Kempen Anwar Guna Imam Ramlang Porigi

Dilihat sebagai satu lagi kejutan kempen pilihan raya kecil Permatang Pauh, imam yang menjadi saksi sumpah Mohd Saiful Bukhari Azlan 15 Ogos lalu, Ustaz Ramlang Porigi muncul di Masjid Perda di sini malam tadi, yang turut dihadiri Datuk Seri Anwar Ibrahim, dan membuat pengakuan sumpah itu tidak sah.

Imam itu membuat pengakuan yang dia telah ‘dipaksa’ menjadi saksi dan mubahalah dibuat Saiful tidak sah.

Turut hadir di masjid tersebut ketika itu ialah Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat yang juga Mursyidul Am PAS, yang awal-awal lagi telah menegaskan cara Saiful bersumpah adalah salah.

Ramlang berbuat demikian selepas solat maghrib – salah satu acara Anwar pada hari kesembilan berkempen.

Esok ialah hari pengundian pilihan raya kecil kerusi Parlimen Permatang Pauh.

Saiful membuat sumpah sehari sebelum hari penamaan calon di Masjid Wilayah Persekutuan.

Ini merupakan kali pertama Ramlang muncul di khalayak ramai selepas menjadi saksi sumpah laknat Saiful.  

Selain di Masjid Perda, Ramlang juga menjelaskan pendiriannya dalam ceramah kempen Anwar, calon Pakatan Rakyat, di Masjid Timah Kg Belah 2, Seberang Jaya dan kemudian di Padang Ibu, Penanti.

Dalam kenyataan di hadapan kira-kira 2,000 penyokong Pakatan Rakyat di Padang Ibu pada pukul 11.15 malam Ramlang berkata, “pada hari itu (15 Ogos) saya… saya diarahkan oleh orang atasan saya untuk menjadi saksi sumpah Saiful Bukhari, saya antara empat orang imam yang diarahkan untuk menjadi saksi.”

“Sumpah itu bukan saya yang aturkan, teksnya disediakan oleh peguamnya atau mungkin ada orang lain yang buat itu,” katanya dalam kenyataan kira-kira enam minit.

Ramlang yang muncul dalam pakaian biasa malam tadi, bukannya berpakaian sebagai seorang imam secara berseloroh berkata, beliau kelihatan kemas pada 15 Ogos kerana baru sahaja habis menyempurnakan majlis nikah satu pasangan di Masjid Wilayah Persekutuan.

Tambah beliau: “Apabila dia (Saiful) membacakan teks, dia seolah-olah tidak merasa bersalah.

“Kalau kita seorang Islam yang beriman, kalau kita nak bersumpah ini, kita akan takut apa akan terjadi… tetapi kerana teks ucapan yang dibacakan itu, dia tak rasa bersalah.”

Katanya lagi, disebabkan teks itu disediakan dalam tulisan rumi, maka sebutan adalah salah dan tarikh perbuatan dia diliwat juga salah.

“Sepatutnya dia sebut 26 Jun, tetapi dia sebut 28 Ogos,” katanya yang menegaskan dirinya seorang imam, bukan bilal.

 “Saya rasa para pengundi di Permatang Pauh, mungkin ada yang mengenali saya. Jadi, saya berharap jangan saya dipersalahkan… boleh tak,” katanya lagi.

Selepas kenyataan itu Ramlang terus dibawa keluar dari tempat ceramah dan diberikan perlindungan oleh Pakatan Rakyat demi keselamatannya.

Dimaklumkan bahawa imam itu akan mengadakan sidang media kira-kira 12.30 tengah malam di Yayasan Aman tetapi bekas Timbalan Perdana Menter itu tidak sertai bersama.

mstar Online difahamkan Ramlang berada bersama rombongan PKR sejak pukul 4 petang semalam.

Sementara ketika ditanya mengapa bertindak membuat pengakuan mengejutkan, Ramlang berkata, beliau berhadapan dengan tekanan ekoran pelbagai melemparkan macam-macam tuduhan yang tidak sepatutnya diterima oleh seorang imam.

“Saya mendapati tiada siapa yang tampil mempertahankan diri saya,” katanya.

“Saya dikatakan kurang ajar. Adakah patut saya dicaci,” tambah Ramlang pada sidang media yang dihadiri beberapa pemimpin kanan Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Yayasan Aman di sini.

Ketika sidang media Anwar baru tiba di Yayasan Aman dan bermesyuarat di tingkat satu pejabat yayasan itu.  

Menafikan menerima sebarang ganjaran daripada Pakatan Rakyat, Ramlang berkata, beliau bersedia untuk menerima apa juga tindakan – daripada kerajaan dan Umno – selepas ini.

Katanya, beliau masih merupakan kakitangan kerajaan dan akan terus berkhidmat sebagai imam jika tidak dipecat.

Beliau menyerahkan kepada Umno untuk mengambil tindakan ke atasnya. Beliau menjadi ahli Umno sekitar tahun 2003.

“Boleh katakan saya ahli Umno… saya cuma menjadi ahli Umno kerana hendak tolong kawan,” katanya yang akan keluar mengundi esok kerana ia hak beliau untuk berbuat demikian.

“Saya tidak diperalatkan oleh mana-mana pihak… PKR sendiri yang jemput untuk (saya) membuat pengakuan,” katanya.

Dalam pada itu, Naib Presiden PKR, Azmin Ali pula berkata, imam berkenaan sendiri yang menghubungi pihaknya memaklumkan bahawa mahu membuat pengakuan mengenai isu tersebut.

“Kami hanya dihubungi beliau (Ramlang) petang ini dan kami setuju,” katanya.

Empat hari lalu beliau mengesahkan kepada mStar Online bahawa beliau merupakan ahli Pemuda Umno dengan nombor keahlian 03405843.

Ketika dihubungi mStar Online, Ramlang berkata, beliau merupakan imam yang sah dan bertauliah.

Beliau tidak menafikan dirinya merupakan seorang ahli Umno yang berdftar dan pengundi di Permatang Pauh.

Peti undi Ramlang ialah Penanti dalam bahagian Permatang Pauh.

Risalah yang diedarkan menyebut beliau bukan merupakan imam sebaliknya hanya bilal.

Kandungan risalah itu menyebut: “Akhirnya tembelang orang yang bernama Ramlang Porigi, yang dikatakan imam yang menjadi saksi sumpah mubahalah Saiful terdedah juga.

“Beliau adalah ahli Pemuda Umno Cawangan Seri Machang dalam Bahagian Bukit Mertajam dengan kod keahlian 03405843.

“Tidak menghairankan kepada semua ini, bagaimana pantas “imam” ini memperakui mubahalah yang dilakukan oleh Saiful, sekalipun mubahalah itu diragui oleh banyak pihak sebagai tidak mengikuti kaedah Islam.” – mstar

nota: siapa yang gunakan agama demi kepentingan politik? BN atau Pakatan Rakyat? Berapa ramai rakyat yang menfitnah Imam Ramlang dengan mengatakan beliau hanyalah tok siak dan diperkudakan oleh UMNO dalam acara bersumpah Saiful? Penyokong tegar PKR dan PAS, bertaubatlah, perjuangan anda semua sudah menyimpang jauh dari landasan agama. Kini pemimpin anda sudah mula mempergunakan agama utk kepentingan politik.

Advertisements

15 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

15 responses to “Kempen Anwar Guna Imam Ramlang Porigi

  1. mamamia

    Korang ni sanggup bersetongkul dengan DAP yang dengan terang-terang bencikan melayu. Kemana sudahnya perjuang ini. Bersatulah dengan UMNO. Berpakatlah secara dalaman. Jangan lah terlalu taksub dengan mana-mana parti hingga apa saja yang dibuatoleh parti lain dianggap salah!!!!

  2. kerinchi

    kalau cakap pasal melayu tak yah lah …
    la ni apa nak di banggakan dengan melayu … melayu .. cam hakim yang masuk tv tu .. melayj cam tuh yang banyak dlm umno bangga ngan separuh hindu dan separuh islam …

    kalau nak umno di terima .. perjuangkan islam … dan jika nak betul bekerjasama … terima perlembagaan pas yang utama .. menegAKKAN AL QURAN DAN SUNNAH LEBIH TINGGI DARI PERLEMBAGAAN MALAYSIA ..

    SELAGI TAK TERIMA TU .. JADILAH HANGPA MELAYU SEPARUH HINDU SEPARUH ISLAM ,…

  3. Sekolah Atap

    Orang Islam dimerata dunia samada di Negara Arab mahpun di mana sahaja sering dipandang rendah oleh agama lain di dunia. Diantara sebab-sebab yang boleh dirumuskan adalah seperti berikut:
    a. Suka bergaduh sesama sendiri, samada disebabkan berlainan puak, mazhab dan parti politik. Mereka ingin menegakkan puak/mazhab/parti politik yang diwakili dengan apa cara sekalipun.
    b. Lemah dari segi penguasaan teknologi dan pengetahuan.
    c. Lemah dari segi penguasaan ekonomi.
    d. Sering dikaitkan dengan keganasan.

    Apa yang perlu dipersoalkan adalah, adakah kelemahan-kelamahan tersebut mengikut kehendak Islam? Tidak semsetinya!

    a. Islam berkehendakkan umatnya bersatu untuk kekuatan ummah.
    b. Islam berkehendakkah supaya umatnya kuat dari segi pengetahuan dan penguasaan teknologi dari segala sudut termasuk kekuatan ketenteraan untuk menewaskan musuh.
    c. Islam berkehendakkan umatnya supaya kukuh dari segi ekonomi supaya setiap individu mampu untuk mengeluarkan zakat, yang mana salah satu daripada rukun Islam.
    d. Umat Islam disarankan supaya sentiasa berbuat baik samada sesama Islam mahupun bukan Islam.

    Adakah tunas-tunas perpecahan di kalangan orang Melayu/Islam di Malaysia sudah mula tumbuh? Adakah perkara yang sama akan berlaku sebagaimana Hamas, Fatah, Sunnah dan sebagainya di Negara Arab?

    Adakah perpecahan Melayu/Islam ini memungkinkan kesempatan diambil oleh orang lain sebagaimana yang belaku di Palestin?

    Bilangan??? Ya!! Bilangan merupakan suatu yang amat penting di dalam apa juga sekalipun. Bilangan Ummah yang ramai sekiranya bersatu akan menjadi suatu yang kukuh dan susah dipatahkan. (Adakah kita bersatu?)

    Adalah sesuatu yang sia-sia sekiranya bilangan `majoriti’ umat Islam di Malaysia ini disia-siakan begitu sahaja.

    Sejarah telah banyak membuktikan kerapuhan sesuatu umat itu disebabkan oleh umat itu sendiri.
    Fikir-fikirkanlah wahai Umat Melayu/Islam!

  4. Insan

    hahaha kesiannnnn laaa saiful…

    haaa ni bile imam ni buat pengakuan mesti korang ckp ni konspirasi anwar….hehe sape yang pilih imam ni jadi saksi…hahahaha

    kalau umno tolong melayu dari dulu dah melayu maju…kalau betul umno tolong melayu dari dulu dah melayu akan dapt bnyak tanah bukannya bnyak tanah milik melayu tergadai…

    kalau laa betul nak tolong melayu..betulkan anak muda kita yang kian jauh dari landasan..

    kalau betl laa umno nak tolong melayu tolong laaa seiklas iklasnyee….

    perkataan umno sendiri dari bahasa inggeris…camnee nak tolong melayu…

  5. kuntakinte

    Salam, kalau teman si ramlang porigi buta tu tak layak jadi imam dan patut di pecat sebagai imam.

    mempolitikkan niat orang ke masjid untuk bersumpah dan boleh disamakan untuk mengadap Allah S.W.T.

    Apa kata kalau saiful pilih pergi gereja bersumpah! sebab percaya kan paderi dari imam macam ramlang porigi buta, siapa yang nak tanggung dosanya.

    Pak imam makan gaji kerajaan jadi taik… phui….

  6. kuntakinte

    Salam, Insan, macam pulak saksi nikah kahwin yang korang bayar RM20.00 sorang tu, boleh pakai ke.

  7. AbangTuah

    Salam Insan.

    Aku rasa kau ni dulu UMNO, tapi kerana kempunan tanah kau jadi pembelot betulkan???

    Phuiii..haprak

  8. AbangTuah

    kerinchi
    August 25, 2008 at 3:22 pm
    kalau cakap pasal melayu tak yah lah …
    la ni apa nak di banggakan dengan melayu … melayu .. cam hakim yang masuk tv tu .. melayj cam tuh yang banyak dlm umno bangga ngan separuh hindu dan separuh islam …

    kalau nak umno di terima .. perjuangkan islam … dan jika nak betul bekerjasama … terima perlembagaan pas yang utama .. menegAKKAN AL QURAN DAN SUNNAH LEBIH TINGGI DARI PERLEMBAGAAN MALAYSIA ..

    SELAGI TAK TERIMA TU .. JADILAH HANGPA MELAYU SEPARUH HINDU SEPARUH ISLAM ,…

    Weii kerinci,

    Kau tak bangga jadi melayu ya. Habis Mak Bapak, Tok nenek kau tu bukan melayu ke. Ehh wah mentang-mentang dah berjaya, malu pula jadi melayu, berjaya pun sebahagian jasil usaha perjuang UMNO dulu dah nak tunjuk lagak dan pandai.

    Hai haprak bin sasau bin lahabau bin labu bin buyung bin pontianak bin hanturaya bin jembalang bin abu jahal…apa kemajuan agama yang Tok Guru POLIGAMA kau dah bawa selain dari menjahanankan nusa dan bangsa ini…khourrgh…phuii

    DASAR KACANG LUPAKAN KULIT…

  9. ikankecil

    salam……

    insang jgn slahkan kerajaan kalau anak2 muda skarang ni rosak…..UMNO da lakukan ape yg patut….macam di kg teman anak2 muda yg rosak akhlaknye bukan dari kalangan anak2 orang UMNO tp anak2 orang dari parti kamu la…
    yg byk wat mslah…..ble ditanya diorg jwb slah jkkk kg sbb x de aktiviti yg diaturkan tp ble dipanggil untuk mesyuarat haram seko pown xnpk muke….sp yg nk disalahkan????so dont judge before u make a enough research n homework k bro……aku tau la klu ckp mcm ne pown puak2 ko je yg betul orang len salah….aku nk tgk ape yg ko nk putar belitkan lagi….

    harap balas………..

    ikankecil berenang bebas…

    salam..

  10. Ruhayat

    <>

    Umm. Mungkin ke dia (Saiful) tu tak merasa bersalah sebab memang dia tak bersalah pun?

    Pelik stetmen dari ustad ni. Macam dia dah yakin atau sudah menghakimi yang Saiful tu bersalah. Mana dia tahu budak tu salah atau tidak?

  11. Ruhayat

    <>

    Hmm. Yalah. Berbanding dengan kerajaan PKR di Penang, Perak dan Selangor, di mana sejak PKR ambil alih lebih ramai orang Melayu kini memiliki tanah dan juga perniagaan. Ya tak? (Sarkastik)

  12. Insan

    thanks for your comment…hahaha

    aku tak kebulor ape pon wahai pak tuah…cukup laaa kalau bn bolehh kasik minyak free…hahaha takdenye tanah…kalao ko nak amek laaaa…hahahaha

    laaa kuntakaki..ape ko merepekkk pasall saksi nikah plak nii….aku ade sebut keee…makan siput sedut terlebih nieee….kan imam tu geng2 saiful yang p pilih….hahahah

    hahaha ikan kecil wahai ikan kecil….
    tak sedar2 lagii…islam adelah agama rasmi malaysia…siapa yang sedang memerintah malaysia…so siapa yang perintah mestila jalan kan tanggungjwab…tak dinafikan semuanya kene bertanggungjawab termasuklah diri sendiri…heheh berapa byak daa konsert yang melalaikan yang diluluskan oleh kerajaann???hahah banyakkan???berapa banyak progrem rialiti yang boleh melalaikan…???hehehe banayk tak terkira kann….???

    emmm kalau saiful tu dah ke gereja nampak sagt die tak yakin dah dengan islam…dah murtad kot tuu…boleh jadtuh satu hukum lagi tuu…hukum bunuh..halal darah org yang murtad jatuh ke bumi….ade berani kee…hehehehe

    to kerinci…jgn salah kan melayu…kalau nak slahkan salahkan siapa yang memimpin…walaubagaimanapon kalau siapa kutuk melayu aku tetap bengkek jugak walaupon aku bukan umno…heheheh yang pasai tu aku rase kite sealiran kan tuah…heheh

  13. penangkia

    Salam semua’
    Isy!isy!Isy! Kesian pulak aku tengok Imam muda tu.Masa ada di masjid dgn Saiful tempoh hari, bkn main lagi org UMNO angkat dia sbg WIRA MAT KILAU, tapi bila dia dgn rela hati mendedahkan kebenaran, mcm2 dia dimaki wal hamun.Takkan lah PKR mampu bagi dia tanah bila dia nyatakan kebenaran.Jgn lah terbawa2 dgn budaya UMNO yg suka bagi rasuah tanah, bila nak tuduh org lain.Hakikatnya imam muda tu lebih takut pada azab ALLAH dari yg lain.Dia tak rela dituduh munafik dan hanya menjelaskan keadaan yg sebenar, namun org yg ada prinsip mcm ni selalu jadi sasaran puak konspirator.Begitulah juga nasib yg menimpa doktor PUSRAWI iaitu Dr.Mohamed Osman.

  14. seman

    For Ruhayat,,
    Dulu org tua suh gi ngaji kau lari, suh gi dengar kuliah2 or bab agama kau ponteng.
    Dlm islam klau mencuri dtgkan 2 org saksi n klau berzina (liwat) dtgkan 4 org saksi, klau tak dpt saksi(berzina) di hukum 80sebatan krn menfitnah.
    Bab betul ke tak betul itu dia dgn tuhan sbb setiap kejahatan di janjikan tuhan akan azab (balasan) mahupun masih hidup or mati. Tak percaya ke AZAB Allah.
    Tak perlu la bsumpah dikalayak ramai, 1 MLYsia pulak tu… Inikan peribadi n benda memalukan. Klau sumpah mcm ni, nampak sgt NAWAITU dah lain….
    Klau terjadi la kat kau, kau sggup ke bagi tau kat 1 Mlysia or bersumpah mcm si Sgarpul tu…
    Klau stakat smbyang je tak cukup,, hadir diri slalu ke kuliah2 agama, banyakkan berguru pasal agama, baru la bleh menilai sesatu bendeeee…
    Jadi,,, Iman tu bleh di jadi contoh utk iman UMNO yg lain krn dia berckp yg benar dan tidak berdiam diri bende yg zahir tak betul.
    Dan jugak takutkan ALLAH,tidak takut pemimpin yg zalim lg jahat.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s