Tips Untuk Mengundi Di Permatang Pauh

Panduan Sebelum Tidur Malam Ini

1. Ambil Wudhuk atau bersihkan diri bagi yang bukan Islam.

2. luangkan 1-2 minit sebelum tidur berdoa memohon petunjuk tentang siapa harus diundi pada hari esok dari Allah SWT.

Bangun Dari Tidur

1. Bersihkan diri dan bersiap untuk menunaikan solat subuh bagi beragama Islam dan bersiap utk acara ritual penganut lain.

2. Mulakan hari anda dengan hati yang bersih dan bebas dari anasir politik sama ada dari BN atau PR.

3. Mulakan dengan langkah kanan ketika keluar dari rumah dan memohon agar diberi pelindungan dari Allah SWT.

Semasa Perjalanan ke Tempat Mengundi

1. Fikirkan masa depan anak cucu anda. Letakkan generasi hadapan anda sebagai keutamaan sebelum membuat keputusan untuk membuang undi.

2. Lihat sekeliling anda. Bukan lihat pada poster tetapi lihat gelagat ahli-ahli perayu undi sambil membayangkan masa depan negara untuk generasi anak muda Malaysia.

Memasuki Dewan Mengundi

1. Baca Kalimah Bismillah dan masuk dengan kaki kanan. Bertenang.

2. Luangkan sedikit masa sebelum menurunkan pangkah pada kertas undi. Fikirkan sehingga detik anda berdiri menunaikan kewajipan untuk mengundi, Parti mana yang memerintah dengan saksama walaupun ada kelemahannya. Tiada benda yang sempurna di dunia ini.

3. Pangkah lah dengan sempurna dan hati yang bersih. Ingat wajah-wajah generasi muda Malaysia yang akan mewarisi khazanah negara.

4. Buatlah undian sebaik-baiknya dan fikirkan mana lebih penting, kepentingan kuasa peribadi@individu yang ingin menjadi Perdana Menteri atau kepentingan rakyat lebih penting.

5. Ada tiga calon yang bertanding dari BN,PKR dan AKIM. Tekadkan pilihan anda.

Panduan selepas membaca topik ini, fikirkan?

1. adakah anda ingin melihat anak cucu anda disamaratakan dengan bangsa lain sesudah anda berjaya hingga ke hari ini?

2. adakah anda ingin melihat anak cucu anda tidak dipelihara soal agamanya sebagaimana soal agama anda dipelihara hingga ke hari ini?

3. adakah anda suka negara kita digelar sekutu kuat Amerika di ASEAN?

4. adakah anda setuju sekiranya bantuan biasiswa yang mungkin anak cucu anda layak dapat pada masa depan hilang begitu sahaja?

5. adakah anda ingin melihat anak cucu anda terpaksa ‘menderita’ akibat perbuatan anda membuang undi atas dasar simpati terhadap seseorang individu?

6. adakah anda ingin ketuanan bangsa melayu anda yang selama ini dilaungkan2 oleh datuk nenek anda diganti dengan ketuanan rakyat yang entah mana hala tujunya?

7. adakah anda ingin melihat harga minyak murah pada 17 september ini tetapi anak cucu anda terpaksa menanggung beban harga minyak yang sangat tinggi akibat kesalahan undian anda?

8. adakah anda sanggup melihat maruah agama bangsa dan negara anda digadai demi kepentingan politik seseorang individu sahaja?

9. adakah anda ingin melihat negara dipimpin oleh pemimpin dan parti yang rendah moral serta akhlaknya?

10. adakah anda ingin menjadi peribahasa ‘sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya’ sebagai motto hidup anda.?

11. adakah anda ingin pemimpin yang ingin memimpin negara tetapi tidak percaya terhadap badan keselamatan negara beliau sendiri?

12. adakah anda ingin pemimpin yang suka berdolak-dalik dan bermuka-muka demi kepentingan peribadi?

