Siapa Gus Dur mahu ajar kita?

Beberapa hari lalu, bekas presiden Indonesia Abdurrahman Wahid tiba-tiba saja muncul di Malaysia dalam apa yang dilihat sebagai cubaan untuk membantu kempen Parti Keadilan Rakyat (PKR), dalam pilihan raya kecil Permatang pauh.

Namun, untuk PKR bergantung kepada seorang personaliti yang bercelaru dan tidak lagi berwibawa, adalah sesuatu langkah yang dianggap kurang wajar.

Ramai masih ingat, Abdurrahman atau lebih dikenali sebagai Gus Dur, presiden keempat Indonesia, adalah seorang yang pernah menikmati sokongan politik pelbagai pihak tetapi kemudiannya ditentang oleh pakatan ahli politik sehingga menyebabkan beliau berundur dalam keadaan yang memalukan.

Sepanjang 18 bulan berkuasa, beliau menimbulkan huru-hara di Indonesia.

Banyak kejadian bantahan politik secara ganas dilaporkan berlaku. Begitu juga ketegangan kaum dan agama serta kebangkitan puak pemisah di beberapa wilayah.

Rakyat Indonesia juga sengsara akibat kejatuhan nilai rupiah semasa pemerintahan beliau.

Gus Dur melepaskan jawatan pada Julai 2001, dengan maruahnya tercemar dek amalan yang dikenali di Indonesia sebagai KKN (korupsi, kolusi dan nepotisme).

Menteri Luar, Datuk Seri Dr Rais Yatim menyifatkan Gus Dur sebagai seorang yang telah hilang sokongan walaupun di negara sendiri, dan rakyat Malaysia tahu reputasinya.

Dalam satu sidang akhbar di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya beberapa hari lalu, Gus Dur mempersoalkan kewajaran Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan berkata sistem perundangan di Malaysia tidak demokratik.

Di penghujung perkhidmatannya, segala nilai beliau yang pada mulanya disanjung, akhirnya membawa padah kepadanya — keazamannya dilihat sebagai kedegilan dan kelantangannya dianggap bahaya daripada segi diplomatik sehingga menimbulkan kemarahan beberapa negaera asing.

Beliau bukannya dilihat sebagai contoh seorang pemimpin diplomatik tetapi sebagai seorang yang autokratik dan tidak mengendahkan pendapat orang.

Gus Dur menganggap Parlimen Indonesia sebuah tadika.

Beliau juga dikaitkan dengan skandal rasuah selepas tukang urut peribadinya melesapkan wang kerajaan sebanyak AS$4 juta.

Gus Dur sendiri dituduh menyalah guna sumbangan AS$2 juta daripada Sultan Brunei selain terbabit dalam pengeluaran dan pengagihan 35 bilion rupiah (AS$3.7 juta) daripada Agensi Logistik Kebangsaan untuk rakan-rakannya.

Beliau juga dikritik oleh Parlimen walaupun beliau menafikan sebarang perbuatan salah laku.

Ramai yang menganggap beliau sebagai pemimpin yang gagal memenuhi mandat rakyat untuk melakukan pembaharuan dan yang gagal menentukan bahawa undang-undang harus dihormati dan yang gagal mengekalkan perpaduan negara.

Julai 2001 adalah kemuncak kepada pertelagahan antara Parlimen Indonesia dan Gus Dur. Beliau enggan dihadapkan ke Parlimen dan cuba membubarkannya bagi membolehkan pilihan raya baru diadakan.

Enam menteri meletak jawatan. Parlimen kemudian meluluskan sebulat suara usul memecat beliau kerana rasuah dan tidak cekap.

Walaupun kuasanya ditarik balik, Gus Dur enggan meninggalkan Istana Presiden. Ini berlarutan selama tiga hari sebelum beliau sedar rakyat tidak lagi mahukannya dan membuat keputusan untuk keluar.

Akibat keadaan yang tegang ketika itu, beliau meninggalkan Indonesia.

Gus Dur, yang terkenal dengan kelakuan bercelaru dan kenyataan yang bercanggah, cuba berbaik-baik dengan pertubuhan Yahudi walaupun beliau mempunyai latar belakang agama yang kuat.

Orang seperti inikah yang boleh memberi perangsang kepada kita rakyat Malaysia? – bharian

2 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

2 responses to “Siapa Gus Dur mahu ajar kita?

  1. Gusdur…gusdur nasib baik dia tak dapat sponsor dari white house untuk bedah mata untuk celik.Kalau dia buat pembedahan mata itu pasti Amerika pasang camera jarak jauh dalam matanya untuk mencungkil rahsia kerajaan Indonesia!.Selama ini mamak ingatkan dia ini buta mata sahaja tapi sekarang dia dah jadi buta hati pulak…!.

    Nasib baik dia tak gadai Pulau Spartley pada Amerika..orang Indonesia pun dah sedar tapi orang yang sokong anuar kenapa belum lagi sedar?. Memamglah semua bekas kuncu-kuncu Amerika yang telah terima imbuhan akan bantu anuar ini!.Anuar ini pun banyak juga terima imbuhan tapi bila nak balas budi Amerika itu?

    Pisang emas bawa belayar
    Masak sebiji di atas peti
    Hutang Emas boleh dibayar
    Hutang Budi US kena diliwati

  2. AbangTuah

    Salam

    Mat Musang=Gus Dur=Estrada=Tony Blair=Amerika= Dajal!!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s