Dewan Pemuda PAS Tidak Sehaluan dengan TG Hadi Awang

Dewan Pemuda Pas mempunyai pendirian berbeza dengan presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkaitan kedudukan Pas dalam Pakatan Rakyat sekiranya pembangkang membentuk kerajaan pusat pada 16 September ini.

Ketua Dewan Pemuda Pas, Salahuddin Ayub, berkata Pas akan tetap bersama dalam pakatan itu bersama parti lain dan jika timbul sebarang perbezaan pendapat, ia akan diselesaikan secara bijaksana.

Beliau berkata, walaupun ada masalah dan ketidaksefahaman berlaku di antara Pas, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP, ia tidak bermakna mana-mana parti dalam pakatan itu termasuk Pas sendiri akan bertindak keluar daripada pakatan.

“Ini bukan ertinya kita (Pas) akan berkompromi bila melibatkan dasar-dasar Islam. Bagi kita semua pihak perlu hormati prinsip dan dasar masing-masing.

Dengan keadaan beginilah rakyat pilih kita baru-baru ini, apa masalah kita selesai bersama dengan cara yang berhikmah dan bijaksana.

“Hakikatnya di negeri yang dikuasai pembangkang, Pas, DAP dan PKR boleh duduk semeja. Setakat ini, semua masalah boleh diselesaikan dengan baik,” katanya ketika ditemui pemberita di sini, hari ini.

Kenyataan beliau berbeza dengan kenyataan Abdul Hadi sebelum ini yang menegaskan Pas akan keluar daripada Pakatan Rakyat jika “kerajaan baru” selepas 16 September ini tidak menjadikan Islam sebagai teras kepimpinan dalam menerajui negara.

Berhubung rasa tidak puas hati sesetengah anggota PAas dengan penyertaan Pas dalam Pakatan Rakyat, Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian berkata perkara itu adalah cabaran yang perlu dihadapi oleh parti tu.

Ditanya sejauhmana kesepakatan semua parti dalam Pakatan Rakyat kerana secara umumnya terlihat bahawa masih ada yang rasa sangsi di antara satu sama lain, beliau mengakui masalah memang wujud dalam pakatan berkenaan.

“Tapi itu masalah biasa dalam pakatan, kita ambil itu sebagai cabaran.

“Barisan Nasional (BN) pun ada masalah, dalam komponen (BN) pun ada masalah, tapi mereka boleh selesaikan masalah itu, dalam Pas pun, kita berhadapan dengan perkara ini.

“Saya akui memang kita ada masalah, tapi masalah tu boleh selesai dengan cara kita, kita minta rakyat lebih adil, kami baru lepas 100 hari (memerintah), jadi berilah masa untuk buktikan kami boleh bersama,” katanya. — Bernama

7 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

7 responses to “Dewan Pemuda PAS Tidak Sehaluan dengan TG Hadi Awang

  1. penulis_cyber

    Budak muda tak kenal lagi siapa Anwar !

    http://beritamalaysiakini.wordpress.com

  2. Pingback: Pertembungan Pemuda PAS dan Veteran PAS « Politik Sumbang

  3. Apai Ngelai

    Salam semua para pengunjung,

    Kasihan, PAS benar-benar dalam keadaan serba salah sekarang. Ditelan mati emak, diluah mati bapa. Puncanya, asas perjuangan PAS yang asal adalah untuk membentuk kerajaan berdasarkan pemerintahan cara Islam tetapi ia bertentangan pula dengan DAP yang tidak boleh menerima langsung cita-cita PAS ini. Hendak kembali ke pangkuan BN, takut jatuh maruah, hilang kredibiliti Parti. PKR pula tidak membantu PAS. Mereka lebih cenderung menunjukkan sokongan yang kuat pada DAP untuk terus kekal berpengaruh. Kita lihat hampir setiap satu perlakuan DAP yang sumbang terhadap masyarakat melayu dan bumiputra tidak sedikitpun ditegur PKR malah disokong biarpun terpaksa menggadaikan hak-hak sendiri…

    Bagaimanakah rupa bentuk pemerintahan BA yang akan dibuat Sept ini sekiranya mereka berjaya? Satu persoalan, apakah kita dapat menerima Parti-parti sebegini untuk menjaga kesejahteraan dan kepentingan rakyat tanpa sebarang perhitungan khususnya masyarakat melayu dan bumiputra? Lihatlah saja segala kontroversi, perbuatan dan keputusan DAP/PKR, setakat ini apakah ia tidak langsung menimbulkan keraguan kita terhadap bentuk pemerintahan yang bakal dibuat kelak?

    Mengapa BA perlu mendapatkan khidmat pengkhianat2 MP BN melompat parti untuk membentuk sebuah kerajaan? Jika pengkhianat2 MP BN ini sanggup berpaling tadah/membelot kepada Kerajaan sekarang, bagaimana pula kita hendak mengharap kesemua mereka ini berlaku jujur, tidak mengkhianati rakyat dalam pemerintahan negara tajaan BA? Apakah mereka ini berhak untuk membuat keputusan sendiri membelakangi pengetahuan dan kerelaan rakyat?

    Lihatlah, kekuatan gabungan PR ini sebenarnya berada di bawah penguasaan DAP. Orang-orang melayu telah berpecah-belah menjadi serpihan kecil yang banyak dalam politik. Kita akan tunduk dan akur, tidak akan mampu menentang walau satu penguasaan kumpulan kafir harbi yang kecil sekalipun, jika kita sekadar besar dan kuat tetapi kerap bertelagah sesama sendiri, tiada persefahaman dan hidup berpuak-puak. Ubahlah keadaan ini sebelum ianya menjadi terlambat dalam mengekalkan kepimpinan Islam di negara yang kita sayangi ini. Mudah-mudahan kita selamat dari ancaman puak kafir yang sentiasa menunggu peluang untuk memecahbelahkan dan menundukkan Islam. Amin.

  4. ikankecil

    salam…..
    lihatlah kepincangan PAKATAN RONGGENG ni skang…..sekor tukang ludah,seko tukang jilat sekor lagi tukang cium bontot….
    elok la 2……hahahaha…

    p/s ketuanya suka men bon+++…hehehe…

    ikankecil berenang bebas….

  5. penangkia

    Dear Apai Ngelai and Ikankecil,
    I really had a deep sympathy with both of you because you had been foolish and confused by the mainstream media which control by UMNO. I’m writing from the muktamar site and the real situation was not as in your mind. If you wanna know what exactly at the Muktamar, go http://www.tvpas.com

  6. Apai Ngelai

    Penangkia,

    I am sorry and feel so sad for you because because you had been foolish and confused by the mainstream media which control by BA. If you like them very much, then you would do anything to express your fanatic opinions. Don’t judge us from your anti-UMNO view.
    Keep it for yourself – in your BA blog.
    Funny, you hate UMNO so much but at the same time you love to come over, welcome! Sawaadeekappp!!!


    I don’t like to see this, unlike you.. of course.. Sorry, if you are not muslim..Please forgive me if my comment hurt you soo bad that resulted to your aggresive responce.

    p/s: Salam mr.moderator, tolong saya paste link dengan betul di atas jika tersalah paste oleh saya..sekian.

  7. Salam,
    Daripada kitab Riyadhus Shalihin di karang oleh Imam Nawawi:
    Melarang memberikan Jawatan Pemerintah (PM)-atau penguasa negara-ataupun Jawatan Kehakiman dan lain-lain Jabatatan – jabatan pemerintahan negara kepada orang yang memintanya atau tamak untuk memperolehinya,lalu menawarkan diri untuk Jabatan itu.

    Dari Abu Musa al-Asy’ari r.a.katanya :”Saya masuk ketempat Nabi s.a.w.bersama dua orang dari saudara ku,salah orang dari dua orang itu berkata:”ya Rasullulah,berikanlah kepada kita jawatan sebagai sebagai Amir-penguasa negara-untuk memerintah sebahagian daerah yang dkuasakan oleh Allah ‘Azzawajalla pada Tuan.”Orang lagi satu pun berkata sama.lalu beliau Rasullulah bersabda :
    “Sesungguhnya kami ini,demi Allah,tidak akan memberikan kekuasaan untuk memegang sesuatu tugas kepada seseorang yang memintanya atau pun pada seseorang yang tamak haloba untuk memperolehinya.”(mutatafaq’alaih).

    Renungkan hadis ini adakah saudara-saudara nak berikan jawatan PM pada DSAI ini yang tamak haloba dan meminta-meminta nak jadi Pemerintah?.
    Wassalam.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s