Mubahalah Mohd Saiful bermotif politik – TG Abdul Hadi

indakan bekas pembantu Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohd Saiful Bukhari Azlan bermubahalah (sumpah laknat) jelas bermotifkan politik kotor.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan perbuatan Saiful adalah sesuatu yang bodoh serta tidak mengikut lunas Islam.

“Ianya satu kebodohan terhadap hukum Islam lebih-lebih lagi yang memakai jenama agama (Islam),” katanya dalam sidang media di Muktamar Tahunan PAS ke-54 di sini hari ini.

Petang semalam Mohd Saiful melakukan sumpah dihadapan bapanya, Azlan Mohd Lazim dan Imam Masjid Wilayah Persekutuan.

Abdul HAdi juga melahirkan kekesalan kerana institusi agama turut diheret dalam permasalahan ini.

“Perkara ini mesti difahami dengan jeas. Bagi kita orang Islam kita ada li’an. Li’an adalah sumpah yang melibatkan suami isteri.

“Tetapi Anwar dan Mohd Saiful bukan suami isteri. Cara sumpah guna al-Quran juga seperti amalan Kristian yang gunakan Bible untuk bersumpah,” katanya.

Menurut Abdul HAdi, pada hakikatnya Mohd Saiful tidak perlu melakukan sumpah menggunakan al-Quran kerana berliau sendiri tidak memahami kandungan kitab suci itu.

“Namun itu hak dia, dia boleh buat apa sahaja. tetapi harus diingat kita perlu dengar dari kedua-dua belah pihak,” katanya.

Tambah beliau, penyelesaian terbaik bagi kes ini ialah dengan merujuk ke Mahkamah Syariah.

“Ini melibatkan hal orang Islam. Jadi termaktub dalam peruntukan Perlembagaan Perkara 121 (1)(A).

“Pandangan kami (PAS) jelas, perkara ini (tuduhan liwat) perlu dirujuk mengikut hukum qazaf (tuduhan fitnah) yang memerlukan empat orang saksi atau berikrar bagi kedua-dua pihak,” katanya.

Katanya lagi Anwar tidak perlu mengikut jejak Mohd Saiful untuk bersumpah.

Jelas Abdul Hadi tindakan Mohd Saiful itu (bersumpah) tidak akan menjejaskan sokongan PAS terhadap Anwar.

“PAS tetap berpendapat bahawa Anwar tidak bersalah selagi perkara ini masih belum dibuktikan di mahkamah,” katanya.

Abdul Hadi juga berpendapat bahawa sumpah Mohd Saiful yang dilakukan sehari sebelum proses Penamaan calon bagi pilihan raya Permatang Pauh pagi tidak menjejaskan sokongan pengundi terhadap Anwar.

9 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

9 responses to “Mubahalah Mohd Saiful bermotif politik – TG Abdul Hadi

  1. Saifol bersumpah antara dia dengan tuhan..
    Tiada kena mengena dengan sesiapa..
    Hanya Allah sahaja MAHA BERKUASA dan MAHA KAYA..
    Kita cuma boleh lihat apakah bala yang akan terjadi diatas sumpah yg dilafazkan oleh Saifol..tidak didunia mungkin diakhirat..

    so no politics..mungkin TG Abdul Hadi ni yg bermotifkan politik..

  2. penangkia

    Dear guys,
    I totally agree with Tuan Guru.The motive was very clear;to let Anwar’s image down.That’s why he choose to make the oath a day before nomination.Furthermore, the story had been modified all the time.Saiful seems wish to be sodomy or having the homosexual affair.I believe, one day he get what he deserved, looked like he prayed for it and somebody will FUCK his ass one day.

  3. Apai Ngelai

    Salam semua,

    Inilah wajah sebenar Perikatan Rakyat yang menghukum orang lain berpandukan pendapat dan logik akal pemikiran mereka semata-mata.
    Apa yang dibicarakan oleh mereka adalah berkait rapat dengan perlakuan untuk memfitnah, mengeji, tuduh menuduh dan sebagainya. Amat jarang sekali kita dengar perihal perkara-perkara kebaikan dari mereka ini. Periksalah dalam blog-blog mereka semua, kajilah.. berapa peratuskah kebaikan jika dibandingkan dengan keburukan orang lain yang diperkatakan? Bandingkan, berapa banyak pula kebaikan yang diusahakan mereka… kita bukannya buta..

    Mereka dengan mudah menuduh seorang Islam yang telah bersumpah Wallahi..Wabillahi…Wata’alahi sebagai berbohong. Begitu beraninya puak-puak jahil ini menghukum orang yang telah meletakkan roh serta jasadnya dengan kecelakaan dan kebinasaan azab neraka di akhirat sebagai berbohong dan mempunyai kepentingan bathil. Sungguh kejam. Siapa kita untuk berkata demikian? Ke mana perginya keyakinan diri kita pada kebenaran azab dan seksa Allah?

    Kita tidak mengiyakan segala perbuatan Saiful, sememangnya dia telah berdosa biarpun dia berbohong atau tidak. Janganlah kita begitu mudah sekali menganggap perbuatan bersumpah laknat ini seolah-olah seperti satu perkara yang biasa dan ringan. Boleh dibuat-buat pada kadar mengikut sesuka hati.
    Selagi DSAI tidak turut bersumpah, selagi itulah kita akan anggap beliau sebagai seorang peliwat tegar. KITA CABAR DSAI UNTUK TURUN BERSUMPAH, jika benar beliau tidak bersalah. Tak perlulah penyokong-penyokong PKR mahupun seseorang yang telah termaktub kebodohannya, cuba hendak mempertikaikan dan membenarkan perlakuan mengelak sumpah dengan kepandaian berkata-kata dan putarbelit berpandukan fikiran serta pendapat peribadi sahaja. Bagi kami, itu semua adalah sampah…ia cuma perkataan2 yang terbit dari segenap hati yang telah buta.. Jangan politikkan agama.

    Berhati-hatilah dengan kata-kata seorang pendusta yang mengaku melayu dan islam tetapi sebenarnya kafir laknatullah dalam dakyah untuk menyesatkan kita.. membenarkan yang bathil dan menidakkan yang haq. Nau’zubillah..
    Kita telah berada di akhir zaman. Ingatlah, pada masa sekarang ini masing-masing berebut-rebut untuk menjadi ketua atau pemimpin tanpa mengira dengan siapa mereka bergabung dalam usaha untuk menjatuhkan sebuah kerajaan islam. Kita tak perlu mengatakan mereka siapa, memadailah kita melihat keadaan mereka. Wallahua’lam.

  4. AbangTuah

    I observed…penangkia and his Tok Gurus who are the one politically motivated.

    What if Anuar is an UMNO’s member, I think the situation would be different then….Penangkia and all his Tok Gurus will surely spit on Anwar and bashed him like hell.

    Furthermore, I have heard few times that Saiful wanted to swear in the name of God after the police had completed their investigation earlier before Anwar decide to compete in the election.

    Hahaha..dont twist the facts my opposition friend, from the strength of your words and sentence I knew something hidden behind it, am I right penangkia.???

    Consider this…

    “Totally agree”
    The words strength shows you are a finatic follower.

    “The motive was very clear”
    The sentence strength is kind of definitive, which shows you wanted everyone to believe you even though you have’nt got any solid evident. Who are you and your Tok Gurus seems to know every aspects of this issue definitively….are you a kind of God???

  5. keris silau

    Assalamualaikum,

    aku bersetuju dgn bicara AbangTuah dalam beberapa perkara. namun tidak pula aku ingin mengatakan yg TG Hadi dan penangkia mempunyai kepentingan politik dalam mengatakan sumpah saiful itu berunsurkan politik, kerana aku tidak mempunyai kepandaian dalam mengetahui pemikiran seseorang apatah lagi untuk mengesahkannya. namun aku jua berharap agar kenyataan itu tidak dikeluarkan oleh TG Hadi atau sesiapa pun yg cukup ilmu agamanya, kerana bagi aku kenyataan itu tidak didokong oleh bukti2 kukuh tetapi lahir dari teori2 dan pendapat peribadi shj. janganlah kita melebih-lebih dalam sesuatu perkara itu sekiranya kita sendiri tiada kuasa atau ilmu yg seadanya. jgn kerana kejahilan kita dalam menilai sesuatu yg benar itu menjadikan kita kufur dan dilaknati Allah. sebaiknya kita berdoa agar Allah mengizinkan kita utk mendapatkan kebenaran dan pengatahuan yg sebaiknya. serahkanlah urusan ini kepada Allah yg selayaknya dan yg Maha Mengetahui daripada hambaNya.
    wassalam…

  6. tubir

    Salam untuk semua
    Teman nak cakap sikit tentan ulasan hadi kat ipoh tenteng si saiful bersumpah tu ,apa hadi nak sibuk sibuk ,tentang sumpah sisaiful tu ,konon mengheret islam ,apa yang hadi buat selama ini islam sangat ka,tak mengherit orang islam sihinga kan bermusuh sesama sekampung ,ingat fatua nya tempoh hari ,,,,,,,,Pi lah……………..cakap ja pandai itu salah itu tak islam lah ………..Kalau tau sangat tunjuklah cara yang betul …….ajak kedua dua sekali bersumpah ……..ajar merika ……jangan lepas si saiful buat baru cakap salah …..inike orang pandai ugama ……….inilah yang kita nampak kalau dah tamak kan kuasa …..tak kira lah umno ke pas ke pkr ke ,,,,,,sendiri mau ingatlah…..nanti kat kubur sendiri mau jawap lah ………kat dunia orang pangil kita tuan guru ,,,,dalam kubur nanti malikat tak pangil tu semua ………..kalau kau sesatkan orang kau tangung la sendiri ………

  7. ikankecil

    salam kepada semua pejuang bangsaku…..

    jgn dihirau sgt ttg penkianat negara 2…
    die xkan berani bersumpahsbb da trg2 die berslah…klu x bersalah wat ape nk takot….

    ikankecil teringat suatu ketika dahulu ayah ikankecil suruh ikankecil bersumpah yang ikankecil x mencuri duitnya,ikankecil x berani sbb ikankecil mmg amik duit 2…padahnye ikankecil dirotan…hei teringat zaman2 ikankecil kne pukul dlu…..sonok plak rasanye…klu ayah ikankecil x pukul ikankecil dlu mungkin smpai skang ni ikankecil muncuri lagi….ikankecil bercerita pasal ikankecil ni bkn ape tp nk mengatakan yg ikankecil xbrani bersumpah jika ikankecil bersalah….so np si sodom 2 nk takot klu die benar2 x bersalah…klu nk ckp mempermainkan agama hmmmm xtau la plak klu bersumpah atas nme allah 2 mempermainkan agama….

    so guys terpulang la pada anda untk menilai…ikankecil sekadar memberikan pendapat ikankecil….ikankecil teringat kata2 cerdik pandai “kalau dihulu airnya keruh sampai ke muara la keruh”…jadi keluarlah dari air yg keruh itu….

    p\s ke nk kne pgl indah water bg jernih…huhuhu…

    ikankecil berenang bebas…

    salam…

  8. gerryTuah

    Apa ke biul nye kau ni ApamBalikNgelai..
    Dah orang kata sumpah tu bukan ikut islam yg ko ye..ye suruh orang besumpah jgk tu pesal.. Ko nak heret orang2 lain dapat dosa jgk ke?
    Ko tau tak orang melayu kita dah banyak buat bende2 yang khurafat yg tak ikut sunnah Nabi..
    Ni sume kesan pemerintahan Umno yang Hadhari le ni..

  9. BakaL PM

    apala hadi awang ni…. kalau tuduhan zina memangla kena bawak saksi 4 orang tp kalau pengakuan individu itu sendiri nak saksi apa lg…. kalau ikut logik la korang main pun sorok2 tak ajak org lain tgk pun…. alahai lemahnya pikiran…. Ibarat macamni la kau kena rogol x kan nak tunjuk depan org… perogol skarang bukan bangang nak kasi org lain tgk…… knp hadi awang x percaya ker pada kekuasaan Allah….??? Jgn utamakan politik lebih dari agama…. Anwar kena berani bersumpah la kawan…. jangan jd bacul….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s