Keputusan tak rasmi pilihanraya kecil permatang pauh

Dsai menang dgn majoriti 15000. Tahniah!

Advertisements

21 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

21 responses to “Keputusan tak rasmi pilihanraya kecil permatang pauh

  1. Saifudin Jalis

    8.40 malam:Keputusan tidak rasmi yang diterima adalah Anwar menang sebanyak 31,949 undi manakala calon BN mendapat 14,297 undi manakala calon bebas hanya 74 undi. Majoriti undi yang dimenangi Anwar adalah 17,652 undi. – mr/mks.

  2. tubir

    Tahniah kepada orang permatang pauh kerana mahukan anuar sebagai wakil merika.Untuk BN lupakan saja atau padamkan saja permatang pauh dari buku catitan angaplah tiada orang atau manusia dipermatang pauh tu.
    tumpukan dikawasan lain ada lagi harapan teruskan usha jangan putusasa.Dunia belum berakhir……………Dan pada anuar jalan masih panjang ………………….sama samalah kita lihat…….bakal PM kita ni …..Kata 16 sep

  3. AbangTuah

    Salam

    Biasalah, dalam pertandingan mesti ada menang ada kalah. Tapi kat mana dia nak jadi PM, hmmm…Pulau Pisang masih tak ada PM, bolehlah Pulau Pisang pun ok gak.

  4. aiii…

    xkn tu jerr info..

    bg la panjang lebar ckt..

    heeeeeeeeee..

  5. ha …. padan muka BN ……. Kalah pun BN dek DSAI ………….heeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeweiiiiiiiiiiiiiiiii

  6. AbangTuah

    La…tak ada ape-ape lah. Kawasan tu memang asalnya kawasan Parlimen PKR, nak rugi apemendanya. Cuma yang aku kesal tingkah-laku Mat Kencing tu menyusahkan dan merugi kan duit pembayar cukai.

    Tu sebab aku tanya dia nak jadi PM kat mana Pulau Piasang ke Pulau Jerjak????

  7. penangkia

    Hakikatnya majoriti rakyat Malaysia inginkan perubahan, samada Anwar blh jadi PM atau tidak bergantung kemampuan utk mengatasi rintangan yg amat sukar, pastinya.Tetapi, inilah hasrat hati rakyat Malaysia.Bkn mudah utk seorang calon pembangkang dapat majoriti yg lebih tinggi daripada undi yg diperolehi lawannya.Beliau bkn melawan calon BN semata-mata, tetapi berhadapan dgn seluruh jentera kerajaan.Sampaikan Najib berkampung berhari-hari di sana, tetapi ketidakpuasan hati dan keinginan rakyat telah dibuktikan.Hormatilah pilihan rakyat.Kalau terus perlekehkan pilihan rakyat, maka sendiri mau ingatlah….

  8. hampeh

    moderator…skit nyer berita….takan takde ulasan skit sebanyak. Sekurang2nya ader gak bacaan nnt utk puak korang ni nak baca. Moderator pun macam tv3 gak sblm mengundi bukan main lagi loparan berita ngan kempen dia….tup2 kalah tak samapai 10 minit takde citer dah sampai kesudah. kalau lah bn menang tak tau lah berita camner yg geng korang tulis.

    Hei tuah@buah…selalunya kau ni juara dlm menulis komen panjang2….la apasal pendek jer tulis…cis juara konon. tengok sekrang 2/3 rakyat permatang pauh tolak bn/umno…mgkin juga 2/3 rakyat malaysia juga akan berbuat demikian kalau PRU dibuat sekali lagi skrg ni. kalau nak tau geng korang ni skrg dah jadi minoriti dalam masyarakat malaysia ni.
    Amacam….marah…jg marah nnt kena jual.
    sakit hati tak.

  9. raudha

    salam,
    -cerita 1(anwar v putri gunung ledang)
    tahniah buat DSAI,tercapai gak cita-cita nak menang.
    kita tgk apa jadi nanti.camne rupa putri gunung ledang versi anwar.
    kalau putri gunung ledang cuma nak jambatan dari melaka ke gunung ledang je.
    tapi anwar dari pematang pauh ke putra jaya.hebat tu.
    sultan melaka sanggup korbankn rakyat utk capai cita-cita,sampai sanggup gadaikan nyawa anak sendiri.
    inikan lak anwar ibrahim.apa yang nak dia gadaikan,maruah bangsa?agama?
    tapi sultan melaka sedar gak akhirnya.tapi anwar camne ek?????
    putri gunung ledang menyamar jadi nenek kebayan masa jumpa kekasihnya hang tuah.
    anwar menyamar jadi apa bila jumpa org pematang pauh……hebat betul dia….berapa lama agakya betapa kat g.ledang.nak dpt ilmu kebal.
    16 spt tarikh nak tubuh kerajaan baru……boleh ke…tapi tak mustahil….

    -cerita 2 (keadaan politik serantau)
    sedar atau tak.keadaan politik malaysia bakal jadi mcm jiran2 kita yang lain klu anwar jadi PM.
    contoh 1
    lepas suharto digulingkan,berapa ramai presiden indonesia.masa tu baru org terkeng2 zaman suharto.
    contoh 2
    lepas taksin digulingkan.thailand dah capai keamananke.PM baru pun org masih x suka.

    sekian
    ya Allah selamatkanlah Malaysia dari umatMu yang lupa dan alpa.kau kekalkanlah keamanan yang telah kami semai berkat perjuangan pahlawan terdahulu.jika kami berdosa,kau ampunilah kami,dan sekiranya engkau ingin menimpakan balasan kepada kami atas kesalahan yang telah kami lakukan,kau berilah dugaan yang mampu kami hadapi tapi bukan dengan menarik semula nikmat keamanan yang telah kau beri…amin…..

  10. Salam,
    Mungkin Penduduk Permatang Pauh ingin wakil rakyat yang bakal perdana Menteri mat Jenin!.Parti Pas mainkan peranan utama dalam pilihanraya ini.Sampai tuan guru mereka dipanggil untuk sokong manusia seperti anwar!.Dulu ajenda mata lebam berhasil untuk lunakan hati pengundi Melayu kali ini air mata tuan guru berhasil untuk kemenangan!.PKR tak perlu dabik dada…dengan kemenangan ini kerana yang berhasil adalah sokongan tuan guru digunakan oleh anwar!!!.Heran sebagai seorang ulama sanggup begitu yakin terhadap anwar ….apa yang digulai anwar pada tuan guru!.heran dan ajaib tingkah laku seorang ulamak yang begitu disanjungi….tak tahu apa lagi nak kata tentang tok guru…mungkin masa akan menentukan kebenaran yang telah tertimbus dibumi permatang pauh!.Fakta TPM banyak mempengaruhi pengundi…Pak lah sanggup tidak memperdulikan langgsung pilihanraya ini..kenapa?.Umno Pulau Pinang masih lagi bercakaran sesama sendiri?.Perangai Tikam Belakang!.UMNO masih lagi tak merawat hati luka Kaum Cina?.TDM yang kononnya sayangkan UMNO tunggu untuk ranap kenapa?.Sifat perjuangan hambar ahli UMNO Pulau Pinang Kenapa?.Mana perginya sifat kenang budi?.Kenapa selalu pandang induvidu daripada parti?.Apakah begitu penting perebutan jawatan cawangan dan bahagian daripada pilihanraya ini!.Kenapa marahkan pijat bakar kelambu?.Sepatutnya ahli UMNO Pulau Pinang malu pada semangat parti pembangkang yang datang dari beratus kilometer!.Apa dah terlalu kenyang dan tak perlukan UMNO lagi ke?.Semuanya duit belaka!.Tak ada duit tak ada semangat!.Telah dilatih oleh soggokan wang!.Tak ada semangat berjuang untuk bangsa!.semuanya dah terlalu mewah kerana jasa UMNO kepada hampa!.Itulah sebabnya…bentuklah kembali parti ini…..mohon pejuang UMNO yang ikhlas dan jujur berjuang dalam parti dan hapuskan ketua-ketua yang pentingkan diri dan jawatan untuk kemewahan diri dan keluarga. cabutkan lalang-lalang ini dari akar supaya lalang-lalang seperti ini tidak akan cucuk mata kita sendiri!.barulah kita boleh berjuang dan tumpaskan musuh yang semakin hari semakin kuat.

    Kekuatan semangat perlu untuk menghadapi PR13….usaha perlu dari sekarang.Menangilah hati rakyat dengan jiwa yang murni dan luhur.Berkhidmat untuk rakyat bukan berkempen.Menangi hati rakyat dengan perkhidmatan bukan zaman beri gula-gula untuk anak kecil yang menangis tapi jangan biarkan anak itu menangis tak ada gunanya anak itu menangis baru nak beri gula-gula.

    Makin lama makin UMNO celaru dengan sebabkan pemimpin yang celaru ….rombaklah pemimpin supaya kita boleh bertahan dibumi bertuah ini.

    Sedih kerana orang Melayu keliru mana satu betul dan mana satu yang salah…

    Marah kerana ahli parti yang haprak…

    ketawa kerana Permatang Pauh tak akan berubah,tetap akan sama…

    Heran kerana anak muda sekarang dah jadi macam anak muda negara jiran yang sukakan ganas dan revolusi….

    Sanjung kerana ahli-ahli parti lawan yang begitu bersemangat datang dari jauh dan tunjukan sokongan moral….

    Penat kerana berfikir tentang UMNO yang kini bercakaran satu sama lain….kerana jawatan!

    Bosan kerana Pak lah tak ambil pusing…

    Benci kerana Kaum lain sengaja melagakan Melayu untuk boleh menuntut lebih-lebih….

    Meluat kerana Bangsa Melayu gali lubang sendiri….

    p/s:sekadar meluahkan perasaan yang terpendam kerana bosan dan hiba!

  11. Tahniah PKR walaupun menang tipis(lebih 15000 majoriti pun tipis ka???)Dan kalau calon Akim(Upahan B.N) tak turut bertanding sama mesti calon B.N yang pandai cakap cina tu menang besar…Terima kasihlah B.N kerana berjaya menjahanamkan duit pembayar cukai termasuk duit hasil cukai rokok yang dileburkan diPermatang Pauh.Dengar kata cukai rokok nak naik lagi kan?? Makin parahla rakyat yang hisap rokok,nak lawan nanti B.N kata sapa suruh hisap rokok tapi cukai rokok B.N sapu
    Umno dan B.N kena buat bedah siasat kenapa boleh tewas diPermatang Pauh…B.N kena kaji siapa yang jadi barah dalam UMNO.Pada pendapat saya,B.N silap hantar Khairy dan Najib turun berkempen sama diPermatang Pauh.Rakyat dah mula benci pada mereka ini.Tapi apa pun Tahniah pada Ezam dan Datuk Nalla,peranan dan lakonan dalam kenyataan anda untuk stesen T.V amat berkesan kasi orang bertambah meluat pada B.N dan UMNO

  12. AbangTuah

    Salam semua.

    Hehehe tak ada sakit hatilah, cuma sesekali tergelak lucu mengenangkan kebodohan Melayu.

    Tahniahlah, hari ini anda terseyum kerana kebodohan kaum dan puak2 anda berpolitik.
    Kemenangan Ptg Pauh juga akan di sambut meriah di White House.

  13. rakyat terhimpit

    MELAYU tak bodoh…

    Cuma org sekarang nie dah tak larat dgr pemimpin UMNO sebar fitnah sana sini…pemimpin menda suka sebar fitnah…bila nak pilihanraya je janji macam macam…bila nak pilihanraya je, jam tu le nak betulkan jalan rosak, jam tu jugaklah lah nak turun minyak…(dahlah turun ciput, naiknya banyak)…..naik minyak sesuka hati….UMNO dulu zaman ayah NAjib….ngan UMNO sekarang…jauh berbeza…UMNO dulu memang betul berjuang untuk agama bangsa dan negara…UMNO sekarang….sendiri mau ingat…

    dan sbb org melayu tak bodoh la DSAI menang….kita bimbang kerajaan pusat taknak bg kerjasama ngan pembangkang bila pembangkang mintak budget untuk kemajuan dan rakyat…..sbb sekarang kat parlimen majoriti pembangkang lagi….bila takde kemajuan, cakap la pembangkang tak reti bekerje….

  14. Yeop KK

    Tahniah diatas kemenangan PKR, kita semua terima keputusan dengan hati terbuka. Ini menunjukkan demokrasi di negara kita masih segar. Bagaimana kalau keputusan memihak pada BN, adakah demokratik dan SPR telus? Anda sendiri ada jawapannya.

    Pada mamak haji, apa yg mamak haji kata dan rasa, saya pun bagitu juga. Saya sedih kerana lebih ramai orang melayu bodoh dari yg cerdik pada masa kini.

    Mengikut statistik yg tak rasmi, kemenangan PKR terletak pada pengundi bukan melayu sebab undi orang melayu terbahagi dua. Mengikut percaturan politik, mereka tak rugi kalau BN memerintah dan mereka akan untung sakiranya ” Three Stooges ” yg menang. Yg ruginya siapa? Bodohnya orang melayu, tapi nak kata apa, bangsa kita sendiri.

    Wahai orang-orang melayu,
    Jangan kita lupa kisah dongeng Pak Kaduk, menang sorak, kampung tergadai.

  15. hampeh

    Tuah…
    melayu bodoh ker melayu umno yang bodoh…kami 2/3 rakyat malaysia tak sebodoh yang korang sangka…ader akal berfikir..ader mata lihat…dan ader telinga dengar. Kami tak akan menurut sahaja aper ketua kami kata. Setiap pejuangan dan pembaharuan mesti ada risiko yang perlu diambil kira…dan percayalah kalau saper2 dlm PR semasa jadi kerajaan nnt insyaallah….yg lupa dan lalai dlm menunaikan janjinya pada rakyat kami tak akan teragak2 utk menurunkannya….

  16. BakaL PM

    knp la nak di banggakan kemenangan PKR kat permatang Pauh??? Bknnya terjejas pun kerusi BN… Dah asalnya PKR ambik jela balik…. BN x kemaruk mana pun nak permatang pauh tu…. PKR jer yang ibarat kata T.G. Hadi awang macam mat jenin baru menang permatang pauh umpama dah dapat memerintah malaysia…. Tu la x sedar diri…. Kalau menang kat mana2 pun belum tentu Anwar jd PM… PAS bukan bodoh nak serah mcm tu jer…. Penduduk Permatang Pauh tu memang dah x boleh nak ubah lg… Taksub sampai lupa sejarah dan jasa pemimpin dulu….

  17. kire ok ler tuu..
    kite org baru nak senyum tp korg dh 50 thn senyum kebodahan…

    bagi ler chance kat kiteorg plak utk senyum… 🙂

    sambut kat White house?? glamour jer Permatang Pauh…sampai org amerika pun bleh tau kg permatang pauh….hebat sungguh kg nie…terpaksa ler gua pun pindah kat sane…

  18. keris silau

    Salam buat Saudara MamakPenang,

    itu lah apa yg aku rasai sejak PRU11 yg lepas. masalah dalaman UMNO yg Mamak Hujahkan itu menjadi punca mengapa aku lebih senang berpendirian seperti sekarang. bukan nak berlagak atau sombong diri, tetapi bagaikan sama dirasa oleh TDM yg juga umum keluar parti kerana masalah ini.
    sedarlah, jika keadaan ini berterusan, lupakanlah PRU13 kerana pasti kekalahan yg lebih hebat akan dirasai oleh kerajaan sekarang. silap2 yg tinggal nanti hanya Johor, Sarawak, Pahang dan Perlis menjadi milik BN.
    pun begitu, masih awal utk itu dan masih ada peluang untuk UMNO bangkit. kembalikan semangat perjuangan seperti dahulu, tunjukkan aura perubahan dalam mesyuarat agong akan datang, jika benar ahli masih sayangkan parti dan benar2 ikhlas berjuang untuk bangsa dan agama.
    apa pun tahniah buat dsai yg berjaya memenangi kembali kerusi miliknya, semoga dsai dapat memenuhi keinginan dan permintaan rakyat permatang pauh yg majoritinya adalah Melayu. semoga Melayu permatang pauh juga akan bertambah maju dan mungkin mampu menjadi contoh kepada Melayu2 lain dalam menjadikan bangsa melayu yg berkesan. dapatkah dsai menjadikannya kenyataan? tunggu dah lihat… jangan pula Melayu semakin terbiar tanpa sebarang pembaharuan dan pembangunan.
    apa pun semoga kita akan menjadi lebih baik dgn bersatupadu sesama melayu tanpa mengira ideologi. ada baiknya kepelbagaian ideologi dikalangan Melayu ini, kerana pastinya setiap ideologi itu ada pemikiran dan idea yg berbeza. masalahnya sekarang adalah untuk menyatukan kesemua ideologi2 ini agar Melayu semuanya mendapat manfaat yg berguna. seperti kata bijak pandai, jika 2 orang mempunyai 1 epal setiap seorang dan ditukar akan epal itu, makanya kedua-duanya masih mempunyai 1 epal. maknanya, tiada perubahan. tetapi, sekiranya kedua-duanya menukarkan idea masing2, maka setiap seorang sudah mempunyai 2 idea. maknyanya, jika berbeza mana sekalipun idea dan pendapat kita, namun apabila kita satukan kesemua idea dan pendapat itu, maka kita akan mempunyai idea dan pendapat yg banyak.

    p/s: memang susah nak menyatukan UMNO,PAS dan PKR, tetapi ianya bukan mustahil…

    wassalam…

  19. Salam,
    Apa yang terasa sangat bukanlah kekalahan dan bukan juga kemenangan nuar tapi memandang bukan Melayu begitu ego dan seronok dan suka anuar hentam UMNO yang satu masa dulu bertekad memberi kerakyatan pada bapak dan tok mereka walaupun ditentang hebat oleh parti-parti Melayu lain.Kini mereka tak yakin dengan Anuar kerana pendiriannya akan berubah-ubah tapi mereka yakin Melayu akan kekal pecah tiga!.dan akan jadi bintang tiga yang depa sayang sangat itu dulu!.Mamak seronok juga baca komen kerisilau itu…tapi kalau UMNO ajak runding ia akan jadi macam angkat bendera putih dan UMNO akan jadi lebih parah!.

    p/s:Ingin baca kembali coretan “Melayu mudah Lupa”Tun Dr.Mahatir supaya hilang kecelaruan.Kadangkala rasa bosan jugalah blog ini kerana pemimpin UMNO jarang kunjung dan beri komen…tapi mamak sanjung tinggi pengorbanan dan semangat juang yang jitu ditunjukkan oleh abangtuah,kuntakinte,apai,sekupangduas,kerisilau ikankecil,big8,mok dan lain-lain.Semangat mamak kembali pulih apabila baca komen saudara-saudara sekelian untuk terus berjuang dalam UMNO Pulau Pinang ini.Dan mampu bertahan lagi.Wassalam..selagi UMNO hidup selagi itu Melayu Pulau Pinang tuan tanah dibumi bertuah ini.!.Wassalam.

  20. Saudara Mamak…
    Boleh saya tahu berapa keratkah Melayu yang ada tanah dan jadi tuan tanah di Pulau Pinang??

    P/s:saya harap Kekanda Mamak tak putus asa dengan kekalahan dulu sebab kami perlukan lawan yang kuat…

  21. Salam saudara Azhar Arsat,

    Kenapa Melayu Pulau Pinang Mundur?.

    1.Merasa diri mereka adalah golongan minoriti dan tidak di pedulikan.Oleh itu setiap langkah pembangunan kerajaan negeri semasa BN memerintah dianggap anti Melayu.Sedangkan Melayu itu sendiri layu dan tidak mampu daya saing dengan bukan Melayu.

    2.Merasa diri ditindas kerajaan yang dikatakan kerajaan berteraskan kaum Cina.sedangkan majoriti anggota kerajaan negeri adalah Melayu.Majoriti pegawai kerajaan pusat adalah melayu.Majoriti pegawai PBT adalah melayu.

    3.Merasa terpinggir di Negeri sendiri kerana tidak mampu memiliki rumah yang terlalu mahal sedangkan tanah-tanah Melayu yang dibangunkan.Majoriti tanah kepunyaan Cina adalah tanah bukit yang tidak boleh dibangunkan.Maka salah siapa kalau Melayu sendiri tamak haloba dengan wang ringgit sanggup jual tanah yang mahal dan pindah ke Seberang Jaya untuk membeli tanah yang murah.

    4.Polimik Melayu di Pulau Pinang berkisar penghijarahan beramai-ramai orang Melayu ke Seberang Prai untuk mencari kehidupan yang lebih selesa dengan itu ekonomi dan sosial yang sedia ada pada mereka telah tercabar.

    5.Dengan kos dan sara hidup (bandar) diPulau agak tinggi dan kos pemilikan premisis kediaman dan perniagaan semakin jauh dari jangkauan orang Melayu.

    6.Ada juga yang kata orang melayu ini telah dilatih terlalu harapkan bantuan kerajaan tanpa mahu kerja keras untuk memajukan diri.

    7.Kenapa tidak manfaatkan tanah wakaf yang sedia ada untuk menjana ekonomi Melayu.Di seluruh negara terdapat 32,000 hektar tanah wakaf.Negeri yang paling banyak tanah wakaf Negeri Johor.Tetapi dari segi nilai yang paling tinggi ialah tanah wakaf yang terdapat ditengah bandar George Town.Kerajaan Pusat telah pun mengadakan RM250 juta untuk membangunkan tanah wakaf diseluruh negara.Kenapa yang dimanahkan untuk jaga tanah wakaf ini tak mahu gunakan sumber ini untuk memajukan tanah wakaf di Pulau?.

    7.Kerajaan telah adakan ajensi-ajensi keranjaan Seprti Mara,PDC,UDA Holdings,dan Majlis Perbandaran untuk program membantu Melayu Pulau Pinang kenapa masih tak berdaya saing?.Salah siapa?.Kerana terlalu dimanjakan?.

    8.Sebelum ini pun DSAI pernah memegang jawatan No.2 di Malaysia dan Pernah memegang Jawatan Menteri Kewangan…kamu semua kata dia cerdik; apa yang di buat untuk Melayu Pulau Pinang?.

    a.Dia bawak Melayu Pulau duduk kat Perda.
    b.Dia buat UITM kat Permatang pauh.
    c.Dia buat pejabat untuknya di bandar Perda sayang tak dapat duduk kat pejabat yang canggih itu sekarang jadi opis TNB.
    d.Dia buat Bangunan MPSP 66 juta dibandar perda.Sampai duit MPSP lingkup.
    e.Semua orang penang tau apa kerja yang dia dengan Mr.10% buat kat penang!.jangan kata masa jadi no.2 tak buat apa tapi orang permatang pauh harap sebagai MP pembangkang apa yang dia boleh buat?.Pak Lah pun dah penat dah nak nasihat Melayu pinang ini.!!!.tak boleh diperbetui lagi dah!!!.Nasib baik ada kilang Jepun dan mat salleh kalau depa belah apa nak jadi tak tahulah.Semua nak kerja operator kilang jepun.ang manager kat kilang-kilang ada satu melayu je!kat HR department.

    Hang pikiak sendiri sajelah azhar!.Kalau orang Melayu Johor mamak tabik kat mereka!.Hang orang Johor kot?.Mentality….To turn over a new leaf:Where there’s a will,there’s a way:
    Salam.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s