Doa Musnahkan Sesama Islam – bila gilakan kuasa

Majlis solat munajat meminta kemenangan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Masjid Bandar Baru Perda malam semalam turut bergema dengan doa meminta ‘dimusnahkan’ Timbalan Perdana Menteri, Ketua Polis Negara, Peguam Negara dan pengadu kes liwat, Mohd. Saiful Bukhari Azlan.

Doa yang dibacakan selepas solat Maghrib itu antara lain berbunyi: ‘‘Ya Allah… musnahkan Mohd. Saiful… (Tan Sri) Musa Hassan… (Tan Sri) Gani Patail… (Datuk Seri) Najib…”

Bacaan doa tersebut dipimpin oleh Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr. Badrul Amin yang bergema kuat melalui pembesar suara ke kawasan perumahan di sekitar masjid itu.

Mendoakan keburukan untuk orang lain adalah bertentangan dengan ajaran Islam. Rasulullah SAW melarang umatnya berdoa seperti yang dilaungkan di Masjid Bandar Perda itu.

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat turut berceramah di masjid itu. Bagaimanapun beliau hanya tiba selepas waktu Isya dan tidak menyertai majlis doa munajat itu.

Ramai ahli Pas dari luar kawasan turut hadir di Masjid Bandar Baru Perda dan mereka melaungkan takbir bertalu-talu.

Majlis solat munajat Pakatan Rakyat turut diadakan di beberapa masjid lain sejak Jumaat lalu.

Pada masa yang sama Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) turut menganjurkan solat munajat di Masjid Jalan Baru, Seberang Jaya pada 23 Ogos diikuti di Masjid Mengkuang Titi semalam.

Menurut risalah PPIM yang diedarkan di masjid-masjid di Permatang Pauh, solat munajat adalah cara terbaik untuk mencari kebenaran tanpa mendoakan kemusnahan sesama Islam.

PPIM menekankan, jelas kini kemelut yang berlaku semakin menghimpit dan menimbulkan banyak tanda tanya selain tuduh menuduh dan kutuk mengutuk yang melibatkan seluruh masyarakat negara ini.

‘‘Lantaran itulah persatuan (PPIM) ingin mengambil langkah proaktif demi memelihara ukhuwah sesama umat Islam,” kata risalah itu. – utusan

24 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

24 responses to “Doa Musnahkan Sesama Islam – bila gilakan kuasa

  1. maw

    dah tu pelbagai cara nasehat telah disampaikan dari semua lapisan rakyat berilmu tak juga makan ajar.tiada jalan lain munajat pada allah biar allah memberi pengajaran supaya mereka sedar.terlalu menindas dan menzalimi orang sesuka hati adalah perbuatan yang telah lama ditanggung oleh rakyat.selama ini pernah majlis agama para ulamak mengambil langkah2 proaktif,kedengaran hanyalah suara2 mereka lebeh sumbang dari kera2 sumbang dihutan.suara2 ulamak yang lantang diperlekehkan oleh orang yang biadap pada islam perintah allah.hidup mereka yang sedemikian lebeh tunduk pada dunia daripada tunduk kepada allah.

  2. Sekolah Atap

    Orang Islam dimerata dunia samada di Negara Arab mahpun di mana sahaja sering dipandang rendah oleh agama lain di dunia. Diantara sebab-sebab yang boleh dirumuskan adalah seperti berikut:
    a. Suka bergaduh sesama sendiri, samada disebabkan berlainan puak, mazhab dan parti politik. Mereka ingin menegakkan puak/mazhab/parti politik yang diwakili dengan apa cara sekalipun.
    b. Lemah dari segi penguasaan teknologi dan pengetahuan.
    c. Lemah dari segi penguasaan ekonomi.
    d. Sering dikaitkan dengan keganasan.

    Apa yang perlu dipersoalkan adalah, adakah kelemahan-kelamahan tersebut mengikut kehendak Islam? Tidak semsetinya!

    a. Islam berkehendakkan umatnya bersatu untuk kekuatan ummah.
    b. Islam berkehendakkah supaya umatnya kuat dari segi pengetahuan dan penguasaan teknologi dari segala sudut termasuk kekuatan ketenteraan untuk menewaskan musuh.
    c. Islam berkehendakkan umatnya supaya kukuh dari segi ekonomi supaya setiap individu mampu untuk mengeluarkan zakat, yang mana salah satu daripada rukun Islam.
    d. Umat Islam disarankan supaya sentiasa berbuat baik samada sesama Islam mahupun bukan Islam.

    Adakah tunas-tunas perpecahan di kalangan orang Melayu/Islam di Malaysia sudah mula tumbuh? Adakah perkara yang sama akan berlaku sebagaimana Hamas, Fatah, Sunnah dan sebagainya di Negara Arab?

    Adakah perpecahan Melayu/Islam ini memungkinkan kesempatan diambil oleh orang lain sebagaimana yang belaku di Palestin?

    Bilangan??? Ya!! Bilangan merupakan suatu yang amat penting di dalam apa juga sekalipun. Bilangan Ummah yang ramai sekiranya bersatu akan menjadi suatu yang kukuh dan susah dipatahkan. (Adakah kita bersatu?)

    Adalah sesuatu yang sia-sia sekiranya bilangan `majoriti’ umat Islam di Malaysia ini disia-siakan begitu sahaja.

    Sejarah telah banyak membuktikan kerapuhan sesuatu umat itu disebabkan oleh umat itu sendiri.
    Fikir-fikirkanlah wahai Umat Islam!

    Adakah orang `diluar sana’ sedang memerhati Islam sekarang ini? Atau sedang mengintai peluang? Ataupun mereka akan kata “gaduh lagi, gaduh lah lagi, gaduh kuat-kuat lagi.. hehe!”

    • tok janggut

      Kemunduran umat disebabkan umat itu sendiri tak nak kembali kepada islam…sejarah menunjukan kepada kita bahawa islam yg tulin tulah membawa kebahagian dunia dan akhirat..tetapi banyak perkara tak tercapai oleh akal maka beberapa idea baru di ketengahkan tanpa bersandar pada petunjuk yang benar..sesungguhnya kepintaran akal manusia ada hadnya..maka dengan logikal akal pihak barat telah merasuk umat islam sehinggakan semua dari barat tu sempurna..lantaran itulah kita semua dijajah..dari ekonomi hinggalah cara hidup kita seharian..fikirkan apa kepentingan U.S di Afghanistan..pada saya hanya taliban menjalankan syariat islam tu saja..dengan berjalan syariat islam sesebuah negara tu akan menjadi lebih kuat..maka itulah yang menjadi perkara utama barat..lihat dimana saja yang ingin kembali kepada ajaran agama yang sebenar maka barat akan tentang habis-habisan..cuba teliti sejarah perang salib.

  3. BOYISH

    Mereka taksub pada penasihat mereka dan menidakkan kemungkiran mamat tu. Berani pulak buat doa munajat untuk tunjukan kebenaran. sekali….Penasihat tu yg terima bala….adus…cukup-cukup la Uztaz oiii..

  4. AbangTuah

    Salam.

    Wahai Tok2 Guru dan Lebai2, bagaimana sekiranya Allah menerima doa kedua-dua pihak yang beagama islam ini. Di khuatiri kifarahnya akan turun kepada semua..kerana masing2 mendoakan kemusnahan antara satu dengan lain.

  5. aberamly

    MARI MAMAK DAN ADIK2 SEMUA MAI BUKA BLOG OTAI, BACA PANTUN KELANTAN BEST ALAMATNYA:

    http://ramlyotai.blogspot.com

    PANTUNNYA:

    “RAJA BONTOT, RAJA BABI
    PAKATAN RAKYAT MOLEK SOKMO
    LUBANG LUAS, KENTUT TAK BUNYI
    ASAL HOK MELAYU, BAGI KO CINO”

    MAMAK SUKA KA?

  6. kuntakinte

    Salam, sedara sekolah atap, teman setuju pandangan sedara yang mengetahui apa yang berlaku dan menulis untuk kesedaran keseluruhan umat Islam.

    Hanya teman, Isteri dan anak2 teman keliru, ada golongan yang sanggup menguna sembahyang hajat dan menggunakan doa untuk memohon keburukan kepada umat lain seperti yang berlaku di Masjid Perda. ini betul2 buat teman tersedak dan kecewa.

    Menggunakan sumpah tidakkah lebih manis digunakan dari kita menggunakan solat semata2 untuk kepentingan satu2 puak, teman tak marah kan saiful kerana dia individu ini sebuah parti dan akhirnya kita lihat Parti PAS, PKR, lawan Saiful.

    pada fikiran teman Parti satu yang besar dan apa saja yang dilakukan boleh memecah belahkan umat, manakala Saiful kalau rosak pun hanya dia saja yang rosak tidak umat yang rosak.

    pening!!!pening ana.

  7. kuntakinte

    Salam, apa lah yang di fikir kan dik pak lebai dan pak serban yang dikatakan tinggi ilmu agama nya. hai..hai.. tersedak teman, naik bulu roma teman. apa nak jadi tak tau lah….

    Anwar dan saiful je hal nya habis semua pak lebai dan pak serban litang pukang.

  8. Kita kena ingat siapa dalang dibelakang Saiful..Kenapa anda semua berilmu tinggi ka sampai sanggup maki pak lebai dan tok imam?? Cuba fikir siapa yang buat ainaya pada orang Islam sebelum ini,memalukan orang lain dengan tuduhan melampau….

  9. AbangTuah

    Azahar asrat

    Nasib baik kat sini ada yang budiman seperti Keris silau, segan juga aku. Kalau tidak engkau termasuk dengan Tok2 Guru engkau aku tenyah dengan kejamnya faham ke tidak wahai jenis mahluk penjahanam bangsa.

  10. Wirawaja

    Pernah ke kita dengan orang2 UMNO/BN membuat solat hajat beramai2 dan berdoa supaya orang2 Islam dalam PKR, PAS dan lain-lain dimusnahkan?

  11. Salam,
    Mamak rasa tuan guru-guru parti pembangkang telah terlalu ikutkan emosional politik dalam kefahaman agama yang sebenar …mereka mungkin terkeliru dan terlalu didesak oleh orang tertentu dalam parti untuk melaksanakan doa yang sebegitu.Sebagai ulamak beliau sanggup berpakat dengan orang yang mohon kemusnahan diri orang lain yang seagama dengan mereka.Apakah telah terjadi pada ahli PAS sekarang?Inikah Islam yang sebenar yang anda semua ingin?.Orang Islam ditegah memaki-hamun walaupun ia adalah seekor Haiwan inikan manusia dan beragama Islam.Kenapalah menggunakan Masjid yang mulia untuk melakukan perkara-perkara sebegini.Tidak ada tempat lain ke?.Jadikanlah Mesjid ini tempat nuetral politik dan tinggalkan mesjid itu sendirian itu baik bagi puak UMNO ataupun Parti pembangkang terutamanya Parti Pas.Walau apa pun ideologi kita bila kita berjamaah bersama dan bersalaman akan mengeratkan tali siratul-rahim sesama Islam.Keturunan,Bangsa,tidak pandang oleh Allah s.w.t cuma kemuliaan seseorang yang betul beriman dilihat olehnya.Apabila kita bersolat anggaplah diri kita akan dimatikan oleh Allah dihari esoknya.Anggaplah sebagai orang lain sesama agama Islam itu sebagai saudara kamu.

    Janganlah kelirukan fungsi mesjid itu yang menyatu-padukan semua Masyarakat kaum Muslimin dan Muslimat untuk kegunaan peribadi dan matlamat kejayaan politik.Wassalam.

  12. penangkia

    Salam semua,
    Tahniah kepada ketiga-tiga calon yg bertanding. Keputusan menunjukkan ketidakpuasan hati rakyat kepada kerajaan BN dan bkn taksub kpd Anwar semata-mata.Majoriti rakyat berasa terhimpit benar2 mengharapkan perubahan pentadbiran di Putrajaya.Rakyat hanya sekadar ingin memberi peluang kpd Anwar dan bukan terpengaruh dgn kehebatan pidato beliau semata-mata.Kalau dia gagal, pasti rakyat akan menolak beliau slps 5 tahun, tapi sebaliknya kalu dia mampu memperbaiki nasib rakyat.Hakikatnya, keputusan rakyat adalah kerana kelemahan kerajaan dan bkn kelebihan Anwar semata-mata.Diharapkan, semua rakan2 memahami hasrat rakyat dan usahlah terus melabel Anwar dgn pelbagai nista kerana ianya blh terus menarik sokongan majoriti rakyat kepadanya. Berkenaan doa segelintir ulama’, usahlah kita terus menjatuhkan hukuman dari sudut pandangan kita.Kemungkinan mereka berasa mereka teraniaya ataupun sememangnya mereka dianiaya dan dizalimi dari sudut pandangan lain.Sekian dan fikir-fikirkanlah.

  13. umno ISLAM KE???

    LIHAT PERLEMBAGAAN KAMU….

    Sebagai perbandingan awal, lihat kepada perlembagaan UMNO; ” Fasa 3(3) asas dan tujuan penubuhan UMNO ialah untuk menegak, mempertahan dan mengembangkan Islam, agama rasmi negara serta menghormati prinsip kebebasan beragama.”

    Apakah Islam yang dimaksudkan adalah keseluruhan Islam dalam konteks cara hidup ( termasuklah cara berpolitik ) atau sekadar perkara-perkara rasmi sahaja yang hendak ditegak, dipertahan dan dikembangkan. Dalam konteks politik Malaysia, UMNO yang membentuk kerajaan memang meletakkan Islam dalam perlembagaannya, tetapi Islam sabagai agama itu adalah bersifat tiga serangkai bersama-sama bangsa dan negara. Agama merupakan satu daripada tiga perkara yang diperjuangkan. Apabila terdapat tiga perkara untuk diperjuangkan, mungkin di sana terdapat keutamaan-keutamaan yang perlu disegerakan dan keutamaan lain ditangguhkan dahulu. Dalam lain-lain hal mungkin keutamaan tidak diberikan kepada agama sahaja. Mungkin terdapat beberapa hal bangsa itu atau negara itu diutamakan dari perkara lain. Maka soal agama tidak semestinya menjadi keutamaan yang paling utama. Ada masanya agama perlu ditolak untuk mengutamakan keutamaan yang lain.

    Mereka yang yang mahu menyertai UMNO, antara syaratnya ialah patuh dan taat kepada Perlembagaan UMNO dan Perlembagaan Persekutuan. Sedangkan jika kita rujuk kepada Perlembagaan Persekutuan, peruntukan seperti perkara 4(1) Perlembagaan Persekutuan adalah jelas bercanggah dengan Islam.

    Perkara 4(1) Perlembagan Persekutuan berbunyi ; “Perlembagaan ini adalah undang-undang utama Persekutuan dan apa-apa undang-undang yang diluluskan selepas Hari Merdeka dan berlawanan dengan Perlembagaan ini hendaklah terbatal setakat yang berlawanan itu ”

    Berdasarkan kepada dua perkara yang menjadi asas kepada penubuhan UMNO itu, jelas bagi kita bahawa agama yang diperuntukkan dalam perlembagaan UMNO itu ialah agama yang difahami sama seperti agama-agama yang lain, bukannya Islam yang bermaksud Ad-Deen atau sistem hidup atau cara hidup yang lengkap dan menyeluruh.

    Mereka yang menjadi pendokong dan penyokong parti sekular seperti UMNO juga mengakui bahawa Al-Quran itu kitab mereka. Tetapi dalam masa yang samamereka menjadikan perlembagaan negara sebagi rujukan tertinggi menggantikan autoriti Al-Quran sebaga rujukan tertinggi dalam pemerintahan serta pentadbiran negara atau rujukan kepada apa-apa keputusan politik yang mereka buat. Oleh itu Al-Quran adalah hanya menjadi rujukan tertinggi dalam ibadah sahaja. Sepatutnya, sesebuah parti yang benar-benar menjadikan Islam sebagi imannya tidak boleh menjadikan dua perkara sebagai rujukan tertinggi dalam satu masa.

    Merujuk kepada Perlembagaan Persekutuan, semua undang-undang yang bercanggah dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan akan terbatal setakat mana ia bercanggah. Dalam peruntukan ini, mereka meletakkan perundangan negara sebagai rujukan serta perundangan tertinggi dan undang-undang lain ( termasuk syari’at Islam ) adalah terbatal sekiranya bercanggah dengannya. Ini bermaksud, sekiranya Al-Quran dan Al-Hadith bercanggah dengan Perlembagaab Persekutuan, maka Perlembagaan Persekutuan yang akan dipakai dan secara automatiknya Al-Quran dan Al-Hadith tiada terpakai. Maknanya, undang-undang persekutuan boleh membatalkan undang-undang Islam yang berasaskan Al-Quran dan Al-Hadith. Perkara ini adalah amat serius di sisi ‘aqidah bahkan boleh menjadi syirik kerana menolak sumber utama rujukan Islam.

    Jika penyokong dan pendokong UMNO mengatakan ianya adalah berdasarkan Islam, maka perkara tidak boleh berlaku. Sepatutnya kedaulatan Islam itulah yang paling tinggi dan tiada yang lebih tinggi dari Islam walaupun perlembagaan persekutuan dan undang-undang lain akan terbatal sekiranya bercanggah dengan Islam. Sebagai contoh,sekiranya Akta Keselamatan Dalam Negari ( ISA ) dan riba itu bercanggah dengan undang-undang serta keadah Islam, ia tidak boleh diamalkan di negara ini sebab ia bercanggah dengan Islam. Berlainan dengan UMNO kerana mereka tetap memertahankan perlembagaan negara di dalam undang-undang tubuhnya. Inilah yang didokong oleh UMNO.

    Ada juga pendapat yang mengatakan bahawa sesebuah parti politik itu hendaklah dinilai bukan sekadar pada yang tersurat tetapi yang tersirat atau dinilai dari segi batin tetapi dari segi zahirnya sahaja. Undang-undang tubuh atau perlembagaan parti walaupun tercatit tetapi kita hendaklah menilai bukan sahaja pada yang tersurat tetapi kita juga hendaklah menilai yang tersirat yang dapat kita capai dengan pemikiran kita. Bagi saya apa yang tersirat tidak boleh dijadikan hujah kerana ia tidak diketahui oleh sesiapa melainkan Allah Ta’ala.

    DOA ITU BUKAN MINTAK PADA ALLAH MUSNAHKAN SESAMA ISLAM, TAPI MINTAK PADA ALLAH UNTUK MUSNAHKAN SIAPA SAHAJA YANG MENOLAK ISLAM..UMNO TERBUKTI MENOLAK ISLAM..TOKSAH BERLINDUNG DIBELAKANG NAMA ISLAM..

    ALLAHUAKBAR!!!

  14. AbangTuah

    anak bapak

    Aku ni dah boring betullah dengan Lebai yang tak bertauliah di terjunkan dari langit. Deiii Tok Lebai bin Abu Lahab, tak payahlah nak tazkirah kat sini, pertikai macam2 perlembagaan, nanti tersumbat masuk ISA baru kau tahu!!!

    Aku nak tanya apa yang PAIH perjuangkan selama ini, bolehkah bergaul dengan politik yang diasaskan oleh orang Greek iaitu DEMOKRASI. Kenapa orang PAIH sanggup masuk dan sanjung Dewan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri sekiranya Politik Negara ni bukan berlandaskan Islam.

    Deii Lebai sarankan aje Tok2 Gurau kau tu jadi ULAMA sejati tak payah berpolitik…jangan jagi POLAMAK..memperjuangkan POLIGAMA

    Kau jangan nak dolak-dalih lagi, kau terangkan pada aku seterang-terangnya. Pada aku sekiranya kau tuduh UMNO ikut pelembagaan Kafir maka Kafir lagi PAIH yang kau sanjung tu kerana terikut sekali konsep DEMOKRASI BERPELEMBAGAAN

    Deiii Tambi…aku sumbat mulut tu karang…kelentung jee lebih…yeeii…poooodah.

  15. AbangTuah

    Aku masih tak puas hati dengan Lebai bangang ni. Deii Lebai kau terangkan sejelas-jelasnya persoalan kenapa PAIH berpolitik mengikut cara DEMOKRASI yang diasaskan oleh ROMAN dan GREEK yang Negara kita amalkan sekarang.???

  16. AbangTuah

    Aku rasa nak ludah aje mahkluk yang bernama Anak bapak ni. Deii..apa hukum Islam yang dah PAIH laksanakan di Trengganu, Kedah dan Perak….deiii mamat tongong..kau seorang aje yang masih tergangga lagi, kau tak faham lagi ke PAIH dah kearah liberalisasi…phuiii..tulah akibat mengaji tak habis.

  17. AbangTuah

    Weii..anakbapak,

    Kau tahu tak doa munajat PAIH tu kan menghancurkan PAIH sendiri kerana PKR dan DAP dah sah lagi nyata tak menyokong perjuangan PAIH. Dan PAIH sendiri pun bukannya ikut sebenar-benarnya hukun Islam dikawasan jajahan takluknya.

