2 Pengakuan Bersumpah…Anda Tentukan….

1. Pengakuan bersumpah yang dibuat di hadapan dan ditandatangani oleh Pesuruhjaya Sumpah. Contoh pengakuan bersumpah penyiasat persendirian P. Bala, Raja Petra dan Dr Osman(Pusrawi).

2. Pengakuan bersumpah yang dibuat dan dilafazkan di dalam rumah Allah, sambil mengadap kiblat, di dalam dewan tempat umat Islam berjemaah, dengan lafaz Wallahi, Wabillahi, Watallahi sambil tangan memegang Al Quran Al Karim – pedoman manusia.

bagi para pembaca di antara kedua-dua sumpah di atas yang mana satu sumpah yang boleh dilakukan secara konspirasi dan dirancang dengan rapi? Di mana pegangan kita, mempercayai sumpah yang dilafazkan dihadapan seorang manusia atau pengakuan sumpah yang dibuat atas nama Allah SWT.

cuba tanya rakan-rakan kita di PKR, PAS….apa komen mereka. Sudah tentu mereka kata sumpah yang no 1 lebih telus dan ‘valid’ dan sumpah no2 itu adalah konspirasi. adakah manusia lebih berkuasa dari Allah?

fikir2kan

12 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

12 responses to “2 Pengakuan Bersumpah…Anda Tentukan….

  1. Rakyat Biasa

    1. Sumpah mesti ada kebenaran fakta dan disokong kuat oleh bukti, saksi, logik, masa dan tempat terhadap fakta tersebut. (Proof and evidence).

    2. Walaupun bersumpah di atas nama ALLah sekalipun, jika fakta bertentangan dengan bukti, saksi, logik, masa dan tempat, sudah pasti ‘validity’ sumpah tersebut akan dipertikaikan, hatta di atas nama ALLah sekalipun. Sejarah Islam sendiri membuktikan, berapa ramai orang yang jauh lebih baik dari Shaiful dari segi ilmunya dan akhlaknya, berdusta atas nama ALLah dan RasuluLLah saw. Contoh dari pendustaan meraka adalah hadith-hadith palsu yang direka untuk kepentingan politik mereka atau pihak yang mereka sokong. Kalau kita ingat kembali, salah seorang bekas MB Selangor pernah bersumpah dengan al Quran didepan al marhum Sultan Selangor, beliau tidak bernikah dengan puteri baginda. Yang nyata, proof and evidence bertentangan dengan sumpah tersebut.

    3. Sumpah yang dilakukan oleh Shaiful walau di atas nama ALLah, bertentangan dengan bukti, saksi, logik, masa dan tempat terhadap fakta tersebut. (Proof and evidence). Contohnya, laporan Dr. menolak kemungkinan berlakunya liwat. Kekerapan kejadian diubah-ubah dari 8 kali kepada 7 kali kepada 1 kali. Tarikh juga diubah-ubah mengikut keadaan. Disinilah ‘validity’ sumpah Shaiful dipertikaikan.

    4. Saya amat bersetuju dengan pendapat ulama Pulau Pinang hari ini (akhbar the Star), apa yang Shaiful lakukan boleh menjejaskan imej Islam. Islam bukanlah agama yang tidak ada prinsip keadilan. Bahkan jika kita lihat sejarah keadilan Islam pada zaman RasuluLLah saw, sahabat dan tabi’en, Islam amat memegang prinsip proof and evidence, bukan atas dasar sumpah pegang al Quran untuk melepaskan diri atau untuk kepentingan diri.

    Walahualam.

  2. Insan

    ye saye setuju dgn rakyat biasa..

    pengakuan pada mulanya dibuat secara suka sama suka-kemudian ditukar kepada dipaksa..

    dari 8kali kepada 7 kali dan kepada sekali iaitu pada 26hb..gambar saiful disaikan bersama najib ketika itu 25hb..saiful membuat laporan polis pada 27hb..

    jika benar saiful diliwat hanya sekali iaitu pada 26hb apa motif sebenar saiful berjumpa dengan najib pada 25hb..sedangkan najib mendakwa saiful dlm keadaan takut berjumpa najib dan mengadu mengenai die diliwat oleh DSAI…pelikan sedangkan mengikut dakwaanye die diliwat 26hb..mane satu betul nie??

    sebelum ni juga najib mendakwa die tidak kenal saiful..dan sebelum ni juga najib mendakwa saiful dtg untuk memohon biasisawa..kan saiful kantoi belajar….macam mana nie.??

    azizah letak jwatan–polis umumkan laporan liwat saiful siap

    esok hari penamaan calon-hari ni saiful buat penagkuan sumpah..

