Daily Archives: August 27, 2008

2 Tuntutan Awal Anwar Ibrahim

Pada sidang media sejurus selepas keputusan rasmi diumumkan malam tadi, Anwar berharap beliau akan dibenarkan melangkah ke Parlimen secepat yang mungkin.

“Saya tidak nampak mengapa perlu (kemasukan ke Dewan Rakyat) perlu dilewatkan,” kata beliau yang telah beberapa kali ketika ceramah kempennya menekankan akan berdepan mata dengan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi selaku Menteri Kewangan apabila membentangkan Bajet 2009 Jumaat ini.

Beliau berharap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan memaklumkan Speaker Dewan Rakyat esok bagi membolehkannya mengangkat sumpah.

Bagaimanapun beliau mengakui tarikh angkat sumpah tertakluk kepada budibicara Speaker Dewan Rakyat.

Tuntutan kedua beliau ialah agar tuduhan meliwat yang dikenakan ke atas beliau awal bulan ini digugurkan kerana terbukti tiada kes.

Selepas menemui ribuan penyokongnya yang berhimpun di pekarangan Institut Perguruan Tuanku Bainun Anwar yang dijangka kembali ke Yayasan Aman, terus menuju ke rumah beliau di Cheruk Tok Kun.

Ketika berucap kepada ribuan penyokongnya selepas pengumuman keputusan itu, Anwar mengulangi hasratnya untuk menubuhkan sebuah kerajaan persekutuan yang baru di bawah Pakatan Rakyat dalam waktu terdekat.

13 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Keputusan Penuh Pilihanraya Kecil P44 Permatang Pauh

Hanafi Mamat (AKIM):                        92 undi
Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR) :       31,195 undi
Datuk Arif Shah Omar Shah (BN):        15,524 undi

Jumlah mengundi:                  47,258
Keluar mengundi:                   81 peratus
Undi rosak:                             447 undi
Majoriti:                                  15,671 undi

Penyandang: Datuk Seri Dr. Wan Azizah Ismail (PKR)
Undi 8 Mac 2008: 30,348
Majoriti: 13,398 undi

– Tahniah DSAI dan syabas buat calon2 yang bertanding. Terbukti demokrasi di Malaysia subur!!

6 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda