Daily Archives: August 16, 2008

Pendapat mengenai sumpah Saiful

Banyak pendapat diutarakan oleh pembaca selepas Saiful Bukhari Azlan membuat pengakuan bersumpah Al Quran terhadap kes liwat beliau. Ada pihak yang mengatakan ia adalah lakonan dan konspirasi semata-mata. Ada pihak juga yang tidak menafikan kebenaran pengakuan bersumpah ini. Bagi DSAI ia adalah pengakuan akibat paksaan dari pihak berkuasa. Persoalan sekarang siapa lebih berkuasa?? DSAI, pihak berkuasa atau Allah SWT?

Penulis percaya tidak ada orang yang waras dan matang fikiran sanggup dilaknati oleh Allah seluruh kaum kerabatnya hanya demi mengejar wang ringgit dan bertujuan untuk menjatuhkan kareer politik seseorang.

Penulis percaya hukum Allah SWT sahaja yang paling mutlak kebenarannya. Justeru, penulis meminta para pembaca tidak membuat andaian sendiri dengan mengatakan bahawa sumpah ini bermotifkan politik dan rekaan semata-mata.

57 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Fakta Pilihanraya Permatang Pauh

sumber mstar

Calon
– Datuk Arif Shah Omar Shah (Umno – Barisan Nasional)
– Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR – Pakatan Rakyat)
– Hanafi Mamat (Presiden AKIM
– Dr. Mansor Othman (Anggota Majlis Tertinggi PKR, tapi tarik diri)

Bilangan penyokong dianggar berkumpul: Lebih 20,000

Pegawai Pengurus: Roslan Yahaya, Pegawai Daerah, Seberang Perai Tengah.

Penolong Pegawai Pengurus:
– Zainol Abidin Md. Noh (Setiausaha Majlis Perbandaran Seberang Perai)
– Kamarul Haizal Koderat (Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pengurusan), Seberang Perai Tengah.
– Azizal Ahmad (Penolong Pegawai Daerah (Tanah), Seberang Perai Tengah

Daftar Pemilih:
– 58,459 orang (termasuk 490 undi pos)

Pusat penamaan calon: Institut Perguruan Tuanku Bainun, Bukit Mertajam

Masa penamaan calon:
– 9 hingga 10 pagi (proses penamaan calon)
– 10 hingga 11 pagi (waktu bantahan)
– Antara 11 dan 12 tengah hari pengesahan status calon

8 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Mubahalah Mohd Saiful bermotif politik – TG Abdul Hadi

indakan bekas pembantu Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohd Saiful Bukhari Azlan bermubahalah (sumpah laknat) jelas bermotifkan politik kotor.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan perbuatan Saiful adalah sesuatu yang bodoh serta tidak mengikut lunas Islam.

“Ianya satu kebodohan terhadap hukum Islam lebih-lebih lagi yang memakai jenama agama (Islam),” katanya dalam sidang media di Muktamar Tahunan PAS ke-54 di sini hari ini.

Petang semalam Mohd Saiful melakukan sumpah dihadapan bapanya, Azlan Mohd Lazim dan Imam Masjid Wilayah Persekutuan.

Abdul HAdi juga melahirkan kekesalan kerana institusi agama turut diheret dalam permasalahan ini.

“Perkara ini mesti difahami dengan jeas. Bagi kita orang Islam kita ada li’an. Li’an adalah sumpah yang melibatkan suami isteri.

“Tetapi Anwar dan Mohd Saiful bukan suami isteri. Cara sumpah guna al-Quran juga seperti amalan Kristian yang gunakan Bible untuk bersumpah,” katanya.

Menurut Abdul HAdi, pada hakikatnya Mohd Saiful tidak perlu melakukan sumpah menggunakan al-Quran kerana berliau sendiri tidak memahami kandungan kitab suci itu.

“Namun itu hak dia, dia boleh buat apa sahaja. tetapi harus diingat kita perlu dengar dari kedua-dua belah pihak,” katanya.

Tambah beliau, penyelesaian terbaik bagi kes ini ialah dengan merujuk ke Mahkamah Syariah.

“Ini melibatkan hal orang Islam. Jadi termaktub dalam peruntukan Perlembagaan Perkara 121 (1)(A).

“Pandangan kami (PAS) jelas, perkara ini (tuduhan liwat) perlu dirujuk mengikut hukum qazaf (tuduhan fitnah) yang memerlukan empat orang saksi atau berikrar bagi kedua-dua pihak,” katanya.

Katanya lagi Anwar tidak perlu mengikut jejak Mohd Saiful untuk bersumpah.

Jelas Abdul Hadi tindakan Mohd Saiful itu (bersumpah) tidak akan menjejaskan sokongan PAS terhadap Anwar.

“PAS tetap berpendapat bahawa Anwar tidak bersalah selagi perkara ini masih belum dibuktikan di mahkamah,” katanya.

Abdul Hadi juga berpendapat bahawa sumpah Mohd Saiful yang dilakukan sehari sebelum proses Penamaan calon bagi pilihan raya Permatang Pauh pagi tidak menjejaskan sokongan pengundi terhadap Anwar.

9 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Komen Hadi,Najib dan calon AKIM mengenai sumpah Saiful

dari agendadaily

Bagi Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sumpah yang dibuat Saiful Bukhari Azlan di Masjid Wilayah Persekutuan petang Jumaat adalah tindakan bodoh dan tidak ikut syariat Islam.Bercakap di Ipoh Hadi anggap cara Saiful memegang al-Quran ketika lafaz sumpah seperti orang Kristian memegang kitab Bible. Sambil menyatakan PAS akan tetap sokong Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh beliau juga sifatkan Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul yang meminta Anwar turut bersumpah sebagai orang agama yang tidak tahu mengenai agama Islam.Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pula yang diminta mengulas kenyataan Hadi itu selepas penamaan calon pilihanraya kecil Permatang Pauh anggap ia kenyataan peribadi Presiden PAS itu. “Itu pendapat haji Hadi tetapi pendapat ulama yang betul lain.Dalam perkembangan berkaitan calon AKIM – calon ketiga – dalam pilihanraya kecil itu, Hanafi Hamat sifatkan kenyataan Hadi tidak mencerminkan kehendak agama .Baginya Saiful ikut syarak dan jalan untuk cari kebenaran.Hanafi adalah mudir Pondok Padang Siam di Tanah Merah,Kelantan

24 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Wartawan Kena Pukul

Dua jurugambar termasuk seorang dari agensi berita asing cedera selepas dibelasah oleh sekumpulan penyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR) ketika membuat liputan penamaan calon pilihan raya kecil kawasan Parlimen Permatang Pauh di sini hari ini.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 1.30 petang ketika jurugambar akhbar New Straits Times, Mohamed Sairen Mohamed Nahfis, 26, dan Halim Berbar, 28, dari HBL Press News, Perancis membuat tugasan di Institut Perguruan Tuanku Bainun (IPTB) di sini.

Mohamed Sairen yang menceritakan detik cemas kejadian berkata, insiden bermula ketika dia cuba merakam gambar beberapa penyokong Barisan Nasional (BN) dikejar oleh sekumpulan pengikut PKR.

Lebih malang, kamera digital miliknya yang bernilai lebih RM15,000 dan mengandungi rakaman gambar semasa proses penamaan calon turut dirampas oleh kumpulan penyokong parti pembangkang terbabit. – Utusan

nota: ini merupakan insiden kali kedua wartawan dipukul oleh ahli parti pembangkang. dimanakah kebebasan media seperti yang diagung-agungkan oleh De Facto PKR. Semua lakonan semata-mata. Adakah insiden ini dilabelkan sebagai gelagat anak muda oleh Khalid Ibrahim.

9 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

3 Penjuru Di Permatang Pauh

Pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh pada 26 Ogos ini menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional (BN), Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Angkatan Keadilan Insan Malaysia.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan pilihan raya itu akan ditandingi oleh Datuk Arif Shah Omar Shah (BN), Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR) dan Hanafi Mamat dari Angkatan Keadilan Insan Malaysia.

Proses penamaan calon pilihan raya itu diadakan di Dewan Aminuddin Baki, Institut Perguruan Tuanku Bainun di sini pagi ini. – Utusan.

nota: Pada pagi tadi, terdapat seorang calon ‘stand by’ PKR iaitu Dr Mansor Othman, walaubagaimanapun setelah pencalonan DSAI diterima oleh SPR, beliau menarik diri dari bertanding. Calon ‘stand by’ ini adalah kerana PKR khuatir kertas pencalonan Anwar ditolak atas masalah teknikal memandangkan beliau pernah tidak menyerahkan penyata kewangannya pada pilihanraya umum pada tahun 1995.

Bagaimanakan pencalonan DSAI pada 1995 boleh diterima sedangkan beliau gagal utk menyerahkan penyata kewangan beliau pada tahun tersebut. Tidakkah beliau seorang yang KORUP!!!

2 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Tun Mahathir Cabar Anwar Ibrahim Bersumpah

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mencabar Penasihat PKR, PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengikuti langkah Mohd Saiful Bukhari Azlan mengangkat sumpah untuk membuktikan beliau tidak bersalah.

“Anwar sepatutnya membuat perkara yang sama, bukannya hanya terus berceramah di merata tempat untuk membuktikan yang dia tidak bersalah,” katanya.

Beliau menegaskan demikian ketika ditemui pemberita semasa melawat Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro-Pelancongan Malaysia 2008 (MAHA), demikian menurut Bernama.

