Daily Archives: August 20, 2008

Chong Wei dapat gelaran Datuk

Jaguh badminton negara, Lee Chong Wei akan bergelar Datuk pada 30 Ogos ini apabila dianugerahkan Darjah Setia Pangkuan Negeri (DSPN) oleh kerajaan Pulau Pinang yang bangga dengan kejayaan beliau meraih pingat perak di Sukan Olimpik Beijing pada Ahad lepas.

Ketua Menteri, Lim Guan Eng memberitahu sidang akhbar di sini, hari ini bahawa walaupun rakyat Malaysia kecewa Chong Wei gagal memenangi emas, namun kejayaan pemain kelahiran Pulau Pinang itu telah membawa kegembiraan di peringkat negeri dan negara.

Katanya, persetujuan untuk memberi anugerah itu dicapai dalam pertemuan beliau dengan Yang Dipertua Negeri Tun Abdul Rahman Abbas semalam.

“Kerajaan negeri berharap anugerah ini akan menjadi satu perangsang kepada Chong Wei untuk mencapai kejayaan lebih besar untuk negeri dan negara,” kata Lim.

Dalam perlawanan akhir acara perseorangan, Chong Wei tewas 21-12, 21-8 kepada pemain nombor satu dunia, Lin Dan dari China, sekaligus menghampakan harapan rakyat Malaysia untuk melihat seorang atlit negara ini membawa pulang pingat emas pertama daripada Sukan Olimpik.

Chong Wei, 26, anak kelahiran Bukit Mertajam, adalah ahli sukan kedua dari Pulau Pinang yang mendapat gelaran Datuk dalam tempoh dua bulan ini, selepas jaguh skuasy dunia Nicol Ann David diberi gelaran serupa sempena ulang tahun hari jadi Yang Dipertua Negeri pada 12 Julai. BERNAMA

1 Comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

‘Seks & duit’: 2 exco Perak dicekup BPR

dari malaysiakini

Badan Pencegah Rasuah (BPR) menahan enam orang, termasuk dua exco kerajaan Perak, kerana disyaki terlibat dalam perbuatan rasuah berkaitan satu projek perumahan di Seri Iskandar, Perak.

Lima daripada mereka ditahan jam 6 petang semalam. Mereka berusia antara 45 hingga 57 tahun.

Menurut kenyataan BPR, seorang daripada ahli exco itu ditahan jam 10.30 pagi ini.

Tiga suspek termasuk anggota exco itu ditahan sejurus mereka menerima suapan berjumlah lebih RM100,000 sebagai balasan untuk mempercepatkan proses permohonan projek perumahan bernilai RM180 juta.

Kenyataan itu juga berkata mereka juga disyaki terlibat dengan rasuah seks.

Selain dua exco kerajaan negeri itu, yang lainnya ialah seorang ahli Majlis Daerah Perak Tengah, seorang juruteknik Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) dan dua orang peniaga.

Sementara itu, mereka dibawa ke Mahkamah Sesyen Ipoh pagi ini untuk ditahan reman.

Seorang daripada mereka dipercayai bekas ahli dewan undangan negeri (Adun) PKR.

Kesemua mereka menutup muka ketika dibawa ke mahkamah.

Manakala Ketua Pengarah BPR, Ahmad Said Hamdan mengesahkan penahanan enam termasuk dua ahli Exco negeri Perak berhubung rasuah kewangan dan skandal seks.

Kesemua mereka ditahan reman selama tiga hari.

Menteri Besar Perak, Datuk Mohammad Nizar Jamaluddin dan ibupejabat BPR di Putrajaya dijangka mengeluarkan kenyataan mengenainya.

Mengulas mengenainya, Pengerusi DAP Perak yang juga ahli exco kanan kerajaan negeri, Datuk Ngeh Koo Ham menyifatkan penahanan dua pemimpin Pakatan itu sebagai satu tindakan Barisan Nasional untuk melemahkan kerajaan negeri.

“Ini hanyalah satu percubaan untuk melemahkam Pakatan di Perak, dan satu percubaan untuk menyumbat mereka ke penjara,” kata Ngeh, ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.

Ngeh berkata, perkhidmatan kedua-dua ahli exco itu tidak akan digantung sepanjang penyiasatan dijalankan oleh BPR, sambil menegaskan bahawa mereka telah dianiaya.

“Kami mengesyaki yang mereka telah dianiaya. Jadi, bagaimana perkhidmatan mereka hendak digantung?” tegasnya.

Beliau juga menyentuh tentang ‘tindakan pantas” BPR bertindak dalam kes-kes yang membabitkan wakil rakyat Pakatan.

“Apa yang paling mengecewa dalam hal ini, ialah mengapa BPR bertindak pantas sekali dalam mengambil tindakan terhadap kita, sedangkan kita juga telah membuat banyak laporan terhadap BN tentang perbuatan rasuah mereka?” soalnya.

Ngeh, yang juga ahli Parlimen Beruas, mempertahankan pemimpin Pakatan, sambil berkata mereka telah diingatkan supaya jangan terbabit dalam rasuah sebelulm kerajaan negeri ditubuhkan dahulu.

“Kita mahu mengisytiharkan bahawa kita telah memberi penekanan terhadap ketelusan dan penubuhan sebuah kerajaan yang bebas rasuah, sebelum kita menubuhkan kerajaan negeri,” tambahnya.

Bagaimanapun, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Nazri Aziz pula berkata: “Apa yang baru? Mereka telah bercakap mengenainya sepanjang masa. Kita hanya perlu tunggu BPR menyiapkan siasatan mereka tanpa sebarang campurtangan.”

8 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

2 Pengakuan Bersumpah…Anda Tentukan….

1. Pengakuan bersumpah yang dibuat di hadapan dan ditandatangani oleh Pesuruhjaya Sumpah. Contoh pengakuan bersumpah penyiasat persendirian P. Bala, Raja Petra dan Dr Osman(Pusrawi).

2. Pengakuan bersumpah yang dibuat dan dilafazkan di dalam rumah Allah, sambil mengadap kiblat, di dalam dewan tempat umat Islam berjemaah, dengan lafaz Wallahi, Wabillahi, Watallahi sambil tangan memegang Al Quran Al Karim – pedoman manusia.

bagi para pembaca di antara kedua-dua sumpah di atas yang mana satu sumpah yang boleh dilakukan secara konspirasi dan dirancang dengan rapi? Di mana pegangan kita, mempercayai sumpah yang dilafazkan dihadapan seorang manusia atau pengakuan sumpah yang dibuat atas nama Allah SWT.

cuba tanya rakan-rakan kita di PKR, PAS….apa komen mereka. Sudah tentu mereka kata sumpah yang no 1 lebih telus dan ‘valid’ dan sumpah no2 itu adalah konspirasi. adakah manusia lebih berkuasa dari Allah?

fikir2kan

12 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Gus Dur Pertikaikan Sumpah Saiful…tapi….

Di dalam perlantikan dan acara angkat sumpah Presiden Indonesia, Al Quran dijunjung di atas kepala Presiden semasa melafazkan sumpah.

Beliau mempertikaikan kaedah bersumpah dengan menggunakan Al-Quran yang dilakukan oleh bekas pembantu peribadi Anwar, Saiful Bukhari Azlan kerana ia tidak pernah diamalkan di mana termasuk di negaranya sendiri.Jadi bagaimana dengan gambar di atas? Bukankah beliau sendiri juga pasti melalui proses yang sama ketika ditabal sebagai Presiden Indonesia?

3 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda