita buat, semuanya dah sedia ada. hanya dok sibuk nak pertahankan hak, tetapi lupa utk meningkatkan diri, jangan akhir nanti kita akan sama seperti Red Indian di USA, atau aborigines di Australia.

    3- penangkia
    rasanya tak perlulah kita menyalahkan kerajaan dalam hal ini 100%. kerana yg meminda atau menetapkan sesuatu dasar itu adalah ahli2 kabinet. mungkin ada yg mengutarakan cadangan2 tetapi tidak mendapat persetujuan ramai dalam hal itu. mungkin kita sebagai rakyat, berhak suarakan pendapat atau cadangan kpd kerajaan. gunakan kuasa rakyat dlm memastikan sesuatu perlembagaan atau dasar itu dapat dilaksanakan. dan bagi ahli2 Yang berhormat yg telah dipilih rakyat, berkerjalah untuk rakyat, bukan untuk parti anda. kerana itulah tanggungjawab utama anda sebagai wakil rakyat, dan bukan wakil parti.

    semoga segala perbincangan dapat dilakukan dgn baik tanpa perlu mengundang permasalahan yg lain.
    wassalam…

  21. keris silau

    Assalamualaikum,

    harap maaf, aku tersilap meletak fakta tepat dalam tulisan aku di atas. nama calon BN dlm PRK Pematang Pauh ialah YB Ariff, bukan YB Asri seperti yg aku tulis. sekali lagi maaf atas kesilapan ygtak disengajakan.
    wassalam…

  22. Jony

    aduhai…yang aku tengok..uitm ni untuk org melayu…dan ianya bukan untuk bumiputra..jadi yang bumiputra bukan melayu tu sedar sedar lah sikit ok:)
    walaupun kami dapat result terok dari korang org melayu perlu di utamakan:)..dan jawatan bos mesti kami org melayu di utamakan dulu sorry:)
    dan untuk peringatan bumiputra bukan muslim dan melayu harap jangan pandai pandai ok..
    kamu semua mesti diam dan biar kami yang memerintah…yesssssssssss hidup melayu

  23. anak melayu

    salam,

    sokong keris silau..

  24. tubir

    salam semua
    cadangan khalid nak buka uitm pada orang bukan melayu adalah merupakan ulangan .sebabperkara yang sama pernah disuarakan dulu.tapi dari pemimpin melayu yang lain .yang peliknya pada masatu tak terdengar pun bantahan ……….cuba kita cari siapa dia ?
    apa yang khalid cadangkan tu bukan berbau politik tetapi berbau taik babi.Tak lama lagi mungkin semua orang selangor akan mendapat babi seekor seorang sebagai moskot binatang belaan negeri selangor ………….hidup hidup kita ni kena tipu oleh orang politik

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s