Tak Jadi Turun Harga Minyak 1 September???

Kerajaan mungkin akan menurunkan lagi kadar harga minyak mengikut kadar harga di pasaran dunia bagi meringankan lagi bebanan rakyat, kata Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Jelaing anak Mersat.

“Kerajaan bercadang untuk meringankan lagi bebanan ini dan mungkin menurunkan harga ataupun mengikut kadar harga minyak setong di pasaran dunia,” katanya menjawab soalan Chong Chieng Jen (DAPBandar Kuching) pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.

Chong ingin tahu sama ada kerajaan akan menurunkan lagi harga petrol dan diesel pada 1 Sept nanti seperti yang dijanjikan walaupun harga bahan api itu telah diturunkan pada 22 Ogos lepas.

Jelaing berkata harga minyak diturunkan lebih awal dari tarikh yang diumumkan kerana hendak meringankan beban pengguna lebih awal dan kerajaan akan menurunkan harga bahan bakar itu sekiranya perlu selepas menilai semula perkara itu dalam masa dua minggu atau sebulan.

nota: jika dinilai dari jawapan yang diberikan oleh YB Jelaing, harga minyak yang diwar-war akan turun pada 1 september ini tidak akan diturunkan. ini disebabkan harga bahan bakar tersebut telah diturunkan pada 22 Ogos yang lepas. sekiranya andaian ini benar, maka satu lagi kepincangan di dalam membuat keputusan terjadi di dalam pentadbiran hari ini.

5 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

5 responses to “Tak Jadi Turun Harga Minyak 1 September???

  1. hampeh

    salam…
    turun minyak awal haritu utk pancing undi permatang pauh jer…bukannya ikhlas pun. Lain kali kalau nak pancing undi biar la umpannya bnyk skit baru la ikan selera nak makan…ni setakat 15 sen jer….berapa km yg leh dapat ngan 15sen tu….dan berapa byk harga barang leh turun dgn petrol/diesel jimat 15/8 sen tu.

  2. penulis_cyber

    Salam…

    Harapnya ada lagi penurunan.. Insya Allah.

    Bersabar atas kesulitan dan kesenangan….

    dan atas ‘ kelemahan’ dan ‘kelebihan’ umara dalam mentadbir negara kita….

    http://beritamalaysiakini.wordpress.com/

  3. Malam tadi kita diberitakan setiap nelayan kecil akan dapat wang sagu hati RM200 sebulan…Itu saya tak kisah mungkin dah rezeki mereka tapi macammana dengan nasib pekerja swasta termasuk pekerja Industri? Siapa yang nak bela nasib mereka? Kita tahu kan kalau gaji dibawah RM1000 masih berada ditahap miskin dan mungkin pemimpin B.N tak tahu dan tak ambik tahu ribuan pekerja Industri gaji mereka hanya sekitar RM700-800 sebulan dan mereka adalah pengundi berdaftar..INGAT!!Mereka PENGUNDI BERDAFTAR………Dan apa salahnya kerajaan turunkan harga minyak seperti yang dicadangkan oleh Anwar Ibrahim,semua rakyat tak susah dan kerajaan tak perlu keluarkan wang untuk bayar wang subsidi bagi pengguna kenderaan seperti yang ditetapkan dan wang saguhati untuk nelayan…..Dan kita kena ambik tahu pekerja Industri majoritinya bangsa apa….

    p/s:Mamak Penang dan Abang Tuah takan dengar cadangan saya almaklumlah saya sekadar ngaji pondok je

  4. AbangTuah

    Azhar Asraf.

    Cadangan yang baik kami sokong tapi biarlah ada rationalnya, kami pun boleh untung sama. Ingat, kami bukan finatik kepartian.

  5. Pandeka Amin Durka

    Turun 15sen pun rakyat dah epi..ape kate kerajaan turun kan lagi sikit demi sedikit…lagi2 di bulan puase ni buat amal jariah..baru seronok p masjid lain2 setiap malam bersama famili, nanti raya turun pulak sikit baru best jalan2..mane tau Abang Tuah n Azhar Asraf nak saling ziarah menziarah( gurau aje )…moga2 Allah tambahkan bekalan minyak Malaysia .Amin~~

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s