‘Saya imam sah, memang ahli Pemuda Umno’

Ustaz Ramlang Porigi yang menyaksikan upacara bersumpah Mohd Saiful Bukhari Azlan pada Jumaat lalu menafikan dakwaan yang tersebar dalam internat bahawa beliau bukan seorang imam bertauliah, sebaliknya hanya bilal.

“Dakwaan itu mungkin dirujuk kepada jawatan saya dalam Jabatan Kemajuan Agama Islam (Jakim) iaitu sebagai Pembantu Hal Ehwal Islam,” kata Imam Masjid Wilayah Persekutuan ketika dihubungi mStar Online.

Bagaimanapun, menurut Ramlag, apabila ditempatkan di Masjid Wilayah Persekutuan, beliau menjalankan tugas sebagai imam dengan gred perkhidmatan S17.

“Di sini saya ialah seorang imam. Saya juga bertindak sebagai jurunikah dan ketua amil.

“Tetapi saya bukan imam besar kerana di masjid ini terdapat sembilan orang imam yang ditempatkan oleh Jakim,” katanya.

Ramlang mula dikenali apabila bertindak sebagai saksi semasa Saiful, bekas pembantu Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, bersumpah laknat di Masjid Wilayah Persekutuan, Jumaat lalu.

Berhubung kenyataan yang mengatakan beliau adalah ahli Umno di kawasan Parlimen Permatang Pauh, beliau mengakui perkara tersebut.

“Ya, saya ahli Umno dari Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti di bawah Parlimen Permatang Pauh,” kata beliau.

Tinjauan mStar Online di Permatang Pauh mendapati risalah edaran yang mempertikaikan Ramlang sebahagi ahli Pemuda Umno dengan nombor keahlian 03405843 disebarkan dengan meluas ketika ini.

Risalah itu menyebut beliau merupakan ahli Umno Cawangan Seri Macang dalam Bahagian Bukit Mertajam.

Peti undi Ramlang ialah Penanti dalam bahagian Permatang Pauh.

Kandungan risalah itu menyebut: “Akhirnya tembelang orang yang bernama Ramlang Porigi, yang dikatakan imam yang menjadi saksi sumpah mubahalah Saiful terdedah juga.

“Beliau adalah ahli Pemuda Umno Cawangan Seri Machang dalam Bahagian Bukit Mertajam dengan kod keahlian 03405843.

“Tidak menghairankan kepada semua ini, bagaimana pantas “imam” ini memperakui mubahalah yang dilakukan oleh Saiful, sekalipun mubahalah itu diragui oleh banyak pihak sebagai tidak mengikuti kaedah Islam.”

Kempen pilihan raya kecil Permatang Pauh bermula Sabtu lalu manakala hari pengundian pula Selasa depan.

Beliau juga didakwa mengikuti pengajian di kawasan Penanti beberapa tahun lalu.

Beliau yang berasal dari Sabah menjelaskan, pernah belajar di Pondok Penanti Permatang Pauh selama tujuh tahun sebelum berhijrah ke Kuala Lumpur sekitar tahun 2003.

“Semasa saya belajar di sana saya mendaftar sebagai ahli Umno,” katanya.

Ditanya sama ada beliau pulang mengundi di Permatang Pauh pada pilihan raya umum lalu, beliau berkata, tidak dapat berbuat demikian kerana menjalankan tugas.

“Kali terakhir saya mengundi di sana ialah pada tahun 2004. Pada pilihan raya kecil 26 Ogos ini pun saya rasa tidak berpeluang untuk pulang mengundi kerana faktor keselamatan,” katanya yang mengakui menerima nasihat agar tidak pulang mengundi oleh kenalan yang masih berada di sana. – mstar

nota: menjadi lumrah pembangkang yg sangat gemar menggunakan perkataan ‘konspirasi’. apa yang dibuat oleh kerajaan yang melibatkan pembangkang akan digelar konspirasi. apakah semua benda atau dakwaan yang dibuat oleh pakatan rakyat merupakan fakta yang sahih?

13 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

13 responses to “‘Saya imam sah, memang ahli Pemuda Umno’

  1. kita tok imam , jangan campurlah kerja kotor dan busuk, duduk tang tengah aja , kamu tau dak , bagaimana makmum tidak akan berpuas hati berimamkan kamu, bila baca fatihah dok bayang kelakuan kamu,tak puas hati, meruap, tengok muka nak temuntah , walaupun didepan senyum ambil hati bila jumpa jadi tok imam ni payah , biar orang tengok muka kita sejuk, orang rasa tempat berlindung. , ilmu banyak ukur dulu dengan syariat, tak tau nak bagi tau, belajar fekah sikit. step pertama , mahkamah syariah, step dua bawa saksi dan spasifik sains step tiga bicara, bila jatuh hukum sebelah pihak tak puas hati , buat rayuan step empat baru sumpah laknat. tak perlu juru gambar , istifar, solat hajat sendiri atau jemaah minta tuhan bantu , baru sumpah laknat, nak tengok guruh bedentum kilat menyambar boleh.

  2. ISLAM

    ALLAH SAHAJA YG TAHU…SY KAWAN IMAM RAMLANG PORIGI…KAMI TAU DIA TAK BERSALAH.. TOLONG MINTA PETUNJUK DARIPADA ALLAH..

  3. Yeop KK

    Kalau imam dari golongan UMNO tak bolih sebab politik. Kalau imam dari golongan puak lain pula macammana?

    p/s nampak sangat double standard

  4. Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini – dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) – sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan. (Al-Hujuraat:6)

    org pr da truk mlalutny..smpai imam pn dfitnah

  5. BakaL PM

    ala korang mintakla imam pembangkang korang yang taraf2 ulama tu jd saksi…. Knp x de yang sanggup??? Masing2 takut ker??? Sedap jer korang kutuk Imam UMNO kalau Ulama korang kena bidas skit korang mengamuk mcm kitaorg buat dosa besar plk…. Blah la…. Ulama tu pewaris nabi tp kalau ulama yang terpesong kita jgn la ikut skali…. Nabi pun tahu maafkan umatnya….. Segala salah silap nabi maaf kan tp ada ker patut Ulama tertinggi PAS xnak berkerjasama dgn UMNO demi org melayu atas alasan dulu dipinggirkan…. Benda dulu lupakan la…. Ikut contoh nabi sebab Ulama perwaris nabi…. OK….

  6. salam...

    imam orang pas belajar hukum qazaf….
    kalau mahkamah x settle lagi blom boleh sumpah…
    sumpah 2 kalau da terdesak sangat nak membuktikan kesahihannyer…
    saksi kene 4 orang….
    sharat2 saksi lagi…
    ni sennag2 je nak sumpah….
    cam2 x yah pakai mahkamahlah….
    kalau nak tuduh orang 2 bunuh orang…..
    sumpah jer senang…
    semue leh cayer….

  7. truly malaysian

    kita mahu melihat soal moral,bukan soal imam tu dan sumpah tu sah atau tidak..

    UMNO dah mengharamkan politik di masjid,tapi pelik bagaimana imam tersebut merupakan seorg ahli UMNO..
    moral apakah yang ditunjukkan?

    jelaslah imam tu hanyalah boneka,kalau memberi kuliah ugama pun berdasarkan garis2 tertentu..

    isu2 rasuah,fitnah,dan isu2 pemimpin adalah sensitif dan tidak dibenarkan disentuh..

    angguk-angguk,
    ikut telunjuk,
    ia,ia
    saya-saya
    kiri kanan ikut saja..

  8. AbangTuah

    Truly Malaysian

    Siapa iman tu tak penting langsung, yang penting sumpah tu lah benar dan sah.

    Kerajaan tak mengalakan gunakan mesjid untuk kepentingan politik betul tu. Tapi orang Islam sekiranya mahukan pemberat didalam bersumpah nak pergi kat mana, kat kubor ke??

    Lagi satu kenyataan awak aku terpaksa betulkan, ada pernah ke kerajaan kata Iman, Bilal tak boleh beridelogi dan tidak boleh mengundi, cuma yang aku tahu pelajar IPTA sahaja dilarang berpolitik. Itulah aku kata kau ni tak dapat membeza mana tugas, mana politik,, mana agama…dah keliru!!

    Memang kuliah/ceramah agama hendaklah mengikut panduan jika tidak nanti ada pula pendakyah-pendakyah politik yang minat sangat mengeluarkan kenyataan berunsur hasutan dan fitnah tak berbukti dan berasas…bukan aku tak pernah ikuti ceramah ‘poligama’ kau orang.

    Yang setahu aku UMNO tak pernah main angguk-angguk aje, yang aku faham kau oranglah, bila ‘badut’ kau orang buat lawak bodoh bukan main ligat lagi kau orang tergelak-gelak. terkehkeh-kekeh mengiyakan.

    Kenyataan kau semuanya ‘Bagai Limau Masam Sebelah’

  9. Salam,
    Memanglah Imam UMNO tak boleh kerana Imam mesti dari parti PAS kerana mereka ini Islam yang tulen boleh masuk politik…Imam dari kerajaan tak boleh masuk politik salah dan tak boleh imamkan dalam solat!.Kenapalah kita dah jadi begini?.Kalau Tok Guru menitis air mata kerana kekejaman BN di negara ini!.Buat poster dan jadikan modal kempen politik tapi bukankah menitis air mata itu bukan boleh hapuskan dosanya…Apa dah jadi dengan kita yang sering jual Agama untuk kepetingan peribadi!.

    Mamak cuma harap Tok Guru menitiskan air mata untuk Umat Islam Bosnia,Iraq dan Palestian yang dibunuh begitu kejam.Jangan menitiskan air mata untuk kegunaan untuk orang lain kerana ia mungkin jadikan bahan propaganda untuk kepentingan peribadi orang lain yang Bermata Lebam!.Wassalam.

  10. Wa..Cina

    Lu, melayu galuh2 pasat apa. Sama bangsa, sama agama pun mau galoh ka..? Malu wa tengok lu semua.Satu tawon ala 2 kali salam laya, tak boleh baik ka lu semua. Wa cina ada satu salam je pun boleh baik la.
    Lu Fikirla. Islam kan saudala, tapi lu semua bukan islam kot.

  11. Apai Ngelai

    truli malaysian,

    Soal imam tu Umno ke tak Umno ke takde ene mengena dengan soal moral seseorang. Apa hal laa pulak, nak jadi saksi sumpah laknat takkan lah kene bawak semua wakil termasuk pembangkang. Karpal dengan Limkitsiang kene ikut skali ke?

    Khutbah Jumaat kat Permatang Pauh yang tercemar dengan kempen PKR tak pulak dipertikaikan. Khutbah Jumaat PAS yang tercemar dengan carut-mencarut dan celaan tak jugak dipersoalkan. Khutbah DAP kat parlimen menentang Islam tak pulak dibantahkan.

    Imam PKR dan PAS tu suma boneka DAP. Kene cabar dek Karpal sampai kene langkah mayat kalau nak buat pemerintahan Islam, dua-dua tu kecut perut hilang jantan! Harapkan kuliah agama je lantang, tang melawan kafir harbi tu senyap bisu macam takdak telor.

    Perikatan rakyat, alahaii kesian….dah nasib badan, ada kawan biaDAP macam nih….

  12. La…awat imam yang jadi saksi tu muncul dalam ceramah PKR???
    Heranla…Malaun mana yang paksa dia jadi saksi???Dalam UMNO agama boleh dipermainkan sedangkan UMNO lupa agama adalah cara hidup…..Banyak contoh tapi anda fikirlah sendiri…berfikir bagi otak berjalan…
    Memang patut Tok Guru titiskan airmata untuk rakyat negara ini…air mata tok guru melihat anak bangsanya seagama dengannya dihancurkan UMNO…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s