Beliau yang merujuk kepada sumpah laknat yang dibuat Saiful semalam berkata, ia (bersumpah) adalah cara bekas pembantu Anwar itu untuk membuktikan bahawa segala dakwaannya adalah benar.

Semalam Saiful mengangkat sumpah di Masjid Wilayah Persekutuan, mengatakan bahawa beliau bercakap benar mengenai dakwaannya yang beliau diliwat oleh Anwar.

Majlis itu disaksikan beberapa pegawai masjid berkenaan dan ahli keluarga Saiful serta pegawai dari Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), termasuk Pengarahnya, Datuk Che Mat Che Ali.

Mahathir berkata sebagai seorang tokoh dalam arena politik Malaysia, Anwar perlu berkelakuan sempurna dan mengikut sentimen orang ramai yang mahukan beliau bersumpah.

Menurutnya langkah mengangkat sumpah itu boleh dianggap sebagai gerakan politik yang baik, namun Anwar sendiri perlu mengemukakan bukti yang sah, bagi membuktikan yang beliau tidak bersalah berhubung perkara itu.

“Dalam kes ini, hampir mustahil untuk menyediakan empat orang saksi, jadi lebih baik sekiranya ia dibuktikan menerusi pelbagai langkah lain seperti ujian sampel DNA,” katanya. – malaysiakini

nota: penulis percaya bukan Tun Mahathir sahaja yang ingin melihat DSAI bersumpah, malah ramai lagi rakyat marhaen Malaysia ini yang ingin melihat DSAI bersumpah bahawa beliau bukan seorang peliwat. Apalagi DSAI…sahut lah seruan bekas boss anda!!

18 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Hassan Merican Letak Jawatan Petronas Gas

Pengerusi dan Pengarah Petronas Gas Bhd., Tan Sri Mohd. Hassan Marican meletak jawatan sebagai pengerusi dan pengarah berkuat kuasa hari ini bagi memberi laluan kepada Wan Zulkiflee Wan Ariffin, yang dilantik memegang jawatan itu.

Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia, syarikat itu memberitahu jawatan Wan Zulkiflee sebelum ini ialah sebagai Pengarah Petronas Gas.

Mohd. Hassan masih mengekalkan jawatannya sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petroliam Nasional Bhd. (Petronas).

Petronas Gas adalah antara empat anak syarikat Petronas yang disenarai di Bursa Malaysia.

Petronas Gas terlibat dalam pemprosesan dan perkhidmatan penghantaran kepada Petronas dan pelanggannya. — BERNAMA.

7 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Kenyataan Saiful Bukhari Azlan

Saya rasa telah tiba masanya untuk saya menunaikan tanggungjawab saya sebagai orang Islam dan rakyat Malaysia bagi menegakkan hak dan menidakkan yang batil. Saya dengan ini telah bersumpah dengan nama Allah di Masjid Wilayah Persekutuan petang tadi mengikut cara yang dituntut oleh agama Islam, sepertimana yang telah dinasihatkan dan ditunjuk ajar oleh ulama dan mufti berkenaan saya telah diliwat oleh Anwar bin Ibrahim.

Akad sumpah ini saya lakukan dengan kerelaan saya sendiri yang datangnya dari lubuk hati saya yang mendalam bagi menegakkan kebenaran sebagai seorang yang beragama Islam, berbangsa Melayu dan sebagai seorang rakyat Malaysia.

Saya juga amat memahami bahawa sumpah dengan nama Allah ini, jika ia tidak benar dan merupakan satu ciptaan saya semata-mata atau mana-mana pihak, maka saya akan dilaknat, ditimpa malapetaka dan bencana kepada saya, serta keluarga, keturunan saya selamanya oleh Allah SWT.

Saya melakukan sumpah dengan nama Allah SWT kerana mahu membuktikan bahawa dakwaan saya amat benar dan oleh kerana itu, saya amat berani bersumpah. Ini jalan terbaik bagi saya mendapat
keadilan di dunia dan akhirat dan mengembalikan maruah dan harga diri saya di mana hanya kepada Allah SWT tempat saya mengadu.

Saya melakukannya kerana Allah SWT. Saya bersumpah di dalam rumah Allah yang mulia tadi bahawa saya telah diaibkan dan diliwat oleh majikan saya Anwar bin Ibrahim dan saya tidak memilih berdolak
dalih dengan pelbagai alasan serta penipuan kepada seluruh masyarakat tentang isu dakwaan liwat saya ini seperti yang dibuat oleh Anwar bin Ibrahim.

Dengan ini saya mencabar Anwar bin Ibrahim bersumpah dengan cara sebenar-benarnya Islam dengan melakukannya di masjid dengan disaksikan oleh ulama dan mufti serta seluruh rakyat Malaysia bagi
menafikan dakwaan saya adalah tidak benar. – malaysiakini

16 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Teks Temuramah Saiful Dengan Wartawan

sumber mkini

Wartawan: Waktu angkat sumpah siapa saksi?

