Anwar perlu bantu suburkan demokrasi

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berharap, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan membantu menyuburkan demokrasi di negara ini dalam kapasiti beliau selaku ketua pembangkang yang baru.

Beliau berkata, kerajaan Barisan Nasional (BN) menghormati keputusan penduduk Permatang Pauh dan parti-parti pembangkang negara ini yang melantik Anwar selaku ketua pembangkang.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Perasmian Pelancaran Program Wakaf al-Quran dan Salam Ramadan Peringkat Kebangsaan 1429 Hijrah. – Utusan

6 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

6 responses to “Anwar perlu bantu suburkan demokrasi

  1. salam,
    sesiapa yang hadir ke pilihanraya kecil Permatang pauh tahu apakah senorio politik tanah air selepas ini…Mungkin PR13 akan datang ini kita perlukan tentera untuk mengawal keadaan!.

    Ramai orang kampong berdoa agar Anwar menang!kenapa?.Penduduk sini rata-rata takutkan keadaan yang amat tegang dan mungkin kekacauan akan berlaku.Pada malam pengiraan undi rata-rata penduduk tidak keluar rumah kerana takutkan pergaduhan besar akan berlaku sekiranya anwar kalah.Mereka rasa lega dan bersyukur kerana Anwar menang bukan kerana sayangkan dia tapi takutkan cara demokrasi ahli parti PKR yang terlalu ganas di merata jalanraya!.Perang saikologi Anwar memang hebat!!!.cara Demokrasi anwar akan hidup subur dihati penduduk Permatang Pauh.Wassalam.

  2. politikus

    mamak penang..

    hang ni apa punya pudukang la..
    nak tentera kawal keadaan apa pasat?
    lu ingat ni serupa lu punya TAMIL NADDU ka?..

    day pudukang..
    hang pi tebaq roti canai la,
    dapat rezeki halal..

    bukan dok tebaq fitnah,
    rezeki haram nooo..

  3. Salam Politikus,

    Kalau kamu sudah pun istiharkan diri anda sebagai sebagai tikus dalam politik buat apalah nak bicara politik.Cara awak tulis dalam blog ini dah nampak cara demokrasi yang diamalkan oleh ahli parti PKR?.Kamu adalah contoh yang nyata dengan kebiadapan tutur-kata sama juga penyokong PKR yang celupar tanpa rasa segan dan silu memaki hamun orang-orang yang tua semasa pihanraya kecil permatang pauh.Demokrasi dalam penulisan pun kamu tak dapat nilaikan bagaimana nak nilaikan tentang demokrasi politik.sebagai tikus elok sajalah kamu duduk kat lubang tunggu malam hari baru keluar!.oiii…tikus kamu tahu ke apa makna pedukang itu?.Kalau tak tahu tanya kat sinuar pedukang itu!!!.Mamak bukan pedukang tapi pendukung UMNO tau!!!!.Tak caya hang singgah kat penang mamak belanja hang passembuk tak payah lagi hang sembuk oramg tak tentu pasai…mamak gelihati dengan nama ‘tikus’ binatang perosak ….bangsa Melayu!!!.Bukan engkau tapi nama engkau yang pelik itu!!!!!.Jangan marah nanti mai pinang KM nak bagi hang pau kat hampa..kerana jadi pedukang DAP!!!.Dapat duit Pakai roket naik ke bulan jumpa tok guru-guru hampa!.Wassalam.

  4. AbangTuah

    Salam Mamak Haji,

    Jangan perdulikan taktik serangan saraf pihak Tentera Al-Bontoti. Kawan akan sentiasa ada menyokong Mamak Haji. Depa ni memang ditugas khas mengunakan taktik kotor, mereka sebenarnya dah tak terlawan kehebatan Mamak berhujah…

  5. tubir

    salam semua ……saya berada di pematang pauh dan kawasan sekitarnya selama tiga hari .saya melihat kedaan nya sunguh merisaukan …….penyokong dan jentra PKR sunguh sunguh kurang ajar dan tidak bertemadun macam orang tiada pelajaran…… tujuan saya kesana bukan untuk membantu jentra parti politik mana mana pihak , saya tiada parti……sebagai rayaat biasa sekadar ingin melihat apa yang sedang belaku di seluruh negara …….
    Pilihan raya kecil P44 adalah terlalu kotor dan ganas .Saya membawa anak anak sya yang sudah besar dan layak mengundi untuk melihat sendiri apa yang sedang belaku.Anak anak saya mempelajari dan membuat kajian tentang anuar….ini termasuklah dari segi idologi……cara berceramah dan tahap mempengaruhi pemikiran rayaat.
    apa yang dipertontonkan oleh pkr dan pemimpin pkr amat memualkan dan memalukan .sentimen dipermatang pauh berbeza dari tempat tempat lain .dimana di sini anak tempatan yang pernah menjawat timbalam PM sebelum disumbat kedalam penjara kerana rasuah dan menghalang tugas polis serta salah guna kuasa akan bertanding .ini diibaratkan luah mati mak telan mati bapak .
    kebanyakan penyokong PKR adalah anak anak muda dari berbilang kaum ,yang sudah diperhangatkan dengan janji janji manis .Apa yang sebenarnya merika ni pun bercangah dan bertelagah …….merika bergerak dalam kumpulan itenik masing masing …….bertindak keterlaluan dan kurang ajar.banyak yang saya lihat bila saya berjaya menyilinap masuk kedalam kumpulan merika .sudah sepuluh tahun saya bergerak mengenali kumpulan ini ……….sekarang ini diselangor terutama nya dikawasan perumahan sudah ada kumpulan PKR merangka stratigi …..MPSJ telah merobohkan pusat kumuniti setempat (kontena) era BN.disetiap kawasan perumahan ditempatkan sekumpulan ejen ejen pemerahati .berkereta mewah tapi tingal dikawasan flat kos rendah……setiap hari ada pertemuan dijalankan …..lihat lah sendiri di kinrara ……anda boleh jumpa ….merika ini ditaja …..
    minta minta dijauhkan malapetaka persiapan untuk empat tahun akan datang sudah bermula …..PRU .

  6. Apai Ngelai

    Salam mamak, abangTuah,

    Betul cakap abangTuah tu mamak, jangan bagi salam kat politikus tuh… belum tau dia ni apa penganut… Cakap pakai lu..lu.. ni bahsa apa plak puak dia nih. Melayu takdak perkataan macam ni dalam kamus..

    Ada ke pulak dia kata tebar fitnah tu sejenis rezeki… fitnah tu bukan rezeki yob oii….! lainlah kalau digunakan puak PKR. Itulah dah satu-satunya kepandaian depa sebagai modal untuk mendapatkan derma serta sumbangan dari anggota keahlian bagi dana Parti.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s