Bajet 2009 – Ada Berita Gembira Utk Rakyat

Bajet 2009 yang akan dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi esok dijangka memiliki khabar gembira untuk rakyat.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memberi jaminan tersebut ketika diminta mengulas sama ada rakyat boleh mengharapkan sesuatu yang menggembirakan mereka dalam pembentangan bajet esok.

“Ada, ada, tunggulah esok,” katanya dalam nada ceria ketika ditanya pemberita berhubung perkara itu.

Beliau memberitahu demikian ketika ditemui selepas Majlis Perasmian Pelancaran Program Wakaf al-Quran dan Salam Ramadan Peringkat Kebangsaan 1429 Hijrah.

Najib bagaimanapun tidak mengulas lanjut bentuk insentif atau kelebihan yang akan diterima oleh rakyat. – Utusan

nota: Semoga bajet 2009 ini lebih menguntungkan rakyat tatkala dihimpit dengan kenaikan harga barang keperluan mutakhir ini. Apa-apapun dengan kehadiran DSAI sebagai ketua pembangkang yang baru mulai persidangan hari ini, adalah diharapkan agar ‘check and balance’ dapat dilaksanakan dengan lebih baik.

11 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

11 responses to “Bajet 2009 – Ada Berita Gembira Utk Rakyat

  1. Datuk Halik Zaman

    2009 BUDGET DISSAPOINTING
    By Datuk Halik Zaman

    There’s nothing to be proud of in the 2009 budget. For those that their electricity bills RM20 and below can enjoy their ‘pay zero’ privilege. For BN, this is for the sake to ‘buy’ back the faith of the people as BN has ‘abused’ them with the tremendously price hiking.

    The BN Government has increased the electricity bill’s rate a couple of month ago. Only small number of people will enjoy the benefit of the RM20 ‘pay zero’. It is very rare to find any house that only use the electricity for only RM20.00 per month, and if it does, that house may be not affordable to enjoy any electrical product such as fridge, iron, TV etc. The execution of the bills just a part of BN’s political drama.

    Individual tax reduced only 1% from 28%. This benefit doesn’t apply to any villagers and a month bonus only goes to the Government servant only. Budget 2009 wouldn’t help much the burden of the kampung people and there is no special planning to help the unaffordable people to decrease their cost of living.

    Education has a huge fund. More schools will be building. Who got the benefit? The answer is the BN cronies as they will be giving the ‘negotiate tender’ contract in order to build schools every where. This project will cost million ringgit. The only group that really enjoy this benefit are the BN cronies.

    The pensioners that earned RM500 monthly pension will get an additional of RM200 so it means that they are going to get RM700 a month. The high cost of living that we are facing now, the additional of RM200 is not compromising.

    The global oil price has decreased to low level. Petronas is making monies. Why can’t the BN government decrease the petrol price? Even if they decrease at lease RM0.70, I think it’s really helpful to the people.

    The government might has used the profits from the Petronas to invests in the multi-media corridor project such as Iskandariah project in Johore, Kelantan, Sabah and Sarawak. The question is, what are the benefit that goes to the unaffordable people ?

    BAJET 2009 MENGECEWAKAN
    Analisa dari: Datuk Halik Zaman

    Tidak ada apa yang harus dibanggakan bajet 2009. Hanya di highlight kan penghapusan bil letrik dibawah rm20.00 untuk orang orang yang tinggal dikampung. Ini mungkin dianggap oleh BN boleh mengambil hati orang kampung setelah mereka didera dengan kenaikkan harga minyak petrol dan kos hidup rakyat miskin yang semakin melambung tinggi.

    Bil letrik sudah pun dinaikkan oleh Kerajaan 2 bulan dulu. Kalau ada pun penghapusan rm20.00 itu mungkin sebilangan kecil orang kampung yang dapat menikmati kepercumaan yang ala kadar itu.

    Jarang sekali rumah orang orang kampung yang menggunakan letrik kurang daripada rm20.00 sebulan. Ini bererti kalau ada pun rumah yang menggunakan letrik kurang dari rm20.00 sebulan adalah rumah yang hanya menggunakan satu bulb diruang tamu, satu ditandas dan satu bulb didapur tanpa soket kegunaan seterika kain baju tanpa soket untuk tv dan aisbox.Penghapusan bil letrik kurang dari rm20.00 itu cuma satu mainan politik dan sandiwara Kerajaan BN sahaja.

    Cukai pendapatan individu cuma turun 1% dari 28% . Orang kampung tidak ada apa apa mendapat faedah daripada penurunan 1% cukai untuk individi dan bonus bulanan untuk kaki tangan Kerajaan sahaja.

    Keseluruhan bajet 2009 tidak dapat menolong orang kampung keluar dari kepompong kemiskinan. Masalah dihadapan orang orang kampung yang miskin belum dapat Kerajaan BN atasi dengan tidak ada usaha bersungguh sungguh menurunkan kos hidup rakyat yang miskin dibandar dan luat bandar.

    Bajet 2009 tidak pun menyentuh bagaimana mengatasi kenaikkan harga kos hidup rakyat miskin melambung tinggi dan harga minyak petrol tidak pun disentuh dalam bajet 2009 bahawa ada usaha Kerajaan untuk menurunkannya. Kos hidup yang tinggi dan kemahalan harga minyak petrol adalah saling berkait dengan rakyat yang miskin dikampung kampung, dimana sudah pasti Kerajaan BN mengharapkan dari rakyat miskin undi mandat untuk memerintah Kerajaan sekali lagi. Jangan harap.

    Pendidikan diberi peruntukan yang agak besar. Untuk memperbanyakkan pembinaan sekolah sekolah rendah dan menengah tetapi mungkin pembinaan sekolah sekolah rendah dan menengah itu diberikan kontrak ‘negotiate tender’ kepada kroni kroni mereka sahaja yang dapat, ini mungkin harga sebuah sekolah itu yang bakal dibina itu akan menelan perbelanjaan berjuta ringgit. Rakyat yang mendapat keuntungannya adalah rakyat kroni sahaja.

    Pesara Kerajaan yang cuma mendapat rm500 sebulan dinaikkan rm200.00 menjadikan rm700 sebulan. Pesara rata rata akan merungut dengan rm700.00 sebulan mana boleh cukup kalau seseorang pesara itu tinggal dalam bandar memandangkan harga kos hidup melambung tinggi. Dengan menaikkan pension pesara juga tidak dapat menyelesaikan masalah selagi kenaikan kos hidup yang tinggi tidak dibendung dan Kerajaan berusaha untuk menurunkan.

    Harga minyak petrol global sudah pun turun keparas yang rendah, Petronas semakin untung berganda, Kerajaan tidak rugi kalau harga minyak petrol runcit diturunkan lagi rm.0.70sen, ini boleh menurunkan kos hidup rakyat miskin dibandar dan luar bandar, kenapa tidak dilakukan sekarang? Mungkin keuntungan Petronas Kerajaan gunakan untuk pembangunan korrido di Iskandariah Johor, Kelantan, Sabah dan Sarawak, soalannya korrido itu apa keuntungannya kepada rakyat miskin dibandar dan luar bandar?

  2. Salam.
    Adil lah itu orang kampung selalunya bil letrik rendah tak payah pakai air-cond nak tidok.Tapi orang bandar tak adelah yang ada bill rendah gitu tapi kalau cermat banyak yang boleh untung dari ini.Ceapat-cepatlah tidok tak perlu menghadap pc lagi!.Orang bandar pulak 1% untung kerana kurang cukai pendapatan.Ini cerite untuk orang makan gaji tapi peniaga-peniaga kecil dalam bulan puasa ini ramai yang gulung tikar kerana biasanya bulan puasa harga barang mesti naik.Tapak pasar ramadhan pun di tanah mesjid pun depa naikan sampai RM400.00 sebulan.Maknanya kalau berniaga 20 hari terpaksa keluarkan dari untung bersih RM20untuk sewa.Takat makcik yang jual kueh boleh berapa sangatlah untung dia…nak dapatkan sewa pun dia kena jual 200 kueh belum lagi kos plastik dan lain-lain barang yang melambung harga!.Mampukah dia buat kueh banyak-banyak?.Tapi jual nasi beriani tak apalah…mamak boleh untung besar!.Tapi bulan puasa ini bisness restoren akan jatuh tapi rezeki allah tak akan berkurangan untuk mengejar keuntungan akhirat pulak.All come to square one!!!Wassalam.
    p/s:Bulan ramadhan ini mamak haji cuti jeb!pasai nak cari pahala sikit.Dok bergasak dengan hampa kadangkala sakitkan hati orang boleh jatuh berdosa.Mamak Haji minta maaf dan ampun banyak-banyak nooo…!kalau terkasar bahasa atau menyakiti hati sesiapa sahaja diblog ini.Wassalam.

  3. mawar 10

    Assalamualaikum,
    Bajet 2009 untuk rakyat?? Apa yang rakyat dapat dengan bajet ini? Nampaknya PM kita terlalu sayangkan kakitangan kerajaan, tak berlaku adil dengan kami kakitangan swasta, kami juga penyumbang ekonomi negara. Walhal kakitangan kerajaanlah yang ramai pro pembangkang. Fikir-fikirkan la….
    -setakat bil elektrik bawah RM20 tak payah jelaskan itu kata bajet untuk rakyat, kalau pasang lampu waktu malam saja bolehlah, tak payah tonton tv dan x payah gunakan alat elektrik yang lain.
    Kami pekerja swasta tak dapat apa-apa pun faedah dari bajet 2009. Kami hanya tengok dari jauh saje la………

  4. kuntakinte

    Salam, mawar10 n pprt nak puas semua orang memang tak akan puas2. tambah2 nak bersyukur.

  5. Dah memang orang atas dalam UMNO takan dengar nasib kita…tak percaya???
    Anda bolehla baca tulisan kuntakinte,mamak penang dan abang Tuah,tadak satu pun tulisan yang membela nasib bangsa,mereka ini petualang melayu yang sebenarnya….
    Pemimpin UMNO sekarang penuh kepuraan..bagi rasuah kain pelikat pada orang kampung tapi dalam hati maki seranah orang kampung…Tak percaya?? Anda boleh baca tulisan Abang Tuah kata orang kampung kat permatang pauh tak reti jaga anak , sebabtu anak mereka jadi mat rempit,Rempit rempit depa tak makan duit rakyat…ala anak-menantu pemimpin UMNO lagi teruk,semua orang dah tahu…macam ni kita nak pilih pemimpin UMNO??? sedangkan keluarga kucar kacir macam mana nak jaga negara??? Anda tahu apa yang dibincangkan setiap kali mesyuarat UMNO??? Tadak satu pun masalah orang melayu dibincangkan….

  6. AbangTuah

    Firedownbelow

    Fasal sayangkan kau orang le kami masih ada disini membela Melayu, melayan kerenah kau orang. Mai, Melayu mai, kami timang-timangkan sayang kamu semua.

    Tuai Padi Antara Masak,
    Esok jangan layu-layuan,
    Intai kami antara nampak,
    Esok jangan rindu-rinduan.

  7. pemerhati

    salam semua…

    err ada sapa2 boleh bagi penjelasan tak? kenapa budget 2009 tak ada peruntukan atau menampakkan usaha nak tarik pelabur asing (FDI)? or penurunan harga makanan atau barangan sedangkan harga minyak dah turun… mohon mereka yg berilmu dapat menjelaskan untuk kita semua sama2 faham…

  8. iraman Hj Karim

    Untuk Pemerhati 3hb September 2008, ini jawapannya,
    Soalan Pertama: Anda kurang mengerti dengan bajet 2009.
    Soalan kedua: Penurunan harga barangan memang selalunya lewat kerana ia melibatkan kaum peniaga yang tamak-tamak dan haloba-haloba. Warna mereka biasa nya putih pucat.
    Serius sikit…Kadang tu stok mereka masih banyak dalam store. Stok baru barulah harga selepas penurunan harga minyak oleh kerajaan. Ada faham?
    Ketiga: Janganlah kerana harga barangan yang dikontrol oleh para peniaga yang tamak-tamak kerjaan pula yang disalahkan. Anda silap tu. Umpamannya jika anda buang air besar tengah Ibu Kota K.L Kerjaan salahkah anda yang salah. Atau anda telanjang bogel depan PWTC semasa persidangan agung UMNO?

  9. AbangTuah

    Salam iraman Hj Karim,

    Hmm, satu komen yg baik dari pemikiran yg positif, kawan SOKONG.

  10. Kuntakinte

    Salam, sdr iraman ramai yang tak faham dan tak mahu faham antara kuasa kerajaan, kuasa pembeli dan kuasa pengeluar, kuasa pembekal dan kuasa peniaga. ramai bersikap kepala kuning apa pun berlaku kerajaan yang salah… sikap 3th class mentality menjajah diri.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s