Kenyataan Saiful Bukhari Azlan

Saya rasa telah tiba masanya untuk saya menunaikan tanggungjawab saya sebagai orang Islam dan rakyat Malaysia bagi menegakkan hak dan menidakkan yang batil. Saya dengan ini telah bersumpah dengan nama Allah di Masjid Wilayah Persekutuan petang tadi mengikut cara yang dituntut oleh agama Islam, sepertimana yang telah dinasihatkan dan ditunjuk ajar oleh ulama dan mufti berkenaan saya telah diliwat oleh Anwar bin Ibrahim.

Akad sumpah ini saya lakukan dengan kerelaan saya sendiri yang datangnya dari lubuk hati saya yang mendalam bagi menegakkan kebenaran sebagai seorang yang beragama Islam, berbangsa Melayu dan sebagai seorang rakyat Malaysia.

Saya juga amat memahami bahawa sumpah dengan nama Allah ini, jika ia tidak benar dan merupakan satu ciptaan saya semata-mata atau mana-mana pihak, maka saya akan dilaknat, ditimpa malapetaka dan bencana kepada saya, serta keluarga, keturunan saya selamanya oleh Allah SWT.

Saya melakukan sumpah dengan nama Allah SWT kerana mahu membuktikan bahawa dakwaan saya amat benar dan oleh kerana itu, saya amat berani bersumpah. Ini jalan terbaik bagi saya mendapat
keadilan di dunia dan akhirat dan mengembalikan maruah dan harga diri saya di mana hanya kepada Allah SWT tempat saya mengadu.

Saya melakukannya kerana Allah SWT. Saya bersumpah di dalam rumah Allah yang mulia tadi bahawa saya telah diaibkan dan diliwat oleh majikan saya Anwar bin Ibrahim dan saya tidak memilih berdolak
dalih dengan pelbagai alasan serta penipuan kepada seluruh masyarakat tentang isu dakwaan liwat saya ini seperti yang dibuat oleh Anwar bin Ibrahim.

Dengan ini saya mencabar Anwar bin Ibrahim bersumpah dengan cara sebenar-benarnya Islam dengan melakukannya di masjid dengan disaksikan oleh ulama dan mufti serta seluruh rakyat Malaysia bagi
menafikan dakwaan saya adalah tidak benar. – malaysiakini

16 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

16 responses to “Kenyataan Saiful Bukhari Azlan

  1. alias hashim

    shaiful pondan kot sampai tak berani lawan. duk biaq kena liwat pasai apa kalau aku luku kepala saja anwar tu.. dah tua, aku pun hairan pasai apa mudah sangat duk bagi punggung kat orang

  2. ikankecil

    salam alias hashim…..

    kita jgn ckp mcm 2…
    kita x tau apa yg berlaku….
    saudara relax n tgk je ape yg akan berlaku….
    berckp mmg senang….
    sp2 pown bole berckp sedare….
    biarlah keadilan yg menentukan kebenarannya….
    kita sama2 nantikan….

    ikankecil berenang bebas…

    salam..

  3. karim

    yerler..tuan, kalau saiful nak sumpah…naper anwar tak nak…. kalau benar sumpah jer…anwar taktau ker Allah tu, adil dan akan membalas segala kesalahan jika benar dan menlepaskan umat yang teraniaya jika benar anwar difitnah…. bersumpah jer…. selemah-lemah saiful berani gak nak bersumpah, kumpula ler para ulama dalam dan luar tu, sumpah ler depan mereka kalau salah cara sumpah tu, betulkan bukan don nak komplin jer, kalau salah cara nya sebab orang pandai (ulama) diam-diam tercegak menegok jer…ni semua salah ulama dlm malaysia ni dan kita harus akui bukan ulama orang pas jer yang tau pasal agama. fikirkanlah para ulama… ungkaikan lah masalah ini jangan sampai penganut agama lain mempertikaikan cara mencari keadilan cara islam ini. betulkan jika salah

    anak itik beranang

  4. Hamba allah

    kalau anuar dah sumpah… semua orang bole senyap kan….

  5. naturalman

    saya bersetuju…anwar perlu bersumpah demi membersihkan nama beliau…
    berani kerana benar,takut kerana salah…

  6. AbangTuah

    Hamba allah..

    Saiful bersumpah adalah haknya bagi menyangkal tomahan terhadapnya. Tiada sesiapa yang mengetahui kebenaran tuduhannya terhadap DSAI melainkan mereka berdua selain Allah.

    Begitu juga DSAI, sekiranya beliau bersumpah, ianya pula bagi menyangkal tuduhan terhadapnya. Tiada siapa jua yang mengetahui kebenaran tuduhan terhadapnya melainkan mereka berdua selain Allah. Tetapi sekiranya beliau bersumpah tentunya akan lebih meyakinkan pengikut beliau. Tetapi pada pandangan kawan seeloknya beliau jangan bersumpah kerana sekiranya beliau bersumpah bohong, kesian pada keluarga dan keturunannya juga akan menerima laknat selamanya.

    Pengadilan di Mahkamah Sivil sekiranya keputusannya mendapati Saiful berbohong kita kena terima dan akur, sebaliknya sekira didapati DSAI bersalah pun kita kena terima dan akur juga. Keputusan pengadilan di Mahkamah bergantung kepada bukti dan kecekapan peguam, jadi kadang-kadang orang yang bersalah boleh terlepas sekiranya kekurangan bukti atau peguam2 yang mewakilinya cekap.

    Jadi kesimpulannya adalah kita insan yang kerdil ini mungkin tidak akan mengetahui kebenarannya melainkan dengan pengakuan sukarela tertuduh selain dari Allah.

    Kita kena tawakal dan yakin pada Allah yang Maha Adil.

    Wassalam…

  7. keris silau

    Assalamualaikum…

    aku bersependapat dgn AbangTuah. walau apa pun ideologi politik korang, aku yakin semuanya adalah orang Melayu dan beragama Islam. jika benar kamu semua beragama Islam, percayalah yg Allah itu Maha Adil, Maha Berkuasa dan Maha segala-galanya. dan janganlah sesekali korang ragu akan KUASA Allah itu, kerana hanya Allah sahaja yg berkuasa ke atas segala-galanya. kalau korang yakin DSAI benar/tidak meliwat saiful, pasti Allah akan membebaskan DSAI daripada pertuduhan yg dihadapinya dan menghukum Saiful yg berdusta. begitu juga kiranya korang yakin Saiful diliwat DSAI, PASTI ALLAH akan menghukum DSAI. ingatlah, Allah itu Maha berkuasa berbanding, PakLah, TG Hadi, TG Nik, Hamid Albar, Hakim Mahkamah , Polis2, Lim 2 beranak, Samy Vellu, karpal singh, peguam bela dan cara, che det, najib, UMNO, PAS, PKR, DAP, bom c4, PUSRAWI, raja petra, AbangTuah, penangkia, ikan kecil/besar/mas/pelaga, battleship, ADILina, saiful, DSAI dan sape2 saje lah. mereka2 nama yg aku sebut tu hamba jualah kepada sang Pencipta. dan setiap sesuatu perlakuan atau bicara hambaNya itu adalah atas izin ALLAH jua adanya. tawakallah kepada Allah kerana sesungguhnya hanya Allah shj yg berhak membuat keputusan kepada hambaNya. Wallahualam….

    p/s: jika kamu percaya dgn kuasa Allah, bawak2 bertenang dan tgu keputusan Mahkamah. namun jika kamu tidak mempercayaiNya, buatlah huru hara, menyalaklah kamu hingga runtuhnya bukit itu, dan nescaya kamu aku akan didatangi hukuman Allah.

    wassalam

  8. rambos

    Salam, AbangTuah,

    Kenapa nak mengharap ke pengadilan SIVIL jika JAWI yang ‘handle’ kes nih?

    bukankan kes ini berkaitan dengan DUA MUSLIM yang berbalah? maka ia sepatutnya diselesaikan melalui mahkamah SYARIAH!

    “Pegawai Khas Najib Atur Sumpah Saiful” – Ustaz Ramlang Porigi”
    http://www.suarakeadilan.com/sk/

    jangan taqlid buta okeh saudara-saudaraku disini..
    Salam..

  9. keris silau

    Salam Rambos,

    perlu diingat, kes2 jenayah di Malaysia akan dibicarakan di mahkamah sivil dan bukan syariah. mahkamah syariah hanya mempunyai kuasa atas kes2 rumahtangga Islam dan hal2 berkaitan agama Islam seprti keluar masuk Islam. dalam hal liwat ni, tak kira la sape yg buat, org Islam atau bukan, ia akan di bawa ke mahkamah sivil. itulah sebabnya KITA kena mengharap pada mahkamah sivil.
    ini lah masalahnya, jika undang2 hudud tidak dilaksanakan. maka mahkamah syariah yg sepatutnya memiliki kuasa bagi mengadili kes2 org Islam hanya terbatas fungsinya.
    namun, janganlah kita jadikan ianya satu alasan utk mengatakan sistem penghakiman di Malaysia tidak adil. sesungguhnya tak kiralah, sistem sivil atau syariah yg diguna pakai, Allah tetap ada bagi membantu hambaNya dalam mendapatkan pengadilan. Percayalah pada Allah.
    wassalam..

  10. ohyeah

    kes liwat 98 anwar telah pun diketepikan setelah bertahun2 menerima malu dan seksa di penjara…dan orang-orang yang terbabit menuduh beliau liwat tiada tindakan. sekrg 2008, satu lagi isu liwat dan anwar diminta bersumpah…adakah dgn bersumpah anwar akan terlepas dari tuduhan ini? adakah kes ini akan selesai? jwpannya tidak kecuali makhamah kita menjalankan kes ini dengan adil dan saksama…Bersumpah hanya boleh dilakukan setelah perbicaraan selesai. Itupun tidak digalakkan oleh ramai tokoh agama dan ulamak. Jadi kepada mereka yang tidak memahami tentang hukum dan keperluan
    bersumpah mengikut tatatertib Islam yang betul jangan mencabar anwar untuk bersumpah. Jangan dengar ckp ulamak BN, kerana mereka bukanlah orang pakar atau sesuai untuk dijadikan rujukan.

  11. khalifah

    Allah swt melimpahkan rezeki dan keamanan bukan kerana Dia sayang kepada kita..
    Allah swt menimpakan bencana dan malapetaka bukan bermakna Dia marah kepada kita..

    keamanan dan rezeki serta kemajuan dicapai adalah hasil kurniaan Allah.semua ini dinikmati kemungkinan hasil dari murka Allah kepada kita. kita tidak pernah berubah.ego,bongkak,Allah akan biarkan kita terus begini sebab itulah Allah memberi kesenangan kepada kita.sebab Allah marah kepada kita dan biarkan kita begini.

    Lain pula bagi negara yang ditimpa bencana. contohnya Aceh. Allah swt timpakan tsunami bukan kerana marah kepada aceh tetapi mungkin Allah swt sayangkan umat Islam Aceh. daripada pembunuhan,peperangan,GAM dan sebagainya, Allah swt turunkan tsunami dan akhirnya pada hari ini umat Islam Aceh telah sedar dan beriman kepada Allah..

    Renung-renungkanlah…

    Saiful,walaupun bersumpah dan walaupun saiful itu ternyata berbohong dan pendusta, tidak semestinya Allah akan melaknat dia di dunia dan bagi semua orang nampak. mungkin Allah membiarkan saiful sehingga dia mati dan tidak melaknat beliau.

    Anwar…sekiranya bersumpah dan sememangnya sumpah anwar itu benar bahawa dia tidak meliwat, tak semestinya dia tidak ditimpa bencana..Takdir anwar sekiranya selepas bersumpah dia kemalangan jalan raya, sememangnya kemalangan itu sudah ditakdirkan. adakah kita akan menganggap anwar telah dilaknat?sedangkan beliau bersumpah benar bahawa tidak meliwat..

    jadi kesimpulannya, manusia itu lemah..baik saiful atau anwar, tidak perlu bersumpah…manusia akan melihat apa yang akan terjadi dan sentiasa membawa cerita dan pengkhabaran yang tidak benar tentanya tanpa memikirkan keberadaan Allah yang Maha mengetahui…

    sekian…

  12. AbangTuah

    Salam Mr Rambos.

    Ini bukan sahaja kes dua muslim berbalah, kes ini juga kes jenayah silap-silap jatuh dibawah kanun keseksaan.

    Di Negara kita ada dua hukum, iaitu hukum Sivil dan hukum Syariah. Anwar merujuk kepada Mahkamah Syariah kerana ia memberikan kelebihan kepadanya, manakala Saiful pula merujuk kepada mahkamah Sivil kerana memberikan kelebihan kepada dia. Jadi bukankah itu adil.

    Jadi apa yang hendak di perbesar dan diheboh-hebohkan sangat. Masing-masing jawablah di mahkamah Sivil dan Mahkamah Syariah, habis cerita.

    Yang aku heran sangat PAIH dan PKR takut sangat Anuar didapati bersalah ni fasal apa?? Orang UMNO tak kisah pun, kalau terbukti bersalah maka dia sepatutnya terima ajelah hukumannya, jika tidak maka baguslah. Terus terang aku katakan aku pun simpati pada keluarga Anuar tu, kesian Nurul Izzah tak pernah sanggup memandang kamera apabila keluar TV!! Heran…???

    Jadi takda kes buta taklid disini, semua orang faham, jangan memandai-mandai nak menuduh tak tentu fasal ok!!

    Berkaitan pegawai khas tolong atur tu tak jadi perkara besar sangat dan lagi pun bukan sahih sangat berita tu. Kalau dah Si saiful dan keluarga terkial-kial mencari jalan mempertahankan maruah diri dan keluarga nak minta tolong Anuar atau Nik Aziz ke??. Jadi kalau nak teliti sangat kenapa tak persoal peguam yang mewakili Si Saiful, parti apa dan yang mewakili Anuar pula parti apa??

    Kes Si Saiful bersumpah, pada pandangan aku itu hak dia mempertahankan nama baiknya dari tuduhan berjuta orang, betul atau tidak tatacaranya, dah tak jadi hal sekarang, yang penting sumpah itu benar dari hatinya, sesiapa juga ditempatnya tentu akan berbuat begitu.

    Nii…,pesan aku, dah lah tak payah nak heboh sangat tentang perkara tu, buat malu aje, sabar dan berserah ajelah kepada yang Maha Besar, percayalah keujudannya.

  13. AbangTuah

    Ohyeah,

    Kes Anuar tahun 1998 tu telah dibawa kemahkamah rayuan pada tahun 2004 dan telah ditolak bukan kerana tak ada bukti tetapi kerana pihak pengadilan memerlukan lebih banyak bukti yang melampaui segala keraguan. Jadi jangan silap faham ok, kalau nak tahu lebih lanjut sila ke laman web Che Det, beliau ada mengulas.

    Berkaitan kes bersumpah ni, seingat aku pada tahun 1998 dulu Anuarlah yang beriya-iya sangat hendak bersumpah-sumpah, sehingga tiga empat kali ditangguhkan dengan perbagai alasan. Oh ya, semasa tu dia masih lagi UMNO, agaknya dia tak faham agama agaknya. Kawan masih ingat bertapa terlopong-lopong pengikut dan pembela setia dia menunggu bila dia akan bersumpah, namun hampa.

    Awak tahu sekarang siapa yang hendak sangat Anuar bersumpah, bukannya UMNO, tapi penyokongnya, yang telah mulai ragu keperibadian Boss mereka. Penyokongnya hendakkan suatu kepastian bahawa perjuangan mereka tidak menjadi sia-sia. Sekiranya masih tidak percaya, masakan beratus-ratus yang telah meninggalkan perjuangan PKR.

    Oh yeah, sikap awak yang membeza-bezakan ulama adalah tidak wajar, ingat ulama pewaris Nabi. Sekiranya begitulah pandangan awak maka tak salah jugalah kawan menunjukan rasa kurang hormat kepada ulama PR kerana kawan pun boleh menuduh mereka berkata-kata diatas flatform politik yang tentu ada kepentingan politik yang hendak dijaganya.

    Nii..ohyeah, pada awak juga aku nak nasihatkan, bersabar dan tawakal ok.

  14. AbangTuah

    Khalifah

    Ingat Allah tu Maha Pengasih, Maha Penyayang, Maha Adil dan Maha Segalanya. Rezeki tetap akan diberikan kepada sesiapa jua tak kira agama, bangsa dan termasuklah binatang, tumbuhan dan sekelian alam mengikut usaha hambanya dan ketentuannya. Keamanan dan ketenangan hati pula akan diberikan kepada hambanya yang terpilih sahaja.

    Disamping itu, kemewahan, kedudukan dan kesusahan adalah juga sebahagian dari ujian Illahi terhadap hambanya bagi menilai tahap kesabaran dan ketakwaan masing-masing.

    Allah Ta Ala juga menurunkan bala bencana yang mungkin sebagai KIFARAH diatas perbuatan hambanya dimuka bumi ini. Sebagai contoh, di Aceh, mungkin kifarah Allah yang menimpa mereka kerana sekian lama bersengketa dan berbunuhan sesama Islam. Sebaik sahaja ditimpa Tsunami, maka kata sepakat dan kedamaian boleh pula diperolehi.

    Ini yang amat kita khuatirkan sekarang, kerana setelah sekian lama kita umat Islam di Malaysia bersengketa dan telah pula diberikan masa secukupnya tetapi tiada pernah jua kata sepakat dicapai antara islam PAIH dan islam UMNO. Masing-masing terlalu taksub dengan sifat ASSOBIAH masing-masing. Kita khuatiri peristiwa Aceh berulang di Negara kita, tetapi mungkin berbentuk lain.

    Allah membiarkan kita begini tanpa ditimpakan KIFARAH dan BALA kerana ia Maha Pengasih dan Penyayang, akan tetapi sampai bila kita umat Islam akan terus hanyut didalam ketidaksadaran kita berpecah taksub didalam idelogi masing-masing. Akuilah kita sama sahaja bongkaknya, egonya dan tak pernah pula kelihatan berkurangan sedikit pun.

    Ingatlah umat Islam di Malaysia, sekiranya Allah berkehendak menurunkan bala dan Kifarahnya maka, tiada sesiapa jua yang akan terlepas baik puak islam PAIH mau pun puak islam UMNO.

    Berkaitan Si Saiful, berani sungguh awak mengatakan secara pasti dia berbohong dan pendusta. Awak benar-benar pastikah atau awak hanya sekadar memuaskan hati dan nafsu demi berkepentingan politik awak. Saudara Khalifah, ingat kita bukan Tuhan yang boleh melihat dan mengetahui secara pastinya perkara yang tersembunyi.

    Ya, kawan bersetuju, Allah mungkin tidak akan menurunkan balanya didunia ini kepada mereka yang bersalah atau berdosa. Tetapi yang kawan heran, segala kematian dan keseksaan yang diterima oleh puak yang bukan menyebelahi pihak pembangkang secara pasti kerap pula dikaitkan oleh pihak pihak pembangkang telah dimurkai Allah dan telah dibalas atau ditunjukan kemunkarannya.

    Kawan bersetuju dengan awak, mereka berdua tak perlu bersumpah, apa yang telah terlanjur di pihak Si Saiful, anggap sahaja dia kurang berilmu dan tidak diberikan panduan sewajarnya.

    Maka ingin juga kawan sarankan, percayalah kita kepada kekuasaan yang Allah, sabar dan tawakal adalah usaha kita yang terbaik.

  15. Al-Hajj

    Renungan : –
    Berserah saja pada Allah s.w.t, InsyaAllah Allah akan balas pada sesiapa yang suka menganiayakan orang. Begitu juga perihal mahkamah, kita tidak boleh menolak undang-undang islam dan mahkamah syariah sebab segala apa bentuk kesalahan dan hukuman yang sepatutnya kita jalankan di atas muka bumi Allah ini mestilah berlandaskan Al-Quran dan Al-Hadith. tidak boleh kita mengenepikan semua itu kerana sesungguhnya mengenepikan Al-Quran dan Hadith serta undang-undang yang termaktub dalam agama islam atau Al-Quran adalah dilaknat Allah. Orang yang menolak Al-Quran dan Hadith iaitu tidak mempraktikkan apa yang berlandaskan perintah Al-Quran dan Hadith adalah orang-orang kafir laknatullah. Perkara utama yang perlu kita letak paling hadapan sekali dalam hidup kita adalah Allah. Tiada sebarang perkara dalam alam semesta ini jika dibandingkan dengan kekuasaannya. Allah hu Rabbi. Wassalam.

  16. Kuntakinte

    Salam, betul lah tu komen Ustaz tu, teman setuju tu, tiada siapa pun yang menolak Al Quran dan Hadith dan semua nya hidup dan mati semata2 kerana Allah S.W.T. ,

    sentuh tentang undang2 Islam, zaman la ni duduk buat zina dalam rumah batu tinggi sayup 25 tingkat, guard kat luar, kalau nak sabit orang tu lakukan zina pakat ramai lah orang berani berzina, mana nak cari saksi sahih 4 orang dan siapa mengaku buat zina kecuali puak PKR mengaku terima sedekah maksiat dgn China Doll, teman pun risau jugak gejala merogol anak dara orang, bini orang, janda orang berleluasa kalau nak hukum ikut undang2 Islam kena ada 4 saksi sahih. sebab tu kita diberi akal fikiran untuk memikir jalan penyelesaian untuk kebaikan umat.

    Sebab tu Rasullullah suruh kita menuntut ilmu sampai ke negeri China luas maksudnya……maksud ilmu pun luas pengertianya bukan fokus satu subject je yeop….

Leave a comment