Anwar gembira kembali ke Parlimen

Hasrat menjadikan Parlimen sebagai gelanggang yang benar-benar berfungsi untuk menyuarakan tuntutan rakyat menjadi matlamat utama bagi Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen hari ini.

“Saya gembira apabila kembali semula ke Parlimen setelah meninggalkannya sedekad yang lalu. Ini adalah peluang terbaik untuk saya suarakan permintaan rakyat bersama dengan PAS dan DAP,” katanya dalam sidang media di Lobi Parlimen selepas proses angkat sumpah.

Beliau juga melahirkan rasa terharu dengan keputusan rakyat di Permatang Pauh yang berkeinginan untuk beliau kembali semua ke Parlimen sebagai wakil mereka.

“Saya sedar sejak saya disingkirkan dengan cara zalim sepuluh tahun lalu, seluruh jentera Umno dan kerajaan hingga kini mengambil segala langlah untuk menafikan hak saya menduduki kerusi ini.

“Namun dengan kebijaksanaan pengundi, saya merasa lega kerana kini saya bebas dari cengkaman sedemikian,” katanya.

4 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

4 responses to “Anwar gembira kembali ke Parlimen

  1. machaee

    Manusia merancang ALLAH menentukan,dan setiap ketentuan ALLAH ada hikmah dan perancangan nya,di mana kita hamba yg kerdil tidak tahu,hanya mampu memohon,bernunanjat kepada nya,supaya di bimbing kita kejalan yang lurus.amin

  2. Tahniah Anwar….Saya teringat kata DR.M,jadilah pembangkang yang berkualiti….

  3. APAI

    sy brasa amat tharu kerana kembali nye seorang perwira yg akan mgubah masa depan negara dan rakyat…
    tahniah pada Datuk SerI Anwar Ibrahim…

    HIDUP PAKATAN RAKYAT

  4. Wirawaja

    Boleh ke Anwar ni kita panggil dia perwira? Macam-macam “pe….” boleh kita beri gelaran pada dia. Yang pasti dia adalah seorang “pelakun” yang hebat.

Leave a comment