Najib Lafaz Sumpah

Ketika menghampiri hari pengundian kempen pilihan raya kecil kerusi Parlimen Permatang Pauh semakin rancak dengan perkembangan terbaru, Datuk Seri Najib Tun Razak bersumpah di Masjid Jamek Guar Perahu dekat sini malam tadi bahawa beliau tidak kenal dan tidak ada kaitan dengan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Dengan perkembangan ini, beliau merupakan orang kedua bersumpah dalam tempoh seminggu ini, sekali gus menarik perhatian ramai.

Pada Jumaat lalu, bekas pembantu peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohd. Saiful Bukhari Azlan, 23, melakukan sumpah di Masjid Wilayah Persekutuan berhubung isu dia diliwat.

Timbalan Perdana Menteri itu berkata: “Walaupun ini bukan sumpah rasmi yang dibuat atas al-Quran.

“Dengan nama Allah, Wallahi, Wabillahi, Watallahi, saya tidak kenal dan tidak ada kaitan dengan perempuan Mongolia,” kata beliau dipetik Bernama pada akhir ucapannya pada majlis penyampaian bantuan RM1.4 juta di Masjid Jamek Guar Perahu dekat sini.

Altantuya yang mati dibunuh pada 2006 di Puncak Alam, Selangor. Kes itu sedang dibicarakan di mahkamah dan telah memasuki peringkat penggulungan pihak pendakwaan.

Najib berkata: “Saya tidak tahu sama ada orang lain nak bersumpah atau tidak, tapi saya tahu saya tak buat salah. Ini antara saya dengan Tuhan.”

Selain ucapan bersumpah itu, yang turut mengejutkan banyak pihak ialah ucapan Konsul Mongolia di Malaysia, Datuk Syed Abdul Rahman yang berucap kira-kira 10 minit ketika Najib turut melawat Bilik Gerakan Barisan Nasional (BN) di Guar Perahu.

Syed Abdul Rahman mendakwa Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim; pengendali laman web Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin dan penyiasat persendirian P. Balasubramaniam telah melakukan satu pembohongan besar.

“Saya kesal kerana mereka menyifatkan diri mereka sebagai orang yang lebih mengetahui kes ini.

“Anwar menipu kononnya telah berjumpa bapa Altantuya di Mongolia, dan ketika itu saya telah mengetahui Anwar akan datang ke situ, dan bawa bapa Altantuya (Dr. Shaariibuu Setev) ke Rusia,” katanya.

Syed Abdul Rahman berkata: “Tiada siapa pun yang lebih tahu selain daripada saya, dan Anwar telah berbohong dengan pelbagai tuduhan terhadap Datuk Seri Najib.”

Syed Abdul Rahman berkata, tujuannya turut serta dalam ceramah itu adalah untuk memperjelaskan kekeliruan yang berlaku kerana perbuatan Anwar boleh menjejaskan hubungan baik antara Malaysia dan Mongolia, dan beliau telah diarahkan oleh Perdana Menteri Mongolia Sanjaa Bayar untuk membantu.

Syed Abdul Rahman berkata, beliau berasa bertanggungjawab untuk menjelaskan perkara itu kerana semakin beliau diam “rakyat makin keliru kerana pembohongan semakin menjadi-jadi dan saya rasa malu kerana nama pemimpin negara tak berkaitan dengan kes ini telah diburukkan oleh Anwar dan Raja Petra.”

“Sangat-sangat memalukan apabila nama pemimpin negara kita diburukkan di luar negara seolah-olah terbabit dalam kes ini, dan disebabkan itulah saya terpaksa menjelaskan kepada orang ramai mengenai pembohongan yang berlaku,” katanya.

Anwar pada setiap ceramah kempen pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh sering mengaitkan Najib dengan Altantuya, dan mendakwa Timbalan Perdana Menteri mempunyai hubungan dengan wanita Mongolia itu.

Ini bukan pertama kali Anwar menggunakan isu itu malah pada pilihan raya kecil Ijok pada April tahun lepas, beliau turut menjaja isu yang sama.

Pada 3 Julai lepas, Anwar telah mempengerusikan sidang akhbar mengenai akuan bersumpah Balasubramaniam bertarikh 1 Julai yang mendakwa Najib mempunyai hubungan dengan Altantuya, dan keesokkannya Balasubramaniam membuat akuan bersumpah kedua yang antara lain menarik balik tuduhannya itu.

Balasubramaniam, yang merupakan seorang saksi perbicaraan kes bunuh Altantuya, mendakwa semua tuduhan terhadap Timbalan Perdana Menteri dalam akuan bersumpah pertamanya itu adalah tidak tepat dan tidak benar, serta dibuat ketika dia dalam keadaan tertekan. – mstar

nota: Alhamdulillah …BERANI KERANA BENAR…TAKUT KERANA SALAH….BERDALIH KERANA SUKA BERHELAH

Advertisements

7 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

7 responses to “Najib Lafaz Sumpah

  1. salam...

    betul ke x kenal???
    abes yang gambar dye jumpa dengan atlantuya 2….
    at least kenal r walau x letupkan dyer….
    atlantuya 2 semua orang kenal…

    p/s: relaks2… gurau jer….

  2. Latun-Ya

    Najib dlm keadaan terdesak….

  3. penangkia

    UMNO jadi parti sumpah dan bawa Malaysia jadi negara Darul-Sumpah,(minta2 jgn jadi pdg jarak pdg terkukur 7 keturunan mcm sumpah mahsuri sudahlah).TAK MALU KAH DGN BKN ISLAM?PELIHARALAH KESUCIAN ISLAM. Walau apa pun,SATU DUNIA tak pecaya pada
    1) Sumpah Saiful
    2) Sumpah Najib
    3) Sumpah Tajol Rosli
    Bayangkan org dah tau kebenaran/kesahihan termasuk yg bkn Islam(cuma ahli umno yg x mau tau kebenaran), tapi bersumpah jugak, apa pandangan org bkn Islam terhadap Islam dan penganutnya?Inikah cara kita menunjukkan Islam?Sepatutnya tunjukkan keperibadian yg tinggi dan suruh anak bini tutup aurat, barulah bila cakap, org yakin dan tak perlulah sumpah2.

  4. keris silau

    Salam,

    ada benar juga apa yg penangkia kata, akhir ini sepertinya semua mahu bersumpah. mana yg buat akuan bersumpah, mana yg bersumpah secara Islam. adakah semua ini sudah menjadi permainan politik dan tiada nialinya sumpah2 ini? satu pihak kata, berani kerana benar dan sebab itu mereka bersumpah. satu pihak plak kata ianya konspirasi untuk menjatuhkan, memalukan seseorang. Wallahualam, hanya Allah yg Maha Mengetahui, walau apa niat semasa sumpah itu dibuat, aku berdoa agar Allah memberi aku peluang untuk mengetahui hal yg sebenar dan tidak membiarkan aku teraba-raba mencari kebenaran disebalik kekusutan ini. apa pun pendapat korang semua, aku syorkan, biarkanlah urusan sumpah ini diadili oleh Allah yg Maha Adil. hanya Allah sahaja yg lebih mengetahui semua perkara kerana setiap perkara itu terjadi adalah atas kuasaNya jua.
    berkaitan pendapat org bukan Islam atau orang luar tentang isu sumpah dan kes liwat ini, aku rasa akan ada 2 pendapat, percaya dan tidak percaya. kerananya, kalo tanya org cina DAP, mestilah dia kata tak percaya anwar liwat. cuba tanya cina MCA, apa jawapan diorang? mestilah diorang kata Anwar liwat. jadi, tak timbul isu org bukan Islam pandang serong dalam hal ni. cuma masalahnya ialah, sesama Islam itu sendiri yg saling tuduh menuduh, fitnah menfitnah, tidak sepakat, barulah org bukan Islam pandang serong dan memperkecilkan Islam itu. ingatlah, jika kita berterusan begini, Islam itu jugalah yg rugi, bukannya si kafir2 itu.
    wassalam….

  5. Insan

    tah nyeee…

    gambar najib duk makn ngn antuyaa tu per….takkan tak kenaiii….waaa emm kalau akta dna ni berkuatkuasa boleh laa try test tengok dna najib ngn ank antatuya same ker tak…yerr laaa maner laa tu samee…heheee

  6. caya sama lu penangkia….

    lu ckp tu betui..gua manyak sokong lu…tu sumpah najib xbleh percaya looo…

    just have look…it this show good islam?

    its ur right to judge it…

  7. AbangTuah

    Insan dan darknight.

    Dulu kawan rasa engkau berdua orang pandai, rupanya sasau juga. Gambar tu hasil dari Photoshop bro Tian kau orang lah, tak laku. Ish..ish..ish..rupanya bengap kawan aku ni..kehkehkeh

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s