‘Perkahwinan’ tak bahagia

akatan pembangkang antara Pas, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebenarnya tidak boleh dianggap sebagai sebuah ‘perkahwinan’ bahagia kerana terlalu banyak perkara yang tidak disenangi berlaku.

Perwakilan Pas Pahang, Hamzah Jaafar berkata, pakatan tersebut masih mempunyai suasana kelam-kabut, malah sehingga sekarang, ahli-ahli di peringkat akar umbi tidak tahu siapakah ketua pakatan itu.

”Sebagai suami, kita mesti selalu cakap ‘I love you’. Kalau boleh, hari-hari kita kena cakap ‘I love you’ kepada isteri walaupun sebenarnya tidak sayang.

”Jadi, begitulah juga dalam pakatan pembangkang, kerjasama semua pihak amat penting. Perlu ada pendekatan dakwah, kasih sayang dan psikologi sesama kita,” katanya.

Beliau menyatakan demikian semasa membahas ucapan dasar presiden pada Muktamar Tahunan Pas Ke-54, di sini hari ini.

Menurut Hamzah, Pas juga wajar menukar pendekatan hukum yang sering mengatakan bahawa ‘itu dan ini tak boleh, itu haram dan ini haram’ kerana ia menakutkan orang ramai.

Katanya, pendekatan sebegitu juga sebenarnya menakutkan golongan muslimat Pas sendiri terutama apabila menyatakan bahawa Islam membenarkan lelaki berkahwin dua atau tiga.

Sementara itu, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada sidang akhbarnya berkata, pakatan pembangkang sehingga kini memang tidak mempunyai ketua.

Katanya, apa yang berlaku, para pemimpin setiap parti akan mengadakan perbincangan bersama bagi membuat keputusan secara kolektif.

”Malah, pengerusi bagi setiap pertemuan juga akan dilantik secara bergilir-gilir. Saya tidak boleh bagi tahu siapa ketua sebab ia tidak dibincangkan lagi,” katanya.

Leave a comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s