Pemuda Pas Selangor cabar Anwar bersumpah

Dewan Pemuda Pas Selangor mencabar Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya melakukan sumpah laknat jika beliau di pihak yang benar.

Ketuanya, Sallehen Mukhyi berkata, ia merupakan langkah terbaik bagi bekas Timbalan Perdana Menteri itu untuk menyelesaikan masalah peribadinya sekali gus membersihkan namanya.

Beliau berkata, semua pihak harus menerima baik sumpah laknat bekas pembantu peribadi Anwar, Mohd. Saiful Bukhari Azlan yang berbuat demikian kerana mahu menjaga nama baik diri dan keluarga.

“Terdapat dua cara untuk menyelesaikan kes ini sama ada pihak penuduh mengemukakan bukti kukuh di mahkamah atau tertuduh (Anwar) sendiri membuat pengakuan.

“Namun, sekiranya Anwar merasakan beliau tidak bersalah, beliau boleh membuat pengakuan di mahkamah ataupun membuat sumpah laknat… terpulang kepadanya,” kata Sallehen ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas desakan pelbagai pihak yang mahu Anwar, calon PKR dalam pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh, berhenti mempertikaikan sumpah laknat Mohd. Saiful yang dilafazkan pada 15 Ogos lalu.

Menurut Sallehen, tindakan Mohd. Saiful, 23, itu dapat dilihat sebagai salah satu cara yang membolehkan beliau memberitahu masyarakat bahawa dakwaannya mengenai perbuatan liwat Anwar adalah benar.
sumber utusan.

nota: terdapat beberapa khabar angin bahawa DSAI akan membuat pengakuan bersumpah esok selepas solat Jumaat. walaubagaimanapun kesahihan maklumat ini masih belum dapat dipastikan.

6 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

6 responses to “Pemuda Pas Selangor cabar Anwar bersumpah

  1. Rakyat Biasa

    Pemuda Pas Selangor CABAR Anwar bersumpah

    “Namun, sekiranya Anwar merasakan beliau tidak bersalah, beliau boleh membuat pengakuan di mahkamah ATAUPUN membuat sumpah laknat… terpulang kepadanya,” kata Sallehen ketika dihubungi di sini hari ini.

    1. Kenapa perlu tajuk yang disensasikan? CABAR maksudnya, Anwar tidak ada pilihan. Mahu tidak manu Anwar MESTI bersumpah laknat untuk membuktikan kebenarannya (swearing in the name of ALLah of being innocent).

    2. Dari awal lagi, aku tidak setuju dengan kaedah sumpah. Ini bukan kaedah dari sunnah RasuluLLah saw.

    3. The Penang branch of the Malaysia Association’s chairman Dr. Wan Salim Wan Mohd Nor said it was important that swearing in the name of ALLah should not be used as a barometer to prove one’s innocent as it would set a bad precedent.

    4. We do not want anybody to swear in the name of ALLah to prove the other party as guilty as it is not provided for under the Syariah laws.

    5. Dengan tidak memihak kepada mana-mana individu, aku memang menolak kaedah sumpah laknat. Apabila ALLah menimpakan bala di dunia ini, bala tersebut menimpa kepada seluruh masyarakat tersebut. Umat Nabi Shuib hancur hanya kerana menipu timbangan. Apakah bangsa Melayu akan dihancurkan kerana bermain-main dengan sumpah laknat? Sekiranya Anwar, melakukan sumpah laknat, salah seorang dari mereka pasti berdusta dengan nama ALLah.

    6. Aku tidak mengharapkan apa-apa atau berkepentingan apa-apa dalam kes ini. Hanya aku mengharapkan, kita orang Melayu khasnya, dan orang Malaysia tidak kiralah Cina, India, Serani, Iban, Kadazan DLL akan diberi kemakmuran di bumi bertuah yang banyak hasil kekayaan ini. UMNO parti yang banyak berjasa kepada aku dan negara aku. Malangnya kebelakangan ini, UMNO dikepalai oleh mereka yang terlalu buas. Menghalalkan apa jua cara untuk mencapai matlamat mereka kepada kuasa dan duit.

    Walahualam.

  2. BI

    sokong apa rakyat biasa katakan..

    umno kene ubah sikap supaya rakyat kembali pada umno..parti yang byk bersusah payah memerdekakan negara kita..banyak jasa umno pada rakyat..tolong jaga kepercayaan rakyat terhadap umno dan barisan nasional..tolong pegang amanah rakyat sebaiknya..

  3. Kumkum

    Mubahalah ada dalam agama Islam, pegang Quran juga tidak mencacatkan rukun sumpah.

    Kalau takut laknat turun ke atas semua sebab bersumpah, Saiful dah bersumpah dah pun. Sumpah laknatnya dah dikhususkan pada dirinya dan keturunan, itu pun tertakluk kepada satu kenyataan bahawa dia diliwat oleh DSAI. Kalau dia tak benar, masalah memang akan selesai tanpa Anwar bersumpah pun.

    Sebab laknat tu akan turun pada Saiful.

    Pada penyokong2 tegar DSAI, mereka percaya 100% DSAI tidak buat benda tu. Sebab mereka patuh pada DSAI yg taknak bersumpah mereka boleh menunggu laknat yang dijangkakan turun kepada Saiful.

    Tapi kalau nak lagi cepat mungkin DSAI boleh bersumpah. Tak rugi pun kalau dah berada di pihak yang benar tu. Dapat sokongan lagi. Yang ragu2 dengan DSAI sebab sumpah Saiful tu pun akan yakin kembali kepada DSAI. Percayalah.

  4. K.O king

    astaghfirullahalazim….
    rakyat nak tahu kebenaran agar boleh memilih pemimpin yang benar2 betul.
    kalau Dsai x buat… maknenyer Umno salah sebab dan jangan sokong UMNO r g…
    tapi kalau Dsai buat….
    nauzubillahiminzalik….

  5. astradamus

    Idea yang mengesa kedua dua pihak untuk bersumpah asalnya dari seorang ulamak juga. tetapi beliau tidak terlibat dalam mana mana parti politik. tetapi saya hairan kenapa D.S.A.I memberi alasan bahawa alim ulamak tidak setuju beliau bersumpah.alim ulamak ni pulak semuanya dari dalam pembangkang bukanya neutral.kalau benarpun beliau tak buat …bersumpah saja lah bukannya susah pun itu dai dgn tuhan. Belum jadi pemerintah dah pandai bagi macam macam alasan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s