Daily Archives: August 18, 2008

Anwar tolak syor bersumpah…bimbang dimanipulasi..

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau tidak akan bersumpah berhubung tuduhan liwat terhadapnya kerana bimbang sumpahnya akan dimanipulasikan oleh pihak tertentu.

Katanya sumpah yang dilakukan bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan sengaja dibuat bagi menafikan peluangnya memenangi pilihan raya kecil kerusi Parlimen Permatang Pauh pada 26 Ogos ini.

“Nak bukti apa lagi. Laporan dah keluar. Tiada liwat. Ini dia (Mohd Saiful Bukhari) pula nak sumpah. Kes ini tidak ke mana. Sebab itu dia tau kes ini tidak ke mana, jadi dia malukan saya dan aibkan saya semasa pilihan raya kecil Permatang Pauh,” katanya.

“Dulu saya dituduh meliwat dan saya yang dipenjarakan,” katanya kepada kira-kira 1,000 orang pada ceramah di Taman Cermai, di Permatang Pauh di sini, malam tadi.

Hadir sama Anggota Parlimen Ipoh Timur, Lim Kit Siang dan Anggota Parlimen Bukit Mertajam, Chong Eng, kedua-duanya dari DAP.

Jumaat lepas, Mohd Saiful Bukhari Azlan mengangkat sumpah laknat di Masjid Wilayah Persekutuan di Kuala Lumpur dengan mendakwa Anwar telah meliwat dirinya dalam keadaan paksa. – Bharian

nota: Mana yang lebih perlu ditakutkan….Hukuman dari Allah SWT atau dari manusia(pengundi) itu sendiri. Fikir2kan lah semua, kenapa perlu ditakutkan dengan mainan politik duniawi manusia sedangkan semua orang termasuk DSAI sendiri tahu bahawa Allah SWT Maha Berkuasa. Penulis teringat kembali kata-kata hikmat DSAI semasa zaman reformasi dahulu…”Berani kerana benar……dan kalau takut akan risiko jangan bicara soal perjuangan…”. Tapi sekarang siapa takut dengan risiko???…Saiful atau Anwar Ibrahim??

23 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda