Dua perkara Orang Melayu tak berani buat

dari mstar

Orang Melayu tidak akan sewenang-wenang melakukan dua perbuatan dalam hidupnya iaitu memakan daging khinzir dan bersumpah dengan nama Allah S.W.T melibatkan perkara yang berat.

“Kalau berani junjunglah Al-Quran,” atau “aku berani junjung Al-Quran” adalah ungkapan biasa dilafazkan apabila orang Melayu mencabar kawan atau lawan menegakkan sesuatu dakwaan atau apabila seseorang hendak membuktikan dakwaannya benar.

Lazimnya yang dicabar bersumpah atau yang mendakwa berani bersumpah tidak melakukannya kerana takut balasan daripada Allah.

Bilakah kali terakhir kita terdengar atau menyaksikan manamana orang Melayu bersumpah “Wallahi, Wabillahi, Watallahi” secara rasmi atau pada suatu upacara kerana hendak membuktikan sesuatu dakwaan?.

Lebih-lebih lagi bersumpah laknat atau mubahalah iaitu dengan menyebut “jika aku berdusta tuhan akan melaknat aku”.

Inilah karektor Melayu Islam yang unik berbanding dengan orang Islam dari rantau lain bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di seluruh kepulauan Melayu.

Oleh demikian jarang berlaku orang Islam bersumpah secara rasmi kecuali pada 1960an apabila presiden PAS dan Menteri Besar Kelantan ketika itu Allahyarham Datuk Mohd Asri Muda dan perdana menteri pertama Almarhum Tunku Abdul Rahman melafazkan sumpah mengikut Islam berhubung suatu tuduhan Tunku terhadap Asri.

Menurut veteran Umno dan juga Presiden Persatuan Melayu Pulau Pinang, Datuk Mohd Yusof Latiff, Tunku mendakwa Asri ada menerima bantuan kewangan dari negara luar untuk menjatuhkan kerajaan.

“Asri menafikan dakwaan itu dan mencabar Tunku bersumpah di dalam masjid bagi membuktikan kebenaran,” katanya sambil menambah Tunku menyahut cabaran dan bersumpah di Masjid Zahir, Alor Star, Kedah dan disaksikan oleh wakil PAS, Allahyarham Yusof Rawa.

Sementara Asri pula turut bersumpah menafikan tuduhan itu di sebuah masjid di Kota Baharu, Kelantan dan disaksikan oleh wakil Umno Tengku Razaleigh Hamzah.

Dalam konteks dan latar belakang sosiobudaya inilah kita menyaksikan seorang pemuda berusia 23 tahun, Mohd Saiful Bukhari Azlan, bekas pembantu Datuk Seri Anwar Ibrahim, melakukan sumpah mengikut Islam di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta Kuala Lumpur pada 15 Ogos lepas untuk menegakkan dakwaan yang dirinya diliwat bekas majikannya itu.

Oleh kerana sumpah dianggap perkara besar dan bukan sesuatu untuk dipermainkan pada pandangan orang Melayu, Mohd Saiful dilaporkan berkata beliau memberanikan diri untuk bersumpah bagi membuktikan kebenaran di pihaknya.

Bagi sesetengah pihak terutama penyokong Anwar, tindakan Mohd Saiful dikatakan bermotif politik untuk menjejaskan peluang Anwar calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada pilihan raya kecil kawasan Parlimen Permatang Pauh 26 Ogos ini.

Mohd Saiful berkata tindakannya tiada motif politik dan beliau membuat keputusan untuk bersumpah kerana mahu membuktikan beliau bercakap yang benar.

Anwar bertanding menentang calon Barisan Nasional (BN) Datuk Arif Shah Omar Shah dan seorang lagi calon dari Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim) Hanafi Mamat selepas kerusi Parlimen itu yang dikosongkan oleh isteri Anwar, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail.

Negara kemudian turut menyaksikan menerusi televisyen Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pula melakukannya pada Jumaat lepas.

Najib selepas solat Isya’ di Masjid Guar Perahu, Permatang Pauh bersumpah menafikan tuduhan musuh politiknya bahawa beliau dan isterinya terbabit dalam pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Ulama-ulama telah memberikan pelbagai pandangan mengenai tindakan Saiful bersumpah termasuk tentang kaedah dan tempat.

Bagaimanapun bekas pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan Datuk Dr Ismail Ibrahim berkata apabila seorang Islam bersumpah, ia adalah antaranya dengan Allah dan syarat pokoknya ialah menyebut nama Allah.

Beliau berkata perbezaan pendapat ulamaulama tentang kaedah sumpah adalah perkara biasa tetapi ia tidak harus menjurus kepada pertikaian kerana bersumpah adalah antara hamba dan penciptanya.

nota: memang ada kebenaran tentang dua perkara di atas. penulis percaya pegangan kepada ajaran Islam oleh orang Melayu di Malaysia masih kuat dan tebal. ingatlah bahawa hukum Allah lebih adil dan berkuasa.

5 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

5 responses to “Dua perkara Orang Melayu tak berani buat

  1. Rakyat Biasa

    Salam semua,

    Dari pengalaman, pembacaan, cerita kawan-kawan, pemerhatian…. Takde perkara yang orang melayu tak berani buat. Melayu murtad pun dah ramai sekarang, inikan pulak setakat sumpah laknat atau makan babi. Minum alkohol tu memang biasa la kan..

    1. Sumpah dengan nama ALLah sudah jadi kebiasaan. Sumpah lazimnya dilakukan demi untuk meyakinkan orang ramai tentang suatu perkara atau isu atau kes. Selalunya, orang melayu akan bersumpah bila tidak ada bukti yang kukuh untuk mereka membela diri. Ada dua keadaan:

    A. Mereka di pihak yang benar.

    B. Mereka di pihak yang salah tetapi demi menutup malu diri atau untuk kepentingan diri, mereka tidak kisah tentang laknat yang ditimpakan atau mereka memang tidak percaya tentang laknat kerana kelemahan ilmu dan iman mereka.

    Walahualam.

  2. AbangTuah

    Rakyat Biasa.

    Yang mat Kencing kesayangan kau tu takut fasal apa..cakap tak serupa orang!!!

    Sesuatu tindakan dan keputusan yang berpunca dari sifat ketabsuban dihati di takuti nanti’ MENCARI UMBUT YANG DAPAT BUKU’

  3. Salam abang tuah,
    Memang pun mamat ini saja buat isu sumpah ini jadikan glamour untuk dirinya!.Biasalah dia ini kat Permatang Pauh amat tergantung pada Parti Pas untuk menang…jadi dia buatlah pura-pura ala musang janggut untuk ambil hati tuan-tuan guru dia dalam parti Pas itu yang selalunya bercanggah pendapat dengan ulamak kerajaan.Parti bangkanglah katakan dalam soal agama pun depa ini memang kaki bangkang!.

    Ezam kata hari:Anwar ini memang pura-pura berlakon menunjukan dia tinggi agamanya.

    Datuk Nalla kata hari ini:Pagi dengan Cina cakap lain,tengah hari cakap dengan India lain,Malam cakap dengan Melayu lain…banyak pandai cakap punya orang.Petang main Tenis lepas main pergi main lain dia ini!…main apa agaknya!!!.Nanti dalam court saya mau cerita habis ini kawan lama punya cerita!!!!.Wow ada best punya cerita lagi!.tunggulah…kawan-kawan!.Wassalam.

  4. Yeop KK

    salam,
    Mamak Penang dan Abang Tuah. Allah telah menutup pintu hati orang-orang ini. Mereka tidak akan percaya pada kebenaran.
    Samoga allah lindungi negara kita daripada diperintah olih ” Three Stooges ”
    Aminnn……..

  5. kuntakinte

    Salam, mamat rakyat biasa, teman heran tengok pak lawak PKR dan PAS, bila kawan tu diam kata menyorok, takut kerana salah, bila dia bersumpah laknat disaksikan mufti wilayah dah kata macam kristian dan bla… lagi,

    yang si mangkuk ayun si anwar mengelak sana sini, konar baring sana sini mengelak untuk bersumpah, haram sebijik ayat pun si mamat2 ulamak dalam semak PAS bercakap atau menasihatkan, untuk mengaku di depan Allah S.W.T.

    hai … pening…pening lagi anak2 teman tengok perangai orang berserban menari opera cina.

    Gus Dur tak bercawat bunga beriba kan cewet manis pun di panggil untuk mengesahkan dia orang baik kah!! kah!!! terbukti bangsa luar kena tolong anwar… tru belum Al Gore turun tu ttidak habis di al goreng orang permatang pauh.

    pening!! pening!!! buat baik salah ini kan pulak buat tak baik dulu kemudian le puak2 haprak mengutuk.

    Mak bapak teman nasihat kat teman dulu, kita hidup biar jadi manusia jangan hidup jadi hantu… mat rakyat biasa oi…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s