Pilih calon ‘kurang’ mudaratkan agama, negara – Mufti Perlis

Tanpa menyebut nama calon, Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainul Abdidin berharap pengundi-pengundi di Permatang Pauh akan memilih calon yang “paling ringan mudarat” atau “membahayakan” agama dan negara, esok.

“Siapakah yang layak dipilih dalam keadaan begitu? Bagi saya pengundi yang matang hendaklah menilai manakah pihak yang paling ringan mudaratnya dibandingkan yang satu lagi,” kata beliau.

Beliau salah seorang pemilih berdaftar di bahagian Parlimen Permatang Pauh berkata, pengundi-pengundi perlu menilai siapa yang paling kurang bahaya dibandingkan dengan yang lain untuk masa depan negara dan umat.

“Seperti orang sakit yang terpaksa memotong anggotanya untuk mengelakkan maut.

“Walaupun dia tidak rela memotong anggotanya, namun jika dibiarkan akan menyebabkan maut, maka dia terpaksa memilih keadaan yang lebih ringan antara keduanya.

“Begitulah keputusan dalam pemilihan di suasana ini,” katanya.

Pengundian pilihan raya kecil kerusi Parlimen Permatang Pauh akan diadakan esok.

Datuk Seri Anwar Ibrahim mewakili Pakatan Rakyat manakala Datuk Arif Shah Omar Shah pula bertanding atas tiket Barisan Nasional dan Hanafi Mamat dari Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM).

“Satu pemilihan mesti dilakukan,” kata beliau dalam rungannya di Mingguan Malaysia semalam.’

Jelas beliau, jika tidak pun untuk memilih yang terbaik, sekurang-kurang memilih yang kurang mudarat antara semua.

“Setelah direnung dan ditenung, maka barulah seseorang pengundi muslim membuat keputusan yang diyakini paling menghampiri keredaan Allah.

“Undi ada nilai dosa dan pahala,” katanya lagi.

Bagaimanapun tambah beliau, “barangkali memilih calon pada musim ini amat meragukan, maka beristikharahlah.”

Advertisements

3 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

3 responses to “Pilih calon ‘kurang’ mudaratkan agama, negara – Mufti Perlis

  1. ikankecil

    salam….

    pilihlah calon yg akan membela nasib penduduk permatang pauh dgn ikhlas kerana agama bangsa dan negara…..pemimpin untuk semua kaum…bkn pemimpin yg mempunyai agenda2 tersembunyi…

    harap maklum….

    ikankecil berenang bebas….

    salam.

  2. penangkia

    Betul tu ikan kecil, pilihlah Anwar Ibrahim yg telah byk membangunkan Permatang Pauh semasa dia jadi Ahli Parlimen di situ.Lebuhraya PLUS yg merentangi kawasan tu pun satu sen tak kena bayaq tol.Banyak kemajuan yg dibawa Anwar ke situ, spt Politeknik, UiTM, hospital dari Buttterworth dipindahkan ke Seberang Jaya, JPJ negeri dr sebelah pulau dipindahkan ke Seberang Jaya dan byk projek perumahan mampumilik dilaksanakan.Walaupun begitu, perkampungan Melayu terus dikekalkan dan tiada pengusiran berlaku spt pembangunan di sesetengah tempat.Jasa beliau tak mungkin dilupakan begitu saja oleh org Permatang Pauh.

  3. Ini bukan fitnah cuma pendapat saya,saya rasa saya tahu siapa dan parti mana yang disokong oleh mufti tersebut.Sebelum menjadi mufti,saudara Asri pernah berdebat dengan Astora Jabat tentang pimpinan Dr.M tapi debat tu tajuk apa saya terlupa,orang kuat saudara Asri juga pernah pertikai kenyataan Ustazah Marshitah tentang air liur basi dalam kesihatan dan semasa itu Ustazah Marshitah adalah Ahli Parlimen B.N bahagian Baling.Dan saya rasa tentu anda faham siapa calon yang dipilih beliaukan…..tapi tak tahulah kut kut sekarang beliau akan pangkah B.N..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s