Lompat: Teck Lee enggan ulas dakwaan Jeffery

Presiden Parti Maju Sabah (SAPP), Datuk Yong Teck Lee enggan mengulas dakwaan 13 anggota Parlimen Sabah, termasuk dua dari SAPP, akan melompat parti dan menyertai Pakatan Rakyat tidak lama lagi.

“Kami telahpun mengumumkan pendirian kami (pada 18 Jun) untuk menyokong usul tidak percaya terhadap Perdana Menteri di Dewan Rakyat. Pendirian itu kekal,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan papan iklan “Malaysia 1963” di ibu pejabat SAPP di Luyang, Rabu.

Yong diminta mengulas dakwaan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Dr Jeffrey Kitingan pada Isnin lalu kononnya 13 anggota Parlimen Barisan Nasional (BN) dari Sabah akan lompat parti menyertai Pakatan Rakyat sekiranya Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim memenangi pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh pada 26 Ogos.

Jeffrey juga mendakwa dua daripada anggota Parlimen itu ialah daripada SAPP dan bakinya daripada Umno.

“Soalan ini patut ditanyakan kepada anggota Parlimen BN yang lain,” kata bekas Ketua Menteri itu tanpa mengulas lanjut.

Dua anggota Parlimen SAPP ialah Datuk Eric Majimbun (Sepanggar) dan Datuk Chua Soon Bui (Tawau).

Sementara itu, Yong menggesa kerajaan negeri Sabah “berlaku adil” terhadap perintis Sabah dan pengasas Malaysia, dan mengisytiharkan 2008 sebagai Hari Kebangsaan ke-45 dan bukan Hari Kebangsaan ke-51.

Yong mendakwa “kerajaan negeri Sabah telah tersilap atau patuh sahaja untuk mengguna pakai tarikh 1957 dengan mengisytiharkan Hari Kebangsaan tahun ini sebagai yang ke-51 dan bukannya ke-45”.

“Kami sedar yang Sarawak adalah betul apabila menyambut Hari Kebangsaan Ke-45 dan bukannya ke-51. Penduduk di Sabah (ketika itu Utara Borneo) dan Sarawak tidak mempunyai apa-apa tetapi pemerintahan penjajah untuk disambut pada 1957.

“Sebagai rakyat Malaysia sejati, kita patut menyambut pada 1963 (tahun pembentukan Malaysia). Kami menggesa ahli akademik, pakar sejarah, kakitangan awam dan pemimpin politik untuk bersuara demi kepentingan sejarah dan fakta yang betul supaya kerajaan akan menghormati sejarah dan kebenaran itu,” katanya.

nota: diberitakan bahawa YTL akan ditawarkan sebagai menteri di JPM sebaik sahaja DSAI melangkah masuk ke Putrajaya sebagai PM. Apa-apapun, pada zaman YTL sebagai KM Sabah lah, DSAI beriya2 ingin mendesak kelulusan permit lesen nombor ekor di Sabah.

1 Comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

One response to “Lompat: Teck Lee enggan ulas dakwaan Jeffery

  1. tubir

    YTL ni memang tak boleh dibuat sandaran ,dia akan ikut dimana janjikan keuntungan bagi diri beliau bukan rayaat .suka hati dia lah …Kita dah nampak gelagat dia orang semua ……..belajarlah dari apa yang terjadi hari ini ………kepada orang melayu mati kita kali ini kalau salah jalan ………..ingat berapa banyak wang kita ada ……rata rata melayu tak ada banyak duit……..Yang banyak duit dah lari sembunyikan diri diluar negara ……….Orang melayu yang meskin ja yang akan tingal nak lari kemana kalau tak ada duit…….inilah tanahair ku …………………….LAGI PUN NAK KEMAN ORANG MELAYU……..HANYA DISINI TANAH MELAYU………….ORANG CINA ADA NEGERI CINA .INDIA ADA INDIANYA .YANG TINGAL HANYA MELAYU,KADAZAN.ORANGULU.KITALAH RAYAAT NEGARA INI ……………..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s