Anwar Ibrahim Ketua Pembangkang Yang Baru

Pakatan Rakyat hari ini menyerahkan surat perlantikan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang baru sahaja memenangi pilihan raya kecil Permatang Pauh semalam, sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen.

Ketua Whip PKR yang juga Ahli Parlimen Gombak, Mohamed Azmin Ali menyerahkan surat tersebut kira-kira pukul 4.10 petang tadi kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia di pejabatnya di Parlimen, di sini.

Azmin berkata, ketiga-tiga parti di bawah Pakatan Rakyat telah bersetuju untuk melantik Anwar sebagai ketua mereka berkuat kuasa esok.

“Surat tersebut telah ditandatangani oleh saya sendiri selaku Ketua Whip PKR, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Ketua Whip DAP, Dr Tan Seng Giaw.

“Kita berharap pengumuman (Ketua Pembangkang) diumumkan esok selepas upacara mengangkat sumpah (oleh Anwar),” katanya kepada media di Lobi parlimen.

Advertisements

1 Comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

One response to “Anwar Ibrahim Ketua Pembangkang Yang Baru

  1. mohd.azhan

    Betul ke ni dia boleh memerintah . Kenapa masih enggan bersumpah. Kalau dia sayang bangsa dan tidak mahu perpecahan kenapa masih tidak melakukan apa yang diminta oleh kebanyakan ramai. Masih ramai yang menanti jawaban dari seorang yang akan bergelar pemimpin. Berani kerana benar.Tampilkan diri membuat pengakuan sumpah yang anda tidak melakukan liwat. Kalau tidak buat pengakuan, masih ramai yang beranggapan yang dia ni kaki suntut….keluarkan kenyataan masih tak berguna, kerana masih boleh dimanipulasikan. Helah dan jawapan yang diberikan masih sangsi dan masih tak memberikan jawapan yang tepat. Oleh itu, seperti saya dan kebanyakan orang yang lain masih beranggapan dia ni memang kaki bontotttt……

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s