‘Seks & duit’: 2 exco Perak dicekup BPR

dari malaysiakini

Badan Pencegah Rasuah (BPR) menahan enam orang, termasuk dua exco kerajaan Perak, kerana disyaki terlibat dalam perbuatan rasuah berkaitan satu projek perumahan di Seri Iskandar, Perak.

Lima daripada mereka ditahan jam 6 petang semalam. Mereka berusia antara 45 hingga 57 tahun.

Menurut kenyataan BPR, seorang daripada ahli exco itu ditahan jam 10.30 pagi ini.

Tiga suspek termasuk anggota exco itu ditahan sejurus mereka menerima suapan berjumlah lebih RM100,000 sebagai balasan untuk mempercepatkan proses permohonan projek perumahan bernilai RM180 juta.

Kenyataan itu juga berkata mereka juga disyaki terlibat dengan rasuah seks.

Selain dua exco kerajaan negeri itu, yang lainnya ialah seorang ahli Majlis Daerah Perak Tengah, seorang juruteknik Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) dan dua orang peniaga.

Sementara itu, mereka dibawa ke Mahkamah Sesyen Ipoh pagi ini untuk ditahan reman.

Seorang daripada mereka dipercayai bekas ahli dewan undangan negeri (Adun) PKR.

Kesemua mereka menutup muka ketika dibawa ke mahkamah.

Manakala Ketua Pengarah BPR, Ahmad Said Hamdan mengesahkan penahanan enam termasuk dua ahli Exco negeri Perak berhubung rasuah kewangan dan skandal seks.

Kesemua mereka ditahan reman selama tiga hari.

Menteri Besar Perak, Datuk Mohammad Nizar Jamaluddin dan ibupejabat BPR di Putrajaya dijangka mengeluarkan kenyataan mengenainya.

Mengulas mengenainya, Pengerusi DAP Perak yang juga ahli exco kanan kerajaan negeri, Datuk Ngeh Koo Ham menyifatkan penahanan dua pemimpin Pakatan itu sebagai satu tindakan Barisan Nasional untuk melemahkan kerajaan negeri.

“Ini hanyalah satu percubaan untuk melemahkam Pakatan di Perak, dan satu percubaan untuk menyumbat mereka ke penjara,” kata Ngeh, ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.

Ngeh berkata, perkhidmatan kedua-dua ahli exco itu tidak akan digantung sepanjang penyiasatan dijalankan oleh BPR, sambil menegaskan bahawa mereka telah dianiaya.

“Kami mengesyaki yang mereka telah dianiaya. Jadi, bagaimana perkhidmatan mereka hendak digantung?” tegasnya.

Beliau juga menyentuh tentang ‘tindakan pantas” BPR bertindak dalam kes-kes yang membabitkan wakil rakyat Pakatan.

“Apa yang paling mengecewa dalam hal ini, ialah mengapa BPR bertindak pantas sekali dalam mengambil tindakan terhadap kita, sedangkan kita juga telah membuat banyak laporan terhadap BN tentang perbuatan rasuah mereka?” soalnya.

Ngeh, yang juga ahli Parlimen Beruas, mempertahankan pemimpin Pakatan, sambil berkata mereka telah diingatkan supaya jangan terbabit dalam rasuah sebelulm kerajaan negeri ditubuhkan dahulu.

“Kita mahu mengisytiharkan bahawa kita telah memberi penekanan terhadap ketelusan dan penubuhan sebuah kerajaan yang bebas rasuah, sebelum kita menubuhkan kerajaan negeri,” tambahnya.

Bagaimanapun, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Nazri Aziz pula berkata: “Apa yang baru? Mereka telah bercakap mengenainya sepanjang masa. Kita hanya perlu tunggu BPR menyiapkan siasatan mereka tanpa sebarang campurtangan.”

8 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

8 responses to “‘Seks & duit’: 2 exco Perak dicekup BPR

  1. Yeop KK

    Tak mau komen, dah itu tabiat orang dalam PR.
    Cakap lebihpun tak guna, nanti dia orang kata
    UMNO saja nak aniaya mereka

  2. BakaL PM

    elokla tu kata org paku serpih kata org korang yang lebih2…. Baru dapat kuasa dah gila nak makan rasuah…. Tu blm setahun…. agaknya kalau 10 tahun gemuk anak bini makan hasil haram….

  3. BI

    macam ni la..

    ms pak lah baru BI nampak bpr wat kje…

    hapuskan gejala rasuah dari pihak atasan sampai la ke pihak bawahan..

    tak kira pembangkang atau kerajaan…

    ingatlah balasan ALLAH pada org yang suke memberi dan menerima rasuah di akhirat kelak..

  4. assalamalkum semua!
    keng kawan tuah,mamak, mok, yoep, kunta kinte dan yang lain-lain

    sebelum bertolak ke permatang pauh teman lalu didepan rumah exco yang disebut… dia memang sekampung dgn teman.. bila lalu teman pelik dan tanya kawan teman kebetulan teman ambi dia utk ke permatang pauh..disebabkan teman dah dekat sebulan tak balik… teman heran dan tanya kawan teman .. ooii bila ramai pulak sedara dirumah si anu ni .. pas tu semua kereta baru lak tu bila teman nengok dua atau tiga bijik didepan rumahnya, member teman terus jawab tu…ler miker yang lama tak balik…dia baru beli semuanya… telan air liur teman ..dibuatnya..memikior juger berapa gaji exco sampai boleh mengadakanya…hmmm lantaknyer..ler!

    bila disini teman dengor cerita didada akhbar dan kaca tv terdetik dihati teman persoalan yang teman terpikior masa nak datang tempohari. biorler itu hal nya biorler makamah selesaikan…

    sekupang dua sampai sekarang memikiorkannya.. tapi komer tak tau …teman cukup kenal dengannya… juga seluruh kampung teman pun tahu .. tel otang tua teman… ayahanda teman paham persoalanyer… jawabnyer rumah dia sekarang sunyi sepi…sama macam lepas dia menang pilihanraya yg baru ni

  5. tubir

    Duit dan burit memang cukup dekat ok cau dulu

  6. Yeop KK

    Salam semua,
    Hairan aku, takda wakil PR ka masuk laman blog ni?

    Kepada pengundi-pengundi Permatang Pauh, lihatlah lakonan PKR and the gang. Ingatlah masa depan anak cucu kita, tak kira bangsa dan agama.
    Orang macam inikah kita hendak pilih. Baru beberapa hari memerintah sudah menerima rasuah dan melakukan jenayah. Kekalkan keharmonian yg sedia ada supaya kita dapat memajukan negara kita yg tercinta dan kita dapat duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi. Tinggalkan PR yg tiada hala tuju, yg ada cuma nak kembongkan perut anak beranak mereka dengan duit haram.

    Hidup UMNO, Hidup BN

    p/s: lama dah tak dengar berita dari Bro Kuntakinte, Mamak Penang dan yg lain-lain

  7. AbangTuah

    Salam..

    Wahai brokuntakinte dan Mamak Haji…pergi bertapa ke???

  8. amier

    najib pun buat seks gak
    pak lah raba2 gak
    khairi jolok maya karin gak
    rafidah bagi ap kat menantu gak
    shahrizat songlap gak

    ape bezanya?
    pkr 1 – umno melambak

    comment plz

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s