Jom Kejar Pingat Emas Pertama Negara

Pemuda UMNO Jalan Enggang ingin mengucapkan selamat berjaya kepada pemain badminton negara Lee Chong Wei di dalam perlawanan akhir perseorangan lelaki badminton Olimpik 2008 menentang Lin Dan.

Semoga Berjaya!!

Malaysia Boleh!!!

7 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

7 responses to “Jom Kejar Pingat Emas Pertama Negara

  1. keris silau

    Assalamualaikum…

    Molek jualah seperti apa yg dikatakan oleh penulis, marik kita mengejar emas olimpik pertama Malaysia. ketepikanlah sementara soal perkauman anda, soal kepartian anda, dan pelbagai isu2 lain. sama2lah berdoa agar, Lee Chong Wei menjadi wira Malaysia memperolehi emas olimpik pertama. Malaysia Boleh…..

  2. keris silau

    Salam,

    nampaknya hajat rakyat Malaysia melihat kilauan emas Olimpik pertama belum tertunai. namun tahniah kpd Lee Chong Wei kerana telah mencuba merealisasikan impian 24 juta orang ini. semoga akan lahir lagi wira2 yg mampu menunaikan impian ini 4 tahun lagi.

    Malaysia Boleh…

  3. Salam,
    Sukan di Malaysia ini makin lama makin tenggelam.Apakah sukan pun dah jadi acara politik?.Sukan tanah air kita sebenarnya telah dirosakan oleh orang-orang politik yang sengaja cari publisiti murahan.Biarkanlah sukan ini dikendalikan oleh orang sukan.Lagi pun bagi bekas ahli sukan yang telah lama berkorban menjadi tempat cari makan mereka.

    Sukan juga boleh membantu intergerasi kaum di Malaysia.Kita perlu ada semangat kebangsaan yang jitu dalam perkara ini.Saya pernah berkunjung semasa sukan komenwel di KL dulu.Apabila Jalur Gemilang dinaikan dan lagu negara ku dikemendang dengan semena-mena semua penonton termasuk melayu,india,kadazan,bidayu dan Orang Asli bangun dan nyanyi negara ku dengan penuh semangat!.Dalam masa itulah Mamak terasa bahawasanya kita semua rakyat Malaysia yang amat cintakan negara ini.Kita perlukan patrotisma dikalangan rakyat untuk mempertahankan kedaulatan negara ini.Bukan patrotik pada parti atau pun kaum.Ini nak kibar bendera parti boleh belanjakan berjuta-juta semasa pilihn raya…berjuta-juta bendera dikibarkan oleh semua parti tapi untuk mengenang kembali hari kemerdekaan kita minta bendera subsidi…nak kibar bendera pun ada yang kibar separuh tiang pun ada …yang telah lusuh koyak yang pasang terbalik pun ada!.terpaksa saban tahun kerajaan kempen untuk kibarkan jalur gemilang!.Dan terpaksa beri percuma baru nak kibar!.Alangkah bodohnya kita…tak tahu malu!.Ada pulak beranggapan Jalur Gemilang itu Kepunyaan Parti Barisan Nasional dan parti pembangkang tak perlu kibarkan bendera.Di mana letaknya rasional kita?.yang belajar tinggi kat U pun berperangai begitu!.Alangkah Indahnya kalau setiap penghuni flet kibarkan Jalur Gemilang untuk kemerdekaan ini!.Yang tak masuk akal, ada pulak ahli parti pembangkang membakar jalur gemilang kerana bencikan kerajaan..apakah mereka ini akan bertukar bendera kalau memerintah nanti?.

    Apabila Jalur Gemilang dinaikan di Sukan Olimpik dan lagu Negara ku kemundang itulah saat yang paling megah untuk rakyat Malaysia.Kerana lagu Negara Ku tak pernah dimainkan disukan olimpik selama ini.Biarlah ia menjadi hadiah untuk rakyat ini dalam sambutan hari kemerdekaan yang Ke-51 ini.Setiap rakyat berdoalah impian ini akan tercapai.Syabas untuk Lee Chong Wei dan semua yang bertungkus lumus untuk kejayaan ini.Wassalam.

  4. Salam,
    Kalah menang adat pertandingan…walau pun kita gagal untuk emas…kita cuba…pasti Malaysia Boleeeh!.

  5. Compa Penang

    malaysia boleh!! permatang pauh boleh!!

    tahniah kpd LCW skurang2nya berjaya bawa balik pingat perak yg dah lama kita xdpt…cuba lg utk olimpik yg akan dtg…

  6. Apai Ngelai

    Salam,

    Pingat perak pertama negara dalam sukan Olimpik acara badminton. Setinggi-tinggi tahniah diucapkan, bagi kita yang tidak mampu mewakili negara turut menumpang gembira dan rasa bangga. Inilah dia sukan… dalam keadaan rakyat pembangkang menghangatkan isu perkauman, kerajaan membuktikan yang ia sedikitpun tidak membeza-bezakan kelainan bangsa malah kepercayaan agama sekalipun.

    Umum mengetahui, ramai kaum bukan melayu adalah antara mereka yang menyumbang kepada kemajuan sukan dan juga pengharum nama negara. Antara mereka kebanyakannya melebihi kemampuan Melayu dan Bumiputra sendiri, namun kerajaan tidak pernah sedikitpun membeza-bezakan kejayaan mereka. Dalam apa sahaja kejayaan yang mengharumkan nama negara, kerajaan turut memberikan ganjaran kepada sesiapa sahaja bergantung kepada sumbangan yang dicurahkan.

    Lihatlah LeeChongWei, Datuk Nicole David, Datuk Rajamani Mailvaganam, M Magendran dan ramai lagi.. Kejayaan mereka menjadi inspirasi rakyat yang berbilang kaum dan bangsa, berkat usaha kerajaan yang tidak putus-putus memberikan bimbingan serta semangat kepada seluruh rakyat Malaysia.

  7. AbangTuah

    Salam..

    Syabas Lee Chong Wei…you derserve to be called “Malaysia Hero”

    Kerajaan BN bukan kerajaan berasaskan perkauman, malah BN mengutamakan muhibah antara kaum. Hidup…Melayu, Cina, India, Bengali, Iban, Kadazan, Murut, Melanau dan lain-lainnya. Marilah kita bersatu sebagai satu BANGSA MALAYSIA menuju wawasan 2020.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s