Tun Mahathir Cabar Anwar Ibrahim Bersumpah

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mencabar Penasihat PKR, PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengikuti langkah Mohd Saiful Bukhari Azlan mengangkat sumpah untuk membuktikan beliau tidak bersalah.

“Anwar sepatutnya membuat perkara yang sama, bukannya hanya terus berceramah di merata tempat untuk membuktikan yang dia tidak bersalah,” katanya.

Beliau menegaskan demikian ketika ditemui pemberita semasa melawat Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro-Pelancongan Malaysia 2008 (MAHA), demikian menurut Bernama.

Beliau yang merujuk kepada sumpah laknat yang dibuat Saiful semalam berkata, ia (bersumpah) adalah cara bekas pembantu Anwar itu untuk membuktikan bahawa segala dakwaannya adalah benar.

Semalam Saiful mengangkat sumpah di Masjid Wilayah Persekutuan, mengatakan bahawa beliau bercakap benar mengenai dakwaannya yang beliau diliwat oleh Anwar.

Majlis itu disaksikan beberapa pegawai masjid berkenaan dan ahli keluarga Saiful serta pegawai dari Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), termasuk Pengarahnya, Datuk Che Mat Che Ali.

Mahathir berkata sebagai seorang tokoh dalam arena politik Malaysia, Anwar perlu berkelakuan sempurna dan mengikut sentimen orang ramai yang mahukan beliau bersumpah.

Menurutnya langkah mengangkat sumpah itu boleh dianggap sebagai gerakan politik yang baik, namun Anwar sendiri perlu mengemukakan bukti yang sah, bagi membuktikan yang beliau tidak bersalah berhubung perkara itu.

“Dalam kes ini, hampir mustahil untuk menyediakan empat orang saksi, jadi lebih baik sekiranya ia dibuktikan menerusi pelbagai langkah lain seperti ujian sampel DNA,” katanya. – malaysiakini

nota: penulis percaya bukan Tun Mahathir sahaja yang ingin melihat DSAI bersumpah, malah ramai lagi rakyat marhaen Malaysia ini yang ingin melihat DSAI bersumpah bahawa beliau bukan seorang peliwat. Apalagi DSAI…sahut lah seruan bekas boss anda!!

18 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

18 responses to “Tun Mahathir Cabar Anwar Ibrahim Bersumpah

  1. Yeop KK

    Anuar kalau tak nak bersumpah cara saiful, dia bolih bersumpah mengikut cara Hadi Awang. Tapi aku rasa tentu dia ada alasan lain sebab tak nak bersumpah, betul kan anuar

  2. Rakyat Biasa

    TDM “Anwar sepatutnya membuat perkara yang sama, bukannya hanya terus berceramah di merata tempat untuk membuktikan yang dia tidak bersalah,”.

    Bukankah pertuduhan kes ini akan dibawa di mahkamah? Bukankah sumpah bukan landasan prinsip keadilan Islam mahupun keadilan sivil?

    Berapa ramai yang telah melakukan sumpah palsu untuk kesenangan dunia atau untuk melepaskan diri sendiri?

    Pada akhir zaman ini, sumpah hanyalah permainan hidup.

  3. penangkia

    Dear Yeop KK,
    I think Anwar did the right thing because most of ulama’s advised him not to do so.He used to sworn in 1998 to make the Malays satisfied although many ulamaks either locals or foreigners told him not to do so.As a result, he was beaten by police, humiliated, put in jail and lots of suffered faced by his family.He had went to the very tough experiences which unable to be faced by other normal human being.So, he just got the lesson through experienced.I think, it’s not fair to punished him, just because he refused to take the oath.

  4. Yeop KK

    Ulama mana yg cakap bagitu? Apa yg dikata, cara tak betul mengikut islam, jadi suruh anuar perbetulkan cara bersumpah mengikut cara Pas.
    Mufti Perlis sendiri cakap Saiful tak perlu mengulangi sumpah laknat sekali lagi, memadai
    dengan sumpah yg telah dilafazkan. Jadi tak perlulah berdolak dalik lagi

  5. AbangTuah

    Salam..

    Bullshit…who said…I never heard he swored. He did mention 3x but never did so.

    Anwar tak pernah berani bersumpah!!!

  6. penangkia

    Dear opposition’s pals,
    I don’t think we need to respond to this guy using the pal’s name Yeop KK(maybe Mat Kuala Kangsar).He proved that the poor narrow minded he is.It’s useless and may be might drive our minds backward.I used to deal with many other UMNO hardcore(of course most of them are contractors) but not this type of slow minded…..

  7. Apai Ngelai

    Penangkia,

    Nothing wrong with Yeop’s on that. He didn’t say anything wrong responding to ypur comment..
    Don’t try to influence your opposition team to boycott their own gang when you feels like unable to answer him..

    I follow every single comment you post, none of it align with our standpoint.. How would you expect others to follow you?

  8. AbangTuah

    Salam…

    Sokong Yeop KK…pejuang sejati, hero Melayu. Semua yang Yeop kata tu betul, bukan saja Mufti Perlis malah ramai lagi yang kata sumpah Saiful sah tak perlu diulang.

    Wahai semua penyokong UMNO masuklah ke Weblog ni..tunjukan sokongan anda kepada perjuangan kami disini. Brokuntalinte, mamak haji,battleship,Mok,Apai Ngelai dan lain-lain kurangkan tidor…perjuangan lebih penting. Ingat jangan biarkan pengundi pematang pauh terpedaya dengan dakyah dan temberang pembangkang.

  9. penangkia

    Hello!
    How much do you get, Bro Tuah?Was it worthy?

  10. AbangTuah

    Salam..

    Wahai semua penyokong UMNO..berkorbanlah demi bangsa, agama dan negara ini. Buktikan kita boleh menang di Pematang Pauh.

    Bagi mereka yang tidak dapat berjuang dibarisan hadapan, korbankanlah sedikit masa anda, berjuanglah bersama kami di weblog ni. Perjuangan di weblog ini tak kurang juga hebat kesannya pada menyatukan dan memberikan suntikan kekuatan moral pada UMNO.

    Jadi ayuh kita buktikan kebangkitan UMNO. Oleh itu jangan segan dan sila masuk berjuang sekali, tunjukan pada pembangkang semangat kita masih kukuh, perjuangan masih jitu dan bersepadu.

  11. naturalman

    salam semua…
    maaf, penangkia..kamu blum jawab lg soalan yeop kk..siapakah ‘ulama’ yg dikatakan oleh kamu n anwar yg telah menasihatkan supaya jgn bersumpah tu??saya dah muak mendengar ucapan anwar serta kamu yg asyik mengatakan ulama2 dari luar dan dalam negara menasihatkan anwar jgn bersumpah ttp lgsung x bgtau sape ulama tersebut..adakah hanya nik aziz dan haji hadi?? dan yang terbaru..Gus Dur..dari apa yg saya tgk,kamu seperti cuba nk lari dr menjawab soalan tu..atau kamu sbnrnya x tau pun sape ulama2 tu..hanya mencilok kata2 anwar yg belum pasti kebenarannya tu.untuk pengetahuan kamu,baca petikan akhbar dibawah n saya harap kamu x menyangkalnya kerana bukan haji hadi atau nik aziz sahaja yg pandai agama..malah org lain ada yg lebih tinggi ilmunya dari mereka ini..

    1. KUALA LUMPUR; Perbuatan Mohd Saiful Bukhari Azlan memegang kitab suci al-Quran di tangan kanannya ketika melafazkan sumpah laknat di Masjid Wilayah Persekutuan pada 15 Ogos lepas tidak bercanggah dengan syariat Islam dan tidak boleh dianggap meniru cara agama Kristian, kata Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Wan Zahidi Wan Teh hari ini.

    Beliau berkata kewujudan persamaan zahir dengan apa yang dilakukan oleh penganut Kristian tidak boleh dianggap meniru agama itu.

    “Misalnya paderi Kristian menyebut kalimah ‘Amin’ (Amen) ketika melakukan upacara sembahyang di gereja, maka umat Islam tidak boleh dianggap meniru Kristian ketika menyebut kalimah ‘Amin’ dalam sembahyang dan ketika berdoa,” katanya.

    Beliau berkata sumpah Mohd Saiful juga adalah sah sebagai sumpah di luar perbicaraan atau ‘alyamin qhairul qadhaiyah’ dan bukan sumpah ‘mubahalah’ seperti yang disiarkan oleh media.

    “Mubahalah memerlukan persetujuan pihak kedua seperti yang dinyatakan dalam ayat 61 Surah Ali Imran,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

    Mengenai hukum memegang al-Quran ketika bersumpah, Wan Zahidi memetik sumber dari kitab Fatwa Syarriah oleh bekas Mufti Mesir, Al-Sheikh Hasanin Muhammad Makhluf dan Sheikh Muhammad Abu Zuhrah dalam bukunya Fatawa al-Sheikh Muhammad Abu Zuhrah.

    2. KUALA LUMPUR: Orang yang mendakwa dirinya diliwat tanpa bukti empat orang saksi lelaki yang cukup syarat boleh mengemukakan sebarang bukti yang boleh diterima di mahkamah bagi menyokong dakwaannya itu.

    Klinik Hukum Syarak dan Guaman Syarie, Jabatan Syariah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang mengeluarkan resolusi itu semalam menyebut, jika seseorang itu tidak dapat mengemukakan bukti diliwat dia dianggap melakukan tuduhan qazaf.

    Dalam kenyataan yang dikeluarkan, orang yang melakukan qazaf apabila tidak dapat mengemukakan empat saksi lelaki, boleh meminta mahkamah supaya orang yang dituduh meliwat bersumpah bahawa dia tidak meliwat.

    Jika yang dituduh meliwat bersumpah, penuduh dikenakan hukuman qazaf. Jika yang dituduh meliwat enggan sedangkan yang menuduh bersumpah dia benar dalam tuduhannya, tuduhan qazaf terhadapnya gugur. Namun, pertuduhan liwat tertuduh tidak sabit walaupun yang menuduh bersumpah.

    Menurut kenyataan itu, sumpah dalam kes qazaf hanya ada dalam mazhab Shafie dan boleh dilakukan selepas ada pendakwaan di mahkamah.

    “Sumpah yang dimak-sudkan tidak boleh ada unsur laknat. Sumpah laknat hanya dibenarkan dalam kes li’an antara suami isteri. Bersumpah meletakkan tangan atas al-Quran tidak disyariatkan,” kata kenyataan itu.

    Katanya kenyataan itu, pembuktian qazaf dapat dilakukan dengan cara mengikut tertib iaitu orang yang mendakwa menjadi mangsa tuduhan qazaf perlu mengemukakan

    dua orang saksi yang mencukupi syarat, membuktikan kesahihan dakwaannya itu.

    “Kedua, jika tidak dapat mengemukakan dua saksi

    lelaki, pengakuan orang yang didakwa membuat tuduhan qazaf boleh diambil kira.

    “Ketiga, jika orang yang dituduh meliwat tidak dapat mengemukakan dua saksi atau pengakuan orang yang menuduhnya, tuduhan qazaf boleh disabitkan dengan sumpah,” kata kenyataan itu.

    jadi,saya harap,saudara penangkia btulkan la pemahaman anda ttg sumpah ini.mmg btul,saiful sepatutnya tidak bersumpah laknat kerana sumpah tersebut hanya utk kes li’an,tetapi keberaniannya untuk bersumpah laknat patut di pandang dari segi keberanian untuk menegakkan kebenaran walaupun beliau tidak perlu sebenrnya untuk berbuat demikian..walau apapun,tetap diakui,saiful tetap berdosa seandainya beliau btl2 melakukan perbuatan meliwat tersebut,ttp seandainya beliau telah bertaubat ikhlas kerana Allah..Allah pasti akan mengampuni dosa2nya.ALLAH maha pengampun lagi maha pengasihani.wallahualam

