‘Dayus’ jika Majlis Peguam terlepas

Kerajaan dayus jika tidak menggunakan Akta Hasutan terhadap penganjur forum “Memeluk Islam” minggu lalu, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

“Saya tidak rasa (wajar menggunakan) ISA. Lebih sesuai di bawah Akta Hasutan,” katanya kepada media sebagai mengulas desakan agar pemimpin Majlis Peguam dikenakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) atau Akta Hasutan.

“Kita jangan dayus tidak menggunakan Akta Hasutan. Ini sudah dua kali dah (Majlis Peguam berbuat demikian).”

Dalam ucapan sewaktu merasmikan program Himpunan Pelajar Melayu Merdeka di Shah Alam pagi ini, Dr Ahmad Zahid juga menyifatkan badan profesional guaman itu sebagai “kurang ajar” kerana menganjurkan forum yang mencabar isu Melayu.

Beberapa pihak termasuk Umno, PAS dan Persatuan Peguam Muslim mendesak tindakan tegas dikenakan terhadap Majlis Peguam dengan alasan forum tersebut telah mencetuskan kekecohan.

Selain mendesak kerajaan mengambil tindakan menggunakan ISA, sesetengah pemimpin termasuk Ketua Pemuda PAS Salahuddin Ayub dilaporkan mencadangkan penggunaan Akta Hasutan.

Selain mengulas forum kontroversi berhubung Perkara 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan, Dr Ahmad Zahid juga mengecam cadangan Menteri Besar Selangor yang dianggapnya boleh membangkitkan kemarahan orang Melayu.

“Jangan biarkan orang Melayu mengamuk,” katanya.

Ahad lalu, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyarankan kepada Universiti Teknologi Mara (UiTM) agar menerima kemasukan 10 peratus pelajar bukan Bumiputera untuk meningkatkan lagi kemajuan institusi pengajian tinggi itu.

Turut hadir di majlis anjuran Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) itu ialah Naib Canselor UiTM Datuk Seri Prof Dr Ibrahim Abu Shah dan presiden gabungan itu Datuk Reezal Merican Naina Merican.

Program itu diadakan bersempena sambutan ulang tahun ke-60 penubuhan GPMS.

nota: penulis amat bersetuju sekiranya tindakan diambil terhadap Majlis Peguam. Sekurang-kurangnya amaran keras patut dikeluarkan di atas sikap ‘biadap’ mereka yang kononnya ingin menonjolkan sikap demokrasi dan kebebasan bersuara. Perlu diingatkan bahawa demokrasi tidak bererti semua tindakan yang dibuat adalah bebas secara mutlak. Kebebasan dan kesabaran ada batasnya.

3 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

3 responses to “‘Dayus’ jika Majlis Peguam terlepas

  1. tubir

    salam pada semua
    kita telah dicabar ,kerjaan kena bertindak sebelum orang melayu bertindak dengan cara sendiri dan danbersama nanti susah nak dibendung .ataupun ini mungkin sesatu……………..
    Entahlah cuaca semakin panas orang dikampung semakin gelisah masing masing sibuk mengasah kapak ,parang ,pisau getah untuk menoreh dan menebang pokok terbakar hangus .
    sabar ja wak jangan datang dulu !!!!!!!!

  2. Big8

    Salam,

    Dayus? mungkin itu yg kita fikirkan. Adakah baru hari ini kita dayus. Adakah sudah mencapai tahap matang kedayusan kita. Adakah seusia 50 tahun. Dah nk mencapai 51 tahun mungkin.

    Kenapa pihak peguam begitu angkuh dan berani? Adakah mereka mula merasakan mereka org yg penting dlm negara? Bagamana pula petani2 Melayu, pesawah2 Melayu, tidak pentingkah mereka? Sampai begini sekalikah pandangan pendatang2 ini kepada Melayu? Betapa kurang ajar bangsa2 ini. Aku betul2 marah. Maaf kerana terlalu emosi. Itu kelemahan saya.

    Mungkinkah ianya terjadi kerana terlalu mudah setiap kesalahan dr kaum pendatang ini diampunkan. Ampunlah mereka semahu-mahunya sehingga pemberontakkan tidak berlaku. Ampun la yeee.eee….Adakah terlalu kerdil bangsa2ku. Bangsa2ku makin dayus mungkin. Dari anak2 sehingga ke bapak2 mungkin. Dari org bawahan sehingga ke pemimpin2 mungkin. Mungkin ada segelintir yg masih berani/tidak dayus, tetapi mereka ini hanya org2 bawahan. Adakah mereka ini yg perlu bertindak. Adakah para atasan terlalu sibuk utk memikirkan perkara ini(mungkin dianggap remeh, tetapi tidak remeh pada saya). Bilakah masa yg sesuai utk mengambil tindakan? seminggu lagi? sebulan lagi? setahun lagi? atau tunggu penggal yg satu lagi? atau tunggu forum yg satu lagi? atau tidak perlu mempolitikkan perkara ini? Sensitif…adakah tidak sensitif menyentuh ISLAM. Adakah mempertikaikan ISLAM tidak sesensitif menyentuh agama lain. Adakah belum siap kertas kerja? Ntahlah…jgn sampai berkongsi tempat beribadat pun masih tidak dianggap sensitif..MANA PEMIMPIN ISLAM. TIDAK TERSENTUHKAH? SIBUK BENARKAH?

  3. tubir

    Mungkin menteri dalam negeri dan perdana menteri belum mendapat ilham lagi,biasalah dia orang kan lambat dan lembab.Ataupun mungkin dah tak ada kewibaan atau karisma yang di perlukan sebagai seorang pemimpin .
    apa kita orang bawahan boleh buat kalau pemimpin yang kita pilih sebenarnya banyak bercakap dari buat kerja .ini lah akibatnya dah sapu tahi kat muka pun masih diam diri lagi .Siapa yang kita nak harapkan lagi ,Umno, Pas ? atau parti keadilan yang sudah karut dan tiada matalamat perjuangan tu .Hemmmmmm rentikan lah ……. Raja ?HEMMMMM entah lah .

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s