Daily Archives: August 28, 2008

Tak Jadi Turun Harga Minyak 1 September???

Kerajaan mungkin akan menurunkan lagi kadar harga minyak mengikut kadar harga di pasaran dunia bagi meringankan lagi bebanan rakyat, kata Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Jelaing anak Mersat.

“Kerajaan bercadang untuk meringankan lagi bebanan ini dan mungkin menurunkan harga ataupun mengikut kadar harga minyak setong di pasaran dunia,” katanya menjawab soalan Chong Chieng Jen (DAPBandar Kuching) pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.

Chong ingin tahu sama ada kerajaan akan menurunkan lagi harga petrol dan diesel pada 1 Sept nanti seperti yang dijanjikan walaupun harga bahan api itu telah diturunkan pada 22 Ogos lepas.

Jelaing berkata harga minyak diturunkan lebih awal dari tarikh yang diumumkan kerana hendak meringankan beban pengguna lebih awal dan kerajaan akan menurunkan harga bahan bakar itu sekiranya perlu selepas menilai semula perkara itu dalam masa dua minggu atau sebulan.

nota: jika dinilai dari jawapan yang diberikan oleh YB Jelaing, harga minyak yang diwar-war akan turun pada 1 september ini tidak akan diturunkan. ini disebabkan harga bahan bakar tersebut telah diturunkan pada 22 Ogos yang lepas. sekiranya andaian ini benar, maka satu lagi kepincangan di dalam membuat keputusan terjadi di dalam pentadbiran hari ini.

5 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Anwar gembira kembali ke Parlimen

Hasrat menjadikan Parlimen sebagai gelanggang yang benar-benar berfungsi untuk menyuarakan tuntutan rakyat menjadi matlamat utama bagi Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen hari ini.

“Saya gembira apabila kembali semula ke Parlimen setelah meninggalkannya sedekad yang lalu. Ini adalah peluang terbaik untuk saya suarakan permintaan rakyat bersama dengan PAS dan DAP,” katanya dalam sidang media di Lobi Parlimen selepas proses angkat sumpah.

Beliau juga melahirkan rasa terharu dengan keputusan rakyat di Permatang Pauh yang berkeinginan untuk beliau kembali semua ke Parlimen sebagai wakil mereka.

“Saya sedar sejak saya disingkirkan dengan cara zalim sepuluh tahun lalu, seluruh jentera Umno dan kerajaan hingga kini mengambil segala langlah untuk menafikan hak saya menduduki kerusi ini.

“Namun dengan kebijaksanaan pengundi, saya merasa lega kerana kini saya bebas dari cengkaman sedemikian,” katanya.

4 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Bajet 2009 – Ada Berita Gembira Utk Rakyat

Bajet 2009 yang akan dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi esok dijangka memiliki khabar gembira untuk rakyat.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memberi jaminan tersebut ketika diminta mengulas sama ada rakyat boleh mengharapkan sesuatu yang menggembirakan mereka dalam pembentangan bajet esok.

“Ada, ada, tunggulah esok,” katanya dalam nada ceria ketika ditanya pemberita berhubung perkara itu.

Beliau memberitahu demikian ketika ditemui selepas Majlis Perasmian Pelancaran Program Wakaf al-Quran dan Salam Ramadan Peringkat Kebangsaan 1429 Hijrah.

Najib bagaimanapun tidak mengulas lanjut bentuk insentif atau kelebihan yang akan diterima oleh rakyat. – Utusan

nota: Semoga bajet 2009 ini lebih menguntungkan rakyat tatkala dihimpit dengan kenaikan harga barang keperluan mutakhir ini. Apa-apapun dengan kehadiran DSAI sebagai ketua pembangkang yang baru mulai persidangan hari ini, adalah diharapkan agar ‘check and balance’ dapat dilaksanakan dengan lebih baik.

11 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Anwar perlu bantu suburkan demokrasi

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berharap, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan membantu menyuburkan demokrasi di negara ini dalam kapasiti beliau selaku ketua pembangkang yang baru.

Beliau berkata, kerajaan Barisan Nasional (BN) menghormati keputusan penduduk Permatang Pauh dan parti-parti pembangkang negara ini yang melantik Anwar selaku ketua pembangkang.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Perasmian Pelancaran Program Wakaf al-Quran dan Salam Ramadan Peringkat Kebangsaan 1429 Hijrah. – Utusan

6 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Anwar Angkat Sumpah Sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh

Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selesai mengangkat sumpah sebagai ahli Parlimen Permatang Pauh pada jam 10:03 minit pagi di depan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Selepas upacara angkat sumpah tersebut, Anwar menandatagani surat akujanji.

Pandikar kemudiannya mengalu-alukan Anwar sebagai ahli Parlimen yang baru dan mengumumkan kepada ahli Dewan Rakyat mengenai perlantikan Anwar sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen.

Setelah Pandikar mengumumkan Anwar sebagai sebagai Ketua Pembangkang, ahli Parlimen Pakatan Rakyat menepuk meja tanda setuju.

Menteri yang hadir hanya Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mustapha Mohamed bersama-sama dua Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz,  Datuk Zaid Ibrahim.

Manakala yang lain dihadiri oleh ahli Parlimen Pakatan Rakyat.

Terdahulu Anwar tiba di Lobi Parlimen untuk upacara mengangkat sumpah pada jam 9:50 pagi diiringi isterinya, Datuk Seri Dr.Wan Azizah Wan Ismail dan anaknya, Nurul Izzah.

Turut sama mengiringi beliau adalah, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, Naib Presiden PKR, Azmin Ali, Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Anwar hadir dengan memakai baju Melayu berwarna hitam.

Difahamkan satu sidang media akan diadakan selepas upacara angkat sumpah tersebut.

nota: Demi kuasa, dsai sudi bersumpah. tetapi demi menegakkan kebenaran, sehingga hari ini beliau menolak tuntutan ramai utk bersumpah.

7 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Kenyataan YBM Tengku Razaleigh Mengenai Keputusan Pilihanraya Kecil Permatang Pauh

26 Ogos, 2008

YBM Tengku Razaleigh Hamzah
Ahli Parlimen, Gua Musang
31 Jalan Langgak Golf
55000 Kuala Lumpur
Lima bulan setelah kekalahan Pilihanraya Umum terbesar dalam sejarah kita, UMNO kini mengalami kekalahan yang besar pula di Permatang Pauh. Kekalahan ini dirasai walaupun dengan mengerahkan kepimpinan dan menggunakan sumber-sumber parti yang telah menerajui kerajaan selama lima puluh tahun. Kekalahan ini dirasai walaupun melaksanakan kempen yang menghina dan memecah-belahkan Negara kita. Sudah tiba masanya kita menerima hakikat sebenar: italah yang telah dikuburkan:
– Kepimpinan Negara ditolak oleh rakyat dan juga ditolak oleh ahli-ahli kita sendiri. Kiraan undi Barisan Nasional kurang daripada jumlah ahli UMNO di Permatang Pauh.
– Di kalangan parti-parti komponen kita sendiri, kempen kita bukan sahaja tidak bermaya, bahkan tidak diselaraskan dengan baik.
– Rasa kebolehpercayaan terhadap Perdana Menteri dan Timbalannya yang setidak-tidaknya ada selepas 8 Mac kini hapus sama sekali.

Kad laporan hari ini yang dihantar kepada Perdana Menteri selaku Ketua Perhubungan UMNO Pulau Pinang dan Pengerusi BN, tidak boleh disembunyikan: beliau tidak mempunyai kredibiliti yang diperlukan untuk menguruskan Negara kita, apatah lagi mengemudinya ke arah baru dalam dunia yang begitu rumit dan kompleks. Beliau mungkin tidak mempunyai kredibiliti yang diperlukan untuk menyatukan Negara kita. Keadaan ini amat merbahaya dan tidak boleh berterusan: ianya tidak akan berterusan.

Saya merayu kepada ahli-ahli UMNO dan parti-parti komponen BN supaya terus bersama UMNO dalam menghadapi krisis ini. Rakyat Malaysia dan juga ahli-ahli biasa UMNO sudah melaungkan suara kemerdekaan mereka. Mereka menuntut kepimpinan yang boleh dipercayai dan akan menyatukan mereka, yang akan mengembalikan kepercayaan terhadap institusi-institusi dan akan mara dengan wawasan yang jelas. Hari ini membuktikan yang arah aliran ini tidak boleh dihalang. UMNO mesti berubah. Kita mulakan dengan memulihkan kepimpinan Parti. Saya yakin, pada bulan Disember, kita akan berbuat demikian.

Tengku Razaleigh Hamzah

26 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Anwar Ibrahim Ketua Pembangkang Yang Baru

Pakatan Rakyat hari ini menyerahkan surat perlantikan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang baru sahaja memenangi pilihan raya kecil Permatang Pauh semalam, sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen.

Ketua Whip PKR yang juga Ahli Parlimen Gombak, Mohamed Azmin Ali menyerahkan surat tersebut kira-kira pukul 4.10 petang tadi kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia di pejabatnya di Parlimen, di sini.

Azmin berkata, ketiga-tiga parti di bawah Pakatan Rakyat telah bersetuju untuk melantik Anwar sebagai ketua mereka berkuat kuasa esok.

“Surat tersebut telah ditandatangani oleh saya sendiri selaku Ketua Whip PKR, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Ketua Whip DAP, Dr Tan Seng Giaw.

“Kita berharap pengumuman (Ketua Pembangkang) diumumkan esok selepas upacara mengangkat sumpah (oleh Anwar),” katanya kepada media di Lobi parlimen.

1 Comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Pandikar nafi wujud desakan

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia  menafikan bahawa wujud desakan terhadapnya supaya upacara mengangkat sumpah Datuk Seri Anwar Ibrahim yang baru sahaja memenangi kerusi Pilihan Kecil Permatang Pauh semalam diadakan esok.

“Tidak ada desakan. Siapa yang boleh desak saya. Saya dengan kuasa saya, ketua pembangkang dengan kuasanya, Perdana Menteri dengan kuasanya. Masing-masing dengan kuasa masing-masing.

“Tidak ada sebab mengapa tidak boleh angkat sumpah esok apabila sudah diberitahu,” katanya kepada media di pejabatnya di Parlimen, hari ini.

Pandikar berkata, beliau juga telah menerima surat daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pagi tadi yang mengesahkan kemenangan Anwar.

Katanya, Anwar akan mengangkat sumpah sebagai ahli baru Dewan Rakyat esok selepas bacaan doa kira-kira jam 10 pagi.

Pandikar berkata, kawalan keselamatan yang lebih ketat sempena kedatangan Anwar di Parlimen esok adalah tidak perlu kerana hanya Anwar seorang sahaja yang perlu datang untuk mengangkat sumpah.

“Hanya seorang yang datang (angkat sumpah). Tidak perlu datang semua.

“Ini persidangan biasa. Cuma kita ada satu kekosongan bagi Permatang Pauh,” katanya.

Pandikar berkata, pihaknya masih menunggu jawapan daripada pembangkang berhubung calon yang dipilih untuk menjadi ketua mereka.

Ditanya sama ada akan wujud tekanan jika Anwar dilantik menjadi Ketua Pembangkang, Pandikar berkata, beliau menganggapnya sebagai perkara biasa namun berharap tata tertib dalan Dewan akan diberi penekanan.

“Anggapan saya mesti ada tata tertib. Mungkin Anwar boleh mengawal ahli-ahli Parlimen daripada pembangkang supaya tidak keterlaluan melanggar Peraturan Mesyuarat.

“Walaupun ada pihak yang mengatakan, adanya ketua (pembangkang) yang punya status seperti Anwar akan menyebabkan Dewan bergolak tetapi saya tidak melihat begitu,” katanya.

Katanya, Anwar mempunyai pengalaman menjadi ahli Parlimen sebelum ini, justeru beliau mengetahui segala Peraturan Mesyuarat dan tidak akan mempertikaikan kuasanya sebagai Yang Dipertua.

Ketika ditanya kemungkinan pembangkang akan sekali lagi mengemukakan usul tidak percaya kepada kerajaan, Pandikar tidak dapat memastikan hal tersebut.

“Politik hari ini mungkin berbeza dengan esok. Mungkin mereka buat (usul tidak percaya), mungkin tidak buat.

“Saya tidak tahu tapi saya ingin katakan sekali lagi, Parlimen memang begitu,” katanya.

Leave a comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda