2 Tuntutan Awal Anwar Ibrahim

Pada sidang media sejurus selepas keputusan rasmi diumumkan malam tadi, Anwar berharap beliau akan dibenarkan melangkah ke Parlimen secepat yang mungkin.

“Saya tidak nampak mengapa perlu (kemasukan ke Dewan Rakyat) perlu dilewatkan,” kata beliau yang telah beberapa kali ketika ceramah kempennya menekankan akan berdepan mata dengan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi selaku Menteri Kewangan apabila membentangkan Bajet 2009 Jumaat ini.

Beliau berharap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan memaklumkan Speaker Dewan Rakyat esok bagi membolehkannya mengangkat sumpah.

Bagaimanapun beliau mengakui tarikh angkat sumpah tertakluk kepada budibicara Speaker Dewan Rakyat.

Tuntutan kedua beliau ialah agar tuduhan meliwat yang dikenakan ke atas beliau awal bulan ini digugurkan kerana terbukti tiada kes.

Selepas menemui ribuan penyokongnya yang berhimpun di pekarangan Institut Perguruan Tuanku Bainun Anwar yang dijangka kembali ke Yayasan Aman, terus menuju ke rumah beliau di Cheruk Tok Kun.

Ketika berucap kepada ribuan penyokongnya selepas pengumuman keputusan itu, Anwar mengulangi hasratnya untuk menubuhkan sebuah kerajaan persekutuan yang baru di bawah Pakatan Rakyat dalam waktu terdekat.

Advertisements

13 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

13 responses to “2 Tuntutan Awal Anwar Ibrahim

  1. Anak Melayu

    Dgrlah rintihan rakyat..ramai org UMNO berpaling tadah kerana 2 kerusi di atas belum diganti..
    tolonglah letak jawatan ASAP..ini soal parti dan bangsa Melayu..benar kata TUN, Melayu Mudah Lupa!!

  2. pembentangan Bajet 2009 akan menjadi lebih hangat. Perbincangan bajet 2009 di komuniti duit. Layarilah blog komuniti duit.

  3. Yeop KK

    Menang piliharanraya dan jenayah kes liwat dua perkara berbeza. Pilihanraya adalah memilih pemimpin yg yg kita kehendaki tetapi kes jenayah perlu diadili dengan adil, sama ada benar atau tidak biar makhamah yg menentukannya. Adilkah bagi yg menuntut sakiranya kes ini digugurkan. Bukan hak kita mengatakan ia adalah tuduhan palsu atau tidak. Polis menjalankan tugas mereka, sakiranya ada aduan, mereka akan siasat. Sakiranya ada bukti, baru dakwaan dibuat, salepas itu peguam masing-masing yg akan memainkan peranan. Hakim pula yg akan menentukan sama ada salah atau tidak. Betul tak? Siapa kita yg pandai-pandai meminta kes kita digugurkan? Bagaimana pula penjenayah-penjenayah yg lain, haruskah mereka pun bolih menuntut kes mereka digugurkan? Apa fungsinya undang-undang negara? Bagaimana pula nasib yg jadi mangsa?

  4. Anak Melayu

    bak kata TUN dlm blognya hari ini..
    “Mesej yang hendak dihantar oleh pengundi Melayu, Cina dan India menjadi sia-sia kerana Dato Seri Abdullah tidak ada telinga untuk mendengar, tidak ada mata untuk melihat..Nak tunggu sampai bila wahai ahli UMNO, sebelum kamu sedar akan perlunya kepimpinan Dato Seri Abdullah ditamatkan??

  5. Concerned

    Saya setuju sangat dengan Yeop KK – pilihan raya dan kes jenayah dua fakta berbeza. Kata nak tubuhkan kerajaan yang adil, berseh, no crony, no corruption, democracy jadi no exception for DSAI just because dia Ahli Parliamen or bakal PM. Kalau betul DSAI tak bersalah kenapa nak takut, biar ini terbukti di mahkamah sacara tak langsung nama DSAI pun berseh dari segala tohmah. Saperti kata Yeop “bagaimana pula nasib yang jadi mangsa?” – mesti kah undang2 negeri ketepikan atau padamkan hak nya sebab dia hanya seorang rakyat biasa. Adil ke? Tentang kroni, apa hal pulak kroni DSAI dalam KDEB secara senyap2…!!

  6. Nadrah

    Yeop KK dan Concerned cukuplah….

    Semua ni modal pilihanraya UMNO dan BN jer fitnah sana sini…

    Ternyata…

    Rakyat Permatang Pauh menolaknya…….

    Fitnah …..adalah modal Pilihanraya UMno/BN gunakan… Sensasi Buntut Saiful dijual dimuka akhbar dan media massa kerajaan sebagai modal syok sendiri…. tak lebih dari itu…

  7. AbangTuah

    Nadrah,

    Silap tu, majoriti Melayu masih menerima UMNO dan BN, kalau tidak masakan masih memerintah. Yang membuat BN lemah adalah orang Cina dan India menyeberang ke pembangkang, gara-gara taktik kotor PR.

    Pematang Pauh pun begitu, pengundi Cina dan India yang ramai menyokong PKR, undi Melayu UMNO tetap tak berubah. Lagi pun Anwar bertanding di kawasan kuatnya, kemenangan memang berpihak kepadanya, dan ia jangan pula awak nak jadikan ukuran keseluruhan.

    Isu kes liwat adalah isu peribadi Saiful, termasuk kenyataan bersumpahnya, tiada kena mengena dengan UMNO. Pembabitan media massa jangan pula disalahkan kerajaan, itu memang sudah tabiat mereka, begitu juga akhbar terbitan PR yang lagi songsang menyalurkan berita.

    Juga, awak tak payah sebut mana-mana pihak yang menabor fitnah, setahu kawan pihak pembangkanglah sedari awal lagi telah mengunakan taktik memburukan dan menabor fitnah. Kes tuduhan pembabitan TPM dalam kes Altantuya bukan fitnah ke mak Cik oiii. Kes memburukan kerajaan zalim bukan fitnah ke???. Laman-laman Blog pembangkang yang hari-hari, sekian lama menabor fitnah tu awak juga tak nampak ke…pooodah..’Limau masam sebelah.’

    Pada pemerhatian kawan rakyat rata-rata telah faham dengan taktik kotor pihak PR, amat nyata kesongsangannya, insyallah PRU 13, PR termasuk PAIH akan terbenam terus tunggu ditalkinkan sahaja…kehkehkeh

    Nadrah hmmm, kawan dah lama kaji penulisan awak hekhekhek…’cakap sejengkal dibawa sehasta…’

  8. Nadrah

    Abang Tuah… u buleh pi youtube dan check kat mana tempat ni…..

    tengok biaq habis….

    hahaha padan muka ko PENIPu
    5- O

  9. Nadrah

    Bangunan UMNO Permatang Pauh……… hai bohong org bodoh nampak Abang Tuah……….

    Selamat maju jaya

  10. Bakal PM

    Ala Cik Nadrah lg… Ni memang dah x tahu malu la ni… Patunya kalau sedar diri tu dah kalah sebab angan 2 x jd kenyataan pegila sorok muka kat mana2 hutan…. Tubuhkan kerajaan kat dalam hutan tu … Lantik diri sendiri jd PM dgn rakyatnya monyet2 & beruk2 liar… Tgk aku layan kau aku pulak jd berimiginasi yg mengarut2 jer… Tp kau mesti percaya kan cik Nadrah … yela kau kan senang kena kelentong… Ckp apa pun confirm kau percaya punya… Cik Nadrah besok Lim Kit Siang nak bg duit raya kat depan sogo pg la ambik… Aku confirm mesti cik nadrah dah terpacak kat sogo pg2 besok tunggu lim kit siang hulur ang pau raya… Keh… Keh… senangnya mempermainkan cik nadrah ni…

  11. nadrah

    hehehe Bakal PM…………. Ingat! Pak Lah dah mula menangis….. kah kah kah kah….. tak lama lagi anak menantu dgn hang sekali akan menangis… kah kah kah………

    Tak sempat ko nak jadi PM….

  12. Bakal PM

    Mestila Pak Lah dgn anak menantu dia menangis sebab kesian tgk mat jenin meroyan2 kat hospital bahagia kecewa x dpt2 lg nak naik takhta… Org sebut kempunan sampai ke tua…. aku pun tumpang menangis coz duit kerajaan habis nak rawat balik mat Jenin ni…. Yela kalau anak buah dia nak makan yg sedap2 je…yg elok skit pada makanan hanjing , Mesti bos dia lg mengada2… nak lebih skit dari makanan khinz?? kot???… Habis lg duit kerajaan nak tanggung makanan Mat Jenin ni nanti…

  13. nadrah

    Bukan Pak Lah menangis depan kengkawan MT? kesian….. innalillahiwainna ilaihirajiun…..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s