Pemuda PAS luah rasa kecewa terhadap Lim Guan Eng & Khalid Ibrahim

IPOH, 14 Ogos (Hrkh) – Muktamar Dewan Pemuda PAS hari ini menyaksikan luahan rasa kecewa terhadap ketua kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor dan Pulau Pinang.

Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Selangor, Mohd Sany Hamzan melahirkan rasa kecewa kerana setakat ini masih gagal menemui Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibraim.

Begitu juga wakil Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang gagal menemui Ketua Menteri, Lim Guan Eng biar pun sudah beberapa kali menghantar surat untuk menemuinya.

“Biar pun kita sudah sambut 100 hari kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor, pemuda PAS hanya sekadar menjaga parking, mengutip sampah dan menampal poster ceramah.

“Saya melihat seperti ada masalah hubungan PAS dalam kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor dan hanya layak menjadi pemerhati di pinggiran,” kata Mohd Sany.

Beliau juga berkata, ada di kalangan pemimpin KeADILan mendakwa kemenangan mereka kerana kekuatan sendiri dan bukan gadingan dengan PAS.

“Belum pilihan raya baik sahaja…bila dah menang ke mana perginya golongan muda mereka, lebih hairan lagi apabila ada menuduh PAS tidak bantu mereka masa pilihan raya.

“Masa sambutan 100 hari di Selangor tak ada satu pun bendera PAS digantung. Malah lebih mengecewakan lagi Dewan Pemuda nak jumpa Menteri Besar pun tak dapat.

“Pemimpin KeADILan kena sedar pemuda tidak rela PAS digunakan sebagai batu loncatan oleh mana-mana pihak termasuk KeADILan,” katanya sebagai sokongan usul Memperkukuh Peranan PAS Dalam Pakatan Rakyat.

Beliau juga berkata, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang memang mampu dan layak untuk menjadi Perdana Menteri.

sumber harakahdaily

4 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

4 responses to “Pemuda PAS luah rasa kecewa terhadap Lim Guan Eng & Khalid Ibrahim

  1. sekolah atap

    Saya sebagai rakyat biasa memang sentiasa memerhati dan mengikuti perkembangan hubungan PAS dan PR yang lain terutamanya DAP. Saya sebagai seorang yang mempunyai pendidikan di tahap sekolah atap beranggapan hubungan baik DAP dan PAS cuma sekadar sebagai platform untuk mencapai agenda politik masing-masing. Pada suatu hari nanti apabila mereka berjaya dalam agenda mereka ataupun sekiranya mereka berjaya di peringkat Nasional, saya yakin mereka akan menjadi seteru dan berpecah. Mereka cuma akan bersatu semasa di dalam perjalanan untuk menuju ke destinasi, apabila mereka sudah sampai ke destinasi yang dituju sudah tentu mereka akan membawa haluan masing-masing. Pendapat saya ini adalah berteraskan kepada perinsip dan wadah perjuangan mereka yang berlainan sama sekali. Cuma sebagai pendapat saya sahaja.

    Satu perkara lagi yang saya ingin utarakan di sini adalah berkenaan dengan ahli-ahli agama kita yang berada di dalam PAS mahupun UMNO. Mereka sentiasa mengata antara satu sama lain, contohnya orang tu tak betul,, orang ini tak betul.. kekadang saya tefikir.. siapa yang betul, sedangkan orang yang mengata itu adalah dari latar belakang pendidikan agama yang tinggi. Justeru itu, saya mengambil kesimpulan bahawa para Ulama yang berada di dalam PAS mahupun UMNO semuanya betul, cuma yang membezakan mereka adalah cara pendekatan di dalam pelaksanaannya. Sehubungan itu, sebagai rakyat biasa, mereka perlu menilai dengan lebih telus dan rasional siapa yang lebih baik di dalam pelaksanaan pentadbiran negara berlandaskan kepada rakyat negara ini yang berbilang bangsa dengan tidak mengetepikan sunnah nabi dan al-Quran. Sebagai muslim, mereka tidak dibenarkan sama sekali menyakiti sesama manusia yang lain samada muslim atau tidak muslim. Justeru itu, keharmonian semua kaum perlu dijaga agar agenda pembangunan negara dan hubungan antara rakyat berbilang bangsa dapat ditingkatkan dengan perkongsian kuasa yang sempurna.

    Teras pendidikan negara juga perlu ditingkatkan diperingkat sekolah rendah lagi, agar hubungan baik dan kemesraan anak-anak kita dipertingkatkan lagi di peringkat mereka masih mentah lagi. Agak menyedihkan apabila saya melihat di sekolah menengah apabila pelajar Melayu hanya berkawan dengan pelajar Melayu, Cina dengan Cina dan India dengan India. Keakaraban pelajar berbilang kaum perlu ditingkatkan di peringkat mereka masih mentah. Agak menyedihkan juga sekiranya ada di antara rakyat negara ini yang lebih selesa berbahasa Inggeris berbanding Bahasa Kebangsaan.

    Yang jelasnya semangat petriotik dan kecintaan kepada negara ini terhadap rakyat perlu ditingkatkan dan kerajaan perlu mencari pendekatan yang terbaik untuk mencapai ke arah itu. Saya percaya PLKN adalah salah satu wadah untuk mencapai sasaran tersebut, namun boleh dipertingkatkan lagi sekiranya kaedah yang sama digunakan semasa anak-anak masih kecil dan mentah. Acara-acara yang melibatkan semua kaum perlu diadakan dan tidak tertumpu kepada acara yang melibatkan kegemaran sesuatu kaum tertentu sahaja…..

    Pihak media juga perlu mengambil pendekatan dengan tidak mensensasikan berita-berita yang menjuruskan kepada perkauman… Kerana boleh menimbulkan kesangsian, kebencian dan salah sangka di kalangan rakyat biasa berbilang kaum dan orang-orang pendidikan rendah seperti saya.

    Orang-orang cerdik pandai dan berpengaruh di atas sana yang cuba mengkhianati dan mempengaruhi rakyat biasa ini supaya membenci antara satu sama lain… Fikir-fikirkanlah… SEKOLAH ATAP

  2. AbangTuah

    Salam..

    Syabas sekolah atap..tinggi bahasa dan banyak fakta yang telah saudara utarakan. Teruskan usaha yang baik ini.

  3. Salam sekolah atap,
    Tertarik dengan komen sekolah atap!.Masih kenangkan rumah atap yang selesa semasa terik panas matahari yang mampu menyejukan penghuninya!.Harganya walau pun murah tapi begitu indah senibinanya!.
    teruskan komen!.Wassalam.

  4. Naimboey

    Sekolah atap,
    Salam untuk anda. Pendapat anda bernas sekali. itu lah sebenarnya perjuangan ‘parti ponen’ PeKeR. menuju puncak malapnya cahaya.Bila sampai puncak nanti mereka pasti tolak menolak antara satu sama lain supaya jatuh terjunam terpelanting kebawah.Kok la depa berjaya.Rasanya tak, sebab depa tak ikhlas. Rakyat yang menyokong depa selama ni pasti masa tu buat muka tak malu…tapi harap-harap mereka tak berjaya. Tuhan…selamatkan la bumi ku..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s