Peguam Zamri Idrus: Semua imam-imam Masjid Wilayah Persekutuan.

Wartawan: Ke mana hilang selama ini?

Mohd Saiful: Saya bukan menghilangkan diri tetapi mendiamkan diri untk mengumpulkan kekuatan kerana saya telah difitnah, dengan macam-macam, terutamanya sekali oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jadi itulah alasan saya.

Wartawan: Kenapa Saiful pilih hari ini dan di Masjid Wilayah Persekutuan?

Mohd Saiful: Saya telah lama berniat nak buat ini tetapi ia perlukan satu kekuatan mental dan juga rohani kerana bersumpah ini bukan sesuatu yang mudah dan boleh dibuat secara suka-suka kerana akibatnya dia boleh dilaknat. Alhamdulillah, Allah SWT telah memberikan saya kekuatan dan saya bersumpah pada hari ini.

Wartawan: Adakah kerana esok penamaan calon di Permatang Pauh.Mohd Saiful: Tidak, tidak, sama sekali.

Wartawan: Bagaimana perasaan Saiful lepas bersumpah?

Mohd Saiful: Alhamdulillah, saya berasa lega dan buat pertama kalinya saya dapat memberanikan diri dan diberikan kekuatan oleh Allah SWT untuk berdepan dengan para wartawan.

Wartawan: Kamu bercadang berkempen di Permatang Pauh?

Mohd Saiful: This is not a political matter (ini bukan satu perkara politik), ini adalah dakwaan kes peribadi antara Anwar Ibrahim dan saya.

Wartawan: Tetapi ingat, tuduhan ke atas Anwar adalah suka sama suka?

Mohd Saiful: Saya ingin tegaskan di sini bahawa perkara itu berlaku tanpa kerelaan hati saya.

Wartawan: Ada yang kata lebih daripada sekali.

Mohd Saiful: Itu saya akan beri keterangan di mahkamah.

Wartawan: Betul kamu buat pemeriksaan di Pusrawi?

Mohd Saiful: Itu saya akan jawab di mahkamah.

Wartawan: Kenapa pada mulanya kamu pergi ke Hospital Pusrawi?

Mohd Saiful: Itu keterangan di mahkamah nanti.

Wartawan: Tapi betul Saiful pergi ke Pusrawi hari itu?

Mohd Saiful: Keterangan di mahkamah. Saya akan bagi keterangan. Dan iyalah, saya bukan seperti Datuk Serri Anwar Ibrahim ingin melaksanankan media trial, jadi saya akan memberikan keterangan saya dan bekerjasama semasa di mahkamah nanti.

Wartawan: Ini kali pertama kamu diliwat?

Mohd Saiful: Ya, pertama kali.

Wartawan: Besok penamaan calon, kenapa hari ini… saya harap kamu faham. Saya bukan nak buat apa-apa, tanya saja.

Mohd Saiful: Saya faham, secara kebetulan saja. Kalau nak ikutkan kita pun tak tahu Anwar akan bertanding. Laporan saya itu pun 28 Jun, kita tak tahu dia akan bertanding bila. Tetapi saya ingin tegaskan di sini, saya memerlukan kekuatan dan alhamdulillah Allah SWT memberikan saya kekuatan untuk mengadakan sumpah hari ini. Dan hari ini hari Jumaat, hari yang sangat dirahmati Allah SWT.

Wartawan: Anwar kata masa itu dia ada saksi dan dia tak pernah keseorangan dengan Saiful pada masa tersebut.

Mohd Saiful: Itu kita tengoklah di mahkamah nanti.

Wartawan: Benar kamu buat laporan polis? Kamu ada salinan laporan polis?

Mohd Saiful: Saya nak tegaskan di sini, saya buat laporan polis 5.30 tetapi saya tengok dalam 6.30 dah terpapar di SMS dan lamanweb. Saya tidak tahu kenapa. Dan saya sendiri yang menulis laporan
polis tersebut.

Wartawan: Adakah kamu bertemu Datuk Najib?

Mohd Saiful: Itu saya akan jawab di mahkamah.

Wartawan: Kalau Anwar melakukan sumpah, apa pandangan kamu?

Mohd Saiful: Ok tidak apa. Saya telah melakukan tanggungjawab saya. Saya sudah lakukannya. Jikalau beliau hendak lakukan, terpulang kepada beliau sebab ia bukan tentukan sama ada salah atau tidak. Kita tengok di mahkamah nanti.

Video angkat sumpah ditayangkan.

Mohd Saiful: Jumpa 10 haribulan nanti di mahkamah. Terima kasih.

14 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda