Komen Hadi,Najib dan calon AKIM mengenai sumpah Saiful

dari agendadaily

Bagi Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sumpah yang dibuat Saiful Bukhari Azlan di Masjid Wilayah Persekutuan petang Jumaat adalah tindakan bodoh dan tidak ikut syariat Islam.Bercakap di Ipoh Hadi anggap cara Saiful memegang al-Quran ketika lafaz sumpah seperti orang Kristian memegang kitab Bible. Sambil menyatakan PAS akan tetap sokong Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh beliau juga sifatkan Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul yang meminta Anwar turut bersumpah sebagai orang agama yang tidak tahu mengenai agama Islam.Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pula yang diminta mengulas kenyataan Hadi itu selepas penamaan calon pilihanraya kecil Permatang Pauh anggap ia kenyataan peribadi Presiden PAS itu. “Itu pendapat haji Hadi tetapi pendapat ulama yang betul lain.Dalam perkembangan berkaitan calon AKIM – calon ketiga – dalam pilihanraya kecil itu, Hanafi Hamat sifatkan kenyataan Hadi tidak mencerminkan kehendak agama .Baginya Saiful ikut syarak dan jalan untuk cari kebenaran.Hanafi adalah mudir Pondok Padang Siam di Tanah Merah,Kelantan

24 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

24 responses to “Komen Hadi,Najib dan calon AKIM mengenai sumpah Saiful

  1. Yeop KK

    Hadi Awang dah bertukar serban dengan Karpal Singh

  2. AbangTuah

    Salam Yeop KK..

    Kahkahkahkahkahkahkah..keras perut kawan tergelak….awak pun dah pandai buat ‘light provokasi…’

  3. penangkia

    Dear Yeop KK,
    Karpal Singh does not wear the turban!

  4. Yeop KK

    Dia takda serban tapi janggut dan jambang macam Hadi Awang

  5. Hamba allah

    Haji Hadi seorang Ulama’ ape nak jadi orang islam hina ulama’ sendiri ni…..!!!!!!!!!!!!!!

  6. AbangTuah

    Ish..ish..

    Bila pula kerajaan ikhtiraf Hadi ulama…jangan2 ulama politik kot.

  7. gerryTuah

    Hmm..
    Kalau kerajaan ‘hadhari’ ni tak mungkin le kot.. Diorang dok pooja.. Michelle Yeoh jer..

  8. Hamba allah

    Ulama’ 2 adlh seorg pemmpn yg bwibawa….
    x perlu diktiraf sesiapa….
    d wajah terselah cahya keimnnya……
    da kte… Ulama’ Hadhari…..

    KONSERT INUL…
    AF????
    2 lah islam hadhari kan3??

  9. Ulamak sebenar tidak sombong dan bongkak dgn mengatakan pendapat ahli agama lain tidak tahu tentang Islam.Seolah-olah hanya beliau saje yg tahu tentang Islam. Bagaimana pula pandangan Tg Nik Aziz yg pada mulanya menyarankan supaya Saiful bersumpah sebagaimana pandangan mufti Perlis.Adakah Nik Aziz pun tak tahu tentang Islam.Bagaimana pula tentang sokongannya terhadap Anwar yang terang2 menolak Islamic state. Bersekutu pula dengan Kapal sink yang terang2 langkah mayat aku dulu kalau nak buat negaraini Islamic State.Bagaimana pulak judgement Hadi bila amerika terang2 menyokong Anwar.

  10. Yeop KK

    Salam semua,
    Memang benar ulama muktabar tak bongkak macam ulama Pas saperti disebut sdr. md isa.
    Ulama Pas cakap macam pantat naik tangga. Hari ini cakap lain, esok cakap lain, ewah macam lagu Dato S.M. Salim pula, dulu lain sekarang lain

  11. tigerchan

    Ada orang yang menyamakan kes sumpah Saiful yang Anwar liwat dia seolah-olah macam kes dia “dirogol”. Maka tempat pengadilannya ialah di mahkamah sivil. Anwar Ibrahim pula mengira tuduhan dia liwat itu satu tuduhan berupa “qazaf” maka dia lapor pada mahkamah syariah. Si Saiful pula bersumpah dengan Al-Qur’an di masjid bawa Anwar meliwat dia, maka ia menjadi mahkamah sumpah yang mana orangramai diajak menghukum.

    Implikasi sumpah di masjid itu sangat besar. Saiful mengakui secara resmi bahawa Anwar Ibrahim ada membuat perbuatan liwat. Persoalannya, adakah maksud kes Saiful mesti diadili secara syara’ atau secara sivil ? Dan adakah pengakuan Saiful itu berupa Qazaf ataupun kes rogol ?

    Pertama, Saiful menuduh Anwar meliwat, tak kira siapa yang dia liwat samada orang lain atau diri Saiful itu sendiri. Itu termasuk dalam ertikata qazaf.

    Kedua, Saiful bersumpah di atas masjid pegang Al-Qur’an itu masalah dia sendiri. Walaupun dia cabar Anwar sumpah balik, pada pandangan saya tidak perlu Anwar berbuat begitu kerana dia sudah laporkan perkara Qazaf di mahkamah syariah. Maknanya Anwar menggunakan cara syara’ untuk mempertahankan dirinya.

    Ketika, sekiranya perbicaraan dijalankan, kes Saiful ialah kes rogol dan tempatnya ialah di mahkamah sivil. Jadi, apa gunakan Saiful bersumpah diluar mahkamah , di atas masjid dengan pegang Al-Qur’an, yang dia kata adalah mengikut cara Islam ?

    Keempat, apabila mahkamah syariah menjalankan perbicaraan atas kes tuduhan Qazaf, maka ia bukan kes rogol, kerana Anwar membuat laporan atas tajuk “QAZAF”. Oleh itu, sumpah Saiful tidak memberi kesan apa-apa yang dia dirogol. Sumpah Saiful tetap dikira Qazaf kerana dia tuduh Anwar meliwat, tak kira siapa yang dia liwat.

    Kalau mengikut hukum syara’ dengan tidak ada 4 orang saksi maka Saiful akan menerima 80 kali sebatan.

    Akhir sekali, jika Saiful sanggup bersumpah cara Islam, adakah dia sanggup menerima hukuman secara Islam ?

  12. aku,,,

    aku stuju sgt dgn tigerchan…1 je aku mintak drpd pengomen2 yg ada,,tlg jgn permainkan isu ulamak…ilmu agama korang tu setinggi diorang ke,?mereka bckap@bgi komen dgn diiringi dalil dan nas..bkn stkt bace @ dgr situ sini pastu trus nk komen,cermin la diri tu dulu..stakat ilmu agama drpd sistem pddkan yg ada skrg ni,,,zero…1 lg…aku pantang sgt kalu org main2 dgn tok guru nh,,cuba baca@ dgr smpai abis ape yg dia kata.jgn dok dgr yg pangkal2 je,,nti kita slh phm..mmg btl dia ckp bleh bsmpah…tp ada cara yg tttu mgikut hkm syrak…LAST….pdpat aku la ni…hy org yg bute mata n hati yang tak dpt menilai ape yg tgh blaku kt mlysia ari ni…bdk sekolah rendah pn tau menilai,ape lg kita yg dh besar pnjg nihh…papehal pn..jga diri kita n fmily kita dl…..pastikan hbgn kita dgn ALLAH d posisi yg tbaik.pastikan 5 waktu solat,kalu bleh bjemaah.Ingt…kebenaran akan menjelma juga nnti…Allah MahaAdil…ALLAHUAKHBAR

  13. Yeop KK

    aku setuju dengan pendapat tigerehan dan saudara aku supaya yg tak pandai agama jangan sentuh bab agama macam mereka berdua. kita jangan ikut cakap ulama ketam (Pas), sebab mereka pun tak betul. kita kena dengar cakap ulama yg diiktiraf olih pemerintah bukan ulama yg mengiktiraf diri sendiri

  14. Hamba allah

    aku pon setuju sgt ler dgn aku…
    korang hina2 ulama’ korang pikir x dosa ker…
    ulamak da blajar tinggi2
    takut dosa.
    xkan sggup mpegnkan agama utk kpntingan politik.
    bukan mata duitan…
    buktinyer..
    tgk sendiri btape moderationnyer nik aziz
    bezakan rumah dye dgn rumah Najib….
    lg sa2 dlm islam pon x blh mmbke keaiban sendirik….
    bg nme pon da bukak keaiban apetah lg dgn bggenyer mnnjkkn mke…
    sumpah 2 tuk kbnrn ke??
    nak kasik org pcaye 2 citer btol…
    ye r kalo x smpah org xderk pcaye sgt..
    akhirnyer si sayfool bjaye mbuat org sprti abg tuah prcaye….

  15. AbangTuah

    Hamba allah.

    Kejadian liwat, Sumpah Saiful…satu pun kawan tak mengetahui kebenarannya. Betul atau tidak, fitnah atau tidak tiada dalam pengetahuan kawan. Kawan hamba Allah yang kecil dan kerdil ini tak langsung tahu apa-apa, itu sebab kawan jarang sentuh bab tu. Kalau kita kata Anwar buat, orang akan tanya macamana kita tahu, jika kata Anwar tak buat orang akan tanya juga macammana kita tahu. Jadi jawapannya, lebai-lebai yang tahu dia tak buat tu adalah terdiri dari gulungan yang KASHAF.

    Kawan tak suka pada Anwar ni fasal tindak tanduknya untuk mencapai impian beliau sanggup mengadai apa sahaja, Melayu, Agama dan Maruah bangsa wal hal dulu itu jugalah yang dipertahankannya. Jadi Lebai yang bernama Hamba Allah..baik-baik ye dalam berkata-kata.

    Kawan juga kurang suka pada Hj. Hadi kerana beliau juga sanggup bersekongkol dengan mereka yang tidak juga menyokong Negara Islam. Tapi demi melepaskan dendam yang dah berpuluh tahun pada UMNO sehingga dendam menjadi teramat kesumat maka sanggup pula dia bersaudara dengan DAP demi menghancurkan saudara sendiri iaitu UMNO.

    Wassalam…

    p/s: Yeop KK teruskan..awak seorang perjuang, bersemangat kental. Ingat perpatah ni “Mujur lalu melintang patah” dan “Patah sayap, paruh, bertongkat paruh kita teruskan jua”

  16. anum

    saper-saper yg dok puja sangat kerajaan taghut yang ntah solat ntah tidak tu, lebih baik tobat cepat-cepat. rasuah lah, main pompuan lah, kikis duit rakyat lah. aku ekang nih sesak sangat biler minyak naik…belanja meningkat yoop. suma ni sebab kerajaan yang tak pandai urus tadbir ekonomi lah. pastu..salahkan ekonomi dunia. nyampah aku..

  17. anum

    saper-saper yg dok puja sangat kerajaan taghut yang ntah solat ntah tidak tu, lebih baik tobat cepat-cepat. rasuah lah, main pompuan lah, kikis duit rakyat lah. aku sekang nih sesak sangat biler minyak naik…belanja meningkat yoop. suma ni sebab kerajaan yang tak pandai urus tadbir ekonomi lah. pastu..salahkan ekonomi dunia. nyampah aku..

  18. makhluk biaserr...

    betol 2….
    sokong si anum

  19. orang-orang

    eh3
    kejap2
    abang tuah….
    mne abang tuah tau dyorang 2 mmg bersekongkol dgn mereke2 2…….
    ntah2 ade sbb baik ke…
    jgn dok tdoh je abg tuah….

  20. AbangTuah

    Weii puak PAIH..

    Aku tak mahu cerita banyak..kalau ikut telahan aku sekiranya PAIH masih bersama DAP tak lama lagi hanyutlah. Allah kan bagi petunjuk yang nyata inshallah.

  21. Piyeh

    Salam semua MELAYU2 yg bertekak dlm blog ni.
    Aku ni tak sokong mana2 pun cuma taat pada umarak & ulamak, Cuma nak jelaskan sikit kefahaman aku ni pada kau orang semua.

    Dalam Pas dia pakai istilah Ulama.
    Dalam Umno dia pakai istilah imam.
    Kesemua tu politik-kan agama je.

    Allah jaga islam lebih halus dari Parti2 yang mengaku menjaga islam.

    Isu terbaharu ni kita banci sama2.
    Isu Majlis Peguam(Agama) – Berapa kerat yg bantah.
    Isu Kuota Uitm (Harta Melayu) – Berapa ramai yg lompat.

    Kesimpulannya Agama buat mrk tak penting, tapi harta penting. Patut le Islam ibarat buih. Islam bersaudara..Melayu..asyik gaduh je. Tengok le cite Sarjan Hasan. Kat mindef tu berapa kerat yg berjuang utk tanah melayu.Fikirlah utk berbaik dah nak merdeka & raya ni.Tergadai le kampung aku klu islam pon tak bersaudara, melayu lg jauh buat mrk. Jadi hati2 politik perpecahan.

  22. Piyeh

    Nasihat aku..kamu semua fikir2kan idea untuk satukan islam yg bersaudara dan bangsa serumpun. Jangan sampai politik memecahkan semua. Bersatu demi negara.Lidi sebatang tak berfungsi membersihkan, lidi secekak boleh jadi penyapu. Penyapu tu boleh terbang..mcm H.Potter. Kalau tak boleh wat perhambat org yg memecahkan bangsa dan agama. Klu negara tak diutamakan mcm tu lah jadinya. Kutuk umarak..kutuk ulama..kutuk semua. Tak membangun islam cara ni. Hancur akhir zaman ni. Semua yg berbalah utk jawatan..utk periuk. Kita semua yg bergaduh. Anak2 nak sekolah pun payah. Jln semua jem. Semata2 nak pangkat..nak jawatan. Sahabat Syaidina Omar dulu diberi jawatan pun dia tolak kerana takut t/jawab. Tapi hari ni, mereka berjuang untuk jawatan..pastu suruh org sebangsa, seagama gaduh sesama sendiri. Apa lah org mcm tu pun kita nak taksub.Siang2 dah menyusahkan rakyat. Belum memimpin lg. Klu berkuasa penuh agaknya lg teruk.
    Ooo…kawan dah serik, dulu kwn ni berdiri sebelah je dgn mrk semua. Bosan pd semua perosak tu.

  23. Kita bergaduh sebab nak bersatu. Nik Aziz dengan Mahathir pun makan semeja..Kita yang dibawah ni hanyalah bersuara beri pendapat…Tapi kita kena ingat,agama adalah cara hidup maknanya Islam dan Politik tak dapat dipisahkan

  24. AbangTuah

    Azhar arsaf

    Islam dan Politik tak dapat dipisahkan, tapi boleh dibezakan!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: