Debat gagal kemuka langkah tangani isu seleweng tanah di Pulau Pinang

Debat bertajuk ‘Kontroversi Isu Tanah di Pulau Pinang’ antara Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan pemangku Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon tidak menyentuh mengenai langkah-langkah yang patut diambil untuk menyelesaikan isu tersebut.

Koh dalam debat itu berkata tuduhan Ketua Menteri Pulau Pinang itu mengenai isu penyelewengan tanah pernah berlaku ketika zaman pentadbiran beliau selama 18 tahun, bermotifkan politik.

Sungguhpun dicabar beberapa kali oleh Lim untuk menjawab dakwaan tertentu mengenai apa yang dipanggil “penipuan tanah” di Pulau Pinang, Koh berkata beberapa kes masih didengar di mahkamah dan beliau enggan mengulas mengenainya kerana ia subjudis.

Menurut Koh, pihaknya hanya boleh memberikan jawapan selepas kes berkenaan selesai didengar oleh mahkamah.

Koh berkata sepanjang 18 tahun, lebih 10,000 fail tanah berjaya diselesaikan.

“Peratusan pencapaian kerajaan BN menyelesaikan fail tanah di Pulau Pinang ialah 99.9 peratus,” katanya.

Sementara itu, Lim mendakwa ada lima kes membabitkan penyelewengan tanah dan berkata pihaknya ingin tahu siapa yang bertanggungjawab untuk mencari kebenaran.

Beliau mendakwa kesilapan kerajaan terdahulu itu hanya merugikan rakyat kerana wang yang terlibat boleh digunakan untuk pembangunan rakyat, terutama bagi menghapuskan kemiskinan tegar.

Debat anjuran portal Agendadaily itu disiarkan secara langsung menerusi TV9 dan NTV7. Pengerusi DBP Datuk Johan Jaafar bertindak sebagai pengantara.

Selain itu, bekas Ketua Pengarah DBP Datuk Aziz Deraman bertindak bertanya soalan bagi pihak Koh manakala Editor Politik media internet Malaysian Insider, Wan Hamidi Hamid bagi pihak Lim.

Koh pada sidang akhbar selepas itu berkata berkata pihaknya berpendapat adalah tidak baik untuk mempolitikkan isu-isu mengenai tanah demi kepentingan kerajaan negeri sekarang.

“Saya sebenarnya berhasrat baik di mana saya menasihatkan sebagai satu syarat untuk debat bahawa kita berdebat selepas pendengaran mahkamah selesai tapi beliau (Lim) tidak mahu dengar,” katanya.

Bekas Ketua Menteri Pulau Pinang itu menyerahkan kepada orang ramai untuk menilai isu tersebut selepas menyaksikan debat berkenaan. BERNAMA

3 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

3 responses to “Debat gagal kemuka langkah tangani isu seleweng tanah di Pulau Pinang

  1. ADINDA DATANGLAH KE NEGERI “MAMAK PENANG N” NI. NAMPAKNYA ANUAR DAH MELALUT NAK MERDEKAKAN RAKYAT PULAK. MERDEKA MULUT RIMAU, MASUK MULUT NAGA KA? MAGA PULAK BUKAN NAGA PLASTIK TAPI NAGA API MENYEMBUR. MASA JADI TPM DULU ADIL DAN TAK ZALIM KA? INGAT TUN GHAFAR? INGAT APA KENA DENGAN DATUK SUHAIMI KAMRUDDIN? MATI POLITIK KAWAN TU. YANG BUNUH SAPA? ANUAR LAIN, PAK LAH YANG HIDUPKAN POLITIK DIA… TAPI PAK LAH PULAK NAK DIKORBANKAN? ZALIM? SIAPA YANG ZALIM?

  2. truly malaysian

    jelaslah anwar dibenci kerana sejarah silam,dan isu2 yang timbul pada anwar kini adalah cara membalas dendam mereka pada anwar..

    aberamly ni mesti tak hensem,dan tidak pernah memegang jawatan setinggi anwar..aberamly begitu mendendami anwar nampaknya?

  3. Salam,
    Debat yang paling membosankan pernah di lihat.Yang satu kata”kenapa tak ambil tindakan”.yang satu lagi pulak kata “kalau tak salah mana boleh ambil tindakan!.Rumusan tak ada sampai habis macam budak-budak!.Yang satu akauntant prangai macam pengurus bank yang malas!yang satu lagi pensyarah yang boring!.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s