  18. Apai Ngelai

    Salam anakbapak,

    Seperkara yang kita hendak faham apakah konsep sebenar islam yang sepatutnya diamalkan sebagai panduan dalam politik itu oleh saudara sendiri? Umum mengetahui hampir kesemua institusi perbankan di negara kita ini mengamalkan konsep mirip riba terutama berkaitan pinjaman perumahan dan sebagainya. Tidak mustahil jika saudara adalah sebahagian daripada mereka yang terlibat dalam percanggahan islam itu sendiri. Mampukah saudara menafikannya?

    Pakatan rakyat mempunyai kelemahan-kelemahan yang lebih jelas jika diteliti satu persatu. Penggabungan silap oleh ketiga parti yang mempunyai agenda masing-masing bagi membentuk sebuah kerajaan. Kita tunduk hormat kepada PKR dan PAS kerana dapat mengislamkan DAP yang lantang keceluparannya. Dan juga kehebatan kedua parti tersebut memujuk Karpal serta Lim Kit Siang untuk membina sebuah kerajaan pemerintahan islam yang berpandukan ajaran Al Qur’an sepenuhnya dengan sangat berkesan. Lihatlah negeri-negeri di bawah naungan PR, di mana islam dijadikan sebagai kiblat dalam sistem pentadbiran. Inilah kaedah islam yang sebenar yang harus dicontohi mengikut pendapat saudara anakbapak.

    Sila beri pandangan yang adil terhadap UMNO, hendaklah juga disertakan perbandingan dengan Pakatan Rakyat itu sendiri dalam penilaian saudara. Pada saya pendapat saudara terlalu subjective, lebih memihak DSAI dan PKR oleh yang demikian pandangan saudara ini tidaklah dapat diterima sebagai penilaian adil yang bebas dari pengaruh pihak-pihak tertentu dalam politik. Dalam ertikata lain – Tidak dapat dipakai.

    Alhamdulillah, kita amat berpuas hati dengan penjelasan saudara anakbapak tentang doa DSAI tidak ditujukan kepada umat sesama Islam yang mengamalkan ajaran Islam. Saudara menyatakan doa tersebut sebenarnya MINTA PADA ALLAH UNTUK MUSNAHKAN SIAPA SAHAJA YANG MENOLAK ISLAM. Dan kita meminta maaf di atas segala salah faham kepada umat PKR beserta saudara sendiri berkenaan doa yang dilafazkan tersebut – rupa-rupanya ditujukan kepada DAP, yakni kumpulan yang terang-terangan telah menentang Islam sejak dari awal lagi dan itulah maksud saudara, wallahua’lam.

    Tetapi kita hairan mengapa pula UMNO dilihat lebih mengancam Islam itu sendiri daripada rakan gandingan kafir harbi yang dilindungi oleh pakatan Perikatan? Kita tahu ini adalah ‘sign and sintom’ politik sonsang yang cuba dirasionalkan oleh golongan-golongan intelek pembangkang. Sangat merbahaya. Sila perjelaskan situasi ini..

    Terima kasih di atas penjelasan saudara berkenaan perkara ini. Namun, kita perlu seseorang benar-benar berada dalam bidang ini untuk menghuraikan satu-persatu berkaitan perkara tersebut.
    Wassalam.

  19. Salam dei!Anakbapak,
    Kalau dah buat salah itu janganlah selindugkan ustz pujaan itu…salah teap salah…hang ini nak ajar kita pulak…dengan alasan macam-macam!.Lain kali hampa baca panjangkan umur LKS dan Bai itu supaya mereka sama-sama dengan mereka berjaya sam juga dengan DSAI kamu semua ini kata orang kroni…kroni tapi kalau diri sendiri buat ada je alasan.Usataz hang itu dulu kata nak pancung ulamak kerajaan..suruh buat ugutan itu sekali lagi…tau hang dengan dia nak pi mana nanti!.Biasiswa tahun ini dah ambil ke belum?.Duit biasiswa itu ada juga campur duit cukai hiburan,judi dan arak pastikan ia halal sebelum digunakan!.dei poodah…nak ajar orang konon!

  20. Salam apai,
    Dia tujukan doa itu untuk Dap dan Hindraf agaknya … nak undi punya pasai apa pun boleh…Kaum bukan Melayu bukan seronok dengan DSAI tapi depa terlalu syok lihat Melayu hentam Melayu!.Dalam masyarakat majmuk seperti di malaysia ini memeainkan sentimen adau-domba sesuatu kaum amat bahaya.Bukan Melayu sekarang boleh dikatakan 99% dibelakang Anwar untuk hancurkan UMNO yang mereka sekian lama tunggu!.Yang sokong UMNO itu tetap sama tak kurang mungkin tapi klon-klon UMNO seperti PKR tak akan lama dalam pasaran.Anwar mungkin tinggalkan PKR macam juga ABIM apabila tiba masanya!.Yang dok negara barat sokong dan promosi dia untuk apa?.Dia memang teringin jawatan lebih tinggi iaitu “Setiausaha Bangsa-bangsa Bersatu”!.Itulah matlamatnya bukan PM!.PM tetap Pak Lah punya sampai bila-bila…itulah janjinya!.wassalam.

  21. Big8

    Salam,

    Terlebih dahulu, tahniah diucapkan kpd saudara DSAI. Nampaknya cita2 saudara semakin tercapai. Tetapi saudara jgn lupa cita2 dari pengundi2 saudara. Cita2 dari pendana2 saudara. Kita tunggu dan lihat. Yang mana dulu saudara dahulukan. Pengundi atau pemberi dana atau diri saudara sendiri.

    Berkaitan topik yg dibincangkan di atas, adakah perkara yg disebut di atas adalah benar2 berlaku? Sekiranya ianya benar2 berlaku, maka sama2 lah kita berisfar banyak2. Nampaknya ilmuan2 agama telah terjerumus dlm kekotoran politik. Sepatutnya dgn ilmu yg dipinjamkan oleh Allah mereka seharusnya mencuci kekotoran yg mewarnai dunia politik. Tetapi sebaliknya yg berlaku. Astagfirullahalazim…

    Nampaknya umat2 Islam masih mengulangi kesilapan2 lampau..Tidak pernah mahu mengambil iktibar darinya. Lebih musuh-memusuhi sesama Islam. MasyaAllah..

    Wahai ilmuan/ustaz/tuan guru, saya menyeru agar saudara2 berusaha membetulkan kesalahan/kemungkaran bukan berusaha memusnahkan umat Islam lain. Pergunakanlah ilmu yg dipinjamkan itu ke arah jalan yg diredai bukan menggunakan ilmu itu ke arah kemurkaan ilahi..Perbetulkanlah kami sekiranya kami tersasar, dan jgn musnahkan kami kerana kejahilan yg ada pada kami.

    Dgn bergemanya doa2 menghancurkan sesama Islam sehingga didengari penduduk sekitar, adakah ini ajaran Islam, adakah ini contoh yg baik kpd umat Islam dan bukan Islam. Apakah pandangan bukan Islam terhadap Islam. Adakah saudara telah menunjukkan contoh yg baik. Jgn sampai nafsu menguasai ilmu. Jgn sampai ilmu digunakan utk memuaskan nafsu. Jgn sampai berbunuhan sesama Islam. Jgn sampai menyesatkan umat Islam yg lain. Gunakanlah ilmu dan kedudukan saudara2 ke jalan Allah. Maaf…

  22. tubir

    aku pun berdoa juga agar anuar dan tukang baca doa semasa munajad tu tertelan tulang ikan dan terus mati…kalau hidup berlandaskan hawa nafsu …..ilmu agama dibuat mencari duit dan memutarbelitkan macam pas dan tuan tuan gurunya tak payah lah lebih baik bela babi dan peluklah babi dengan erat…..pas ,dap,keadilan…sekandang babi lagaknya ……sondol menyondol lah kamu semua…..tapi nik aziz nih dia selamat sikit lah sebab pakai serban ,hadi pun sama juga .heheheheheh

  23. aberamly

    itulah politik. politik kita dapatkan mandat orangk kemudian kita buatlah keputusan kita. mamak mana tau yang anuar tak mau jadi PM. setakat baik dengan penyarah dan tokoh-tokoh kewangan, boleh ke anuar jadi su agong PBB? lepas tu anuar pi berunding ke hulu ke hilir dengan idea keadilan dan sama tarafnya tu adakah amerika dengar. amerika tetap tindas islam. oleh itu anuar pi berunding dan bincang mungkin tak kena forum kot atau silap masuk….forum. idealisma dan akademik akan hanya tinggal sebagai sebutan di mulut saja, tapi di tangan tetap dengan agenda yang ganas. begitulah anuar dengan DAP! kalau saya jadi DAP saya pun suka sebab nak hapuskan roh dan sejarah Melayu di bumi Tanah Melayu ini… macam Sing… ga.. pura2. lu ada otak fikirlah!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s