Daily Archives: August 29, 2008

INTIPATI BAJET 2009

Secara umum:

* EKONOMI MALAYSIA BERKEMBANG  6.3 PERATUS PADA SUKU KEDUA 2008

* EKONOMI MALAYSIA DIJANGKA TUMBUH  5.7 PERATUS PADA 2008

Cukapi pendapatan:

* KIRA-KIRA 100,000 PEMBAYAR CUKAI DALAM GOLONGAN PENDAPATAN SEDERHANA TIDAK LAGI DIKENAKAN CUKAI SETELAH REBAT CUKAI RM35,000 DAN KE BAWAH AKAN DINAIKKAN KEPADA RM400 DARIPADA RM350

* PENGECUALIAN CUKAI UNTUK SEMUA PENDAPATAN FAEDAH BAGI INDIVIDU

* PENGURANGAN DUTI IMPORT BAGI BARANGAN PENGGUNA (CONTOH: MESIN PENGISAR, PERIUK NASI, KETUHAR GELOMBANG MIKRO DAN CEREK ELEKTRIK) KEPADA ANTARA 5 PERATUS DAN 30 PERATUS DARIPADA 10 PERATUS DAN 60 PERATUS

* PENGECUALIAN DUTI IMPORT KE ATAS BEBERAPA BARANGAN MAKANAN TERMASUK MIHUN, BISKUT, JUS BUAH-BUAHAN DAN JAGUNG MANIS DALAM TIN

* KADAR CUKAI JALAN KENDERAAN PENUMPANG PERSENDIRIAN BERENJIN DIESEL MILIK INDIVIDU DAN SYARIKAT SAMA DENGAN KADAR CUKAI JALAN KENDERAAN ENJIN PETROL BERKUAT KUASA 1 SEPTEMBE 2008

* PENGECUALIAN CUKAI DIBERIKAN KE ATAS MANFAAT YANG DINIKMATI PEKERJA SEPERTI BANTUAN KADAR FAEDAH BAGI PINJAMAN PERUMAHAN, KENDERAAN BERMOTOR DAN PENDIDIKAN

* TELEFON MUDAH ALIH SERTA BIL TELEKOMUNIKASI DAN LANGGANAN INTERNET YANG DIBAYAR OLEH MAJIKAN DIKECUALIKAN CUKAI

* PEMILIKAN RUMAH DI KALANGAN ANGGOTA  PERKHIDMATAN AWAM DITINGKATKAN DENGAN LANJUTAN  TEMPOH PINJAMAN PERUMAHAN DARIPADA 25 TAHUN  KEPADA 30 TAHUN

* MEMBUKA PANEL INSURANS PINJAMAN PERUMAHAN  KERAJAAN KEPADA SEMUA SYARIKAT INSURANS YANG  LAYAK DARIPADA HANYA LIMA SYARIKAT INSURANS  SEKARANG INI

* DUTI EKSAIS ROKOK NAIK TIGA SEN KEPADA 18 SEN SEBATANG. CUKAI UNTUK SEKOTAK ROKOK 20 BATANG MENINGKAT SEBANYAK 60 SEN

* PETANI DAPAT FAEDAH DARIPADA CADANGAN PEMANSUHAN DUTI IMPORT KE ATAS BAJA DAN RACUN  PEROSAK

* PEMILIKAN RUMAH DI KALANGAN ANGGOTA  PERKHIDMATAN AWAM DITINGKATKAN DENGAN LANJUTAN  TEMPOH PINJAMAN PERUMAHAN DARIPADA 25 TAHUN  KEPADA 30 TAHUN

* MEMBUKA PANEL INSURANS PINJAMAN PERUMAHAN  KERAJAAN KEPADA SEMUA SYARIKAT INSURANS YANG  LAYAK DARIPADA HANYA LIMA SYARIKAT INSURANS  SEKARANG INI

* DUTI EKSAIS ROKOK NAIK TIGA SEN KEPADA 18 SEN SEBATANG. CUKAI UNTUK SEKOTAK ROKOK 20 BATANG MENINGKAT SEBANYAK 60 SEN

Lain-lain:

* Bajet 2009 menumpukan kepada langkah-langkah yang akan memastikan kesejahteraan yang telah dibina selama ini terus terjamin dan untuk itu adalah penting diperkukuhkan daya tahan ekonomi supaya negara berupaya menangani kesan persekitaraan luar yang semakin sukar.

* Bertemakan Kerajaan Prihatin, Bajet 2009 tertumpu kepada tiga strategi khusus iaitu menjamin kesejahteraan rakyat, membangun modal insan berkualiti dan memperkukuh daya tahan negara.

* Kerajaan akan melaksanakan pelbagai langkah bertujuan meringankan beban kos sara hidup, terutamanya ke atas golongan berpendapatan rendah dan yang kurang bernasib baik.

* Kerajaan telah menaikkan tahap kelayakan pendapatan isi rumah bagi pemberian bantuan kebajikan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat. Kelayakan pendapatan isi rumah kini ditingkatkan daripada RM400 sebulan kepada RM720 sebulan untuk Semenanjung, RM830 sebulan untuk Sarawak dan RM960 untuk Sabah.

* Menghargai jasa pesara, dan bagi membantu pesara berpendapatan rendah yang menghadapi kesukaran untuk menampung sara hidup harian, pesara kerajaan yang telah berkhidmat sekurangkurangnya 25 tahun akan menerima pencen tidak kurang daripada RM720 sebulan mulai 1 Januari 2009.

* Kerajaan akan menubuhkan satu tabung khas berjumlah RM25 juta bagi menyalurkan pemberian kewangan kepada keluarga yang hilang punca punca pendapatan secara mengejut seperti akibat kemalangan.

* Memandangkan tanggungjawab besar ibu pelihara di Rumah Tunas Harapan, kerajaan telah menaikkan jumlah Elaun Ibu Pelihara daripada RM600 kepada RM1,000 sebulan. Kenaikan ini berkuat kuasa mulai 1 September 2008.

* Kerajaan telah berjaya mengurangkan kadar kemiskinan daripada 5.7 peratus pada 2004 kepada 3.6 peratus pada 2007.

* Kerajaan telah menyediakan RM50 juta di bawah Program Bantuan Rumah untuk membina 1,400 rumah baru dan membaik pulih 1,000 buat rumah.

* Usaha akan terus diambil untuk meningkatkan pendapatan dan kualiti hidup rakyat di Sabah dan Sarawak, terutamanya untuk mempertingkatkan kemudahan asas seperti bekalan elektrik, air dan jalan luar bandar. Untuk ini, RM580 juta disediakan bagi Sabah dan Rm420 juta untuk Sarawak.

* Isi rumah yang membayar bil elektrik RM20 dan ke bawah sebulan tidak perlu membayar bil elektrik berkuatkuasa 1 Oktober 2008 sehingga akhir 2009.

20 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Hari Kemerdekaan dan Bulan Ramadan

Pergerakan Pemuda UMNO Caw Jalan Enggang ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Merdeka Yang Ke 51 dan Bulan Ramadan Al Mubarakkepada semua pembaca. Sudah lebih dari 50tahun negara kita bebas dijajah. Ayuh lupakan ideologi masing-masing buat sementara waktu, bersamalah kita tak kira UMNO,PKR, PAS dan sebagainya. Kita bersatu menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia.

Di dalam menyambut kemerdekaan negara pada 31 Ogos nanti, jangan lupa bulan yang ditunggu oleh umat Islam seluruh dunia iaitu bulan Ramadan akan berkunjung tiba. Penulis dengan rendah diri memohon maaf sekiranya terdapat silap dan salah dalam sebarang topis yang diterbitkan di dalam laman ini. Penuhkan aktiviti anda di bulan Ramadan ini dengan aktiviti yang berfaedah. Sesungguhnya bulan yang mulia ini, fadilat yang amat besar akan diterima bagi mereka yang berbuat baik.

Penulis ingin berkongsi sedikit maklumat dari khutbah jumaat sebentar tadi:

1. Kita digalakkan supaya merancang aktiviti di bulan Ramadan. Ini kerana sepanjang bulan ini, aktiviti ibadah amat besar fadilatnya. PEnuhkan lah masa kita dengan amal soleh. Puasa di bulan Ramadan amat besar pahalanya dan sesungguhnya syurga itu menuggu umat2 yang berpuasa di bulan Ramadan.

2. Sentuh pasal kemerdekaan, sebentar tadi Khatib mengatakan bahawa kemerdekaan Umat Melayu Islam di Malaysia sama seperti di Indonesia. Kemerdekaan kita bukanlah bermaksud merdeka dari cengkaman penjajah, tetapi kita bebas dari cengkaman mana-mana pihak utk melaksanakan perintah Allah SWT.

Wallahualam.

Leave a comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Ahli Parlimen BN mula hantar SMS pada Anwar

Beberapa ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) didakwa menghantar SMS kepada pemimpin Pakatan Rakyat sejak Ketua Umum KeADILan, Dato’ Seri Anwar Ibrahim selepas beliau menang dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh 26 Ogos lalu.

Demikian kata Pengarah Strategik KeADILan, Saifuddin Nasution semasa ditemui Harakahdaily di Lobi Parlimen semalam.

Ujar Saifuddin, ramai yang mengucapkan tahniah dan ada juga yang mula menunjukkan minat untuk menyertai Pakatan Rakyat bagi membentuk kerajaan baru.

Beliau percaya ramai ahli Parlimen BN yang mula berteka-teki dan berfikir untuk berhijrah kepada kerajaan baru yang akan dipimpin Anwar dalam jangka masa tertentu.

“Saya yakin semestinya mereka menantikan detik ini yang mana mereka melihat kemasukan Anwar ke Parlimen selepas 10 tahun dinafikan hak, pastinya harapan baru boleh diimpikan,” katanya.

Beliau juga melahirkan keyakinan bahawa agenda menukar kerajaan akan lebih awal berlaku dengan signal-signal awal yang diberikan ahli Parlimen BN ini.

Dengan kemenangan Anwar di Permatang Pauh, ia sebagai signal jelas rakyat yang mahukan perubahan dan menolak kerajaan BN pimpinan Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi.

“Rakyat menolak BN untuk memberikan kepercayaan kepada Pakatan Rakyat sebagai agen kepada perubahan, saya pasti ia juga signal kepada pimpinan Pakatan Rakyat agar terus bersatu menjaga amanah yang mereka berikan,” katanya.

nota: Perang psikologi PKR sudah bermula. Pihak BN tidak seharusnya memandang ringan dengan sebarang kenyataan yang dibuat oleh PKR lebih2 lagi sesudah DSAI kini sudah bergelar Ahli Parlimen dan ketu pembangkang. Sikap tunggu dan lihat tidak harus diambil oleh Pihak BN. Walaupun MP dari Sabah dan Sarawak sudah sebulat suara utk terus kekal dalam BN, bagaimanapula dengan MP di Semenanjung. Tidak dinafikan pengaruh DSAI masih kuat di dalam BN/UMNO.

Dengan keadaan politik mutakhir ini, pihak BN seharusnya bersikap lebih proaktif di dalam memastikan tiada MP BN yang melompat. Sikap proaktif di dalam memberi perhatian terhadap masalah rakyat dapat mengembalikan keyakinan rakyat terhadap BN yang pada hari ini dilihat agak luntur. Tidak dinafikan banyak isu-isu semasa seperti peningkatan kadar jenayah, masalah pengangkutan awam yang gagal dibendung oleh pihak kerajaan telah menyebabkan ramai pengundi atas pagar memilih Pakatan Rakyat.

Pendekatan politik BN juga seharusnya berubah mengikut keadaan semasa. Kegagalan memanfaatkan penggunaan IT seperti yang dilakukan oleh Pakatan Rakyat, telah menyebabkan ramai pengundi muda memilih PR berbanding BN. Perkara ini tidak dapat dinafikan lagi. Kemunculan laman-laman blog pro PR sejak 3-4 tahun lepas telah berjaya mempengaruhi pengundi muda dan hasilnya mula dituai oleh PR pada PRU yang lepas. Sekiranya BN masih leka, tidak mustahil PRU 13 akan selagi lagi menyaksikan tsunami politik yang lebih dasyat.

10 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda