Pemimpin Asing Sedia Bantu Anwar

dari mstar

Hampir di setiap ceramah, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim pasti menyebut nama-nama pemimpin asing yang menurutnya memberi sokongan kepada beliau dalam usahanya memenangi hati pengundi di Permatang Pauh.

Antara nama yang disebut ialah bekas Presiden Indonesia Gus Dur atau Abdurrahman Wahid, bekas Presiden Filipina, Joseph Estrada, ulama terkenal Yusof Qardhawi dan yang terbaru beliau mengaitkan bekas Perdana Menteri Britain, Tony Blair kononnya turut menyokongnya.

Malah, katanya ada pemimpin luar negara yang menawarkan kapal terbang serta mahukan khidmat beliau sebagai penasihat.

“Saya tak mahu dolak dalik. Ada pemimpin dari luar tawarkan kepada saya kapal terbang dan ada juga anak raja Arab yang dua kali telefon saya minta saya jadi penasihat dia. Saya kalau nak, cakap saja apa, anak raja itu akan bagi. Nak rumah macam istana dia bagi, nak gaji besar berbilion-bilion pun dia bagi tapi nak bagi puteri tak tahulah. Dia tak bagi kot.

“Sewaktu saya jadi pensyarah di luar negara, ada juga orang yang tawarkan saya jawatan yang tinggi. Tapi itu saya tak mahu.” katanya.

Anwar juga mendakwa kononnya pelabur-pelabur asing sedia membantunya menaikkan ekonomi negara jika beliau menjadi pemimpin.

“Pelabur-pelabur luar pun ada jumpa saya. Mereka cakap, Anwar, kamu pimpinlah negara ini kerana kalau kamu pimpin, ekonomi negara ini akan kami naikkan dalam masa tiga bulan. Itu kamu tak perlu risau,” katanya pada hadirin di ceramahnya di Kampung  Pertama, Permatang Janggus dekat sini.

Sebelum ini, beberapa penganalisis politik berpendapat tindakan Anwar mengagung-agungkan pemimpin-pemimpin luar dan mempergunakannya dalam setiap kempennya itu memperlihatkan bahawa beliau semakin terdesak.

Mereka berpendapat, sokongan daripada luar tidak dapat mempengaruhi undi dan kebanyakan bekas pemimpin itu masih dipengaruhi oleh dasar dan hubungan yang dibuat oleh Anwar ketika beliau mempunyai kedudukan.

Pilihan raya kecil kerusi Parlimen Permatang Pauh diadakan pada 26 Ogos ini berikutan peletakan jawatan oleh Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada 31 Julai lepas bagi memberikan laluan kepada suaminya, Anwar bertanding.

Pilihan raya kecil itu akan menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara Anwar, calon Barisan Nasional (BN) Datuk Arif Shah Omar Shah dan calon Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM) Hanafi Mamat. BERNAMA

nota: mungkin penyokong2 pembangkang gembira dan merasakan pemimpin mereka hebat kerana mendapat sokongan dari pemimpin2 asing. tetapi sedarkah mereka bahawa pemimpin seperti joseph estrada dan tony blair merupakan pemimpin yang ditolak oleh rakyat mereka sendiri. tony blair sendiri tidak disukai oleh ramai umat islam akibat campur tangan tentera british di iraq. kenapa harus diwar-warkan sokongan pemimpin asing, tidak adakah pemimpin tempatan yang patut disebut yang memberi sokongan.

5 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

5 responses to “Pemimpin Asing Sedia Bantu Anwar

  1. tubir

    Salam pada semua
    entah apa akan jadi selepas proses pengundian dipermatang puak pada 26 ini nanti….tiada siapa dapat mengagak dengan tepat……..Mintak mintak biarlah jadi aman ,dan kembali siuman semula .
    banyak yang kita dengar tentang saudara anuar ni .dan saya sendiri mendengarnya semasa dikempen dipermatang puak(Pauh)memang tidak dinafikan bahawa anuar semakin terdesak dan sesak nafas.Nampak ceria tapi derita …….malu….takut pada bayangan .seluruh seutur keluarga menerima akibat ,anak ,menantu,cucu…….semua dapat…….k
    jika diperhalusi dari percakapaan,dan gaya badan tak seirama ……..nampak percangahan yang ketara.semakin lama semakin ketara kecelaruan nya …….tapi itu tidak bermakna beliau akan tewas.pengundi dikawasan kubu beliau masih kuat sifat kedearahanya,Ialah anak jati kampung katakan …….pengundi atas pagar tak ramai…….gulungan muda pun tak berapa ramai…..yang ramai ialah gulungan yang tak boleh mengundi pada kali ini.kumpulan inilah yang membuat suasana menjadi hangat……kenapa ya jadi macam ini?jawapan nya mudah …….sebab golongan ini terbiar…….jiwanya kosong…….dan merika bosan………bosan boleh meruntuhkan …….
    kenapa jiwa merika kosong……..soalan ini perlu dijawab …….oleh pemempin pemuda setempat…..kalau kita lihat pergerakan pemuda umno dari ketua ,naib ketua pemuda lesu tiada idea untuk golongan ini………Exco exco lagi tak boleh harap ………utamakan puak puak dia orang aja ……..pengisian masa lapang ….acara tidak formal………acara separa formal langsung tidak diambil kira………pemimpin sibuk jaga perut sendiri……..lepas tu kata anak muda ni liar …runtuh akhlak….dan macam macam lagi.jadi anak muda ini bosan…..dan buat apa yang dicakapkan itu.
    kepada hisham.khiry,dan siapa siapa lagi berubah lah…dampingi merika beri ruang tidak terlalu di politikan……buat dengan iklas ajak merika pergi memancing…..main bola ….bawak merika jalan jalan mnaik motor keliling malaya….ajak merika berderama ……besajak …menyanyi….berkompang ..berzapin …..berrock……berrep……..semua ada tapi kau semua kena datang dekati merika ……..merika takut sebab kau orang kuat…..orang ada nama ……merika hormat…..tapi kau kena hormat merika juga .duduk sama rendah bediri sama tak…
    BERBALIK SOAL ANUAR NI BELIAU KATA ADA SOKONGAN DARI LUAR….ADAKAH BELIAU TIADA KEYAKINAN DIRI…….MACAM MANA NI NAK PIMPIN NEGARA KALAU TIADA KEKUATAN DALAMAN……..NAMPAK GAYA NYA TERGADAI LAGI NEGARA YANG KITA CINTAAI NI.KEPADA ANUAR INI NASIHAT SAYA BERPADA PADA BILA BERCAKAP……….BERPADA PADA BILA BERANGAN ANGAN …..BERPADA PADA BILA MAIN……..BERPADA PADA BILA BERBOHONG….TAPI JANGAN TAKUT UNTUK BERSUMPAH……………KALAU KAU MENANG DAN JADI PM ……..KAU AKAN MECIPTA SEJARAH……..PERDANA MENTERI PERTAMA DIMALAYSIA YANG BERSUMPAH LAKNAT…….KAN OK TU …….ADA NAMA ORANG AKAN INGAT SAMPAI TAK INGATLAGI.
    PADA ORANG POLITIK JANGAN BUAT SUKA HATI KAU ORANG AJA ……………
    AKU SOKONG……………………………….MALAYSIA AMAN DAN MERDEKA

  2. AbangTuah

    Salam,

    6 Ribu UTK dan Komando dihari pembuangan undi. Jadi pada penyokong Mat Musang@kencing dan Mat Lebai kau cubalah kesetiaan mereka tu ye…kau orang pergi lah raba-raba mereka, gertak-gertak mereka dan pukul-pukul mereka tu ya. Kahkahkah..jangan berani pada perempuan dan orang tua sahaja wahai para pejuang kuyup.

  3. berhubung perkara diatas , sebagai orang beriman kita perlu bermuhasabah diri kita , sejak dari penubuhan umno sehingga sekarang , kita lihat orang melayu sentiasa membuat fitnah, kenapa terjadi begini , sejarah kita 2 kali kes memalukan ini timbul. ini menunjukkan bahawa perundangan kita sungguh lemah, kita patut besyukur Allah uji kita untuk memperlihatkan undang undang , dan mahkamah kita yang boleh direka dan dicipta isu oleh yang berkuasa , demi kepentingan kuasa, sekarang sedarkah kita bahawa undang -undang ini boleh diubah dan dikenakan kepada anak -anak cucu kita jika di dapati anak cucu kita berlawanan arus dengan kehendak kuasa mereke , atau cuba menjatuhkan kuasa. sebagai pengajaran dari ALLAH tolong lah diri kita sendiri mendaulahkan undang -undang Allah alquran , hadis ijamak ulamk dan qias , gubalkan ia di dalam pelembagaan kita , selamatkan anak cucu kita

  4. Paul

    Anwar, he is a smart, intelligent guy. Not like most of you – never been appreciated by the society. You only think about money.
    Now that the stroy of Hang Nadim applies… Think.

  5. Apai Ngelai

    Paul,

    True, Anwar, he is a smart and intelligent guy. Not like us, he can manipulate an issue and turn it into goverment conspirasy against himself. Really intelligent he is.. never been appreciated by his PR teammate, because he only think about PM title and money.
    Now that the story of Hikayat Mat Jenin applies…Think.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s