13. adakah anda inginkan agama Islam tidak lagi menjadi agama rasmi kita?

14. adakah anda ingin hak istimewa orang melayu dihapuskan secara total – tiada biasiswa dan sebagainya?

15. adakah anda rela bangsa melayu dan Islam diletakkan sama tarafnya dengan agama lain sesudah lebih dari 50tahun bangsa melayu dan agama Islam diberi hak istimewa bukan sahaja dalam perlembagaan Malaysia tetapi oleh penjajah kita?

16. adakah anda ingin melihat malaysia dikenali sebagai tali barut yahudi dan amerika?

17. adakah anda ingin pemimpin yang sanggup mengorbankan maruah bangsa demi kuasa?

18. adakah anda ingin negara dipimpin oleh seseorang yang terlalu liberal dan tunduk pada telunjuk barat?

PERMATANG PAUH!! ANDA TENTUKAN!!!!

TEKADKAN PILIHAN ANDA!!!!

FIKIRKAN MASA DEPAN ANAK2 ANDA……

17 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

17 responses to “Tips Untuk Mengundi Di Permatang Pauh

  1. unlearn

    1. setiap manusia adalah sama di sisi Allah S.W.T. tiada yang lebih mulia dari yang lain. yang membezakan ialah iman.
    2. adalah menjadi tanggungjawab setiap ibubapa untuk memberi didikan agama kepada anak²nya.
    3. Allah menjadikan manusia dgn berbagai² bangsa untuk saling kenal mengenali dan hormat menghormati.
    4. kerajaan telah memutuskan untuk menambah kuota biasiswa JPA kaum² lain menjadi 45%. Bukankah kerajaan BN yang membuat keputusan ini?
    5. setiap manusia tidak boleh berbuat apa² kepada manusia lain melainkan dengan izin Allah S.W.T.
    6. ketuanan melayu sudah hilang sejak 1500 tahun dahulu. sistem kerajaan yang kita dokong hari ini adalah sistem raja berparlimen. BN telah menghapuskan kuasa raja didalam perlembagaan dan menjadikan raja² melayu sebagai boneka. kerajaan yang memerintah hari ini adalah pilihan majoriti rakyat melalui proses demokrasi. rakyat yang membuat keputusan, ini bermakna kerajaan bekerja untuk RAKYAT.
    7. Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan mereka berusaha untuk mengubahnya.
    8. Tanggungjawab untuk menjaga maruah agama, bangsa dan negara terletak kepada setiap individu didalam negara.
    9. Setiap manusia diberi kelebihan untuk berfikir oleh ALLAH S.W.T. untuk membezakan yang hak dan yang batil. kemampuan akal ini perlu diasah dan didik.
    10. Peribahasa ini sepatutnya menjadi motto setiap individu. berfikir sebelum bertindak. 😛
    11. badan keselamatan negara ini sepatutnya menjadi sebuah entiti bebas dan tidak dikongkong oleh mana² pemimpin!
    12. majoriti pemimpin didalam kerajaan BN hari ini bersikap demikian.
    13. siapa yang ingin menghapuskan islam sebagai agama rasmi? kalau adapun, islam sebagai agama rasmi telah termaktub didalam perlembagaan. untuk menukarnya memerlukan majoriti 2/3 di dalam parlimen. inilah akibatnya apabila terlalu lama memerintah kerajaan BN merasakan mereka mempunyai kuasa mutlak untuk menggubal perlembagaan. atau kamu sebagai warganegara tidak faham sistem perlembagaan ini?
    14. (sebahagian soalan telah dijawab melalui soalan 4) siapakah sebenarnya yang menghapuskan hak istimewa orang melayu? cth MRSM telah dibuka 10% kepada kaum lain.
    15. (telah dijawab-soalan 1 dan 8) cuba saudara kaji dan belajar tentang nilai ‘istimewa’ yang ada pada hari ini. orang melayu memang tidak rasional apabila dibangkitkan tentang isu bangsa dan agama. (sifat ini memang telah terbukti) sebab itu penjajah beri raja² melayu untuk menjaga’hak istimewa’ orang melayu dan agama islam. orang melayu merasakan mereka diberi keistimewaan oleh penjajah. dengan ini penjajah mudah mengawal orang melayu dan merompak hasil negara ini. saudara memang tidak pernah belajar daripada sejarah. LOL
    16.(telah dijawab- soalan 1,2,3 dan 5)
    17.(telah dijawab- soalan 1,3,5,6,7,8, dan 9)
    terima kasih

  2. AbangTuah

    Salam,

    Setiap manuasia diberikan akal dan fikiran untuk bijak menimbang mana berita fitnah tak berasas mana berita sahih lagi berbukti. Kegagalan mengunakan kurniaan Allah tersebut mengakibatkan martabat manusia jatuh kemartabat HAIWANI atau lebih rendah kemartabat NAJIS…

  3. kulop anti umno

    weyh org umno..xpayah nk tuduh macam2..tali barut la amerika la,ape la..ape yg ckp sume tu xnampak maner bukti..yg korang dah buat sume org boley nampak..diberi peluang 50 tahun memerintah,menjahanamkan org melayu jer..ni list(antaranya)
    1.org melayu paling miskin berbanding cina n india
    2.mrsm dibuka 10% kpd non malay,mane pegi umno maser benda ni dibuat..khalid ibrahim baru bagi cadangan,heboh uitm,mcam kene rasuk sebuk nk demonstrasi,benda yg sgt2 pelik bile mahasiswa diberi peluang jd demonstran.
    3.penagih dadah,perompak,perasuah,maksiat–sape juara dlm benda2 ni melainkan melayu?
    4.siswazah mengganggur..lagi sekali..ramai tau yg student melayu ramai menggangur.
    5.penguasaan ekonomi???melayu mesti la yg corot..
    6.pemilikan?..klo dicabut bangunan di kuala lumpur,mungkin yg tinggal yg dimiliki org melayu setakat kampung baru je agaknya..yang pasti,kebanyakan bangunan bukan org melayu.
    7.mat rempit..k.j yang sayang sgt mat rempit..
    malas nk type..nyampah dibuat nye..yang penting korang turunla..

  4. AbangTuah

    Wahai kulop anti UMNO…aku berikan jawapan sewajarnya kepada persoalan bodoh kamu.

    1.org melayu paling miskin berbanding cina n india

    JAWAPAN: Fasal melayu malas berusaha macam awaklah, ashik meminta-minta dari kerajaan, bila kurang menyalak bagai Anjing kelaparan.

    2.mrsm dibuka 10% kpd non malay,mane pegi umno maser benda ni dibuat..khalid ibrahim baru bagi cadangan,heboh uitm,mcam kene rasuk sebuk nk demonstrasi,benda yg sgt2 pelik bile mahasiswa diberi peluang jd demonstran.

    JAWAPAN: Beribu sekolah menengah untuk anak melayu masuk belajar, jadi MRSM no problem di buka kepada Non Bumi. Universiti pula boleh kira dengan jari, jadi UiTM adalah benteng terakhir bagi pelajar melayu yang kurang sedikit pencapaian akademiknya untuk bersaing memasuki Universiti lain. Yang ramai untung adalah anak2 pihak pembangkang yang sedia diketahui kelemahan otaknya, akhirnya dapat juga masuk ke menara Gading UiTM.

    3.penagih dadah,perompak,perasuah,maksiat–sape juara dlm benda2 ni melainkan melayu?

    JAWAPAN: Kebanyakan yang terlibat didalam jenayah di Negara ini bukankah dari puak pembangkang. Tak percaya, ambil sahaja contoh di Permatang Pauh.

    4.siswazah mengganggur..lagi sekali..ramai tau yg student melayu ramai menggangur.

    JAWAPAN: Ramai yang memilih kerja, terutama anak pihak pembangkang yang enggan berkerja kerajaan kerana berpendapat wang kerajaan HARAM!!!

    5.penguasaan ekonomi???melayu mesti la yg corot..

    JAWAPAN: Seperti diatas, orang melayu malas dan suka membuang masa, terutama puak pembangkang yang tahunya bersembang politik kedai kopi, sawah dan ladang tidak diusahakan.

    6.pemilikan?..klo dicabut bangunan di kuala lumpur,mungkin yg tinggal yg dimiliki org melayu setakat kampung baru je agaknya..yang pasti,kebanyakan bangunan bukan org melayu.

    JAWAPAN: Usaha bagi menaikan ekonomi atau meramaikan koporat melayu amat sukar dilaksanakan kerana sikat iri hati dan dengki bangsa melayu dan sifat ini tertanam kejap dihati puak pembangkang.

    7.mat rempit..k.j yang sayang sgt mat rempit..
    malas nk type..nyampah dibuat nye..yang penting korang turunla..

    JAWAPAN: Mat Rempit ramai terdiri dari anak puak pembangkang, mereka menghadapi konflik jiwa kerana ibubapa sering menentang kerajaan, manakala disekolah pula mereka diajar agar menghormati rukun negara…salah siapa???

  5. kuntakinte

    Salam, sedara mat kulop, puak2 species kau memang kerja khianat dan tak bersykur itu memang hobi korang, jenis haprak (itu kata2 anwar) yang kau dan species kau hidup sampai ke la…ni atas kerja sapa, yang hang dok tongang tonggeng sembahyang lepas tu berdoa berstyukkyur kepada Allah limpah kurnia segala nikmat yang kau perolihi atas daya usaha sapa.

    Kalau ada adik beradik hang jadi penagih yang UMNO hang salah kan pasai apa, yang keturunan hang jadi mat rempit yang hang salah kan UMNO pasai apa, memang keturunan hang tak boleh di buat jasa, cepat lupa kan diri. hang jaga lah keluarga hang baik2 yang hang nak salah kan orang lain mencacak jari tunjuk kat orang, diri sendiri tak mengaku, memang hang ikut sifu kauorang si anwar memang jenis species semua salah orang diri sendiri musang berjanggut tang ngaku.

    Puak2 hang tu yang patut turun, ada 2 ekor exco kaki rasuah tu baru 5, 6 bulan jadi exco dah nak sapu harta rakyat lepas tu korang tunding orang lain yang rasuah, diri sendiri yang kebulog nak balun duit haram tak mengaku, piii..rah jenis tak sedar diuntong, hidup selama ini pun penuh mengkedarah duit subsidi kerajaan nak kata orang tak betul, darah jadi virus, otak jadi virus, urat saraf jadi virus, daging badan jadi virus sebab makan barang tak bersyukur, itu lah akibatnya, jangan hang terkejut esok keturunan keluarga hang jadi pengkhianat bangsa macam kau jugak.

    Biar lah kita hidup di alam realiti, berpijak di bumi yang nyata, kita nampak dan korek benda2 yang tak elok dan longgok pada satu pihak, sedang kan yang baik2 kita dan keturunan kita dapat kita diam dan langsung tak bersyukur, taubat lah sebelum terlambat, kubur dah panggil kita masih lupa diri.

  6. AbangTuah

    Ada sekor lagi mahluk sasau PALAHOTAK..

    Kawan-kawan mari kita pergi tenyeh dia…

  7. ikankecil

    salam……
    kulop2……
    sebut pasal kulop ni teman teringat ade orang kg teman namenye kulop gak……prangainya masyaAllah sejibik macam kau tau x…
    x tau bersyukur….xpenah nk hargai ape yg orang dah buat…..jd perampok,penagih,rosakkan anak orang…tp yg lennye kulop kg teman ngan mike die dah bertaubat..skang ni dah sedar diri dah jd baik…tp mike KULOP YG XSEDAR2 DIRI!!!!kalau benci sgt ngan krajaan…duit krajaan sume haram rumah yg mike duduk skang ni atasa tanah sp????klu krajaan busuk ati dah dihalaunye mike ngan keturunan mike dari tanah mike 2…..merempat la tepi longkang ke ape ke…..

    teman setuju ngan jawapan abg tuah kebanyakan perkara2 negatif anak2 puak korang yg kuat agama kuat putar belit ni la yg buat…..contoh da byk…klu aku nk listkan kt sni kang berjela2….buang mase aku je……kalau nk sesat nk telingkup 2 kulop punye pasal jgn nk libatkan orang len…..pui…..

    ikankecil berenang bebas…

    p/s ckp pandai….ngaku islam….salam pown x bagi….bagus….

    salam…

  8. unlearn

    abgtuah,

    Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) ditubuhkan di bawah Akta Majlis Amanah Rakyat Bil 29, Tahun 1966, bertujuan memberi kemudahan pelajaran di peringkat menengah dan pra-universiti dalam bidang sains dan teknologi kepada pelajar Bumiputera yang mempunyai potensi bercapaian tinggi.

    Matlamat kurikulum di MRSM ialah untuk mencapai kecemerlangan akademik, keseimbangan sahsiah dan kecergasan fizikal, untuk mewujudkan pelajar yang mempunyai daya pemikiran yang kritis, kreatif terbuka, sihat, luas dan mendalam ; serta mempunyai semangat patriotik dan nasionalisme yang tinggi.

    MRSM mempunyai matlamat yang sama dengan UiTM. Mengapa anda tidak konsisten mengenai pendirian ini?

    Sejak penubuhan MRSM lebih 95% anak² bumiputera berpeluang untuk memasuki universiti awam di seluruh negara kerana mempunyai pencapaian akademik yang tinggi. lebih 20% pula berpeluang untuk melanjutkan pembelajaran ke universiti luar negara.

    maaf jawapan anda kepada soalan kulop (1 hingga 7) bersifat emosi, tidak rasional dan ‘hysterical’.

    abg tuah, kulop, kuntakinte.
    orang melayu memang kurang menghormati sesama mereka. malangnya mereka begitu memandang tinggi bangsa lain terutamanya penjajah.
    untuk menjadi bangsa yang progressive org melayu mesti lah tidak taksub dengan semangat kepartian dan berfikir dengan rasional terhadap satu² isu dan bertindak untuk kepentingan bangsa.

  9. raikkonen

    ko org ni abg tuah,ker kuntakinte ker,ntah kulop ker…..ko org umno ni merintah dah tak lama lagi…kesian aku ngenang nasib ko orang semua.

  10. raikkonen

    tuah ker,kunta kinte ker….dato anwar dah menang..ntahlah mcmana nasib ko org.Doa tu munajab tu seksa tau!

  11. AbangTuah

    unlearn,

    Patutlah nama hang unlearn, sentiasa tak faham dan tak dapat memahami.
    Apa madsud aku ‘jawapan yang sewajarnya’ untuk persoalan yang bodoh itu.

    Ada ke semua tu nak salahkan kerajaan. Habis tu semua jenayah yang berlaku di Negeri2 pembangkang tu adalah kesalahan pemerintah negeri ke..jawab???

    Madsud sebenarnya, aku tak kuasa nak memberikan jawapan yang benar kerana kau orang terlalu lemah fikiran untuk menerimanya.

  12. Apai Ngelai

    DSAI menang, yang paling kuat bersorak tu DAP lah.. Korang penyokong PKR tu semua bangang, tau apa? DAP dah cerah peluang nak jadi PM lepas DSAI step down kalau dapat tawan kerajaan.

    Kepada mereka yang bersorak tu, ingatlah nasib anak-anak korang yang akan makan sisa-sisa DAP tuh! Melayu PKR semua, insyaAllah kita akan tengok korang menangis esok-esok lepas ketawa kuat-kuat sekarang. Korang ingatlah sekerabat keluarga yang lain tu, Lim Kit Siang jadi PM Malaysia yang ke-7. Bravoo! Melayu PKR boleh……blah!

  13. podah UMNO

    salam buat semua…aku cuma nak mencelah sikit…dah lama aku dok perati hampa semua berhujah kan main lagi..kalah mereka yang dok dalam parlimen…awat hampa yang cerdik pandai tak suroh saja depa yang di parlimen tu letak jawatan dan bagi hampa jaga saja yang jaga…terutama kepada yang paling bijak dan pandai dalam semua bidang…ugama dia kata dia tinggi…sejarah dia kata dia baguih sangat… sampai apa yang orang cakap semua tak betui… sapa lagi kalau tak yang selalu perasan dan meninggi diri c yang dah tak BERTUAH…dan juga kepada MAMAK PENANG yang jadi kaki pengampu si tuah…serta KUNTAKINTE…setau aku KUNTAKINTE ni kalau tak silap aku dalam cerita tv…adalah saorang hamba abdi ORANG PUTEH…apa melayu cakap..MAT SALEH…jadi memang layak dan padanlah kalau ketiga-tiga ini disatukan dalam satu pasukan…maka jadilah mereka TREE STOGES…kah..kah..nak tegelak Kak Chah!…aku bukan apa…kesian jugak kat depa ni jenoh dok menepis serangan dari kiri kanan atas bawah,belakang depan….puh terer juga aku tengok…pasai menibai dan cakap yang kotoq maki hamun…aku respek…dan tabit spring kat hampa..mungkin hampa dari sekolah rendah dan sampai sekolah menengah cikgu dok ajaq yang tu kot…atau bagi si tuah mungkin itu yang dibelajar ketika lama dok luar negeri…dan bila balik Malaysia dia peturunkan ilmu dia kat Mamak dan Kuntakinte…..apalah yang nak bergadoh sangat pasai siapa yang merentah….dah tanggong jawap depalah kalau dah diberi mandat oleh rakyat untuk menjaga kepentingan dan kebajikan rakyat…tapi kalau dah kepercayaan rakyat dipermainkan tentulah rakyat memberontak…ni satu yang aku tak berapa nak setuju sikit…pada sikap MP..MP….YB..YB..TPM ke PM ke…dia orang sedaqke yang depa sebelum dok kat atas tu..depa macam hampa juga..tapi bila dah dapat dok kat atas dapat pangkat dan gelaran…lupa diri..mula angkoh dan mula pandang darjat..p masuk kampung nak kena sambut dengan kapet merahlah..kompanglah..depa tak sedaq diri kah bahawa tampa orang kampung dan orang melayu bodo (tuah yang cakap)…depa tu tak kan dapat merasa dok kat sana….jadi bila dah sampai masa rakyat suruh turun dan gantikan dengan ornag lain..turun ajelah…apa nak gadoh-gadoh…kalau esok orang yang baru tu pulak buat tak betui..kita pula suruh dia blah…apa susah…kata DEMOKRASI TERPIMPIN…(DEMOKRASI TERPIMPIN KONON….P.RAMLEE yang cakap)….aku tak pertikaikan UMNO dah lama memerintah….tapi jangan lah kita lupa dan taksub sangat hinggakan hampa kata semua yang UMNO buat tu semua betui…tak ada salah langsung…kalau ada orang kata salah…tuah and the gang tetap akan kata betui….UMNO sajalah yang pandai dan UMNO sajalah yang menjaga hak dan kepentingan orang Melayu….tapi aku heran juga pasai apa dulu UMNO tak pertahankan nama NEGERI TANAH MELAYU dari ditukarkan kepada MALAYSIA…kenapa LEMBAGA LETRIK TANAH MELAYU ditukarkan kepada LLN nasib baik KERETAPI TANAH MELAYU tupun tak ditukarkan…kalau tidak…entahlah…dan yang hampa betiga melaung laungkan tak nak dijajah lagi….hampa sedaqtak dalam hampa dok sebok-sebok bertekak sesama melayu…hampa sedaq ketidak atau hampa saja buat-buat tak sedaq sebab puak hampa yang buat…kita ni dijajah dari segi sekoloji…(maaf kalau salah eja..aku sekolah tak tinggi…maklumlah sekolah sampai darjah 4 suku…Jepun serang Malaya)…cuba hampa tengok papan-papan iklan yang bersepah ditepi jalan dan papan tanda dikedai kedai….dulu kanmain lagi langtang berkempen UTAMAKAN BAHASA KEBANGSAAN…kalau tak silap aku bahasa MELAYU la tu…tapi la ni hampa tengok..bahasa apa yang lebih diutamakan….pasang dan dengar radio….siaran mana yang ada 100 peratus menggunakan bahasa MELAYU…aku rasa cuma FM KLASIK… dan aku rasa hampa tiga orang tentu tak pernah dengar siaran tu….mana ada KLAS…alamak letih dah tangan aku ni dok menaip..kalau nak cerita sampai suboh tak habis…jadi aku harap pada mereka yang taksub sangat dengan UMNO….fikir masak masak…tak semua yang UMNO buat tu betul…dan kalau ada orang tegoq yang pemimpin kita buat salah…kita mengaku sajalah…toksah lah nak bertegang lehir…kita kan dapat apapun…lainlah kalau kaki ampu tu…dapatlah sikit tempias projek ini projek itu…hampa toksah nak temberanglah…aku dah lama dok campur dan kenai orang BESAR UMNO…dan aku dah puas MAKAN DUIT PAK MENTERI hampa….dalam politik pasai duit SANGGUP TIKAM KAWAN….jadi kalau kat orang yang tak pernah kenal siapa orang MELAYU UMNO hampa boleh temberang….last aku nak ucapkan TAZIAH kerana sorang lagi BEROK….(ORANG UMNO SENDIRI YANG CAKAP…tak percaya baca surat khabar dan ulang tengok berita tv)…tersungkor dan tertirap di Pematang Pauh…..bye…sayonara…sayurnangka…

  14. unlearn

    abgtuah,
    soalan telah di jawab (1 dan 9)

    as human i would like u to improve.

    6 mistakes of men

    1. the delusion that personal gain is made by crushing others
    2. the tendency to worry about things that cannot be changed
    3. insisting that a thing is impossible because we cannot accomplish it
    4. refusing to set aside trivial preferences
    5. neglecting development and refinement of the mind by not acquiring the habit of reading and studying
    6. attempting to compel others to believe and live as we do

  15. AbangTuah

    Unlearn..

    Woii, a set of beautiful list characters, I guess you also meant to address it to your arrogant and naive comrades.

    Unlearn, it’s seems that you got all the tallents and wits. You are too good to be here bro, why not seek other weblog with more intelectual commentators ok.

  16. Hidup Anwar!!! Masyarakat dah tahu, cuma BN jer buat2 tak tahu. Siapakan mereka2 yang berbas2 & berkereta di UITM di Seberang Jaya lepas – Jwpan: Pengundi Hantu. Jawapan dari BN mereka2 ini datang untuk berkempen untuk UMNO. Kepala Hotak korang, masa mengundi mana dibolehkan berkempen lagi.

    Semua Orang dah tahu, BN memang dah tak boleh pakai. 67% memilih ANWAR walaupun banyak pengundi hantu yang terlepas, kalau tak mungkin 80% pasti dicapai.

    BN! Sediakan liang kubur korang agar senang dikebumikan sedikit masa lagi.

  17. unlearn

    abdtuah,
    orl korrect.

    matjenin,
    sekiranya parti anda menang 80% sekalipun. MP anda bertanggungjawab terhadap 100% penduduk di kawasan yang diwakilinya. tidak ada diskriminasi terhadap perbezaan parti.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s