PAS Rela Tinggalkan Pakatan Demi Islam

PAS tegas mempertahankan Islam sebagai asas perjuangan parti dan sanggup meninggalkan Pakatan Rakyat jika ia tidak menguntungkan Islam.

Perkara itu ditegaskan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika berucap merasmikan konvensyen PAS Pulau Pinang, Ahad lalu.

Ia disahkan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang, Mohamed Hafiz Nordin diketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Akhbar tabloid harian, Sinar Harian melaporkan perkara yang sama di muka hadapannya hari ini.

Hafiz berkata, pendirian tersebut menunjukkan bahawa perjuangan PAS mempertahankan Islam konsisten sejak dahulu lagi.

Katanya, ucapan Abdul Hadi itu merujuk tanggal 16 September depan apabila ahli-ahli parlimen Barisan Nasional (BN) melompat kepada Pakatan Rakyat.

Seperti yang telah dinyatakan oleh penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, penyertaan mereka cukup untuk memboleh Pakatan mengambil alih pemerintahan negara.

Bantu calon PKR

Sementara itu, Hafiz berkata, dalam ucapannya Ahad lalu, presiden PAS itu menegaskan jika ahli Parlimen bukan Islam lebih ramai daripada ahli Parlimen Islam, PAS tidak akan menyertai kerajaan Pakatan Rakyat.

“Tuan Guru (Abdul Hadi) menegaskan dalam ucapannya bahawa kita bukan perkauman tetapi menjadi tanggungjawab parti untuk mempertahankan dasar Islam.

“Beliau juga menegaskan bahawa setelah 50 tahun orang Melayu memerintah negara ini, tetapi jika orang bukan Melayu mengambilalih, (maka) ia sukar kepada negara dan rakyat.

“Oleh itu, kata Tuan Guru lagi, jika ahli Parlimen bukan Islam lebih ramai, ia akan menggugat orang Islam,” kata Hafiz.

Katanya, ucapan Abdul Hadi mendapat sokongan dari lebih 100 pemimpin PAS negeri yang menghadiri konvenyen tersebut.

Bagaimanapun, kata Hafiz, Abdul Hadi telah menyatakan bahawa PAS akan tetap menyokong calon Pakatan Rakyat dalam pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh. – MALAYSIAKINI

NOTA: Alhamdulillah, kelantangan PAS demi menegakkan Islam amat penulis puji. Jangan digadai Islam demi kuasa. Alangkah elok sekiranya PAS bekerjasama dengan UMNO di Perak dan Selangor.

1 Comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

One response to “PAS Rela Tinggalkan Pakatan Demi Islam

  1. Apai Ngelai

    Salam,

    Gusar, risau, resah PR dalam keadaan tak tentu pasal! Kita yang kat luar ni tengok, pun dah nampak kucar-kacir diorang semua nih… Dua-dua geng seperjuangan PR – PKR dan DAP sebenarnya kalau tak ada masalah, lama dulu dah tendang PAS ni hah…

    Bimbang, takut jugak dua-dua nih bukan kerana apa… takut PAS ubah niat dari bermuhabalah kerana masadepan melayu dan Islam, kepada rundingan politik dengan Umno….

    PAS ni bagi diorang dah banyak bagi masalah kat PR. Apa boleh buat, kalau sokongan PAS ni takde maka tak dapatlah diorang mengumpulkan jumlah kerusi DR yang cukup untuk membentuk kerajaan baru, lebih-lebih lagi dalam keadaan mengharapkan 100% pasukan MP lompat yang belum tentu lagi jadinya..

    Lebih memeningkan kepara lagi, PAS ni lalu berlagak sebagai Mastermind PR ler pulak, walaupun pada hakikatnya mereka mempunyai jumlah kerusi DR yang paling sedikit – (22) kerusi jika dibandingkan dengan PKR (31) dan DAP (28).
    Tapi PAS ni pintar sket, dia tahu jumlah kerusi yang ada kat PR (PKR, DAP dan PAS) sekarang baru 81 dan PR terpaksa cekup lagi 31 kerusi untuk mendapat majoriti mudah bagi membentuk sebuah kerajaan baru.

    Jadi PAS boleh ler letak syarat supaya apabila PR mengambil alih tampok pemerintahan nanti, dua-dua tu kenelah setuju supaya matlamat diorang untuk menubuhkan sebuah kerajaan Islam tu dimakbulkan. Kalau tak, dia keluar PR!
    Ler, pening jugak diorang PKR ngan DAP nih, pasai kita dah tau awal-awal lagi dulu yang kapaltenggelam DAP tu sampai sanggup mencabar PAS melangkah mayat dia dulu kalau nak tubuhkan pemerintahan Islam..

    Kehkehkeh….PKR tu tau, kalau dia memihak PAS, DAP pakat kluar. Kalau dia bela DAP, PAS tu pulak yang jalan… Jadi penyelesaiannya, diam-diam dululah…teruskan nanti tengok apa yang akan berlaku, tengoklah nanti macammana nak settle….pasrah………..aduhduhduhhh..tenat.

    Jadi kita tengoklah, macammana PR sangat pandai menyembunyikan konflik dalaman diorang. Ada tak kita dengar pasal masalah-masalah diorang nih? Takde kan…! kalau adapun, cuma bau-bau dari jauh je. Tanyalah diorang. Apa penyelesaian tentang masalah tu? Rasa-rasalah…orang DAP, PAS dan PKR sendiri pun tak tau nak buat macammana… tu kalau tau explainlah kat rakyat sebelum 16Sept ni!

    Ni baru hal persefahaman antara diorang nih, belum lagi campur krisis pengagihan kuasa dan tuntutan-tuntutan perjuangan parti masing-masing, apa yang diperjuangkan. Nampak gayanya kalau PR memerintah dan PAS diberi keutamaan, terpaksalah si Karpal Singh merelakan diorang tuh langkah badan dia idup-idup..kahkahkahkah…..!
    Hai, rasanya dah hampir tamatlah hikayat si MatJenin dan sekutunya, rebah tak berpangku. Dalam erti kata lain, niat PR nak buat satu kerajaan gula-gula campur ni dah gagal pun sebelum dibentuk lagi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s