Harga Minyak Turun: Antara “flip-flop”, gula-gula, tipu lagi & realiti

berikutan pengumuman penurunan harga bahan bakar berkuatkuasa semalam, banyak pendapat diutarakan di blog2 sama ada pro kerajaan atau pro pembangkang. apa yang boleh dirumuskan dari keputusan penurunan harga minyak ini adalah:

1. Satu lagi keputusan ‘flip-flop’ pentadbiran Pak Lah – mula2 kata penurunan harga minyak 1 Sept tetapi harga diturunkan keesokan harinya. sama seperti senario kenaikan harga minyak tempohari.

2. Penurunan harga minyak ini ialah ‘gula-gula’ Permatang Pauh. Keputusan menurunkan harga minyak adalah untuk menawan pengundi pilihanraya kecil Permatang Pauh 26 Ogos ini.

3. Tipu lagi? kecoh minggu ini bahawa kerajaan akan menurunkan harga minyak pada 1 Sept berdasarkan harga purata minyak dunia sepanjang bulan ogos. Ada ‘cakap-cakap’ mengatakan 1Sept ini tiada perubahan terhadap harga minyak walaupun BN Menang di permatang Pauh

4. Penurunan harga minyak ialah realiti pasaran sekarang. Umum tahu harga minyak dunia mutakhir ini telah turun dari paras tertinggi yang melebihi USD140 setong. Memang wajar penurunan harga minyak harus dilakukan oleh kerajaan tanpa menunggu tarikh 1 Sept.

Apa-apapun rasional disebalik penurunan harga minyak ini, penulis bersyukur harga minyak diturunkan. Satu persoalan yang penulis pernah lontarkan kepada Pak Lah dan DSAI dalam laman web mereka ialah adakah penurunan harga bahan bakar dapat menurunkan semula harga barang keperluan pengguna?? Sehingga hari ini belum ada yang menjawab.

p/s: penulis guna petrol merah..murah sedikit dari RON97 . RM2.40 seliter 😀

Advertisements

5 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

5 responses to “Harga Minyak Turun: Antara “flip-flop”, gula-gula, tipu lagi & realiti

  1. hafizah

    Saya adalah salah seorang pengundi yang akan mengundi di Permatang Pauh. Sungguhpun kerajaan telah memberikan jaminan keselamatan, tetapi saya masih meragui tahap keselamatan para pengundi, terutama bagi pengundi seperti saya, yang terpaksa travel jauh bagi menunaikan tanggungjawab saya kepada negara.

    Saya juga terpanggil untuk memberikan pendapat mengenai isu penurunan harga minyak dan juga isu undang2 berkaitan dengan DNA. Mungkin tiada kaitan dengan pilihanraya kecil di Permatang Pauh tetapi saya rasa kedua2 isu ini begitu berkebetulan saja berlaku sehingga saya sangsi akan pernyataan bahawa ianya tiada perkaitan. Apa pandangan penulis?

  2. pemudaumno

    salam hafizah

    mengenai jaminan keselamatan, saudari boleh meminta bantuan pihak berkuasa sekiranya ingin pulang menunaikan kewajipan sebagai pengundi. penulis percaya pihak berkuasa akan melaksanakan tugas mereka secara profesional tanpa mengira latar belakang sokongan parti yang saudari akan pilih.

    mutakhir ini dengan senario politik negara yang agak ‘panas’, pelbagai perkara yang berlaku secara kebetulan akan mengundang kesangsian ramai. penulis bersetuju dengan pendapat saudari mengenai isu harga minyak dan undang2 DNA. kesangsian saudari mungkin timbul akibat manipulasi pihak2 yang berkepentingan politik yang ingin menagih simpati dari rakyat.

    apa2pun sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah SWT dan yang buruk itu datang dari manusia itu sendiri.

  3. otai

    MARILAH MASUK http://buahhatipermatangpauh.blogspot.com
    UNTUK TENGOK ANUAR BERTOPENG.

  4. maw

    memang sesunggohnya yang baik dari allahswt.yang buruk dari umno/bn

  5. Insan

    tak kisah laaa ape pon pasal minyak…yang penting siapa pun suka bila harga minyak turun…

    pasal harga barang tak turun2 lagi tu mesti dibuat pemantauan…walaubagamanapon setidak2nya satu bala dah lepas…hehe

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s