Imam naik pentas PKR, dakwa diarah hadir sumpah Saiful

Seorang imam Masjid Wilayah Persekutuan yang menyaksikan acara bersumpah laknat Mohd Saiful Bukhari Azlan hari ini mencipta kegemparan apabila berucap di atas pentas PKR dalam pilihanraya kecil Permatang Pauh.

Ramlang Porigi  menjelaskan beliau telah diarahkan hadir di majlis sumpah pemuda itu pada 15 Ogos lalu, yang mendakwa diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, calon PKR di kawasan parlimen itu.

Seperti penjelasannya kepada Malaysiakini Khamis lalu, Ramlang yang juga seorang ahli Umno di bahagian Bukit Mertajam bagaimanapun tidak menyatakan lebih lanjut pihak yang mengarahkannya berbuat demikian.

Imam itu juga meminta beliau tidak dikaitkan dengan majlis sumpah Mohd Saiful  kerana hadir tanpa perancangan awal dan hanya kebetulan berada di masjid untuk urusan pernikahan.

Ramlang muncul lebih kurang 10 minit di satu ceramah besar anjuran PKR di Padang Ibu di Penanti menjelang jam 11.30 malam ini.

Beliau tiba di majlis kempen pembangkang itu ketika pesuruhjaya PAS Pahang, Tuan Ibrahim Tuan Man sedang menyampaikan ceramahnya.
Tuan Man, bekas wakil rakyat Jengka, memberikan laluan kepada Ramlang sebelum menyambung semula ceramahnya.

Beberapa ribu penyokong pembangkang dan pengundi Permatang Pauh hadir.

Sebelum itu Ramlang, yang diiring dengan kawalan ketat oleh 10 lelaki, menyampaikan penjelasannya yang sama di satu majlis ceramah PKR di Kampung Belah Dua dalam kawasan parlimen itu.

Kira-kira 1,000 pendengar hadir di program itu.

Selain Ramlang, pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Datuk Che Mat Che Ali dan bapa Mohd Saiful berada di masjid itu di Jalan Duta, Kuala Lumpur.

Latar belakang Ramlang menjadi bahan tohmahan dan perbincangan di internet sejak beberapa hari lalu, antaranya mendedahkan bahawa beliau adalah seorang ahli Umno dan pengundi di parlimen Permatang Pauh.

Emel tersebut juga mengandungi dua lampiran yang menyebut bahawa Ramlang menganggotai Umno cawangan Seri Machang, dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Machang Bubuk.

Turut dilampirkan ialah maklumat mengenai pendaftarannya sebagai pengundi parlimen Permatang Pauh – pilihanraya kecil kerusi ini akan diadakan 26 Ogos.

Sewaktu bercakap kepada Malaysiakini, Ramlang mengesahkan bahawa beliau seorang daripada lebih 58,000 pengundi di situ.

Ketika ditanya mengenai keanggotaannya dalam Umno, Ramlang berkata: “Saya pernah mendaftar sebagai ahli pada 2003, atas sebab-sebab tertentu”.

Beliau enggan mengulas lanjut apabila ditanya maksudnya “atas sebab-sebab tertentu”.

Bagaimanapun, Ramlang berkata, beliau bukan seorang ahli aktif dan tidak memegang apa-apa jawatan dalam Umno di sebarang peringkat.

Mengulas lanjut mengenai majlis bersumpah Mohd Saiful, Ramlang berkata, beliau bukannya menjadi saksi sumpah Saiful.

“Apabila kebetulan Saiful tersalah sebut lafaz sumpahnya, oleh kerana saya berada di situ, jadi saya tegurlah,” katanya.

Oleh itu, jelasnya, beliau tidak ada sebarang kaitan dengan sumpah Saiful, yang diadakan sehari sebelum penamaan calon pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh.

Anwar adalah antara tiga calon yang bertanding dalam pilihanraya tersebut.

Dua lagi adalah calon Barisan Nasional (BN), Datuk Arif Shah Omar Shah dan Hanafi Hamat dari Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim).

Ramlang bertugas sebagai seorang daripada sembilan imam di masjid tersergam indah itu sejak Jun 2005. – malaysiakini

Advertisements

29 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

29 responses to “Imam naik pentas PKR, dakwa diarah hadir sumpah Saiful

  1. Salam,

    Memang adil bukan orang PKR sendiri hadiri untuk acara sumpah itu!.Kalau orang Umno pasti banyak yang kata itu satu penipuan!.Saiful pun masih lagi orang PKR…Apakah ini satu lagi Muslihat Anwar?.Begitu lama Mamak tunggu Ezam nak beri ceramah yang positif tentang anwar masih lagi Ezam berdiam diri dan beri kenyataan-kenyataan yang mengelirukan pendengar dan langsung tak ada manfaat nak jatuhkan Anwar!.Apakah Ezam,Saiful Dan RPK ada agenda sendiri dalam konspirasi Anwar!.siapa lagi yang diluar sana masih lagi berkerjasama dengan Anwar?.Mungkin orang paling diatas….mungkin tidak …keterlaluan mamak ini yang semakin lama semakin kusut pemikiran dan haprak.Apakah agenda kumpulan ini?.Nak jatuhkan Najib dan nak kuburkan Umno?.Kenapa TDM keluar UMNO sebab ini!.Beliau dah tahu konspirasi nak jatuhkan UMNO?.Kenapa TDM menbisu dan tak hadirkan diri untuk membantu Najib di Permatang Pauh?.Mungkin beliau dah tahu segala rancangan?.Mamak dah keliru dan tak waras lagi…dah nyanyok agaknya…Dah terlalu penat berkempen !.Mamak cuma kesian kat Najib yang keseorangan di Permatang Pauh!.
    Hari ini mamak dapat dua CD percuma dalam post box!.handalnya PKR berkempen!.Berapa ribu CD mereka cetak…banyaknya duit mereka..siapa yang sumbang?.

    Walau apa pun mamak cuma harap orang cina di permatang Pauh lebih memahami situasi politik tanah air ini dan memberi sokongan padu pada UMNO dan BN!.Harap maaf nukilan yang haprak ini!.Cuma curiosity hati mamak dalam kancah keliru!.Wassalam.

  2. politikus

    mamak penang,hang dok buat belukang apa?
    hang pi tebaq roti canai la..
    konsiparasi ni dari UMNO la budooo..

  3. Insan

    dah kalah dah laaa….kate semua ni konspirasi anwar….pirah mabukk…kalau dah konspirasi anwar kenapa najib beria2 duk baking si saii pooll tu…takkan laa najib tak tau..die tukan cerdik pandai….bukan macam hang….dah tentu ni konspirasi najib laaa…hahahaha lawak2

    pengarah yang akan beria2 nak habiskan filem yang die buat…untuk dapt untung,….pelakon ikut jee ckp pengarah…penontong tafsirkan cerita bekualiti ke tak….

  4. penangkia

    Dear politikus,
    Kesian kat Mamak Pg tu.Sampai hati hang suruh dia pi tebaq roti canai, cuma aku nak pebetui perkataan hang iaitu “belukang” salah yg betui”PUDUKANG”.Walau mcm mana pun x baguih kita kutuk peribadi org walaupun dia salah tafsir politik ikut sudut pandangan dia.Memanglah konspirasi daripada segelintir ahli UMNO, tak mungkinlah Anwar nak jatuhkan maruah diri sendiri dan juga maruah anak bini dia.Mungkin Mamak ni org kuat Najib dan terlalu sayang pada Najib, takut Najib jatuh atau mungkin ada bisnes dgnNajib kot, sampai blh dedahkan perpecahan UMNO secara terus terang.Mustahil Pak Lah yg jadi presiden UMNO nak pakat dgn Anwar utk hancurkan UMNO, seolah-olah gali kubur sendiri.Saya pun memang ada dengar teori ni, iaitu utk mengkudahitamkan Najib dlm isu ni, tapi, realitinya, segala-galanya berpunca dari kelemahan Najib sendiri dan Pak Lah sendiri dah byk cover dia.Hakikatnya, Najib ni tidak selicik yg dia nak jadi.Kelebihan Anwar pulak ialah dia dianggap sbg org teraniaya, pernah dihumban ke penjara, pernah kena pukul setengah mati dan dimalukan.Anwar juga dianggap berpengalaman urus ekonomi walau dia pernah tersilap.Sumbangan Anwar terhadap pembangunan Bahasa Melayu tak dpt dinafikan, walau sumbangannya cuba dinafikan.Pengaruh budaya Islam yg diterapkannya juga diingati oleh sebilangan rakyat termasuk budaya memakai tudung oleh kakitangan awam dan pelajar, malah penampilan anak bininya juga memberi kekuatan kpd nya.Cubaannya utk mengaitkan dgn homoseksual tak mungkin berjaya bagi seorang lelaki berusia 61 thn bapa kpd 6 anak yg dilihat sungguh bahagia di samping keluarganya.Seorang homoseksual sukar utk membahagikan masa kpd isteri, anak2 dan juga urusan politik yng sentiasa sibuk.Apakah Najib sbg calon PM dilihat layak menandingi Anwar.Jawapan yg jujur sudah tentu berbeza dgn jawapan yg emosional dan taksub.

  5. Politikus memang betul kata engkau…kalau konsipirasi selalunya UMNO dan polis yang buat seperti anwar itu menipu kamu semua…kamu semua ini dah dicuci otak oleh si anwar nie!.Kamu ini pun belukang seperti anwar,suka main belakang.Kerana bila anwar cakap “Ini Malaysia cina punya,Ini Malaysia India punya bukan melayu yang Punya!.Tebar roti canai itu kerja mulia cari rezeki halal tapi si anuar ini canai pungkok orang kerja haram…bahlol!.

  6. Rakyat semut

    Sabar Mamak Penang.. jgn mudah terpengaruh dgn provokasi mcm tu.. belum terbukti pun Anwar pernah “canai” pungkok sapa2 pun… jgn sebarkan perkara yg tak pasti kebenaranya… fitnah jdnya nti.. Betul ke Mamak pernah dengar Anwar ckp mcm yg Mamak tulis tu… klu betul “selamat” lah nasib org Melayu… klu dia tkpnah ckp mcm tu… maka bercambah lah satu lagi benih fitnah kt sini..

    Dari komen2 Mamak pun saya nmpk mcm Mamak confuse atas apa yg trjd dlm UMNO skrg nie… persoalan mana Pak Lah pegi… kenapa dia mcm tk brminat dgn PP44 nie.. Relaks dulu Mamak, cuba renungkan sedalam-dalamnya apa langkah seterusnya.. Klu benar Anwar nk jual bangsa & negara Mamak jgn takut.. org Melayu nie majority kt M’sia nie, ketua tertinggi tentera pun org melayu, Sultan dan Agong pn org Melayu… mereka semua tkan berdiam diri je klu smua tu berlaku.. Darah Melayu masih pekat dlm tubuh kami..

    Lapangkan hati… berbaik sangka… mungkin dapat jawapannya nti… klu betul DSAI jd PM16/09/2008 nie pun dia cuma ada 4th lebih jea utk jual M’sia nie… dan dingatkan seklai lagi M’sia nie bkn tanah kosong yg tk berpenghuni … dan tk mudah nk jual negara nie… nk jual rumah kosong yg luas sekankang anak kera pn amik masa 2-3thn utk settle..

  7. Mamak Penang, Saiful orang PKR? Apa nombor ahli PKR dia. KEnapakah anda tak menggunakan akai korang yang cetek tu untuk menilai.

    Adakah mana2 orang yang pernah pergi di rumah Najib untuk mendapatkan Biasiswa? Sejak bila pulak Najib boleh menguruskan biasiswa? Najib uruskan bom boleh la…

    Sampai bila la korang ni nak sedar, dah 50 tahun dah.

  8. Apai Ngelai

    Rakyat semut,

    Hang ingat negara tegadai itu tak sama ke macam orang nak jual beras oleh PR nih? Weeii semut, tak payah tunggu 4taun laa, hang pi tengoklah kampung baru kat Perak tu.. belum suku taun pon…Ingat hang punya keturunan esok-esok boleh claim balik ka? 7 keturunan hang mampos, belum tentu lagi abih tempoh cagaran tu.. Biar cha ya nun alif tu amik perabih tinggai taik bagi kat korang suma.

    Hang gembira bukan main, esok2 anak cucu hang dok kat flet, itulah selayaknya hasil dari tindakan korang skarang. Memang tak nampak skarang… apa nak takut, Anwar ada..! Lagipun dia boleh idup seratus taun lagi jaga korang. DAP tu tak kepingin nak jadi PM ke? Dok usung bontot Anwar kehulu hilir nak bagi naik bangku Raja Malaysia.. Pas Anwar mampos, depa pulak yang pegang. Merase lee sekali kan?

    Mat Jenin,

    Sungguh bijak hang, sampai nak tau nombor keahlian Saiful dari mamak Penang lak. Hang nak buat apa, nak tumpang sodom? Yang pendek akai tu pasai apa, tak pernah tertanya ke apa hai nyee pulak siDSAI tu nak bawa orang luar tukang bancuh kopi tu pi luar negara?

    Mana Hang tau yang Najib tu uruskan bom? Hang pernah beli kat die ke? Hang pi bom bontot hang sendirik lagi bagus..

    Korang PKR yang lalok, tak tau ka si Anwar tu brapa kali dah mintak nak masuk Umno? Tu terdesak nak jadi PM la tu… OOoo dulu bukan main lagi sampai nak saman TDM fasal fitnah dia, anaya dia, tuduh dia, pejatuh dia, laa ni lembut lak.. masa TDM tu kutuk Umno Pak Lah abis-abisan bukan main lagi ajak masuk pembangkang..Apa kejadah? Haprak/.!#@#%&**$#%.

    Korang suma ni kecoh-kecoh sokong DSAI tu sebenarnya bukan kecoh sebagai penyokong pun, tapi kebanyakannya kecoh sebagai seorang peminat. Macam minat kat Mawi laa tu.. Bukannya tau apa-apa pun pasal tipuhelah dia, tau menggelabah jer lebih……! kahkahkah….

  9. podah UMNO

    hati mamak tu dah hitam macam pungkok kuali yang dia dok tibaq roti canai tu…dah tak boleh lagi nak ditegoq…otak dia pun dah bersepai kalut malut macam kuah roti canai dia yang dah basi…tapi dia tetap nak makan jugak…..lagi pun dia ni dah dibancuh kepala otak dia dek si tuah yang menjadi idola dia orang….jadi apa saja yang situah cakap…salahke betul ke…depa ni mesti sokong..mamak ni mana ada pendirian sendiri…kalau aku cakap jangan lah marah…yang hang dok marah sangat dekat orang cina dan orang india tu kenapa….cuba hang ambik cermin tengok tengok diri sendiri dulu…nama saja dah lah mamak…cuba kaji asal usul hang…keturunana MELAYU ke atau DKK (DARI KETURUNAN KELING).

  10. Kekanda ku Mamak Penang…
    Ajk atau urusetia akan membawa tabung mengutip derma setiap kali adanya ceramah PAS atau PKR,kekanda tahukan sambutan hangat orang ramai pergi mendengar ceramah itu dan sambil mendengar kami menderma,jadi usahlah kekanda risau dari mana PKR dan PAS mendapat sumbangan…..Tapi semuanya berbeza dalam UMNOkan….kalau ada ceramah UMNO mesti ada makan makan,siap dapat duit poket lagi dan kalau jauh UMNO akan sewa bas…takpala UMNO duit banyak,jika seorang kontraktor terpaksa sedekah rm100000 untuk duit tabung setiap kali MB luluskan projek,kalau 10 kontraktor dah berapa dah kan…

    Inilah bezanya keikhlasan dalam perjuangan…..

  11. AbangTuah

    Salam,

    Memanglah, masa nak naik dulu UMNO pun macam tu. Sekarang ni penyokong PR melabor dulu lah, kawan percaya besok kalau PR dah banyak duit, itu juga yang ditagihkan oleh penyokong, woii,,duit, sapa tak mahu.

  12. ASSSALAMUAIKUM SEMUA!

    INI PENGAKUAN TEMAN UTK MAMAK, TUAH, MOK , KUNTA KINTE SERTA SAHABAT SEKALIAN…

    teman yang jaga BELAH DUA memang tak ada pulak imam Ramlang tu hadir… setahu teman memang tak ada siapa pulak yang katakan ada? teman memantau hampir 24jam sehari tak dengor cerita pulak… tak pa bior teman siasat dengan kengkawan PKR yang belot disana sama ada betui atau tidak…ataupun sekadar cerita pembohong dema… almaklumlah siapa yang ke permatang pauh tentu dah biasa pelbagai kelentong PKR memang banyak…dema tak peduli dgn mak baak dema pun kena karacik! wassalam

  13. Rakyat semut

    Emosional plak “saudari” Apai Neglai nie… Releks bro… Jgn cpt sgt melatah.. Apa yg jd kt Kg. Baru Perak tu…? Boleh share apa yg dh trjadi b4 kau nk maki 7 keturunan aku.. Smua org ada pendapat masing2.. Tlg respect sikitlah… Walau salah seklai pun pendapat yg aku utarakan tp itu hak aku.. Sikap kurang ajar tkan membuat org brsetuju dgn pendapat kau..

    Bila masa pulak aku gembira bukan main nie… Klu otak semut mcm aku nie pun kau tkleh baca tkyah la kau nk suap idea analysis kau kt org lain….

    “Esok2” anak cucu aku tinggal kt flet?…. Woiiii “saudari”.. Dok tidur ke selama nie… Kau g mana hah????.. Utk pengetahuan kau… Tk payah tunggu “esok2″… Hari nie, smlm, mimggu lepas, bulan lepas, tahun lepas, “51 thn” yg lepas… Cuba kau pegi check kt flet2 di seluruh M’sia nie… 80% dihuni oleh “anak cucu aku”.. Tk payah tunggu PR memerintah pun BN dh berjaya buat smua tu.. Klu nk bg pendapat mcm budak2 silakan lah.. Tp jgn hina pendapat org lain.. Tk pun bg je pendapat kau kt Aznil dlm rancangan “tom tom bak”… Boleh aku dan anak2 cucu aku selama 7 keturunan sebelum diaorg mati tumpang gelak..

  14. Yeop KK

    Sebab bezanya keikhlasan dalam perjuangan lah dua exco negeri Perak dari PKR terima rasuah. Baru saja pegang jawatan beberapa bulan dah fikir macam mana nak kenyangkan anak bini dengan duit haram.

    Sebab bezanya keikhlasan dalam perjuangan lah BN tak pernah melindungi sasiapa yg melakukan jenayah atau rasuah walaupun dia menteri, orang kanan dalam jabatan kerajaan atau sasiapa sahaja.

    Sebab bezanya keikhlasan dalam perjuangan lah Anuar sanggup berbohong pada satu masa dulu bahawa dia telah kena racun arsenik, disuntik darah HIV dan bermacam-macam lagi sahingga berapa ramai orang yg menitiskan air mata kerana kesian tetapi hingga kini masih segar lagi.

    p/s: Biasanya orang yg telah dijangkiti virus HIV
    dan kena racun arsenik, tak sampai lima
    tahun dah mampus. Ini dah lebih 10 th.

  15. assalamuaikum semua!

    azhar sirap.. penang kia dan sdr pondan..ehhh silap…podah (apasalhang guna nama keling … kot hang pun sama ka?)

    teman nak bagi tau semasa di permatang pauh budaya kutip duit walau sinonim dengan along punkutip duit jugak… dah tak ada, perjelas kat teman ngaper dah tak kutip…kot yer pun usaha sendirilah yop. kalau teman tak sior (mahu) manalah tau … kot-kot duit MAGNUM ker..jangan buat pasal. tapi lain macam tengok di permatang pauh… semuanya berbayar…. duit sesajer, kalau nak duit (tapi jangan tanya ler dtg dari maner) pergi ke permatang pauh…. mat remapi, mat gian, mat gay janji sebut jer sokong .. hmm boleh buat collection duit raya!.. yang pelik tu sampai bebudak yang tak mengundi pun kalau pegang bendera duduk di belakang motor dapat rm 100.. puhhh banyak tu!

    jadi mamak jangan ler ambik hati dema ni…sampai sekarang kalau ditanya apa sebenarnya yang nak sinuar ni buat untuk negara malaysia ni… tak jawab lansung..ternganga dema ni … apemenda nak buat yer! tapi untuk mamak teman jawab ler … dema sebenarnya sedangkan memperjuangkan nasib pemimpin dema..memperjuangkan hak keluarga pemimpin dema,… memperjuangkan cita-cita karparatl singh dan anaknya,… kit siang dan anaknya (steady dema ni duduk diam sambil tepuk tangan sebab ada barua yang buat kerja depa)… lepas tu dema perjuangkan hak kaum lain (dengor cerita dema nak ke india dan china … nak mintak hak yang sama disana..utk org melayu pulak… he he he kata sama rata), lagi memperjuangkan islam depa yang betui! (almaklumlah saiful pegang quran pun tak betui.. apa hukumnya kalau ia betui maknanya dema telah menidakkan agama islam), lagi memperjuangkan supaya anuar tidak bersumpah (kot saiful salah .. suruh ler anuar buat cara betui), memperlekehkan imam… tak masuk akai betui… buta ker imam tu kalau dah tau saiful… ada akai ker duduk situ lagi di permatang pauh yang teman nak tergelak tu risalah dema buat tu lansung tak nampak real… adaler ditaruk gambar imam yang memakai baju koprat (tak pakai lebai atau songkok pun)… pasal apa tak ada kan sidang video … bior ler life.
    tapi teman cukup respek dema ni mamak cukup cekap bab menipu ni …syok betui dema ni.. tak kira tipu siapa sesaja… mak bapak dema pun ditipu dema

    sekupang dua tak sior (mahu) jadi anak derhaka… iorler (biar) tak dapat duit magnum tu… teman ni berakal bak kata dema ler…JANGAN JADI SITANGGANG YG BELAJOR DARI SITONGGENG.

  16. ASSALAMAUAIKUM..

    sajer nak tanyer kat….INSAN yang bernama AZHAR yang duduk di PENANG kia dan semua tahu berangan macam MAT JENIN.. mai dok relak no, hangpa boleh POOOODAH!

    soalan teman banyak ker dibayor dan banyak ker hangpa punya collection sampai lain macam pertahankan ponngring dan kisah sumpah quran pun tak betui!

    sekupang dua pesan kat miker jangan ler jadikan duit raya …. tak baik cariler duit sendiri yg halal!

  17. Apai Ngelai

    Salam Rakyat semut,

    kehkehkeh…cakap kite saudari tu plak yang emosional… Takkanlah maki dengan bagi contoh pun hang tak tau nak beza? Bila masa lak kite maki keturunan hang? Maafler, kalau perkataan mampos tu tak sedap hang dengar kite tukar lah, takdak terlintas langsung niat nak menghina hang. Kite pun tau jugak batas-batas orang yang berdebat pendapat. Macammana hina tu! Segala macam bentuk ayat kite nak guna, ikut tulis kitelah. Takkanlah nak tanya hang pulak, hang ok kah ngan apa yang kite tulih nih! Biasalah, dah namanya komen tulih ikut tangan masing2, memang tak lari dari salah faham punye. Kite nak keras ke, nak lembut ke, nak sergah ke, tak kacau satu sen pun hang punya hak. Apa mende yang hang abih, kalau hang pertimbang sekejap sebelum nak marah? Kite taknak jadi cam cabaran Pengangkia tuh! Takut oooo…!

    Mana hang dapat angka 80% bangsa hang yang dok kat flet tuh? Laaa…hang tak tau rupenye pajakan tanah rezab kat Perak tu… Ni ngigau apa ta tau satu mende pun? ke buat-buat tak tau? Pura-pura tu sifat buruk yang memang ada kat mana-mana manusia, hang janganlah amalkan sifat tu lak..

    Apa yang kite tulih, selain daripada hang kite uli cukup-cukup. Skarang nih mambang PR cukup banyak masuk sini hah, jenuh nak layan ikut tertib sopan kalau suma tu dah bercampur kasaq lembut macam-macam punya ayat. Kalau hang bukan hardcore PKR atau PR cuma neutral dan beretika, kite minta maaf banyak-banyak. Tak buat kat hang dah….janji…
    Tapi kalau hang balas balik, cite ni takkan abih sampai kiamat pun. Sebagai sesama islam, kite janganlah guna peribadi sebagai mangsa. Kite memang suka tenyeh, uli PKR ngan DAP pasai dah favourite nak gempur terutama kat penyokong2 dier. Tak sikit pun kene kat peribadi orang tuh, hanya ideologinya saja yang kita nak balun abih… Tarbiah bagi faham sket….
    Wassalam.

  18. Apai Ngelai

    Salam sekupangdua,

    Tu disebabkan tersedak ngan duit Magnum masa kempen… Orang kempen macam ni punya besar, biasa kita dengar naik juta, diorang kempen pakai duit collection tu agak-agak cukup pakai sepuluh ribu je gamaknya…

    Diorang cuma berbekalkan keikhlasan dalam perjuangan. Tu yang buat cukup bajet diorang tuh…

  19. Rakyat semut

    Apai Ngelai… Saya setuju dgn stmt saudara yg klu saya counter blk pendapat saudara tu maka berpanjanganlah perkara nie.. so just drop it.. I’ll take your argument in good faith..

    Dan saya bukan hardcore PKR cuma seorang rakyat kerdil yg concern dgn keadaan iklim ekonomi, social dan politik malaysia..

  20. podah UMNO

    salam buat orang UMMO…
    nak tanya sikit…kalau hampa tak malu dan ikhlas dengan jawapan….siapa orang MELAYU UMNO dibelakang…MAGNUM dan GENTING HIGHLAND…aku setuju dan sokong kata-kata AZHAR ARSAT…ahli PAS dan PKR menderma secara ikhlas untuk perjuangan parti….bukan macam UMNO minta derma konon..ppppprahhhh…sapa yang nak derma ikhlas RM1.000.000…kalau tak ada udang sebalik mee mamak…setiap kali ada upacara bagi RM1.000.000..lepas tu demand projek sana projek sini….kemudian…jolok sana jolok sini..tempel muka sana tempel muka sini…mana saja ada orang besaq ada…dia pun menyebok…lepas tu bodek sana bodek sini…suroh orang bagi dia pangkat DATOK…lepas tu esok lusa masuk paper…seorang yang bergelar DATOK didapati bersalah kerana RASUAH…….yang bestnya kepala samseng pun boleh dapat DATOK…aku rasa la ni…pagkat DATOK dah tak ada makna dan kualiti….kerana pangkat DATOK semua dibeli dengan DUIT…bukan kerana jasa yang benar-benar ikhlas untuk berjuang demi bangsa dan negara tercinta…

  21. Salam rakyatsemut
    Kamu ini memang seorang ahli politik yang halus…kamu memang pandai mainjarum diblog UMNO sebagai Nuetral tapi penuh dengan tipu muslihat dalan tulisan kamu!Mamak memang tabik kamu cara kamu memberi komen dan masukan jarum halus dalam minda bloger UMNO!.Tapi kamu awas dan jangan salah langkah kita terlalu amati tulisan awak!.Mamak fikir kamu bukan kerdil tapi chieftain.

    Apai Ngelai kamu teruskan pijak semut…kalau dia sakit biar naik atas mamak buat gulai semut untuk hidangan nanti!.Kueh sarang semut ada tapi blum ada resepi gulai semut!.

  22. podah UMNO

    salam APAI NGELAI…
    tak dinafikan UMNO selama dia memerintah banyak buat pembanggunan..menara mencakar langit…projek sana..projek sini….tapi projek tu untuk siapa sebenarnya….cuba hang dudok sat..pekena roti kepala kera cicah dengan ayaq kopi O…dan hang fikir masak masak…siapa yang mendapat keuntungan dari semua itu….MELAYU atau BANGSA ASING….orang MELAYU UMNO berbangga dengan MAHADIR buat menara KLCC…menara tertinggi didunia dan dia cakap menara tu rakyat punya…tapi bila orang kampung p nak masuk dalam melawat tak boleh…sekadar dok pusing jamu mata tengok kedai kat bawah…nak beli tak mampu rega mahai…last last dok langut buat sakit tenggkok saja…cuba hang p siasat kat KLCC tu ada berapa kedai yang dimiliki oleh orang MELAYU…..ada tak MELAYU yang sanggup dan mampu berniaga disitu….aku rasa MAMAK pun tak mampu nak berniaga mee kat situ…kat kaki lima tu bolehlah…tapi sat lagi mailah SAMSENG GOMEN (bandaraya)…angkut naik lori…lagi satu UMNO buat projek buka tanah sana bukak tanah sini…buat kondo sana buat kondo sini….hang tolong kira sat…berapa kerat MELAYU…toksah lah kita kira projek rumah BUNGLO…malu nak cakap…siapa yang manapoli..belum lagi cakap pasai projek perumahan yang diatas bukit dan gunung…yang mana orang UMNO dok bertekak kata TANAH MELAYU ni…opp…silap cakap… MALAYSIA ni
    milik orang MELAYU dan sanggup menghulur keris dan berjuang mati matian nak jaga reta MELAYU konon…hang p tengok sapa yang punya?.. berapa orang MELAYU… memang ada orang MELAYU …tapi…semuanya nama bermula dengan TAN SRI/DATOK dan dengan apatah lagi gelaran…yang UMNO selama ini dok marah PKR dan PAS bersetongkol dengan DAP kenapa…awat pasai DAP tu CINA…habis MCA tu bangsa apa…MIC tu bangsa apa..siapalah yang agaknya memerintah sekarang ni sehinggakan orang MCA yang berbangsa MELAYU jadi kaya raya…dan last nak tanya…..KLCC tu siapa punya?….orang MELAYU ke…atau…K—-G!….

  23. podah UMNO

    salam APAI NGELAI…
    elok juga lah kalau DSI masuk UMNO balik dan jadi PM…senang sikit dia nak basuh kepala otak BERKARAT YB YB UMNO dengan klorok ….asyik dok jadi yes man aje….dah terang lagi bersuluh…YB YB UMNO ni tiada pendirian…..dulu masa MAHADIR boss….apa dia cakap semua betul…sikit sikit apa jadi KAMI BERDIRI TEGOH DIBELAKANG MADADIR….lani….bila orang tua tu dah berambos dari UMNO dan membebel menyalahkan ABDULLAH…YB YB yang nak jaga kepentingan PANGKAT DAN POKET..menyalak pulak…KAMI BERDIRI TEGOH DAN MENYOKONG PAK LAH…walau pun benda yang dibuat tu tak betui…jadi hang pikiaq sendiri mana letaknya..pendiriaan YB UMNO….kalau dulu kata sokong MAHADIR 100 peratus kenapa bila MAHADIR suroh berenti dan keluar daripada UMNO masing masing buat dak aje….awat takut hilang jawatan dan hilang kesenangan…atau perjuangan belum selesai…perjuangan apa?….perjuangan untuk memenohkan akaun bank….kalau berenti nanti semua alaun hilang…susahlah nak bayaq hutang ….hutang buat banglo belum selesai…hutang kereta belum selesai…lagi pun nanti kalau ikut MAHADIR…depa makan PASIAQ…MAHADIR lainlah dia dah kaya raya……..

  24. podah UMNO

    buat SEKUPANGDUAS….
    betui ke PKR…bayaq duit kat depa semua…kalau macam tu tak salahlah ……PKR cuma ikut contoh baik yang UMNO buat…cuba hang tanya budak budak moto yang dok iring orang UMNO dan budak budak yang ramai bila ada majlis yang dibuat oleh UMNO….ada tak depa bayag duit….yang baguihnya bukan saja duit poket….duit minyak moto pun UMNO tuang…dah tu bagi lagi tshirt siap logo…yang lagi terdesak untuk meramaikan orang pada majlis tu…sanggup puak UMNO ni bayar duit suroh budak budak yang bekerja ni ambil MC…..cuba hang bagitau betui ke tidak…kalau hang kata tak betui…memanglah hang penipu besaq…..kalau tak jom kita bersumpah…jeng jeng jeng….anda berani?

  25. podah UMNO

    buat RAKYAT SEMUT….
    hang janganlah ambik hati…op..silap…nanti MAMPOS pulak APAI NGELAI tu….jangan kecik hati dengan dia….pasai maki hamun dan cela mencela tu dah jadi darah daging dia…nak buat macam mana…celek mata bangun pagi..kena praktis maki hamun dulu…..nanti puak puak dia yang lain akan boikot dia pulak….memang puak UMNO macamtu….hang tengok sajalah YB MELAYU UMNO dalam PARLIMEN…SEBIJIK macam perangai dia ni….so….kita biaqkan lah dia dengan perangai dia…esok esok kalau dia sedaq (tu pun kalau dia SEMPAT nak sedaq)…berubahlah dia jadi orang yang baik…AMIN (bukan ikut kristian tau!).

  26. podah UMNO

    buat YEOP KK…
    BUKAN SEBAB KEIKLASAN DALAM PERJUANGAN…orang BN tak pernah melindungi mereka yang bersalah walaupun menteri….tapi sebab depa ni makan sendiri tak mau nak agihkan habuan yang depa dapat sama rata dan sama rasa….itu yang lebihnya….cuba dia kongsi sama sama….sapa pun tak repot…betui tak….cuba katakan…yeop dah dibagi habuan juta juta…dan duit tu dah yeop belanjakan untuk bagi makan anak bini ….yeop nak belot dengan repot kat polis…bak kata ABANG TUAH hang…woiii…duit sapa tak mau……

  27. hampeh

    Tuah, apai ngelai, Yop KK, Sekupangdua, mamak…..semua hampeh…macam nickname aku jugak. Tapi aku tak hampeh macam korang…..

  28. Apai Ngelai

    Salam Podah UMNO,

    Hang punya lontaran masuk tu bukan main cantik lagi yek! Cucuk jarum sembunyi-sembunyi, hasut lak rakyat semut tu bagi peransang ayat sonsang supaya kite panjangkan debat kat blog nih! Aduh…migrain, migrain…! oh PKRmu, pasai apalah kau jadikan sedara aku yang satu ni sewaktu ngan tapir dan tenuk nih? Pulangkan mereka kembali sebagai manusia kepada kami, kau hanya satu pertubuhan yang merosakkan.

    Poodahhhh! bape kali nak begitau, kitorang bukannya penganut parti yang mendewakan pemimpin atasan.. Kalau PakLah didesak untuk step down, kite tak cakap apapun untuk bela dia. Tu tanggungjawab parti yang memerintah. Pasai kitorang setia ngan perjuangan parti seperti Mamak, abgTuah, kuntakinte, sekupangdua, Yeop dan ramai lagi. Korang tak payah lagilah nak kutuk Paklah. Yang bagusnya die tu jenis yang tak nak memandai-mandai buat keputusan sendiri. Bukan dari menantunye, elakkan fitnah… tapi melalui mesyuarat bersama ahli-ahli yang berkelayakan. Memang agak slow, tapi sekurang-kurangnya die tak berminat ngan pungkok pastu nak lari dari sumpah.

    Zaman TDM memerintah pun korang kutuk gak. Dialah yang majukan negara ni, mengonvert negara berkonsepkan pertanian kepada negara perindustrian. Seandainya dia tak buat suma nih, kita skarang ni dah tentu tengah bertungkus lumus tanam padi, koko, lada dan getah pasal nak bersaing dengan Burma, Vietnam, Thailand, tapi korang lupa..Betuilah apa yang TDM cakap tu dulu..’Melayu dah lupa’. Die rasmi KLCC, lot perniagaan kat bawah tu bukannya ada reserve bagi kat kaum tertentu..Open to all lah..Tapi melayu dah lupa, diorang nih mana brani bukak bisnes yang untungnya hanya nampak lepas stabil 3, 4bulan. Yang diorang nak, bukak bisnes hari nih esok untung berjela-jela. Untung mesti cepat datang, supaya senang nak tukak proton saga kepada BMW pada kadar segera. Bila takdak melayu yang brani nak cuba, diorang management tu juailah kat sesapa jer yang berminat. Takkan nak bagi kosong pulak lot-lot perniagaan sedangkan ramai yang berminat.. Sekarang ni marah kat kerajaan pulak! Tu sebenarnya salah sapa?

    Hampeh,
    Selayak namamu kuserahkaaannnnn, tomahan iniii, tidakkah kau mengerti diri ini……. Weii macha, mu hampeh dah ku sumbat dalam tong sampah. Pandai mu memilih nickname tu. Jangan terlalu merendah diri, nanti semangat hilang. Banyakkan memakan julap, cuci keyakinan diri.kehkehkeh….

  29. Salam apai!
    Hampeh itu sebenarnya ‘hampas’ dan boleh dikategorikan ‘Hampa Gas’-Vaccum state.Otak dah jadi vacum sedut apa saja dari parti pembangkang,tak payah pikiak yang reality!.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s