Laman Blog Calon BN Permatang Pauh

sila layari http://www.arifshah.com

Sedikit latar belakang mengenai calon BN Permatang Pauh.

YB Arif Shah Haji Omar Shah dilahirkan pada 21hb November 1956 dan merupakan anak ke-4 daripada keseluruhan 10 orang adik beradik.

Menerima pendidikan awal di SRJK(C) Hun Lian, Taiping, Perak dan disusuli dengan sambungan sekolah rendah di SRJK(C) Chong Hwa Wei Sin, Kuala Terengganu. Beliau kemudian melanjutkan pelajaran ke SMJK(C) Chong Hwa Wei Sin, Kuala Terengganu dan diikuti sambungan pengajian di Chong Hwa High School, Gombak, Kuala Lumpur.

Ayah kepada YB Arif Shah merupakan seorang anak negeri Pulau Pinang, bapa beliau juga merupakan seorang usahawan yang selalu bergerak dari satu negeri ke satu negeri yang lain, maka YB Arif Shah sewaktu persekolahannya turut mengikut bapanya dan mengikuti pengajiannya di beberapa negeri di Semenanjung Malaysia.

Setelah tamat persekolahan di peringkat menengah YB Arif Shah telah melanjutkan pelajarannya dalam bidang Kejuruteraan Awam dan mengikuti pengajian khas di Graber International, California, USA.

Beliau berpeluang untuk memperolehi pengalaman dan kepakaran di dalam bidang-bidang seperti berikut :

  1. Industri Pembinaan & Pemajuan Hartanah – Melebihi 15 Tahun
  2. Industri Pembuatan – Melebihi 10 Tahun
  3. Industri Perkhidmatan – Melebihi 5 Tahun
  4. Industri Pengiklanan – Melebihi 3 Tahun

Di samping itu beliau juga seorang insan yang gigih bekerja dan mempunyai banyak idea yang memberansangkan. Semasa berada di kampus beliau telah diberi kepercayaan untuk memegang jawatan sebagai Naib Pengerusi Persatuan Siswa Siswi ITF.

Beliau juga terdedah kepada suasana antarabangsa termasuk di beberapa kawasan di Negara China seperti Beijing, Tianjian, Chen Du, Guangzhou, Qu Yan, Xian , Nin Xia termasuk Hong Kong dan lain-lain.

Kehadiran beliau di Amerika, Belgium, England termasuk London, Dusseldorf, Frankfurt, Moscow, South Africa, Jeddah, Mecca, Jordan, Iraq dan kawasan-kawaan yang berjiran dengannya membolehkan beliau mempunyai banyak pengalaman serta gambaran dari negara-negara luar untuk memanfaatkan kepada karier politiknya.

Minat beliau dalam memperhambakan diri memberikan perkhidmatan dan kudrat secara ikhlas dan professional mendorong beliau untuk bergiat aktif dalam bidang politik.

Semasa waktu persekolahan lagi beliau telah dijinakkan di dalam arena politik dengan didedahkan ke majlis-majlis politik yang dihadiri oleh bondanya yang dikasihi dan abangnya yang sungguh giat dalam politik UMNO.

Beliau telah menjadi ahli UMNO sebelum UMNO Baru diwujudkan. Secara rasmi beliau merupakan ali UMNO semenjak 13hb Januari 1989 dengan nombor keahlian 00483844

Antara jawatan-jawatan politik yang disandang oleh beliau adalah :

  1. Ahli UMNO Cawangan Tuna;
  2. Bertukar menjadi Ahli UMNO Cawangan Sri Kalui;
  3. Ketua Pemuda UMNO Cawangan Sri Kalui;
  4. AJK beberapa Biro UMNO Bahagian Permatang Pauh;
  5. Pengerusi beberapa Biro UMNO Bahagian Permatang Pauh;
  6. Ketua Pemuda UMNO Bahagian Permatang Pauh;
  7. Bendahari Pemuda UMNO Negeri Pulau Pinang;
  8. AJK UMNO Bahagian Permatang Pauh;
  9. Naib Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh; dan
  10. Ketua Penerangan UMNO Bahagian Permatang Pauh.

Sekarang beliau merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang Kawasan Seberang Jaya (N10).

Di samping bergiat aktif dalam arena politik beliau juga turut terlibat di dalam kegiatan-kegiatan NGO. Antara jawatan yang disandang oleh beliau ialah:

  1. Pengerusi Majlis Perpaduan dan Kebajikan Rakyat Negeri Pulau Pinang;
  2. Timbalan Pengerusi PEMADAM Seberang Perai Tengah;
  3. Ahli Lembaga Pengarah Kooperasi Seberang Jaya Berhad;
  4. Penasihat Kelab Belia Tamil Permatang Pauh; dan
  5. Penaung dan Penasihat kepada kepada banyak Pertubuhan NGO di Peringkat Negeri dan Pusat.

Setelah diberi peluang oleh YAB Dato Seri Abdullah Hj Ahmad Badawi untuk beliau menjadi calon pilihanraya pada Tahun 2004, beliau telah memenangi pilihanraya tersebut dan menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang Kawasan Seberang Jaya N10 dengan memperolehi majoriti 4464 undi.

Beliau mewujudkan 2 Pusat Khidmat dengan dibantu oleh beberapa orang petugas sepenuh masa. Bagi memastikan pengkhususan tanggungjawab untuk petugas-petugasnya beliau mewujudkan sekretariat-sekretariat tertentu. Antaranya :

  1. Sekretariat Permasalahan Rakyat;
  2. Sekretariat Sumber Manusia;
  3. Sekretariat Kebajikan;
  4. Sekretariat Keselamatan;
  5. Sekretariat Hal Ehwal Cina;
  6. Sekretariat Hal Ehwal India;
  7. Unit Agama Islam dan Qariah;
  8. Unit Perhubungan Awam dan lain.

Untuk mencapai ke tahap cemerlang Pusat Khidmat YB Arif Shah telah diiktiraf dengan Persijilan ISO 9001 2000. Pusat Khidmat YB Arif Shah adalah di antara Pusat Khidmat yang paling aktif dengan berbagai kegiatan dan aktiviti dijalankan dari masa ke semasa.

Pusat Khidmat YB Arif Shah juga telah diberikan satu pengiktirafan oleh satu badan NGO sebagai satu Pusat Khidmat yang banyak memberikan perkhidmatan dan sumbangan kepada rakyat dan diberikan anugerah wang tunai sebanyak RM20,000.00.

Harapan beliau ialah supaya YAB pucuk pimpinan parti akan memberi peluang kepada beliau untuk terus disambung menjadi calon di dalam pilihanraya akan datang dan berdoa untuk memenangi di dalam pilihanraya tersebut dengan majoriti yang lebih tinggi .

Semoga beliau akan memberikan sumbangan tenaga, idea dan kepakaran bukan sahaja di peringkat kawasan Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang, Seberang Jaya tetapi ke peringkat Negeri Pulau Pinang dan Pusat. Insya-Allah.

4 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

4 responses to “Laman Blog Calon BN Permatang Pauh

  1. mia

    all the best le… but if i were in permatang pauh, i’ll definitely vote for DSAI….

  2. smspro

    Ye Lah, mamak manalaa..calon ni? Mana melayu? kana UMNO yang bertanding, ni orang Najib ka Pak Lah, kalau buka orang Pak lah kami tak sokong…

  3. Benderbuzz

    Menang…Alhamdulillah.
    Kalau kalah, cuba lagi.
    Sekurang-kurangnya YB ni bersih moralnya…

  4. Dipelawa kepada sesiapa yang berminat untuk menyewa rumah penginapan di Abid Homestay Permatang Pauh secara harian atau mingguan. Sesuai untuk keluarga yang sedang bercuti, mengikuti rombongan pengantin, berkursus, konvo dan lain-lain.

    Sewaan merangkumi keseluruhan ruang rumah dan tiada perkongsian dengan penyewa lain (termasuk tuan rumah).

    Sila Hubungi 019-4576855 untuk tempahan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s