  3. Big8

    Salam..

    Saya akui fakta2 yg dikemukakan tidak konsisten. Maka timbullah rasa sangsi dihati rakyat.

    Cuma apa yg nk diperkatakan di sini, kenapa DSAI tidak mahu bersumpah? Kenapa DSAI tidak mahu memberi sampel utk DNA?

    Kalau xboleh nk bekerjasama, macam mana nk buktikan kes ini adalah fitnah. Cuba beri cadangan, jgn asyik cari alasan. Impian DSAI amat tinggi, untuk memimpin negara, Kalau xboleh bekerjasama, macam mana nk mentadbir negara? Bolehkan saudara DSAI sekeluarga mentadbir negara dgn kepadatan 27juta ini. Bolehkah saudara DSAI memenuhi kehendak 27 juta rakyat. Kalau saudara dapat melaksanakannya..teruskan memerihtah negara tercinta ini..

    p/s: sepanjang timbulnya masalah2…belum ada lagi cadangan dari saudara DSAI agar terungkai masalah itu. Sehingga hari ini, cuma alasan dan bidasan kepada pihak yg dianggap musuh atau pihak yg menghalang cita2 beliau sahaja yg diberikan. Di mana kebijaksanaan kepimpinan yg dikatakan ada dalam diri beliau. Saya belum nampak. Dari muda sehingga sekarang, hanya hendak membangkang/menentang projek2 yg dirangka oleh kerajaan. Akhirnya, berusaha mengambil alih projek2 itu bila beliau sudah nempak hasilnya. Ini membuktikan yg beliau bukan seorg yg berpanjangan jauh, beliau seorg yg suka mengecapi kejayaan dgn jln mudah/pintas, suka merampas hak org lain. MAAF kerana saya kurang setuju sekiranya DSAI diangkat sebagai pemimpin.

  4. BakaL PM

    Kalau saiful melakukan sumpah palsu maka dosa yang besar dan laknat dari Allah yang saiful dapat…. Yg peliknya hamba Allah saiful ni tak takut pun bersumpah atas nama tuhan yang Esa… Berbanding dgn idola rakyat yang sanggup bercerita seluruh dunia bahawasanya beliau x bersalah tp takut untuk membukti kannya…. Kami x minta banyak cukup bersumpah atas nama tuhan yang maha ESA bahawa beliau x meliwat…. Knp perlu takut kalau x bersalah… Knp bg alasan dah dapat laporan la, sumpah tu ala kristian la, x ikut kaedah islam yang sebenarla… Banyak dolak dalik…. Jgn sesekali kita kata Al-Quran itu setaraf bible, masjid itu setaraf gerja dan imam setaraf dengan paderi…. Sesungguhnya DSAI terpesong jauh akidahnya menyamakan darjat islam dengan Kristian…. Sumpahla andainya DSAI masih seorang islam dan percaya Allah akan membantu hamba2Nya yang teraniaya… Jangan la takut menegakkan kebenaran…. Berani bukan pengecut….

  5. BI

    Watangallahhu’ ke Watallahi?

    mne satu yang betul…

  6. keris silau

    Assalamualaikum…

    1- adapun sekiranya bukti, fakta, saksi, logik dan apa sahaja yg dikatakan oleh rakyat biasa ADA dan CUKUP. maka tiadalah perlunya Sumpah dibuat. perlunya Sumpah itu, kiranya tiada saksi yg dapat dikemukakan dalam menyokong dakwaan.

    2- memang benar ada sejarah golongan terdahulu yg mempermainkan sumpah dalam memenuhi kepentingan diri, tetapi itu tidak bermakna kita boleh menuduh sesiapa sahaja yg berSUMPAH sekarang ni sama seperti mereka2 yg terdahulu. adakah kita BERHAK untuk menentukan samada SUMPAH seseorang itu benar atau palsu dgn hanya berpandukan cakap2 orang atau rasa hati? adakah itu yg Islam ajar kepada umatnya? biarkanlah mereka2 itu jika mereka ingin bersumpah, kerana yg pasti mereka jua yg akan ditimpa bala jika berdusta. tugas kita hanya berpesan, mengingatkan orang yg bersumpah agar berniat ikhlas dalam melafaz sumpah dan bukan menuduh mereka berdusta. Islamkah kita dgn bersikap sedemikian? contoh yg diberi pun hanya satu, bekas MB selangor. takde contoh lain ke? kata2 sepertinya dah ramai yg bersumpah palsu.

    3- benar kesahihan fakta dan bukti memainkan peranan dalam sesuatu pendakwaan. tetapi dalam kes liwat antara Saiful dan DSAI, sekiranya hanya mengharapkan laporan AM yg dikeluarkan oleh doktor yg melakukan pemeriksaan AM sahaja dan bukan oleh doktor pakar yg melakukan pemeriksaan penuh, ianya juga belum cukup kukuh utk menidakkan dakwaan. dr.osman sendiri menyarankan agar Saiful pergi berjumpa pakar bagi pemeriksaan lanjut. ini jelas menunjukkan dr. osman sendiri kurang yakin akan pemeriksaan yg dilakukannya CUKUP SYARAT dan TELITI.

    4- dalam hal sumpah si saiful ni, aku dapati pelbagai pendapat telah keluar daripada mulut2 ulama. jika ulama itu berkaitan dgn pihak pembangkang, pastinya komen mereka menolak sumpah tersebut. begitu juga sebaliknya, jika ulama dari pihak kerajaan, pasti komen mereka setuju dgn sumpah tersebut. adakah ini cara Islam? kedua-dua pihak saling berbeza pendapat? tidak salah untuk mempunyai pendapat yg berbeza, namun ada baiknya persoalan sumpah ini dibincangkan oleh ulama kedua-dua pihak dan rujuklah Al-Quran dan Sunnah Nabi agar persoalan ini tidak menjadi sesuatu yg diragui. itulah tugas ulama yg sebenar, memastikan agar umat Islam mendapat kefahaman yg sebaiknya, dan bukan bertelagah sesama ulama. atau adakah masing2 mempunyai kepentingan peribadi? (bukan menuduh). keadaan inilah sebenarnya yg menjatuhkan imej Islam dan bukan Sumpah yg dibuat Saiful itu. dan sebagai sesama Islam janganlah kita saling tuduh menuduh tanpa mengetahui duduk benar sesuatu perkara itu. DEMI ALLAH DAN RASULNYA, TIADALAH KUASA KE ATAS AKU DALAM MENUDUH BAIK SAIFUL ATAU ANWAR ITU BERSALAH. AKU SERAHKAN SEGALANYA KEPADA YG LEBIH BERHAK DAN BERKUASA KE ATAS SETIAP SESUATU ITU. DAN AKU BERMOHON AGAR UMAT ISLAM MALAYSIA TIDAK TERGOLONG DALAM GOLONGAN YG KUFUR. AMIN….

    wassalam…

  7. tubir

    Salam semua
    percayakah anda jika saya katakan anuar akan bersumpah dalam masa sehari dua ini ……..kita lihatlah dimana anuar akan lakukan sumpah tersebut dan didepan siapa …….mungkin depan ulamak yang separuh buta dari indon…..atau ulamak dari mesir……….atau didepan lim……..dia pun ularmak juga……..atau pun didepan Ks dia pun ularmak besar juga sebab dia pun pakai sarban juga kadang kadang .Lantaklah yop jangan jadi sumpah sumpit dah lah ……….
    kita sudah melihat banyak kali rasia kerjaan bocor,lapuran polis bocor,mintak kerjaan hadkan pengunaan talipon berkemera…..disemua sektor kerajaan…….atau hapuskan terus (haram dijual dan digunakan).fikirkan lah betapa mudahnya rasia bocor.Itu belum dikira peralatan lain……..

  8. penangkia

    Bakal PM,
    Anwar tak mau sumpah sbb majority ulamak tak galakkan.Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan(Datuk Harussani) dan YDP Persatuan Ulamak Malaysia.Rujuk juga pandangan terkini Dr.Mohd Asri(Mufti Perlis) dlm blog” bicara mufti”.Kebanyakan pandangan ulamak yg kurang menyebelahi Saiful dan sumpahnya tidak disiarkan dlm akhbar utama.Pada 1998, Anwar pernah bersumpah walaupun dilarang ulamak.Beliau bersumpah utk memuaskan hati org2 Melayu, namun tidak mendapat publisiti sebagaimana Saiful bersumpah tempoh hari.Malah, PM waktu itu(Dr.M) juga menyindir Anwar bersumpah.Cuba anda bayangkan bagaimana tanggapan org bukan Islam terhadap orang Islam yg mempermainkan sumpah dan Al-Quran.Kita harus terima hakikat, walaupun sebahagian org percaya kes liwat itu, namun majority tidak percaya.Bukan sahaja majority rakyat Malaysia,malah majority masyarakat dunia menolak tuduhan itu.Walaupun Saiful tetap hendak membuktikannya, tetapi dengan cara sumpah yg dikatakan secara Islam itu adalah tidak wajar.Bagaimana kita mahu org bukan Islam hormat pada Islam dan Al-Quran sekiranya pada pandangan mereka bahawa org Islam sendiri mempermainkan Al-Quran.Jadi, demi memelihara kesucian Islam dan Al-Quran, tidak wajarlah dimainkan isu sumpah.Sekiranya jika org bkn Islam spt kartunis Denmark dll memperlekehkan Islam, kita amat marah.Tetapi dgn isu sumpah ini, kita memberi ruang kpd bukan Islam mentertawakan kita.Sebenarnya itulah tanggapan masyarakat bkn Islam kini dan saya mendapat maklumat dari rakan bukan Islam.

  9. Hamba allah

    Penulisan saya ini adalah reaksi terhadap Isu “Anwar Liwat Saiful”. Ini sudah membuka lembaran baru bagi semua pihak, terutama sekali ummat Islam di Malaysia. Apakah kaitannya dengan hukum-hakam Islam. Saya, sebagai seorang Muslim mengambil kira hal ini kerana ia menyentuh soal aqidah dan ugama. Maka ia hangat diperkatakan. Secara rengkas, sungguhpun Saiful bersumpah untuk menghapus “fitnah” terhadap dirinya, tapi dia telah membuat satu kesilapan besar. Ini kerana dalam percaturan tuduh-menuduh, Anwar Ibrahim telah mendapat -the upperhand- lebih logik dan berwibawa.

    Ketika Saiful mendakwa “Anwar Meliwat” itu dalam hukum Islam masuk dalam bab QAZAF. Sekiranya Anwar betul-betul liwat, dan dikira bersalah seperti mana yang didakwa oleh Saiful, tapi Anwar untuk mengelak dia di hukum, dia lebih cerdik kerana cepat-cepat melaporkan perkara tuduhan liwat ke Mahkamah Syariah. Kemudian pihak Mahkamah Syariah kenalah menyiasat perkara ini. Ya, Anwar bersalah kerana meliwat pada pandangan dzahir, tapi pada hukum syara’ dia dikira tidak bersalah …kerana Saiful kena bawa 4 orang saksi yang melihat dengan mata mereka sendiri perbuatan liwat itu. Dalam hal hukum QAZAF, Saiful dikira bersalah walaupun dia bersumpah diluar Mahkamah bahawa Anwar benar-benar telah meliwatnya.

    Ya, Anwar telah berjaya memerangkap Saiful. Nanti Mahkamah Syariah akan memanggil Saiful atas laporan adakah benar atau tidak dia menuduh Anwar buat kerja liwat ? Maka Saiful boleh menarik balik tuduhan dia itu (sebab dia tak dapat cari saksi-saksi menurut hukum syara’), maka kes ini boleh digugurkan. Itu, sekiranya Saiful menarik balik atau menafikan sebelum kes itu bersabit di Mahkamah Syariah, dan Anwar boleh menarik balik laporan yang dibuat terhadap Saiful.

    Perbuatan Saiful bersumpah di khalayak ramai sudah menjadi bukti bahawa dia menuduh Anwar liwat dan Mahkamah Syariah sudah mendapat bukti yang kukuh bahwa laporan Anwar itu benar, “terlaknatlah” Saiful mengikut hukum Islam, yang Saiful meminta dirinya dilaknat. Sumpahnya telah memakan dirinya mengikut hukum dan kaedah Islam. Saiful dikira bersalah dari segi shara’ , dia patut disebat 80 kali ..atau di penjara 3 tahun, lebih-lebih lagi dia kira sebagai “pembohong” yang kita tidak boleh berkawan dengan atau menyokong Saiful.