  12. Yeop KK

    Fuck-you penangkia,
    Aku tak pandai sangat bahasa orang putih, munkin ayat diatas sama dengan salam hormat. Aku ada belajar sikit-sikit bahasa orang putih dengan buku ” Shit” karya mendiang Shahnom Ahmad yg telah dihalalkan olih ulammamak pas.

    Penangkia,
    Aku bukanlah intellectual macam engkau tapi kau pun bukannya golongan intelligentsia. Walaupun aku tak pandai macam enkau, aku bersukur kepada allah kerana aku dapat bezakan mana yg buruk mana yg baik.

    Bab anuar angkat sumpah, aku taknak ulas lagi sebab sahabat-sahabat aku akan sentiasa bersama memberi penerangan supaya engkau dan yg lain-lain dapat bezakan yg mana benar. Jangan asyik baca berita dari satu sumber sahaja terutama laman blog Raja Petra yg penuh dengan dusta.

    Terkini berita N.Perak, dua Esco dari PKR ditahan olih BPR kerana rasuah. Aku rasa dalam buletin Keadilan takkan keluar berita ini jadi kau kena carilah sumber lain samaada melalui media cetak atau elektronik. Didalam BN, kerajaan tak pernah menghalang mana-mana pihak untuk membuat tuduhan dan siasatan kepada sasiapa yg didapati bersalah melakukan jenayah, ini termasuklah pemimpin-pemimpin tertinggi negara. Berapa ramai dah yg telah didapati bersalah? Kita tak pun
    membuat bantahan atau berdemonstrasi dijalan-jalan macam orang gila. Sedarlah hakikat, Anuar tu bukannya Malaikat, kalau setakat pergi Mekkah
    beberapa kali tak samestinya dia tak buat kesilapan. Orang yg ada duit, usahkan sekali, beratus kali pun bolih pergi, tapi dia tak bolih lari dari undang-undang negara.

    Bullshit you, bye

  13. penangkia

    Dear naturalman,
    Pls refer to the statement made by Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan and YDP Persatuan Ulama Malaysia.Those are the organizations representing most of ulama’ in this country.

  14. Yeop KK

    Hello penangkia,
    Mungkin aku terlepas pandang, tolong bagitau akhbar mana yg keluar kenyataan Pengurusi Majlis Fatwa Kebangsaan dan YDP Persatuan Ulama Malaysia? Habis Mufti Perlis dan Wilayah Persekutuan tu siapa? Kalau dari akhbar harakah atau keadilan tak payah sebut, sebab orang dah tau isi kandongannya yg penuh dengan pembohongan dan putar belit macam ketuanya. Kalau dari akhbar harian biasa, tolong bagi tarikh keluarannya.

    p/s: kalau benar dari akhbar harian biasa, mau pulak puak ni percaya. dia pilih topik kot

  15. tigerchan

    Penulisan saya ini adalah reaksi terhadap Isu “Anwar Liwat Saiful”. Ini sudah membuka lembaran baru bagi semua pihak, terutama sekali ummat Islam di Malaysia. Apakah kaitannya dengan hukum-hakam Islam. Saya, sebagai seorang Muslim mengambil kira hal ini kerana ia menyentuh soal aqidah dan ugama. Maka ia hangat diperkatakan. Secara rengkas, sungguhpun Saiful bersumpah untuk menghapus “fitnah” terhadap dirinya, tapi dia telah membuat satu kesilapan besar. Ini kerana dalam percaturan tuduh-menuduh, Anwar Ibrahim telah mendapat -the upperhand- lebih logik dan berwibawa.

    Ketika Saiful mendakwa “Anwar Meliwat” itu dalam hukum Islam masuk dalam bab QAZAF. Sekiranya Anwar betul-betul liwat, dan dikira bersalah seperti mana yang didakwa oleh Saiful, tapi Anwar untuk mengelak dia di hukum, dia lebih cerdik kerana cepat-cepat melaporkan perkara tuduhan liwat ke Mahkamah Syariah. Kemudian pihak Mahkamah Syariah kenalah menyiasat perkara ini. Ya, Anwar bersalah kerana meliwat pada pandangan dzahir, tapi pada hukum syara’ dia dikira tidak bersalah …kerana Saiful kena bawa 4 orang saksi yang melihat dengan mata mereka sendiri perbuatan liwat itu. Dalam hal hukum QAZAF, Saiful dikira bersalah walaupun dia bersumpah diluar Mahkamah bahawa Anwar benar-benar telah meliwatnya.

    Ya, Anwar telah berjaya memerangkap Saiful. Nanti Mahkamah Syariah akan memanggil Saiful atas laporan adakah benar atau tidak dia menuduh Anwar buat kerja liwat ? Maka Saiful boleh menarik balik tuduhan dia itu (sebab dia tak dapat cari saksi-saksi menurut hukum syara’), maka kes ini boleh digugurkan. Itu, sekiranya Saiful menarik balik atau menafikan sebelum kes itu bersabit di Mahkamah Syariah, dan Anwar boleh menarik balik laporan yang dibuat terhadap Saiful.

    Perbuatan Saiful bersumpah di khalayak ramai sudah menjadi bukti bahawa dia menuduh Anwar liwat dan Mahkamah Syariah sudah mendapat bukti yang kukuh bahwa laporan Anwar itu benar, “terlaknatlah” Saiful mengikut hukum Islam, yang Saiful meminta dirinya dilaknat. Sumpahnya telah memakan dirinya mengikut hukum dan kaedah Islam. Saiful dikira bersalah dari segi shara’ , dia patut disebat 80 kali ..atau di penjara 3 tahun, lebih-lebih lagi dia kira sebagai “pembohong” yang kita tidak boleh berkawan dengan atau menyokong Saiful.

    In the Islamic sense, Saiful will be outlawed , considered a vile man and a liar …even if he thinks or declares he is telling the truth. We have Islamic laws. Jangan sekali-kali tuduh orang berzina atau liwat. Kita ada hukum-hakam Islam yang melindungi maruah seseorang Islam. Saya percaya Anwar liwat, tapi saya TIDAK BOLEH mengisytiharkan secara terbuka kerana itu QAZAF namanya. Saya boleh dihukum mengikut undang-undang Islam, fahamlah dan berimanlah.

    Sekali lagi, mungkin Anwar di pihak yang salah, tapi kita dikira oleh syara’ sebagai pembohong kerana tidak berjaya membuktikan di Mahkamah Syariah. Dalam isu ini Anwar telah berjaya memerangkap Saiful …dan mengusik jiwa kita, apakah kita ini, beriman atau kufur ?

    Tambahan pula ramai orang Melayu di Malaysia ini jahil tentang Islam itu sendiri. Suka mempersenda hukum-hakam Islam. Sila renungkan:

    Macam tersebut dalam Al-Qur’an: ” a fa tu’minuna bi ba’dhi _l-kitab wa ta’furuna bi _l-ba’dh ” = adalah kamu beriman kepada sebahagian kitab dan kamu kufur kepada bahagian yang lain ? [Al-Baqarah (2) : 85]. Kalau betul sekalipun Anwar meliwat dia, adalah lebih baik dia diam kerana perbuatannya ialah hukum QAZAF. Kalau dia engkar hukum QAZAF, ertinya dia menolak hukum Islam. Fahamlah sendiri.

    Apa yang Saiful buat, bersumpah di masjid bukan MUBAHALAH namanya. Dalam majlis mubahalah, kedua pihak yang saling menuduh mesti berdepan, berhujjah atas perkara ilmiah dan akhirnya bersumpah laknat jika kedua-kedua pihak menemui jalan buntu.

    Anwar tidak perlu bersumpah kerana dia sudah buat laporan di mahkamah syariah. Lagipun secara terbuka dia berkata dalam salah satu ceremahnya:

    Dia membaca ayat “wa makaruu wa makar ALLAH, wa ALLAHu khairu l-maakireen” = dan mereka mengatur tipu muslihat, dan ALLAH pula mengatur, dan ALLAH adalah yang sebaik-baik pengatur – tipu muslihat ..[Ali Imran (3) : 54]. Oleh itu secara tidak langsung Anwar bermaksud Allah akan bakal menghukum orang yang menipu. Jika Anwar yang menipu dia sendiri akan menerima akibatnya umpama dirinya sendiri akan dilaknat.

  16. tigerchan

    Kali ini ialah reaksi saya terhadap kenyataan akhbar yang berbunyi: “Sumpah Saiful sah, pegang al Quran tak tiru Kristian- Mufti Wilayah Persekutuan”. Bagi saya samada Saiful bersumpah mengikut cara Islam atau tidak , itu bukan persoalannya. Apa yang saya tekankan di sini memang SAH si Saiful yang bodoh itu, pengakuannya dikira sebagai QAZAF. Ertinya…Saiful menuduh melalui sumpahnya bahawa Anwar Ibrahim berzina/meliwat.

    Yang saya hairan, si mufti yang bernama Datuk Wan Zahidi Wan Teh tidak menyatakan apakah implikasi sumpah Saiful itu. Datuk Wan Zahidi Wan Teh kebetulan adalah seorang yang hardcore UMNO disebalik pangkatnya sebagai seorang mufti. Ya…memang sah Saiful bersumpah dengan Al-Qur’an , di atas masjid , didepan banyak saksi, tetapi sumpahnya bagaimanapun adalah tetap QAZAF. Siapa kata bukan QAZAF ? Banyak orang Melayu suka mempermain-mainkan Islam. Adakah dengan bersumpah dengan Al-Qur’an sudah selesai semua masalah ? Jadi kita semua sebagai orang Islam mesti yakin dan percaya bahawa Anwar Ibrahim meliwat orang ? Sekiranya saya sendiri berceramah di khalawak ramai dengan menyatakan bahawa Anwar Ibrahim meliwat orang, bukankah saya dikira sebagai membuat QAZAF kerana terpengaruh dengan sumpah Saiful ?

    Apa gunanya ada Mahkamah Syariah ? Apa gunanya ada undang-undang Islam jika ia tidak relevan di Malaysia ? Apabila Anwar Ibrahim melapor kepada Mahkamah Syariah, dia berhak berbuat begitu atas membela dirinya. Cerita fasal bermubalah atau bersumpah di luar mahkamah adalah tidak perlu. Jalankanlah proses perbicaraan secara adil di Mahkamah Syariah. Hukum QAZAF adalah tetap QAZAF.

    Apa yang dipermainkan oleh media-massa dan ulama-ulama pro-UMNO ialah hukum QAZAF tidak relevan dan tidak boleh dipakai ataupun kes tuduhan liwat Anwar Ibrahim itu bukan dalam bab Qazaf ? Ataupun adakah dengan sumpah Saiful itu dengan sendirinya membatalkan tuduhan QAZAF ? Saya melihat pemimpin-pemimpin UMNO beriya-iya mencabar Anwar Ibrahim bersumpah dengan Al-Qur’an bahawa dia tidak melakukan liwat. Tidakkah orang-orang UMNO faham bahawa Anwar Ibrahim sudah melaporkan kepada Mahkamah Syariah bahawa dia tidak liwat orang ? Buat apa cabar dia bersumpah pula…bukankah Mahkamah Syariah ialah untuk menjalankan undang-undang Islam ? Adakah undang-undang Islam tidak adil ?

    =======

    Sumpah Saiful sah, pegang al Quran tak tiru Kristian- Mufti Wilayah Persekutuan

    19-08-2008 10:09:35 PM
    KUALA LUMPUR: Perbuatan Mohd Saiful Bukhari Azlan memegang kitab suci al-Quran di tangan kanannya ketika melafazkan sumpah laknat di Masjid Persekutuan pada 15 Ogos lepas tidak bercanggah dengan syariat Islam dan tidak boleh dianggap meniru cara agama Kristian, kata Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Wan Zahidi Wan Teh hari ini.

    Beliau berkata kewujudan persamaan zahir dengan apa yang dilakukan oleh penganut Kristian tidak boleh dianggap meniru agama itu.

    “Misalnya paderi Kristian menyebut kalimah “Amin” (Amen) ketika melakukan upacara sembahyang di gereja, maka umat Islam tidak boleh dianggap meniru Kristian ketika menyebut kalimah “Amin” dalam sembahyang dan ketika berdoa,” katanya.

    Beliau berkata sumpah Mohd Saiful juga adalah sah sebagai sumpah di luar perbicaraan atau “alyamin qhairul qadhaiyah” dan bukan sumpah “mubahalah” seperti yang disiarkan oleh media.

    “Ini kerana “mubahalah” memerlukan persetujuan pihak kedua seperti yang dinyatakan dalam ayat 61 Surah Ali Imran,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

    Mengenai hukum memegang al-Quran ketika bersumpah, Wan Zahidi memetik sumber dari kitab “Fatwa Syarriah” oleh AlSheikh Hasanin Muhammad Makhluf, mantan Mufti Mesir dan Sheikh Muhammad Abu Zuhrah dalam bukunya “Fatawa alSheikh Muhammad Abu Zuhrah.

    Beliau berkata AlSheikh Hassanin dalam kitabnya telah memetik pendapat AlImam AlAin iaitu “Jika seseorang bersumpah dengan mushaf, atau meletakkan tangan ke atasnya, atau berkata: Demi Quran ini maka ia adalah sumpah yang sah.”

    Wan Zahidi berkata ini berupakan pendapat Imam Shafie, Imam Hanafi dan Imam Hambali.

    Katanya Sheikh Muhammad Abu Zuhrah dalam kitabnya telah menyatakan bahawa “Bersumpah dengan nama Allah dengan meletakkan tangan ke atas mushaf adalah sumpah yang sah.”

    “Daripada huraian itu dapat disimpulkan bahawa sumpah yang dilakukan oleh Mohd Saiful adalah harus dilakukan dan tidak bercanggah syariat Islam,” kata beliau.

    Pada 15 Ogos lepas, Mohd Saiful melakukan sumpah laknat di Masjid Wilayah Persekutuan dengan mengatakan bahawa dirinya telah diliwat secara paksa oleh bekas majikannya yang juga Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 26 Jun lepas.

    Baca artikel asal di mstar.online

  17. penangkia

    Sia2 la mamat ni pakai internet!!!

  18. Yeop KK

    Sekarang kita dah sahkan angkat sumpah laknat Saiful tidak salah. Dia lakukannya sebab nak pertahankan dirinya yg dituduh memfitnah.Yg hairannya kenapa dia dituduh pula, sedangkan dia yg teraniaya? Sekarang dia sudahpun angkat sumpah, ini menunjukkan dia berani kerana benar.
    Kalau dia berbohong dia akan terima balasan dari allah dari dunia hingga akhirat, tetapi kenapa anuar tak berani? Yg aku tau dia takut kena laknat.
    Tapi tak kisahlah dia tak nak sebab allah tu maha kaya, kalau benar dia bersalah, dia akan terima balasannya kemudian hari.

    p/s: kalau berita dari malaysia. com atau blog
    R.Petra kita semua dah tahu . Tak
    sanggup kena bohong lagi

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s