Anwar Angkat Sumpah Sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh

Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selesai mengangkat sumpah sebagai ahli Parlimen Permatang Pauh pada jam 10:03 minit pagi di depan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Selepas upacara angkat sumpah tersebut, Anwar menandatagani surat akujanji.

Pandikar kemudiannya mengalu-alukan Anwar sebagai ahli Parlimen yang baru dan mengumumkan kepada ahli Dewan Rakyat mengenai perlantikan Anwar sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen.

Setelah Pandikar mengumumkan Anwar sebagai sebagai Ketua Pembangkang, ahli Parlimen Pakatan Rakyat menepuk meja tanda setuju.

Menteri yang hadir hanya Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mustapha Mohamed bersama-sama dua Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz,  Datuk Zaid Ibrahim.

Manakala yang lain dihadiri oleh ahli Parlimen Pakatan Rakyat.

Terdahulu Anwar tiba di Lobi Parlimen untuk upacara mengangkat sumpah pada jam 9:50 pagi diiringi isterinya, Datuk Seri Dr.Wan Azizah Wan Ismail dan anaknya, Nurul Izzah.

Turut sama mengiringi beliau adalah, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, Naib Presiden PKR, Azmin Ali, Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Anwar hadir dengan memakai baju Melayu berwarna hitam.

Difahamkan satu sidang media akan diadakan selepas upacara angkat sumpah tersebut.

nota: Demi kuasa, dsai sudi bersumpah. tetapi demi menegakkan kebenaran, sehingga hari ini beliau menolak tuntutan ramai utk bersumpah.

Advertisements

7 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

7 responses to “Anwar Angkat Sumpah Sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh

  1. machaee

    Alhamdulillah,
    DSAI,and Congratulation all the trials and tribulations you and the Family went through are not for nought.Now is the time to be more cautious,alert and paying extra attention to whom you bring closer to your bossom,less you encounter several ”Brutuses”.I heard you became Al-Hafiz whilst serving the 6 ywers in prison,is it true?

  2. umNOO!

    “Demi kuasa, dsai sudi bersumpah. tetapi demi menegakkan kebenaran, sehingga hari ini beliau menolak tuntutan ramai utk bersumpah.”

    Adakah dengan bersumpah dapat menentukan kebenaran?

    Adakah sumpah “Duta Mongolia” dpt membebaskan tuduhan bahawa beliau tidak pernah mengenali Altantuya? Bagaimana dgn gambar beliau makan bersama yg tersebar?

    Bagaimana dengan “Pengakuan Bersumpah” Doktor dr PUSRAWI yg mendakwa Saiful tidak diliwat?

    Bagaimana dengan “Pengakuan Bersumpah” RPK tentang Rosmah?

    Sumpah yang dipolitikkan hanya akan mengundang bala dari Allah SWT…renungkan

  3. keturunanku umno

    Assalammualaikum..
    Selamat Hari kemerdekaan kepada sume di sini..alhamdulillah, hampir 51thn merdeka..tp apa kan daya..merdeka pd tahun ni hanye pd nama..sume org sibuk pd politik..yg lemah nak berkuasa..yg kuat nak pertahankan hak..yg layak dan jujur tenggelam. Yang lemah dan korup diagungkan..mm..politik..politik..gajah yang berlawan..pelanduk(rakyat) yg jd mangsa..alih2..rasuah berleluasa… Jika masih ada kewarasan di akal sihat mereka, amalan ini tidak seharusnya diteruskan. Rezeki kita semua telah ditetapkan. Jika melampaui batasnya, kita telah mengambil hak dan menganiayai orang lain.Apa imbuhan orang yang melakukan amalan ini, DOSA adalah jawapannya..kalo la mat kilau hidup lg..jgn kata cina dan India..org yg gila darjat & kuasa..pun tak berani nak menyuarakan hak2 keistimewaan org melayu.. Kalau saya tahu 100% berpolitik dan berpengaruh, saya sendiri yang akan daftar parti baru. Tapi apakan daya… saya hanya buih.. Cuma sy mtk..semua parti..umno,pkr,pas..tolongla…jangan perjudikan nasib umat Islam & bangsa Melayu kite dlm hal politik..dan kepada yg muda..yg mpunyai minda yg tggi..akal yg cerdik..renung2kanla..org yg dahului dr kite yg perjuangkan nasib org melayu..hgga mendptkan kemerdekaan dr dijajah oleh british..wassalam

  4. umNOO!

    To Keturunanku Umno…

    Keturunanku juga Umno….
    Rintihanmu itu amat berasas…tp pemimpin melayu sekarang tidak sama dengan pemimpin melayu yg lepas. Memperjuang nasib bangsa dengan sebilah keris, menentang hujanan peluru buta…
    Jgnlah kita terlalu taksub dengan sesebuah ‘PARTI POLITIK’ ttp hayatilah individu2 yg terbukti berkorban demi bangsanya. Tunku Ab. Rahman, Tun Abdul Razak, Hussein Onn, Tun Mahathir…
    Namun begitu… nyahkan saja pemimpin yg lemah yg akhirnya bakal mengundang kecelakaan kepada bangsa melayu…. angkatlah pemimpin melayu yang mampu mengubah nasib bangsa kita! Bukan bermakna kita tidak mengenang jasa… ttp kita seharusnya lebih memikirkan masa depan dan halatuju bangsa MELAYU!

  5. AbangTuah

    umNOO,

    Macammana aku nak percaya pada PR, just imagine, gambar yang dah disahkan, dan dah diakui diPhotoshopkan masih digunakan untuk mencari kesalahan TPM..astagfirullah…

    Ni…Mat yang bernama umNOO, kau cari gambar tu, kau enlarge besar-besar, kau enhance pixelnya, kau kaji proportionnya, lepas tu kau kaji pendedahan cahayanya, maka kau akan nampaklah bertapa banyaknya dosa yang kau dah kumpul.

  6. podah UMNO

    hai tuah…lebih baik..kau turun….kalau kau tak nak turun…kau tunggu sana sampai aku naik…kau dah tau berapa lama aku tunggu kau kat sini…dah tiga kali aku buang air kecik dan tiga kali aku buang air besar….ini pun aku rasa terkucil nak buang …masuk ini dah tujuh kali…….
    pasai gambar TPM dengan atantuya tu memang original…tapi ada yang kreatif otak nya menolong editkan sikit gambar tu kerana gambar originalnya muka TPM nampak terok sangat…nampak mata dia terjojol keluar dan air liurnya meleleh dok tengok tetek antantuya yang montok…jadi dia edit sikit untuk lebih sopan….jadi kalau orang tengok pun…tak lah nampak sangat dia ni kemaruk….kah..kah….kah…

  7. Podah UMNO,……cerita lebih kurang video tulin lah nooooo….tapi pelakon belum tentu tulin……Ben Kingsley org putih kelahiran England pun boleh dapat 9 anugerah oscar bila bawa watak Mahatma Gandhi yang hitam legam.,…..film berwarna pulak tu,, bukan hitam-putih.cuba fikir-fikirkan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s