    In the Islamic sense, Saiful will be outlawed , considered a vile man and a liar …even if he thinks or declares he is telling the truth. We have Islamic laws. Jangan sekali-kali tuduh orang berzina atau liwat. Kita ada hukum-hakam Islam yang melindungi maruah seseorang Islam. Saya percaya Anwar liwat, tapi saya TIDAK BOLEH mengisytiharkan secara terbuka kerana itu QAZAF namanya. Saya boleh dihukum mengikut undang-undang Islam, fahamlah dan berimanlah.

    Sekali lagi, mungkin Anwar di pihak yang salah, tapi kita dikira oleh syara’ sebagai pembohong kerana tidak berjaya membuktikan di Mahkamah Syariah. Dalam isu ini Anwar telah berjaya memerangkap Saiful …dan mengusik jiwa kita, apakah kita ini, beriman atau kufur ?

    Tambahan pula ramai orang Melayu di Malaysia ini jahil tentang Islam itu sendiri. Suka mempersenda hukum-hakam Islam. Sila renungkan:

    Macam tersebut dalam Al-Qur’an: ” a fa tu’minuna bi ba’dhi _l-kitab wa ta’furuna bi _l-ba’dh ” = adalah kamu beriman kepada sebahagian kitab dan kamu kufur kepada bahagian yang lain ? [Al-Baqarah (2) : 85]. Kalau betul sekalipun Anwar meliwat dia, adalah lebih baik dia diam kerana perbuatannya ialah hukum QAZAF. Kalau dia engkar hukum QAZAF, ertinya dia menolak hukum Islam. Fahamlah sendiri.

    Apa yang Saiful buat, bersumpah di masjid bukan MUBAHALAH namanya. Dalam majlis mubahalah, kedua pihak yang saling menuduh mesti berdepan, berhujjah atas perkara ilmiah dan akhirnya bersumpah laknat jika kedua-kedua pihak menemui jalan buntu.

    Anwar tidak perlu bersumpah kerana dia sudah buat laporan di mahkamah syariah. Lagipun secara terbuka dia berkata dalam salah satu ceremahnya:

    Dia membaca ayat “wa makaruu wa makar ALLAH, wa ALLAHu khairu l-maakireen” = dan mereka mengatur tipu muslihat, dan ALLAH pula mengatur, dan ALLAH adalah yang sebaik-baik pengatur – tipu muslihat ..[Ali Imran (3) : 54]. Oleh itu secara tidak langsung Anwar bermaksud Allah akan bakal menghukum orang yang menipu. Jika Anwar yang menipu dia sendiri akan menerima akibatnya umpama dirinya sendiri akan dilaknat.
    dipetik dari tiger chan…
    utk org2 yg tnyer nape anwar x nak bsumpah…

  10. Hamba allah

    yeah…
    Penangkia….
    if everybody does think likes u…

  11. khalifah

    mula2 aku percaya yang DSAI meliwat.sebab dah dua kali kes ni.takkan saja-saja nak libatkan perkara sama dalam konspirasi.
    tapi Allah Maha Besar dan tidak pernah menutup hati hamba-Nya untuk menilai..
    Berkaitan dengan sumpah saiful..bagi orang yang betul2 beriman, mesti takut nak bersumpah dengan quran sekiranya dia betul2 pembohong.tapi bagi mereka yang tidak beriman, setakat sumpah dengan quran?ah!!biase jerk…sedangkan sekarang ni quran pun dipijak2.dibakar,pegang tanpa wuduk,senang cakap quran tu dah takde apa yang bernilai.dah takde kesucian.
    saiful..saiful…betapa bodohnya kau saiful..perangkap makan tuan..

  12. amier

    timbul satu persoalan.
    kenapa orang yang bersungguh sungguh nak bersumpah dengan al-qur’an tu menolak apa yang ada dalam al-qur’an? layakkah dia bersumpah dengan al-qur’an sedangkan dia menolak hukum hudud(najib x pernah pulak sokong pas nak buat hukum hudud)? layakkah dia bersumpah atas al-qur’an sedangkan dia buat seks (saiful dgn anwar) secara sukarela? dia pergi rumah Allah tu semata2 nak bersumpah je? sebut nama tuhan sendiri pun salah~

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s